Ahad, 22 Januari 2012

PAS Meroyan bila MB turun Bukit Gantang



Kedatangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke Bukit Gantang hari ini nampaknya menimbulkan rasa cuak di kalangan ahli fanatik PAS yang cuba menggagalkan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Kenduri Rakyat di Changkat Ibol.

Dari jauh sudah kelihatan bendera PAS yang begitu banyak digantung bersebelahan dengan poster program dan bendera Barisan Nasional (BN), dipercayai unsur yang sabotaj pihak pembangkang yang nampaknya tidak senang duduk dengan kehadiran barisan kepemimpinan negeri.

Dikatakan, kerja-kerja sabotaj ini dilakukan seawal jam 3 hingga 4 pagi tadi. Ini jelas menunjukkan golongan-golongan tersebut sememangya mempunyai niat keji untuk merosakkan harta awam atau lebih tepat pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Lebih teruk, papan tanda Dewan Orang Ramai Changkat Ibol turut disimbah dengan cat merah tanda protes kumpulan fanatik parti Islam ini terhadap pemimpin atau boleh juga dipanggil sebagai khalifah negeri.

Tindakan sabotaj seperti ini langsung tidak melambangkan PAS sebagai parti Islam dan mengamalkan akidah yang murni malah sanggup melakukan kerja-kerja terkutuk dengan niat mengaibkan seorang pemimpin.

Atau mungkin tindakan sabotaj seperti ini sebenarnya amalan biasa ahli fanatik mahupun pemimpin PAS. Jika benar, ia membuktikan parti ini sebenarnya telah jauh tersasar dari slogan yang dilaungkan konon-kononnya memperjuangkan Islam.

Jika tidak suka dengan pembangunan yang dilakukan, adalah lebih elok mereka merancang pembangunan lain yang mampu mereka beri kepada rakyat kawasan itu dan bukanlah dengan bersusah payah membeli dan berjaga sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk menyimbah cat pada perkataan JKKK dan UMNO di papan tanda dewan terbabit.

Jika benar ini yang berlaku, sudah jelas perasaan busuk hati itu sememangnya tersemat di hati pelaku sabotaj itu.

Dalam pada itu, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan mensabotaj seolah-olah sudah menjadi trend dikalangan puak-puak tertentu dalam usaha untuk menggagalkan program-program pembangunan yang dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional.

Beliau yang tidak mahu membuat tuduhan ke atas mana-mana pihak bagaimanapun menyerahkan perkara ini kepada rakyat untuk menilai sendiri perbuatau terkutuk yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Yang kes cat ini saya tidak tahu kenapa perbuatan ini dilakukan... baru-baru ini di Masjid Tinggi dan hari ini perkara yang hampir sama berlaku di dewan ini pula dan kita dapat lihat papan tanda dewan disimbah cat dimana bahagian JKKK dan UMNO itu terus disimbah habis.

"Kita tidak mahu menuduh siapa yang buat tetapi biarlah rakyat yang melihat perkara ini dan menilai sendiri perbuatan yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Ia bukan soal nama dewan itu...tidak ada masalah dengan nama... jika mereka tidak berpuas hati, maka adakan perjumpaan dengan ketua kampung atau pengerusi JKKK...mengapa perlu benci sangat dengan nama UMNO...apa-apa pun dewan tetap perlukan satu nama dan kita tidak pernah paksa atau tahu menahu peletakkan nama UMNO itu pada dewan ini.

Bagi Zambry, tindakan ini dianggap sebagai satu pendekatan bodoh oleh golongan-golongan tertentu yang kononnya menuntut kebebasan atau demokrasi.

"Selalu kita dengar mereka menuntut hak setiap orang untuk berhimpun... hak setiap orang untuk mengadakan perhimpunan secara aman dan ini bagi saya langsung tidak melambangkan manifestasi yang dilaungkan oleh pihak-pihak terbabit sedangkan itulah yang kita asyik dengar diluar.

Bagaimanapun katanya, laungan itu nampaknya hanya propaganda di mulut pihak terbabit dimana ia berbeza sekali dengan apa yang dibuat secara praktis.

1 ulasan:

  1. Ni lah bila PAS di latih olih DAP. Macam Singapore di latih olih Israel. Otak PAS amat kotor sekali. PAS bukan mengamalkan prinsip Islam lagi tapi Komunis. Melayu PAS ni semua mudah dibeli dgn wang ringgit. PAS, Pis Pus.

    BalasPadam