Sabtu, 10 Disember 2011

Kerajaan adil membela rakyat

Tak perlu baca isi, cukup baca tajuk sahaja. Gambar menunjukkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tahan nelayan asing kerana tangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.

Pembangkang seperti PAS dan PKR sering menuduh kerajaan zalim dan tidak membela rakyat.

So yang APMM tu buat kerja tak kira kah? Tak kan lah nak suruh menteri atau Najib sendiri turun dan tangkap nelayan asing. Kerajaan tubuh jawatan kuasa so mereka lah yang kena laksanakan tugas dan kerajaan BN bayar gaji mereka.

Pas kan kata lagi, kalau kami jadi kerajaan , kami pun akan buat benda yang sama.

Kalau macam tu bagus lah so janganlah tuduh kerajaan menzalimi rakyat. Bermacam-macam agensi yang BN tubuhkan untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Kelmarin dalam Bicara Rakyat yang disiarkan secara langsung di TV1, seorang penulis FB dengan lantang menuduh kerajaan BN memperolehi cukai dari aktiviti haram seperti judi dan maksiat. Kemudian kata duit kerajaan BN duit haram. Ia juga mempertikaikan gaji ulamak Umno yang diambil dari duit haram.

Tm nak tanya, kerajaan Pas Kelantan dan Kedah menerima ribu juta wang bantuan dari kerajaan BN atau Persekutuan. Yang tu macam mana pulak?

Kalau sudah kata haram, jangan terima bantuan wang, jangan minta pinjaman dan jangan galakkan orang Pas minta bantuan dan terima bantuan daripada kerajaan BN.

Jangan hantar anak mereka ke sekolah dan IPT kerajaan. Jangan ambil ubat atau terima rawatan dari hospital kerajaan.

Ini kerana apa juga sumber kewangan atau pendapatan BN adalah haram.

Bila kita cakap macam ni, ada pula orang Pas kata duit kerajaan duit cukai dari rakyat dan bukan duit Umno.

Di sini Pas menghalalkan pula, memang sah Pas dan Pkr sama seperti cerita Tok guru ikan kepala besar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan