Sabtu, 7 Januari 2012

Hati-hati bila singgah di R&R Seremban

  1. Kita sering mendengar cerita dan pengalaman pengguna jalanraya terutama di lebuh raya yang ditipu oleh kren tunda.
  2. Terdapat juga trend dimana pengendali trak tunda merancang kemalangan dengan menuang minyak di atas jalan. 
  3. Minyak disel akan dituang oleh tonto dari dalam kereta dan mereka akan menunggu di bahu jalan 100 atau 200 meter dengan alasan hujan dan tak boleh memandu.
  4. Bila berlaku kemalangan kepada kereta yang melambung kerana minyak disel , mereka akan mengambil kesempatan untuk menunggu kemalangan berangkai.  Tonto akan memanggil trak selepas bebeapa kenderaan terlibat dengan kemalangan dan mereka juga telah siap sedia dengan kamera untuk merakam gambar bagi tuntutan insuran.
  5. Satu lagi ialah trak tunda akan mengambil peluang mendekati kenderaan yang rosak dan perkara yang pertama mereka lakukan ialah buka bonet dan nak tengok enjin
  6. Mereka akan menawarkan perkhidamatan mereka dan jika enggan ada lah tektik kotor yang mereka lakukan seperti cabut kabel plug atau cabut mana mana wire yang boleh memudaratkan kenderaan dan akhirnya kita terjebak dengan mereka
  7. Berikut ada satu cerita yang ingin dikongsi bersama. [klik] untuk masuk ke laman blog tersebut.
  8. Selain bahawa kereta tunda RR Seremban, Nilai dll ialah penjual telefon, cermin mata dan lain-lain gajet, Bayangkan sebuah smartphone iphone 4 dijual dengan harga RM 300. bila dah bayar wang baru tahu mereke tertipu dengan fon dummy..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan