Lembah Pantai, 23 Mei- Majlis Penerangan Perdana yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Permuafakatan Muslim telah dilaksanakan di Kuaters Kediaman DBKL Pantai Permai dan mendapat kerjasama dari wakil penduduk.
Tuduhan tindakan provokasi yang ditujukan kepada UMNO amnya dan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai secara khususnya adalah satu tuduhan liar dan tidak berasas. Dimaklumkan kehadiran orang ramai di kedua-dua majlis dianggarkan sekitar lebih 1,000 orang dan ianya juga melibatkan penduduk setempat di kedua-dua perumahan terbabit.
Ketua Penerangan UMNO Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Tambychik berkata, berkemungkinan juga tindakan membaling objek berpunca dari sesetengah penduduk di kedua-dua penempatan yang telah "dirampas" ketenangan mereka.
Dimaklumkan, dalam kejadian tersebut seorang penonton telah tercedera di kepala akibat terkena objek keras ketika sedang duduk mendengar ceramah. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran oleh jawatankuasa penganjur dan dimaklumkan mangsa menerima enam (6) jahitan.
Sikap suka memprovokasi dan bertindak ganas adalah sikap Pakatan Rakyat. Buktinya, semasa perhimpunan haram "Bersih 3.0" peserta perhimpunan tersebut telah mencaci dan menyerang anggota Polis (PDRM), wartawan dan merosakan harta benda awam.
Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, UMNO tidak pernah menganjurkan ahli-ahlinya untuk bertindak liar apatahlagi bersikap kurang ajar.
"UMNO senatiasa menitikberatkan sikap hormat - menghormati dan mengamalkan demokrasi dalam politik sejajar dengan perlembagaan negara. Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai menyelar kenyataan terbuka Dato' Sri Anwar Ibrahim yang telah melaungkan PEMUDA UMNO SIAL , PEMUDA UMNO ANJING dan PEMUDA UMNO BODOH," ujarnya kepada media sebentar tadi di Rumah BN Lembah Pantai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan