Ahad, 6 Mei 2012

Azmin Ali : Madu dan Racun

Anwar Ibrahim dalam ceramahnya kerap menyanyikan lagu Madu dan Racun versi ciptaannya sendiri.

Lagunya berbunyi ' BN di tangan kiriku. Pakatan di tangan kanan ku, aku dah tahu yang mana pilihanku'

Sekarang sudah tiba masa dan tikanya Azmin pula menyanyikan lagu yang sama iaitu 'Ibu di tangan kananku, Anwar di tangan kiriku, aku dah tahu yang mana pilihanku.

Azmin Ali ingatlah pintu taubat masih terbuka, Ibu kamu masih hidup. Buatlah pilihan terbaik.

Anwar tak sama dengan Ibu, PKR hanya dunia, akhirat kekal selama-lamanya. So, bagai kata Wan Azizah Presiden PKR, Azmin wajar menemui ibunya segera. Kamu sudah cukup membuat ibumu terseksa dan ingatlah syurga di bawah tapak kaki ibu.

Berwasatiyyah lah wahai Azmin. Timbang lah sebagai seorang pemimpin yang adil. Jutaan rakyat Malaysia mengharap kan Azmin sujud dan memohon ampun dan kemaafan daripada seorang ibu.

Allah masih sayangkan kamu Azmin. Bertaubat lah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan