Sabtu, 26 Mei 2012

Suara Belia menggegarkan Putrajaya dalam menyokong Najib

PUTRAJAYA, 26 Mei 2012 - N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia, itulah sepanduk yang diarak 250 belia dari Majlis Belia Pulau Pinang (MBPP) sebagai tanda sokongan padu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Himpunan Jutaan Belia. 
Wakil MBPP Mohd Rashwan Klawan berkata belia Pulau Pinang itu turut membawa sepanduk memaparkan kata-kata keramat Najib yang mereka kumpul.

"Kami membuat persiapan mengumpul dan menghiasi mutiara kata Perdana Menteri sejak minggu lepas lagi. Kata-kata ini diambil dalam surat khabar. Ini adalah tanda sokongan belia Pulau Pinang kepada PM.

"Kami berterima kasih pada kerajaan kerana memberi peluang kami di seluruh Malaysia berkumpul di sini, dan ini menunjukkan kerajaan prihatin dengan kegiatan sosial kami," katanya.

Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa kumpulan belia membawa sepanduk yang tertulis kata-kata seperti "Kami sokong dasar kerajaan", berarak sejauh 6 kilometer sambil melaungkan 1 Malaysia walaupun cuaca panas terik kerana semangat cintakan negara mengatasi segala-galanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah bekas ahli Pas

Malam ini jam 9.00 malam , 26 Mei 2012 bertempat Di Dewan Umno Kampung Expo, 34600 Kamunting Perak akan diadakan satu ceramah bertajuk SELAMATKAN AQIDAH oleh Ustaz Wan Mohamad bin Wan Ahmad.

Beliau merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Besut dan bekas Timbalan Pas Terengganu.

Beliau akan membongkarkan kesesatan Pas hari ini sehingga beliau bertindak meninggalkan parti tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pembohongan Pakatan Rakyat Sudah Seperti Drama Bersiri

PROVOKASI DAN GANAS BUKAN CARA UMNO.

Lembah Pantai, 23 Mei- Majlis Penerangan Perdana yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Majlis Permuafakatan Muslim telah dilaksanakan di Kuaters Kediaman DBKL Pantai Permai dan mendapat kerjasama dari wakil penduduk.

Tuduhan tindakan provokasi yang ditujukan kepada UMNO amnya dan Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai secara khususnya adalah satu tuduhan liar dan tidak berasas. Dimaklumkan kehadiran orang ramai di kedua-dua majlis dianggarkan sekitar lebih 1,000 orang dan ianya juga melibatkan penduduk setempat di kedua-dua perumahan terbabit.

Ketua Penerangan UMNO Lembah Pantai, Datuk Ibrahim Tambychik berkata, berkemungkinan juga tindakan membaling objek berpunca dari sesetengah penduduk di kedua-dua penempatan yang telah "dirampas" ketenangan mereka.

Dimaklumkan, dalam kejadian tersebut seorang penonton telah tercedera di kepala akibat terkena objek keras ketika sedang duduk mendengar ceramah. Mangsa telah dikejarkan ke klinik berhampiran oleh jawatankuasa penganjur dan dimaklumkan mangsa menerima enam (6) jahitan.

Sikap suka memprovokasi dan bertindak ganas adalah sikap Pakatan Rakyat. Buktinya, semasa perhimpunan haram "Bersih 3.0" peserta perhimpunan tersebut telah mencaci dan menyerang anggota Polis (PDRM), wartawan dan merosakan harta benda awam.

Dalam masa yang sama, Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai, Datuk Mohamad Sazali Kamilan berkata, UMNO tidak pernah menganjurkan ahli-ahlinya untuk bertindak liar apatahlagi bersikap kurang ajar.

"UMNO senatiasa menitikberatkan sikap hormat - menghormati dan mengamalkan demokrasi dalam politik sejajar dengan perlembagaan negara. Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai menyelar kenyataan terbuka Dato' Sri Anwar Ibrahim yang telah melaungkan PEMUDA UMNO SIAL , PEMUDA UMNO ANJING dan PEMUDA UMNO BODOH," ujarnya kepada media sebentar tadi di Rumah BN Lembah Pantai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Sombong dan Bongkak

Malam tadi ceramah Anwar di Kampung Ghani Othman, Johor hanya berjaya kumpul 200 org penonton dan buat dalam kebun getah

Anwar usung 80 orang bouncer dan body guards dan orang luar supaya meramaikan konvoi dan ceramahnya. Walaupun hanya 200 termasuk penduduk tempatan tetapi keadilan daily berkata yang datang 1ribu, di Masai yang datang tak sampai 1ribu tetapi PKR kata 5 ribu

Menyedihkan ialah masa balik rombongan konvoi terlibat dalam kemalangan di lebuh raya Senai-Desaru KM56.2 salah satu kereta yang terlibat ialah kereta rasmi Anwar sendiri tetapi beliau bernasib baik kerana beliau menaiki kereta lain.

Malangnya sikap bongkak dan sombong Anwar sejak dalam Umno berulang lagi.

Anwar mengarahkan pemandunya meneruskan perjalanan dan tidak berhenti untuk melihat atau membantu peserta konvoi dan pemandu kereta rasminya.

Anwar memberi alasan sudah terlambat untuk pergi ceramah... Mangsa dihantar ker hospital Kulai..

Inilah sifat Anwar yang hanya memerlukan orang apabila tersepit dalam kesusahan tetapi bila orang lain susah dia buat tak nampak.

Sepanjang 13 tahun penubuhan PKR berapa ribu rakyat yang telah dibantunya?

Di Permatang Pauh sendiri penduduknya masih dibelenggu kemiskinan dan kedaifan tanpa ada usaha Anwar untuk membangunkan ekonomi.

TM perhatikan dalam tempoh 10 tahun lagi penduduk Melayu Permatang Pauh akan hilang petempatan mereka. Ini kerana banyak tanah yang diduduki oleh Melayu adalah bertaraf wakaf.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.