Selasa, 13 Disember 2011

Banjir Kilat di Kuala Lumpur

Shahrul Kamar Eskay wrote:

kes banjir disekitar berhampiran PKOD Dang Wangi dlm jarak kurang 2km... Malangnya tiada maklumat dari 999. Respons dari maklumat orang awam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jalan Tun Razak Banjir

Jalan Tun Razak atau dikenali sebagai Jalan Pekeliling dahulu, petang ini banjir kilat akibat hujan lebat. Elakkan daripada jalan ini.

Wisma Bernama yang terletak berhampiran Istana Budaya menjadi pusat perlindungan buat sementara waktu

Musuh DAP Bermakna Musuh Pas, Hasan Ali Mangsa Pertama

KUALA LUMPUR – Pas dilihat tunduk kepada  DAP berbanding mempertahankan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali apabila desas-desus namanya digugurkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata perkara itu sememangnya sudah dijangka daripada dulu lagi kerana Hasan merupakan pemimpin yang "vokal" di dalam pentadbiran kerajaan negeri selain merupakan pemimpin yang berpegang kepada prinsip.

Justeru katanya tidak menghairankan nama beliau digugurkan kerana ianya dianggap penghalang kepada DAP untuk menguasai pemerintahan negeri berkenaan selain  melicinkan gerakan mereka yang yang totok kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita percaya Hasan Ali menjadi mangsa kepada kerakusan serta ketamakan pimpinan Pas hari ini yang sudah lari daripada perjuangan mereka yang kini kearah yang lebih liberal khususnya menjayakan rancangan sekutu mereka yang lain.

"Mungkinkah pimpinan Pas selangor mendengar bisikan daripada sekutu mereka DAP dan mungkin barangkali sedikit  "nasihat"  daripada pimpinan PKR yang lain agar menggugurkan nama beliau sebagai calon.

"Alasan boleh dicari dalam usaha memperlihatkan ketelusan pemilihan calon di dalam Pas. Kalau rakyat pun boleh mereka tipu apatah lagi sesama sendiri. Tidak pelik semua itu. Tengoklah bagaimana dulu Negara Islam tetapi hari ini Negara Berkebajikan," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa pula helah parti Islam PAS?

Dalam Mahkamah Tinggi pada Isnin Peguam Utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh merumuskan kejadian seks luar tabie di antara anak guamnya (Anwar Ibrahim) dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 – 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara BERLAKU atas dasar suka sama suka. Suka sama suka atau cara terpaksa, ianya tetap LIWAT

Dengan kenyataan Peguam Karpal telah tertunai sudah solat hajat yang dibuat oleh PAS.

Pas telah buat solat hajat mohon petunjuk dan bala ke atas Umno dan mahmakah yang kononnya mengaibkan dan menfitnah Anwar.

Sekarang kenyataan yang terang lagi bersuluh telah dibuat oleh Karpal. Apakah Pas tidak percaya kepada Karpal? Apakah Karpal ingin mengaib dan menfitnah Anwar?

Karpal hanya peguam pembela yang sudah habis akal, habis modal untuk membela Anwar dan cara terbaik ialah liwat berlaku suka sama suka.

Akan tetapi umum perlu tahu, mahkamah pernah menerima kes suami merogol isteri dan kes liwat antara Anwar dan Saiful juga bole disamakan kes suamai rogol isteri, Apa lagi jika Anwar meliwat Saiful, Paksa atau tidak, ia tetap berlaku. Anwar seorang tua telah meliwat Saiful yang boleh disamakan sebagai anak.

Anwar sepatutnya menjaga dan melindungi Anwar tetapi apa yang berlaku sama seperti pepatah Melayu, Haruan makan anak atau Harapkan pagar, pagar makan padi.

Akhir Kalam , Rakyat perlu menolak Anwar dan sekutunya daripada diangkat menjadi pemimpin.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Fitnah Pembangkang terhadap MB Perak

Berita Agendadaily shared the following link:

http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/mb-perak-dituduh-ada-rumah-rm3juta-di-pangkor.html#.Tuav0z5YOJY.facebook

Sebelum ini digelar dengan panggilan "hitam metalik" kini Menteri Besar Perak berdepan dengan macam-macam fitnah—ini gara-gara PRU ke13 semakin hampir. Fitnah terbaru ialah mengenai Dato' Se
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas hari ini

Parti PAS mengaku bahawa merekalah parti Islam, parti yang menegakkan Islam, parti yang menjulang dan mengangkat ulamak.

Umno assobiyah, tidak Islam, menggunakan perlembagaan penjajah, sekular, bersekutu dengan kafir Mca dan Mic. Apa lagi yang Pas cakap ? Tolong habaq sat!

Hari ini Pas mendokong parti sekular Dap dan Pkr, Islam kah Dap dan Pkr sampai Pas sanggup bekerjasama dengan mereka?

Bila Umno mempertikaikan Pas Kelantan hanya bina sebuah sahaja masjid dalam tempoh 20 tahun pemerintahan, Pas menuduh Umno menilai Islam berdasarkan jumlah masjid.

Memang Pas kaki putaq alam, Pas sebenarnya bina banyak masjid tetapi masjid Pas standard Masjid haram di Bujal sahaja, tak ada rupa masjid. Pas menukar konsep masjid menjadi Markas. Sebab Pas tahu kalau buat masjid ia menjadi hak awam dan majlis agama Islam dan Istana akan memantau aktiviti masjid.

Jadi, Pas tukar nama jadi markas dan markas tidak lagi mempunyai ciri-ciri binaan masjid supaya kuasa pentadbiran 100% mengikut rentak dan selera Pas.

Pas tahu, dalam masjid tak boleh berpolitik. Tak boleh buat program parti, tak boleh cerca orang lain. Dalam markas serba boleh. Sebab tu hari ini Pas gila memperbanyakkan MARKAS daripada MASJID.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HELEN ANG : PAS mempermainkan hudud


PAS bertambah goyah gara-gara seorang Khalifah

Negara Berkebajikan PAS kini tanpa hukum hudud‘, Malaysiakini melaporkan semalam.
Konsep ‘Negara Berkebajikan’ PAS yang dilancarkan presiden parti Abdul Hadi Awang “langsung tidak menyebut cadangan undang-undang hudud”.
Presiden PAS seolah-olah kembar seiras seorang mantan presiden Umno dalam sifat ‘selective amnesia’ yang dikongsi mereka berdua.
Tuan Guru lupa akan Amanat Hadi yang pernah dikeluarkan dirinya sendiri:
“Kita menentang dia [Umno] ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah”.
PAS juga tidak ingat lagi kepada Dokumen Negara Islam yang dirangka parti itu pada tahun 2003.
Dokumen tersebut menyatakan:
“Dengan perlaksanaan hukum Allah swt, termasuk Hukum Hudud, maka akan amanlah masyarakat dari perbuatan jenayah seperti yang dijanjikan Allah swt dalam al-Qur’an.”
Chandra Muzaffar memberitahu forum hudud tempoh hari bahawa Ustaz Fadzil Mohd Noor telah bercadang untuk membentangkan hudud di Parlimen sebagai ‘private member’s bill’ pada tahun 1999. Chandra menyandang jawatan naib presiden parti Keadilan pada waktu itu.
Katanya orang kanan PAS telah berjaya memujuk presiden PAS tersebut untuk menangguhkan hasratnya mengadakan hudud demi mengelak daripada tercetusnya konflik ketika negara di ambang pilihanraya umum.
Ustaz Fadzil akur lalu menarik balik bill hududnya, kata Chandra.
Tuan Guru Hadi Awang menjejaki langkah membatalkan hudud yang diambil oleh pemimpin yang digantinya itu atas alasan negara sekali lagi berada di ambang pilihanraya umum.
Beliau mengetepikan hudud sungguhpun Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu 2002 diluluskan sewaktu beliau Menteri Besar negeri pantai timur itu.
Usaha menentang hudud ialah modal politik bagi MCA. Pengumuman kelmarin oleh Hadi Awang bahawa buku hijau PAS memendamkan hasrat partinya untuk melaksanakan undang-undang hudud (buat masa ini) akan berjaya menumpulkan asakan MCA terhadap DAP.
Dengan MCA kehilangan senjatanya ini maka lagi kuatlah DAP.
Namun bagaimanakah tindakan PAS menyimpang dari perjuangan dan tunjang ideologinya akan disambut ahli-ahli parti?
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi berkata baru-baru ini pada Oktober 23:
“Menerima dan melaksanakan undang-undang Islam adalah sebahagian daripada tuntutan aqidah Islam yang mesti ditunai oleh setiap individu muslim yang mengaku beriman kepada Allah swt.”
PAS kewalahan memberi jawapan kepada penyokong-penyokong tegarnya kenapa Umar Lim sementelah sudah dinobatkan Khalifah masih lagi menolak undang-undang Islam.

Isnin, 12 Disember 2011

Bertapa senangnya pemimpin Pas berceramah sambil mengumpul dana untuk Pilihanraya ke 13

Kerajaan Berkebajikan! Apa bukti kebajikan Pas?

Berapa banyak biasiswa atau bantuan kewangan yang diberikan kepada anak-anak yang masuk IPT dalam dan luar negeri?

Berapa ramai warga emas yang mendapat bantuan kebajikan ?

Apa yang jelas PAS hanya mengharapkan ahli untuk mengenyangkan tembolok mereka, Buat ceramah dan kutip derma, setiap kali aidil fitri, Pas sibuk kutip duit zakat fitrah. Fakir miskin tak dipedulikan, yang penting tabung jihad penuh.

So, tak guna bermegah dengan negeri berkebajikan, dongeng munafik semata-mata.

BR1M dan e-kasih

Menteri Kewangan Kedua, DS Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, penerima bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak terima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Di dalam kenyataan di sini, Ahmad Husni berkata, mereka hanya perlu memohon bantuan RM500 itu dengan mengisi borang yang disediakan.

"Untuk makluman, mereka yang berada di dalam senarai e-Kasih adalah secara automatik layak untuk menerima BR1M," katanya. Ahmad Husni amat kesal dengan kesilapan fakta dan laporan berita mengenai bantuan itu yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MP Balik Pulau n MP Gombak tak respect PM beri penghormatan kpd Angkatan Tentera! Kurang ajar!

Inilah manusia yang otak tahap lembu. Tak reti adat dan adap.

Anwar vs Papagomo PG : fasa berikut makin panas

Papagomo vs Anwar semakin hangat, dah masuk fasa takat degree mendidih.

Cuma nak tunggu, beranikah Anwar bawa kes ke mahkamah kerana video-video china doll yang dimainkan oleh PG

Anwar juga menyuruh balacainya menghentam papagomo dan ia termasuk penyokong tegar Anwar dari parti Pas.

Anwar nampak cerdik tetapi dengan PG kebohohan Anwar terserlah. Apa tidaknya, ia menguatkan lagi isu china doll.

Anwar tak berani saman PG kerana PG sudah ada alabi yang kukuh. Bila-bila masa sahaja rakaman video pengakuan china doll dapat didedahkan kepada umum.

Anwar takut untuk berdepan dengan PG dimahkamah, sudahnya Anwar menggunakan media tempur maya untuk mengalahkan PG.

Sayangnya semuanya sudah terlewat. PRU 13 semakin dekat. Anwar mengarahkan Bard (geli nak sebut cheguBard) untuk menggerakkan satu agenda baru ABU.

Menurut Bard ABU ialah sokong mereka Asalkan Bukan Umno, maknanya rakyat mesti sokong Karpal Sink, Lim Guan Eng, Elizabeth Wong, Adun Pas Selising, Adun Pas Perupok dan sesiapa saja Asalkan Bukan Umno.

Anwar mempunyai strategi baru dalam PRU 13 dengan meletakkan ramai muka baru. Wakil PKR yang ada hari ini 90 % akan digugurkan kerana mereka hanya calon tangkap muat. 2008 PAS , DAP dan PKR meletakkan calon sesuka hati kerana ramai yang tidak mahu bertanding kerana tidak ada wang deposit dan wang kempen.

Semua calon PKR kebanyakan guna wang sendiri, wang pkr hilang dan tiris ditangan orang-orang kanan Pkr.

Sebab itu bekas-bekas ahli PKR kebanyakan hidup mewah termasuk yang berada dalam parti KITA hari ini.

ABU adalah kempen yang tak laku bagi PKR. Hanya Pas akan megah dengan ABU.

PG menewaskan B.A.B.I. 5-0 setakat hari ini.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apabila PAS roboh surau, apa yang mungkin berlaku?

MySuara Net shared the following link and had this to say about it:

...apabila Madrasah Salihiah Kanchut, hendak dirobohkan, teman terus terfikir pasti para mujahidin dan bakal syuhada' dari PAS akan mengamuk sekali lagi. Mana taknya, madrasah tersebut berfungsi sebagai sebuah masjid. Azan tiap waktu dilaungkan. Solat jemaah tiap waktu didirikan. Ada anak kariah sendiri lagi. Madrasah sudah tertegak ditapak yang sama lebih 100 tahun! Tapaknya adalah waqaf khas HANYA UNTUK PEMBINAAN DAN PENGGUNAAN SEBAGAI MASJID/ SURAU!
Rencana penuh di http://www.mysuara.net/

http://www.mysuara.net/

Sebuah badan pemikir dan beberapa tokoh agama di Kelantan menyifatkan tindakan seorang penceramah Pas menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan nabi sebagai sesat dan membawa kepada kekufuran. Malah mereka turut mendesak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAI...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dari mana Anwar dapat banyak wang?

BERITA HARIAN Dr Mahathir dedah NGO tajaan AS bantu usaha guling kerajaan, termasuk beberapa pemimpin pembangkang dan Majlis Peguam bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan BN BACA LANJUT http://t.co/T3l79MHB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

20111209 ABU announcement PC




PKR sudah terdesak sangat dengan Umno yang semakin mantap dan membela rakyat. Hasil dengki khianat, munafik Bard [ ta perlu panggil Chegu Bard sebab hanya cikgu sementara saja sebab tak ada SPM]

Terdesak dengan Umno lalu datang idea dari kepala lutut tubuh ABU [ Asalkan Bukan Umno]

Dulu tubuh 'Demi Rakyat' sekarang 'ABU', Esok-sok entah apa pula idea gila depa,,,,

Ramasamy: DAP should not have godfathers


Prof. Dr.Ramasamy
  - Malaysiakini
Story by Susan Loone

There must be no ‘godfathers' in the DAP, since seat allocation during elections is decided by the party's central executive committee (CEC), Penang DAP deputy chief P Ramasamy has declared.

With the party gearing up for an early 13th general election, which could even be called in the first quarter of 2012, seat allocation is not to be decided by one person alone but by a committee comprising several DAP leaders he said.

Ramasamy, who is also Penang deputy chief minister II, said he agreed with DAP chairperson Karpal Singh, who recently warned that there should be no "warlords" in the party intending to promise or announce seats for their cronies.

He said Karpal was correct in issuing the statement as he is party chief, but disagreed that the remark was directed at him personally.

"We all accept that there should be no warlords in DAP, but there should not be any godfathers, too," Ramasamy said.

"I will talk to Karpal about the matter since I do not think he is targeting me personally, as reported by an online website.

"I understand politics very well. I was a lecturer in political science for 25 years," he added.

Ramasamy, the Prai assemblyperson, was referring to Karpal's latest statement, as reported on Free Malaysia Today (FMT), that "no one has the authority to choose or announce candidates and seats".

"Only the top leadership has the privilege to do so," Karpal, the Bukit Gelugor MP, said yesterday.

The website said Karpal, in "firing a broadside against Ramasamy", had stressed that the party would not hesitate to take stern disciplinary action against the warlords.

The well-known lawyer was referring to Tamil language dailies that quoted Ramasamy as announcing several decisions on the party's seat allocation.

However, Ramasamy denied that Karpal had targeted him personally with the remark, saying the "online report had twisted" the DAP chief's comments.

"If this (the story being twisted) continues, I plan to take the necessary action," he told Malaysiakini.

Reports in Tamil papers denied

Ramasamy is also upset with the Tamil language dailies for quoting him as saying that the party had decided to field three Indian women candidates.

The trio reportedly mentioned by Ramasamy are D Kamachi, Kasturi (a daughter of the late DAP stalwart P Patto) and a lawyer from Penang named only as Mangleswari.

Ramasamy, who is also Batu Kawan MP, said when asked about the three, he had merely replied that "there is a possibility that the party may field more women candidates".

He also denied telling the Tamil newspapers that parliamentarians M Kulasegaran (Ipoh Barat), Charles Santiago (Klang) and M Manogaran (Teluk Intan) and assemblyperson A Sivanesan (Sungkai) were "virtually certain" of contesting in the coming general election.

"How can I say this? I deny saying this," said an upset Ramasamy, who is also a member of the party's central executive committee.

According to the report, which also appeared on FMT, Ramasamy is quoted as saying that he would re-contest both his Prai state and Batu Kawan parliamentary seats.

To this, Ramasamy replied, "I have always maintained that the decision (on seat allocations) is up to the CEC. No one person can make a decision as there are other members in the committee.

"I am not a bloody fool. I feel the story has been twisted," he said.

When contacted, Karpal said his remarks were based on the newspaper reports quoting Ramasamy about two weeks ago.

The veteran politician said he responded on the matter because Ramasamy had not denied the reports.

However, Karpal said, the quote about "taking stern disciplinary action on warlords" in the FMT report was general remark and not targeted at Ramasamy.

He denied "firing a broadside" at Ramasamy, saying the statement was the "reporter's own words".

"But my message (on warlords) is aimed at others who intend to be such," he told Malaysiakini.

Karpal said he was cautioning party members on the matter as he did not wish to see a repeat of the situation in Johor occurring elsewhere.

Last Saturday, about 20 Bakri DAP division members held a protest in Muar against Johor DAP leader Dr Boo Cheng Hau, accusing him of being "autocratic".

During the protest, several members described Johor DAP secretary Tan Chen Choon as having a poor track record in serving the people.

The protesters also called on secretary-general Lim Guan Eng to take action against Boo.

Ahad, 11 Disember 2011

Itik bertelur, ayam menetas

LIMA 2011 telah pun menutup tirai, kehebatan peralatan perang udara dan laut nampaknya biasa sahaja ceritanya. tetapi yang hebat diperkatakan ialah apabila bloggers dan ahli politik pembangkang dipelawa untuk menyertai pengalaman menyelam bersama kapal selam KD Tun Razak.

Selain Lim Guan Eng dan dua orang kuatnya Prof Dr Ramasamy dan Dr Mansor , bloggers Papa Gomo dan Big Dog telah menulis pengalaman mereka bersama KD Tun Razak. Bukan saja mereka yang naik, ada lagi blogger atau pengamal media sosial yang diberi peluang menyelam tetapi mereka belum lagi menceritakan pengalamn mereka.

Nampaknya pembangkang menghentam  Zahid Hamidi kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan bloggers terutama Papagomo.Papagomo juga nampaknya telah memberi penghargaan yang istimewa kerana ucapan Zahid dalam penggulungan PAU yang mana beliau Zahid mengiktiraf bloggers dan pengamal media sosial yang lain seperti facebookers dan twitters sebagai barisan hadapan Umno yang berperang di medan tempur menentang keganasan bloggers pembangkang yang berjaya mengurangkan 2/3 suara BN di dewan rakyat.

Hari ini pengamal media sosial yang menyokong BN dianggap pecacai dan anjing belaaan Umno. Mereka lupa jika bloggers dan pengamal media yang menyokong Pas, Pkr dan Dap bukan sahaja anjing dan pecacai tetapi mereka adalah babi toyok kerana menyokong pembangkang membabi buta dan menutup pekung dan sengkela yang penuh dibadan mereka.

Bagi yang mengaku Islam pula sanggup bersifat munafik dan menfitnah pemimpin Umno. DS Najib, DS Jamil Khir dan Dr Zambry  yang ke Mekah untuk menunaikan rukun haji pun difitnah oleh bloggers Pas.  Tak cukup dengan cerita bohong, gambar Najib buat tawaf juga diedit dan ubahsuai kononnya bila Najib tawaf orang lain semua tak dibenarkan buat tawaf.  Najib wikuf di Arafah dan twitter hukuf pun jadi isu konon Najib tak tahu rukun haji. Sedangkan kita semua tahu tak sempurna haji jika tidak wukuf di Arafah.

Setelah fitnah kerja haji , kini sasaran mereka ialah LIMA selepas NFC. Apa pula fitnah mereka selepas ini?

Razman Abdullah sepatutnya menjemput penggiat media Pas seperti Manjongmari, Otai Manjung, Tukar Tiub untuk turut menyelam bersama Papagomo dan Big Dog, baru lah mereka tidak bising. Ini sudah macam lagu kanak-kanak, ITIK BERTELUR, AYAM MENETAS.

HAHA!! Apa maksud peribahasa tu?

NFC perlu segera saman PKR di Mahkamah

NFC hendaklah segera menjawab tuduhan pembangkang dan segera mengambil tindakan mahkamah terhadap mereka yang membuat tuduhan yang melampau terhadap NFC.

Dato Shafee Abdullah peguam NFC pernah berkata, pihaknya ada kes untuk mendakwa Rafizi, Zuraidah dan ramai lagi dari parti PKR.

"Lagi lambat tindakan diambil ia akan menjejaskan BN dan kerajaan," menurut Timbalan Menteri Pelajaran Dato Dr Fuad Zarkashi.


David Nga Bacul

Bacul sebab block TM, sama macam Anwar, Rafizi dll. Memang cakap tak serupa bikin. Mana hak saya nak kritik mereka, jika dah kena block.
This screen shot has been taken with ScreenShot - A product by S4BB Limited: http://s4bb.com/screenshot

USA dedahkan Anwar terima wang

Sila baca Berita Minggu ms 34 tajuk Amerika Dalang pemusnah dunia--dana usd100m untuk jatuhkan kerajaan melalui NED dan IRI.

Laporan yang dipetik dari AP itu mendedahkan antara yang terima dana asing itu termasuk Anwar Ibrahim, perlu dimanfaatkan maksimum.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 10 Disember 2011

Hilang keyakinan kepada pemimpin; 80 ahli Umno masuk PAS

Ini adalah laporan daripada blog PAS. Jika benar ia berlaku, Umno Terengganu kenalah jawab.

Umno Pusat perlu siasat samada laporan ini benar atau pun hanya gimik Pas sahaja.



KUALA NERUS – Lapan puluh orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS di Kampung Banggol Donas Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu dekat sini semalam Jumaat, 9 Disember.

Sebahagian besar daripada jumlah tersebut iaitu kira-kira lebih 40 orang adalah bekas Pemuda dan Puteri Umno kampong tersebut.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menerima permohonan masuk PAS itu daripada bekas Ahli Jawatankuasa Bahagian Umno Kuala Nerus, Salleh Embong sempena Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa di Markaz PAS yang baru ditubuhkan.

Salleh Embong berkata tindakan bekas ahli-ahli Umno menyertai PAS akan memberi tamparan hebat kepada Umno Kuala Nerus khususnya di Dun Teluk Pasu tersebut.

Ini kerana, katanya rakyat telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Terengganu.

Menurutnya, selagi Umno-BN berkuasa penuh segala kepentingan rakyat terabai melainkan kroni-kroni tertentu dalam parti berkenaan.

"Kami cukup kecewa dengan kepimpinan Umno, wakil rakyat dan kerajaan BN Terengganu dalam menyelesaikan masalah rakyat.

"Rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan Umno-BN yang berkuasa penuh hari ini di Terengganu yang lebih mementingan kroni-kroni tertentu dalam parti (Umno)," ujarnya.

Katanya, masalah pengambilan balik tanah di Kampung Banggol Donas yang tidak selesai menjadi punca berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli Umno kepada PAS.

Menurutnya, projek pembinaan jalan yang melibatkan tanah serta rumah penduduk di kampung tersebut terdapat unsur salahguna kuasa.

Kata Salleh, laporan bantahan telah dibuat kepada semua pihak termasuk Perdana Menteri, Kementerian Jabatan Kerja Raya, pejabat Menteri Besar Terengganu, Suhakam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hadir sama pada majlis bersejarah itu Yang Dipertua PAS Kuala Nerus, M Sukrimun Shamsuddin, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Naib YDP Kuala Nerus, Ustaz Ismail Mamat, Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Ridzuan Hashim dan Setiausaha Pas Kuala Nerus, Zakaria Dagang.