Selasa, 12 Mac 2013

Seorang lagi gugur syahid

Seorang anggota tentera terbunuh dalam Ops Daulat pagi ini.Dipercayai kena serang hendap.3 penceroboh dikatakan maut dalam insiden itu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu Sumpah Laknat Buat Pencacai Pembangkang Meroyan Gila

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=3vqmF-4_ZzA


Mungkin kerana berang dengan soalan yang ditanya, seorang blogger pembangkang bertindak memaki hamun sekumpulan wartawan yang ingin meminta penjelasan lanjut dari bapa kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim, Azlan Mohd Lazim. Ia ekoran dari kenyataan yang dibuat oleh Azlan minggu lalu, kononnya anaknya Saiful Bukhari telah dijadikan 'alat' orang-orang tertentu untuk menfitnah Anwar.


Melalui maklumat yang diberikan oleh rakan-rakan, blogger pembangkang itu dikenali sebagai Rahman Talib @ Tulang Besi yang juga merupakan pengendali portal MalaysiaWaves bagi membela puak-puak 'Anwarinas' @ kumpulan Endorgan di dalam Pas.


Ekoran marah dengan tindakan wartawan yang membangkitkan isu sumpah laknat kepada Azlan itu, dia telah berjumpa dengan kumpulan wartawan terbabit sambil menjerit-menjerit memanggil petugas media tersebut sebagai 'Melayu Bodoh'.


Yang menariknya, tindakan kurang matangnya itu, turut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan petugas media yang cenderung kepada pembangkang. Maklumlah isu sumpah laknat ini sering menghantui Anwar, kerana sehingga kini dia masih gagal bersumpah untuk membersihkan dirinya dari pelbagai isu.


Jadi sudah pasti tindakan sekumpulan wartawan yang meminta Azlan membuat perkara yang sama mengundang kemarahaan mereka. Lebih mengelikan hati ialah, hujah yang digunakan kononnya sumpah laknat tidak ada di dalam Islam sedangkan sebelum ini dia juga turut mengunakan pendekatan untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang kononnya telah difitnah.


Penulis tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai blogger upahan pakatan pembangkang ini, kerana sudah menjadi lumrah untuk pencacai mempertahankan 'makluk' yang bernama Anwar Ibrahim. Namun yang menariknya ialah, blogger tersebut sebelum ini pernah dikatakan antara 12 kumpulan bloggers 'belaan' yang menerima bayaran bulanan dari salah seorang pimpinan di dalam PKR. Tugas mereka mudah, fitnah dan maki semua pimpinan BN/Umno dan di masa yang sama 'bela dan angkat' Anwar setinggi mungkin.


Cuma apa yang menjadi tanda tanya ialah, mengapa dia begitu takut dengan persoalan untuk meminta Azlan agar bersumpah laknat? Bukankah pepatah Melayu ada mengatakan berani kerana benar, atau mereka sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang ingin disembunyikan dari pengetahuan rakyat?


Bukan apa, sebab ramai orang di luar sana yang masih tertanya-tanya dan sangsi dengan kenyataan bapa Saiful yang cuba 'korner baring'. Tambahan pula sidang akhbar tersebut telah di atur oleh ahli parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul. Jadi semua persoalan ini semakin menimbulkan keraguan dan tanda tanya yang perlu dijawab.


Sudahlah sidang akhbar tersebut diadakan dalam keadaan tergesa-gesa, dan yang peliknya Johari selaku penganjur pada hari itu, hanya menjemput sebilangan kecil media-media yang terpilih (pro pakatan pembangkang) sahaja. Sedangkan umum mengetahui pimpinan dalam pakatan pembangkang terlalu 'gila glamour' terutama dalam hal berkaitan media kerana kemaruk untuk mendapatkan publisiti.


Tambahan pula, mereka sedar dengan perangai Anwar yang sering tidak menentu dalam banyak perkara terutamanya dalam memilih calon PKR. Mana-mana pemimpin PKR yang dilihat tidak banyak membantu serta kurang membela Anwar, dikatakan tidak akan tersenarai sebagai calon dalam pilihanraya umum yang akan datang.


Ini kerana Anwar sedar mereka yang kurang memperlihatkan sifat fanatik terhadapnya, bakal menjadi liabiliti di dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri. Tambahan pula, sejarah telah membuktikan ramai dikalangan pimpinan dan wakil rakyat PKR yang telah melompat, kerana hilang kepercayaan kepada dirinya.


Jom sama-sama kita saksikan pencacai pembangkang yang meroyan berhubung isu sumpah laknat….
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 11 Mac 2013

Masyarakat Taiping Terus Membantah Tindakan Tian Chua Biadab

Hari ini satu lagi NGO dari kumpulan Melayu di Taiping telah kehadapan membantah penghinaan Tian Chua terhadap ATM dan PDRM dalam isu pencerobohan Suluk di Lahad Datu.

Selain Anwar, Tian Chua orang kuat ARDA adalah orang penting yang boleh disiasat oleh Polis kerana beliau salah seorang pencetus serangan ini.

Beliau juga telah ke Filipina pada bulan Januari lalu atas urusan yang berkaitan.

Tian Chua sememangnya kacang hantu kerana parti politik chauvinist Cina Dap pun tak berminat dengan perangai Tian Chua.

Hanya perosak bangsa dan negara sahaja yang sanggup mengutip Tian Chua menyertai parti mereka dan parti itu ialah PKR.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 9 Mac 2013

Lagi gambar bantah Tian Chua Dajal Laknatullah

Orang Selama Perak dengan penuh semangat cintakan negera telah turun dalam cuaca yang lembab dan basah selepas hujan lebat semata-mata nak menzahirkan rasa marah terhadap Tian Chua.

Turut hadir dalam program ini adalah penyokong dan ahli Pas yang turut marah dengan perangai Tian Chua.

Chua sememangnya sedang berusaha untuk menjadikan Sabah sebagai Timur Leste kedua.

Chua merupakan pemegang amanah wang ARDA yang bernilai jutaan ringgit. Tujuan hanya satu, untuk menghapuskan UMNO dan membentuk satu kerajaan sekular ala Pas, Kawarij, Syiah dan Zionis.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bantahan terhadap Tian Chua di Selama.

Sebentar tadi lebih 500 ahli-ahli NGO seluruh Selama telah mengadakan demo bantahan terhadap kebiadapan Tian Chua dalam memperlekehkan perananan tentera dan polis dalam isu Lahad Datu.

Tian Chua menghina polis sebagai anjing Umno. Setakat ini lebih 20 repot telah dibuat di IPD Selama.

Berita selanjutnya menyusul kemudian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Update : Lahad Datu, seorang lagi mati ditembak

Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, 8 pagi tadi menjadikan 53 orang setakat ini: KPN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Demo pembangkang peralatkan CIMB

Cerita menyusul kemudian
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 8 Mac 2013

Skrip yang dikeluarkan media Pas Perak

Perak kite media Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar maha bijaksana bijaksini

Anwar telah menyediakan skrip atau story board untuk menyelamatkan dirinya dari segala masalah politik yang panas akhir-akhir ini.

Sebaik sahaja isu Lahad Datu dan rakyat melihat ia adalah didalangi oleh Anwar, tiba-tiba pagi ini Anwar membiar diversion buka story board baru.

Apa yang dibuat oleh Anwar tidak mengejutkan dunia, kerana perancangan awal dan modes operandinya sudah boleh dibaca.

Dikalangan pegawai kanan seperti polis, ATM dan lain-lain yang bersara telah berjaya masuk pukat beliau.

Caranya mudah, setiap target akan dimiskinkan terlebih dahulu. Apabila sudah terdesak dan kritikal akan ada tangan-tangan yang hadir untuk menghulurkan bantuan.

Contohnya ialah Dato Muhd Zain, bekas pegawai tinggi polis cawangan SB. Apabila hutang meningkat dan business down, Anwar hadir untuk menyelamatkannya.

Kini bapa mangsa liwat pula masuk perangkap Anwar. Azlan Lazim hari ini membuat sidang media bahawa anaknya telah dipergunakan oleh Umno untuk membuat tuduhan palsu terhadap Anwar.

Saiful hari ini beristiqomah dan mengambil sikap bertenang dan tidak berganjak untuk menggeret Anwar dalam perbicaraan kedua di Mahkamah Rayuan.

Selepas dibebaskan kes dari kes liwat pada 9 Januari 2012, kegembiraan Anwar tidak bertahan lama kerana Saiful berjaya membawa kes ke mahkamah rayuan.

Apapun wayang Anwar sudah boleh dibaca.

Bersambung
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Terkini Dari Sabah

Ketua Polis Sabah kata 71 orang ditahan di Sandakan,Semporna,Tawau,Lahad Datu sejak 12 Feb hingga semalam,bantu siasat kes ceroboh Sulu
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 Mac

Hari ini genap 5 tahun kerajaan BN diberi mandat memerintah kerajaan persekutuan, dan pembangkang juga telah cukup tempoh 5 tahun memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Mulai hari ini, bila-bila masa sahaja perlimen dan DUN boleh dibubarkan untuk membolehkan rakyat memilih kerajaan yang mereka mahu.

4 negeri yang dikuasai pembangkang tahun lalu telah menyuarakan hasrat mereka untuk tidak membubarkan DUN jika PRU 13 dibuat tahun lalu.

Alasan pembangkang amat mudah, mereka mahu pilanraya DUN tidak disekalikan dengan Parlimen.

Buat masa ini hanya Sarawak sahaja yang buat secara berasingan DUN dan Parlimen.

Selangor bukan main lancang mulut nak bubar Dun pada hari Chop Goh Meh tetapi gagal mengkotakan janji mereka.

Anwar pula cuba melengahkan PRU dengan mencetuskan isu Lahad Datu.

Pas hari ini sudah ketandusan fitnah, peluru sudah habis, bendera pun sudah reput di tiang.

Kantung Pas habis digunakan untuk membayar bekas-bekas artis yang turun berceramah.

Ustaz Pas yang dahulunya hanya mampu pakai datsun tonggek kini sudah mampu menjalar dengan mercedes, CRV dan Harrier.

Yang miskin ialah kantung Pas. Hari ini kutipan dari ceramah berkurangan. Ia berpunca golongan wasatiah dalam Pas enggan membantu tabung jihad kerana mereka nampak penyelewengan yang dilakukan didepan mata.

Rumah penceramah dan pemimpin semakin besar, kereta bertambah banyak, isteri dah cukup quota. Artis semakin ramai masuk gelanggang ceramah dan ilmua atau ulama Pas dipinggirkan.

Pas kini hanya hidup kerana sumbangan Dap. Mat Sabu hidup mewah kerana Dap, Fakarudin YDP Pas Taiping yang sengkek pun kini ditaja oleh Nga Kor Ming untuk bertanding.

Inilah yang menyebabkan golongan wasatiah atau golongan ulama tua mula menjauhi pemimpin Pas hari ini yang dilabelkan sebagai golongan serabut kepala.

Apa pun 8 Mac mengamik kenangan silam yang pedih buat orang Melayu.

Semoga Pru kali ini Melayu tidak melakukan kesilapan lagi.

Cukuplah, sekali jatuh lubang, tidak akan ulangi jatuh lubang yang sama untuk kali kedua.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 7 Mac 2013

Sulu serah kalah

Agensi berita AFP lapor dari Manila,jam 12.30 tgh waktu Msia,Jamalul Kiram,Sulu umum gencatan senjata sebelah pihak dan menggesa Malaysia turut mengikut jejak mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PM ke Lahad Datu

PM akan turun ke Lahad Datu hari ini tinjau sendiri Ops Daulat.Ini diberitahu di PC bersama DS Zahid dan DS Hisham sebentar tadi
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 6 Mac 2013

Sejarah Pembunuhan Rakyat Sulu Menghantui Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III mungkin mengandaikan tindakannya mengarahkan pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu yang diketuai adiknya, Azzumudie Kiram akan meningkatkan peluangnya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu yang sah.

Lebih-lebih lagi di saat perebutan tahtha Kesultanan Sulu yang semakin rumit apabila sehingga kini sekurang-kurangnya ada 9 orang individu berlainan tampil mendakwa adalah Sultan Sulu sebenar. Jamalul Kiram III dan adiknya Esmail Kiram II adalah antara individu yang dimaksudkan, kedua-duanya adalah warga Filipina.

Dengan sokongan dan dukungan anggota MNLF yang diketuai Nur Misuari yang mempunyai hubungan rapat dengannya, mungkin benar ia memberi kelebihan kepada Jamalul Kiram untuk mendabik dada sebagai Sultan Sulu yang sah sekaligus menidakkan cabaran 8 individu lain.

Andaian tersebut ternyata silap dan jauh tersasar dari jangkaan Jamalul Kiram dan pengikutnya, apabila tanpa mereka sedari tindakan pencerobohan itu sebenarnya hanya menambah kebencian orang Sabah dari keturunan Sulu kepada Jamalul Kiram dan keturunannya.

Majoriti orang Sulu di Sabah rata-ratanya enggan bersekongkol menjayakan cita-cita peribadi Jamalul Kiram yang kemaruk mahu diangkat sebagai Sultan Sulu, lebih-lebih lagi bila pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu menyebabkan sesetengah anggota masyarakat memandang serong pada orang Sulu di Sabah.

Kesetiaan orang Sulu yang lahir di Sabah dan merupakan warganegara Malaysia yang sah tetap kepada tanahair tercinta ini, dan ia terbukti benar apabila ramai pemuda Sulu turut membantu menangkap dan membelasah hingga mati seorang pengikut Jamalul Kiram yang bersenjatakan M16 pengikut di Sampoerna baru-baru ini.

Kebanyakan orang Sulu sama ada dari kalangan warganegara Malaysia mahupun di Filipina, mereka juga berkongsi satu pandangan yang sama yakni soal siapa yang layak mewarisi Kesultanan Sulu sebenarnya bukan lagi urusan Jamalul Kiram III dan keluarganya.

Orang Sulu tidak akan lupa sejarah pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat ke atas orang Sulu pada awal tahun 1900-an selepas mendapat restu Sultan Kiram II (1884-1936).

Pembunuhan yang berlaku di Bud Dahu pada Mac 1906, diikuti kempen pembunuhan sama pada Disember 1911 serta pertempuran di Bud Bagsak, pada Jun 1913 yang ketiga-tiganya mengorbankan sekitar 4,000 orang rakyat Sulu hingga sekarang terus menjadi mimpi ngeri orang Sulu.

Mujurlah Sultan Kiram II kemudiannya mangkat pada 1936 tanpa meninggalkan zuriat kandungnya, jika tidak, mungkin sekarang hanya tinggal beberapa puluh orang sahaja orang Sulu di seluruh dunia gara-gara sebahgian besarnya menjadi mangsa pembunuhan oleh Sultan sendiri yang dahagakan darah.

Jamalul Kiram III yang mempunyai pertalian keturunan dari sebelah keluarga ayahnya dengan Sultan Kiram II mungkin berbangga dengan sejarah hitam itu, dan tidaklah menghairankan kenapa bila usahanya menjajah Sabah gagal, maka diusahakan pula campur tangan Amerika Syarikat dan PBB.

Bagi kebanyakan orang Sulu, Jamalul Kiram sama sekali tidak layak menjadi pemimpin mereka. Tidak sama sekali bagi orang Sulu. Keturunan pembunuh tidak mungkin akan diiktiraf memimpin orang Sulu.

Disebabkan peristiwa ngeri itulah sampai sekarang orang Sulu sukar untuk memberi kepercayaan kepada siapa sahaja yang mengaku sebagai Sultan Sulu dari susur galur keturunan keluarga Kiram. Kalau ada pun yang menyokongnya, hanya segelintir sahaja. Itu pun kebanyakan mereka dari jenis yang dahagakan darah dan ganas seperti pengikut Jamalul Kiram III.

Peristiwa berdarah di Bud Dahu dan Bud Bagsak, Jolo, Sulu akan kekal dalam ingatan orang Sulu, dan ia akan terus menghantui Jamalul Kiram III untuk sekian lama masanya. Mimpinya untuk diiktiraf sebagai Sultan Sulu tidak mungkin menjadi kenyataan, sebaliknya akan terus menjadi ingauannya hingga ke liang lahad.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengganas Sulu Amal Ilmu Hitam

Seorang pengganas Sulu yang dibunuh oleh penduduk setempat di Semporna baru-baru ini tidak hanya mendedahkan wujudnya penyertaan militan dari Selatan Filipina dalam kes pencerobohan Sabah malah tangkal yang dipakai lelaki yang mati itu menunjukkan amalan ilmu hitam dijadikan sandaran untuk menambah keyakinan di medan tempur.

Dalam kejadian di Kampung Sri Jaya, Simunul itu selepas serangan hendap oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 6 nyawa anggota keselamatan negara, penduduk setempat yang kebanyakannya keturunan Sulu telah mengambil tindakan drastik membelasah dan membunuh seorang pengikut MNLF bersenjatakan M16 yang mengaku telah membunuh 6 polis tersebut.

MNLF yang diketuai Nur Misuari merupakan penyokong kuat Jamalul Kiram III yang didakwa sebagai Sultan Sulu yang sah serta merupakan rakan baik kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, sebelum ini pernah menafikan penglibatannya dalam kemelut di Sabah. Penafian itu bagaimana pun ternyata bohong kerana kejadian di Semporna mendedahkan sebaliknya.

Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.

Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.

Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping.

Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.

Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.

Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.

Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.

Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.

Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 ditangkap di Semporna

Polis tahan 4 lelaki dipercayai ada kaitan dengan penceroboh dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, Sabtu lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembangkang yang baghal dalam isu Sabah

Sejak awal lagi Pas seperti al-Jub, Mat Put, Tony Puaka, Tian Chua dan ramai lagi menyatakan tindakan kerajaan amat perlahan dan lemah.

"Tak serang kau kata lembab, dah serang pun salah, Kau nak apa sebenarnya ni Pakatan al-Jub?"

Bila tindakan progressive di ambil, pembangkang mempertikaikan pula!

Kena pakai peluru getah dan sebagainya, mereka tidak pula mempersoalkan betapa kejamnya musuh yang melepaskan peluru motar kepada anggota kita.

Ternyata pembangkang cuba berpolitik dan mempermain-main sebarang tindakan yang diambil oleh ATM dan PDRM.

Dap pula cuba mempersoalkan tindakan ATM mengangkut anggotanya dengan penerbangan air asia.

Dap mana pandai dalam tektik perperangan, mereka buka rumah judi dan rumah urut, mereka pakar.

Alangkah bodoh mempersoalkan tindakan tentera, ini termasuklah kenyataan bodoh yang dibuat oleh al-Jub.

Aljub mana pernah jadi menteri pertahanan, tahan bontot ayam saja yang dia pandai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Propaganda RAS dinafikan kerajaan Filipina

Gabenor Wilayah Pentadbiran Autonomi Islam Mindanao nafi khabar angin 10,000 suku Tausug bergerak ke Sabah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kesilapan Anwar Dalam Insiden Lahad Datu

'Anwar adalah dalang Insiden Lahad Datu' merupakan kenyataan yang sudah mula dihadamkan oleh semua pihak. Bukan sukar untuk menghadamkan maklumat ini apabila Anwar sendiri membuktikannya melalui tindakan, kata-kata dan responnya mengenai insiden ini sebelum dan selepas ia berlaku.

Antara yang paling ketara ialah 'nyanyian' Anwar di dalam beberapa siri ceramah jelajah Malaysia beberapa bulan sebelum ini yang berbunyi, "Tanya Sama Najib, Mengapa Kau Goyang, Nanti Jawab Najib, Sabah Dah Hilang." Nyanyian Anwar di beberapa ceramah ini telah pun di-upload dan disebar secara meluas di Youtube, sekali gus membuatkan para penyokongnya kelu untuk berkata-kata.

Soalnya, kenapa dan mengapa Anwar menyanyikan sedemikian jika beliau bukannya dalang yang cuba menggoyangkan kerajaan dengan ancaman untuk 'menghilangkan' Sabah? Perkara ini dikuatkan lagi dengan twitter Tian Chua yang menyatakan beliau ke Filipina beberapa hari sebelum kejadian. Gambar-gambar pertemuan sulit Anwar dengan Nur Misuari, Pengerusi MNLF dijadikan asas kepada penglibatan Anwar.

Anwar cuba menepis penglibatannya dengan alasan bahawa pengganas yang mengganas di Lahad Datu bukan MNLF tetapi kumpulan tentera Sulu. Namun, belum sempat Anwar berhujah lebih panjang untuk membela diri, dunia mendapat laporan bahawa beberapa orang pengganas yang tumpas telah dikenalpasti sebagai 'orang-orang Misuari' atau MNLF. Dan kini, Nur Misuari sendiri telah menyerlahkan penmbabitannya dengan cuba menjadi 'orang tengah'.

Hakikatnya, Anwar telah banyak membuat kesilapan dalam insiden Lahad Datu ini dan tindakannya yang ingin menyaman media tempatan yang hanya memetik laporan dari agensi berita Reuters dan Manila Post mengenai penglibatannya, merupakan kesilapan paling besar. Malah, blog Anwar juga hanya memberi kata dua kepada Utusan dan TV3 untuk menarik balik petikan tersebut, tanpa langsung 'menyentuh' Reuters dan Manila Post.

Lebih menarik, ugutan Anwar terhadap wartawan yang bertanyakan hal tersebut, yang berbunyi, 'You ulang, I saman' kini menjadi bahan jenaka di laman sosial sekali gus menjadi titik pengesahan kepada golongan atas pagar bahawa Anwar benar-benar terlibat.

Anwar juga tidak berani menempelak, jauh sekali menyaman Presiden Filipina, Benigno Aquino yang turut membayangkan dirinya sebagai dalang, dengan memetik laporan perisikan.

Jika diteliti kenyataan Anwar mengenai insiden ini, kita akan dapati bahawa beliau langsung tidak mengutuk pencerobohan pengganas Sulu mahupun MNLF, sebaliknya kenyataannya hanyalah berkisar kecaman dan kritikan terhadap kerajaan Malaysia serta tindakan polis dan tentera kita.

Jelas, Anwar begitu berhati-hati untuk tidak menyinggung pihak pengganas.

Memandangkan Anwar adalah 'juara' isu kad pengenalan dan kewarganegaraan di Sabah, adalah pelik sekali apabila Anwar tidak pula mempertikaikan kerakyatan bangsa Sulu di negeri tersebut. Sedangkan, sebagai orang yang begitu lantang mengkritik pemberian kerakyatan yang longgar, seharusnya Anwar menyarankan agar kerakyatan mereka ditarik balik sahaja. Tetapi, ini tidak berlaku, malah Anwar langsung tidak 'menjentik' orang-orang Sulu.

Mungkinkah Anwar sudah hilang 'bakat' lakonannya dalam politik sehingga terlupa untuk membawa watak nasionalis tulen yang sayangkan negara sepertimana sepatutnya? Apapun, kita faham akan kesukaran Anwar untuk membawa berpuluh-puluh watak sekali gus, dalam satu masa. Anwar tidak mungkin boleh membawa watak nasionalis dengan mengutuk pihak Sulu atau MNLF kerana mereka adalah merupakan 'alat' dan 'umpan' baginya untuk berkuasa. Pendek kata, mereka bekerja untuknya.

Justeru, Anwar hanya mengulang-ulang skrip yang sama iaitu 'ingin menyaman Utusan Malaysia, TV3 dan siapa saja yang bertanyakan soalan yang tidak mampu atau tidak berani dijawabnya', serta mengutuk UMNO, BN dan kerajaan Malaysia atas segala apa saja yang berlaku di Lahad Datu, Semporna mahupun di mana saja di dunia!

Dan inilah saja yang mampu dibuat oleh Anwar setakat ini, iaitu kesilapan demi kesilapan. Kepada Anwar, kita nyanyikan, "Tanya sama Anwar kenapa Dato' Seri berang, nanti jawab Anwar aku-lah dalang!"

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Awas orang yg tak dikenali di Lahad Datu dan Semporna

Orang awam diminta berhati-hati kerana kemungkinan pengganas Sulu menyamar sebagai penduduk kampung dan peneroka Felda untuk lepas diri: KPN
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.