Selasa, 13 Disember 2011

Pas hari ini

Parti PAS mengaku bahawa merekalah parti Islam, parti yang menegakkan Islam, parti yang menjulang dan mengangkat ulamak.

Umno assobiyah, tidak Islam, menggunakan perlembagaan penjajah, sekular, bersekutu dengan kafir Mca dan Mic. Apa lagi yang Pas cakap ? Tolong habaq sat!

Hari ini Pas mendokong parti sekular Dap dan Pkr, Islam kah Dap dan Pkr sampai Pas sanggup bekerjasama dengan mereka?

Bila Umno mempertikaikan Pas Kelantan hanya bina sebuah sahaja masjid dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, Pas menuduh Umno menilai Islam berdasarkan jumlah masjid.

Memang Pas kaki putaq alam, Pas sebenarnya bina banyak masjid tetapi masjid Pas standard Masjid haram di Bujal sahaja, tak ada rupa masjid. Pas menukar konsep masjid menjadi Markas. Sebab Pas tahu kalau buat masjid ia menjadi hak awam dan majlis agama Islam dan Istana akan memantau aktiviti masjid.

Jadi, Pas tukar nama jadi markas dan markas tidak lagi mempunyai ciri-ciri binaan masjid supaya kuasa pentadbiran 100% mengikut rentak dan selera Pas.

Pas tahu, dalam masjid tak boleh berpolitik. Tak boleh buat program parti, tak boleh cerca orang lain. Dalam markas serba boleh. Sebab tu hari ini Pas gila memperbanyakkan MARKAS daripada MASJID.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan