Jumaat, 16 Disember 2011

PBT akur kehendak politik atau tabung perbendaharaan negeri sudah susut ?

SUBANG JAYA – Pemilik restoran di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kini dibenarkan meletakkan kerusi dan meja di laluan kaki lima premis mereka pada waktu siang dengan caj permit RM30 bagi satu meja sebulan.

Difahamkan, sebelum ini pengusaha restoran hanya dibenarkan meletakkan kerusi dan meja di kaki lima premis antara jam 6 petang hingga  12 malam sahaja.

Bagaimanapun, hasil majlis dialog diadakan bersama beberapa pihak termasuk Ahli Majlis MPSJ dan Persatuan Restoran Subang Jaya Februari lalu, keputusan dicapai bagi mengelakkan peniaga terus dikenakan tindakan saman oleh pihak majlis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan