Khamis, 22 Disember 2011

Nik Aziz : Aurat Lelaki dan Aurat Wanita

Memang benar apa yang dikatakan oleh YB Datuk Dr Hasan Ali mengenai parti PAS yang sudah tersasar dari landasan Islamnya. Kini PAS 65 % adalah sekular dan boleh buat apa sahaja asalkan boleh menang besar dalam pilihanraya.

Contoh, sebelum Nik Aziz menjadi Menteri Besar, beliau mengharamkan perempuan menyertai politik katanya suara perempuan adalah aurat dan haram didengar oleh khalayak , berikutan dengan fatwa itu, Kelantan menghentikan daripada menghantar perserta musabaqah membaca Al Quran di peringkat nasional yang diadakan setiap tahun sejak berzaman dahulu.

Tembelang Nik Aziz pecah apabila beliau ditemuramah oleh Editor Utusan Malaysia iaitu Dato' Maznah , bila Nik Aziz naik sheikh berbual dengan editor itu dia mengajak Maznah menyertai PAS dan kata editor UM, sekira nya saya masuk Pas  saya nak jadi wakil rakyat dan selamba badak saja Nik Aziz kata benda tu boleh bincangkan janji masuk Pas.

Ternyata benar, fatwa Nik Aziz tidak tahan lama , ia berubah mengikut hatinya, hari ini sudah ramai wanita Pas menjadi wakil rakyat. terbaru Pas meletakkan calon wanita di PRN Sarawak.

Cuba lihat gambar di atas, dahulu Pas bukan main mengkritik pertandingan bina badan dan bola sepak kerana mendedahkan aurat. Kata Nik Aziz aurat lelaki ialah antara pusat dan lutut. Entah dari kitab mana Nik Aziz dapat fatwa tersebut. Mungkin Nik Aziz sudah terjumpa ayat baru dalam buku fiqah yang baru dan membolehkan beliau meluluskan pertandingan bina badan peringkat negeri Kelantan.

Sah bahawa Nik Aziz sudah jumpa fatwa baru mengenai aurat lelaki.
http://peraktoday.com/wp/?attachment_id=39531

Tiada ulasan:

Catat Ulasan