Selasa, 8 Mei 2012

Durian Runtuh buat warga Felda

Dua juta warga Felda iaitu keluarga peneroka & pekerja Felda gembira menerima durian runtuh yg diumumkan oleh YAB PM DS Najib di Jengka 8, Jerantut pagi ini.. Sebanyak RM1.689 billion ringgit wang tunai akan diberi kepada peneroka dengan 3 kali bayaran, segera RM5 ribu kepada suami, RM5ribu utk isteri peneroka & RM5ribu utk anak peneroka setiap 112,635 keluarga peneroka..

Keuntungan dalam Tabung Amanah setiap tahun juga akan diberi kepada peneroka.. Peneroka juga akan diberi blue form untuk beli saham FGVH.. Petugas Felda pula mendapat 2 setengah bulan bonus tambahan.. Untuk program tanggung jawab sosial kampong tradisi spt baiki rumah,

Yayasan Felda diberi dana.. Semua dana ini diperolehi daripada sumber dalaman Felda & daripada sebahagian keuntungan penyenaraian kelak..

Hadir dalam majlis bersejarah itu lebih 40 ribu wakil peneroka seluruh negara & juga DS Rosmah Mansor, DS Adnan Yaakob, D Ahmad Maslan & TS Isa Samad.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan