Selasa, 3 Januari 2012

Kerajaan Kedah Tetap Roboh Madrasah Salihiah


Harakah dan Sinar Harian telah mengulas panjang tentang niat mereka untuk merobohkan surau tersebut dan menutup pintu rundingan dan mengenepikan bantahan orang ramai.

Pas mempunyai alasan mereka sendiri yang menghalalkan perbuatan mereka. Mereka ada hujah dan nas untuk menghalalkan tindakan.

Cuma bezanya ialah apabila perbuatan tersebut dilakukan oleh kerajaan BN maka bertahun-tahun perbuatan tersebut menjadi bahan cemuhan dan kutukan Pas. Contohnya ialah Masjid Bujal , Surau Kg Berembang dan banyak lagi yang terdapat dipenempatan setinggan di Selangor terpaksa dirobohkan untuk projek perumahan dan atas perintah mahkamah.

Allah bayar cash, dulu Pas mengutuk BN kerana merobohkan masjid dan surau tetapi kini masyarakat mengutuk Pas yang cakap tak serupa bikin.

Jeffry Azman wartawan Aduan Rakyat TV3 pun menjadi cemuhan dan kutukan Pas kerana ke Alor Stra untuk mengupas isu surau tersebut. Bagaimana Jeffry tidak mendapat kerja sama dari semua pihak. Ia mengambarkan sikap sebenar kerajaan Pas Kedah yang Munafik dalam percakapan mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan