Ahad, 26 Februari 2012

Debat: PAS Perak sifatkan Zambry tiada wawasan???






Hidup pun susah, mati pegang bendera



Pas Perak meracau apabila YAB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir menolak debat dengan bekas menteri besar ke 10 iaitu Dato Seri Nizar Jamaluddin. Apabila Zambry menyarankan agar Nizar berdebat dengan YB Jamaluddin Radzi Adun Behrang, Pas menempelak Zambry kononnya Jamaluddin bukan mewakili Barisan Nasional.

Perak Today sememangnya menyampah dengan isu debat yang selalu menjadi modal politik terutama Pas dan kini menjadi ikutan Dap dan Pkr.

Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen telah menyediakan tempat khas untuk berdebat. Tempat yang dianggap mulia dan penuh adat dan adab. Setiap patah kata akan direkod secara bertulis. Berbahas dan berdebat lah puas-puas.

Nizar Jamaluddin dan lain-lain ahli parlimen pembangkang hanya beretorik di luar gelanggang. Bila berada dalam gelanggang jadi macam anjing penakut dan sorok ekor.

Sepanjang menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang berapa kali Nizar Jamaluddin buka mulut dan berdebat dalam dewan yang mulia? Orang Pas tolong jawab.

Dalam dewan undangan negeri pun Nizar kantoi banyak kali. Semua orang masih ingat bagaimana Nizar kantoi apabila dimalukan oleh Mantan Menteri Besar Perak, Adun Pangkalan Hulu YB Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali dalam membahaskan isu Negara Islam dan dengan Dr Zambry pun Nizar banyak kali terkedu, termalu dan hilang akal apabila berbahas.

Pemuda Pas Perak juga pernah kantoi dalam isu debat dengan Pemuda Umno Larut. Cakap bergegar-gegar tetapi bila disuruh sediakan tempat dan permit, Pemuda Pas gagal melaksanakan tugasnya. Akhirnya sebelum termalu sendiri mereka pindahkan debat ke Selama, siap pasang banner dan kain rentang tetapi tak berani memohon permit. Apabila Polis melarang Pemuda Umno hadir untuk berdebat kerana tiada permohonan permit, Pemuda Pas menuduh Pemuda Umno Larut bacul. Pada hal mereka lah yang gagal menunaikan amanah. Memang sah Ulama’ muda yang menyertai Umno melabelkan Pas sebagai Assobiyah dan munafik.

Malah Perak Today dan blogger Taipingmali juga dicabar untuk berdebat secara terbuka oleh Pemuda Pas Perak, Debat disambut dan gelanggang dibuka secara maya tetapi sehingga ke hari ini tidak ada satu pun soalan yang dikemukakan untuk dijawab.

Tektik debat Pas sebenarnya hanyalah untuk menghimpunkan pengikut Pas seberapa ramai untuk mengeboo dan mengajak audience menyoal soalan-soalan yang tak releven dengan tajuk perdebatan.

Sudah lah, Pas Assobiyah kalau berani dan cukup hujah silakan berdebat dalam dewan yang mulia. Nizar Jamaludin lebih hebat daripada Dr Zambry kerana Nizar boleh berdebat di dewan Dun Perak dan Parlimen, Dr Zambry hanya mampu berdebat di dewan Dun sahaja.

Pesanan dan peringatan Taipingmali kepada Nizar Jamaludin ialah bila ada sidang Dewan Rakyat janganlah ponteng dan rajin-rajin lah buat homework sebelum masuk berdebat dalam dewan kalau tidak buat bera muka jadi pucat lesi. Keluar dewan dan balik kawasan dok pembohong kepada rakyat.

Di bawah adalah petikan dari Harakah berikutan temubual dan jawapan Dr Zambry kelmarin.
IPOH, 25 Feb: Kenyataan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Kadir berhubung debat telah menggambarkan dirinya tidak ada wawasan.
Demikian tegas Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin tentang kenyataan Dr Zambry yang menyarankan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berdebat dengan Adun Behrang yang melompat parti, Jamaluddin Radzi dan bukannya dengan beliau atas alasan Adun bebas itu sudah lama menyatakan kesudian untuk berdebat.
Katanya, kenyataan tersebut memperlihatkan dirinya tidak mempunyai wawasan dan kurang matang dalam memberi respons tentang cadangan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.
“Cadangan Pemuda PAS untuk menyatukan kedua-dua pemimpin tersebut bermatlamat untuk memberi ruang kepada mereka melontarkan idea dalam mempimpin pentadbiran Kerajaan Negeri Perak ke tahap yang lebih baik,” katanya kepada Harakahdaily.
Melihat kenyataan Zambry, beliau berkata, pemimpin utama BN Perak tersebut tangkas mengalih isu dengan mencadangkan Nizar berdebat dengan Adun Bebas yang telah melompat parti.
“Adakah Adun Bebas tersebut sebagai mewakili BN Negeri Perak?
“Adakah juga Adun Bebas tersebut adalah ketua parti komponen BN Perak?” ujarnya.
Menurutnya, debat atau forum adalah pentas bagi kedua-dua tokoh yang mengetuai BN Perak dan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
“Adakah rasional Datuk Seri Zambry menyerahkan wawasan mentadbir kerajaan negeri kepada Adun yang telah melompat partinya?” soal beliau.
Jelasnya, PAS Perak menasihatkan agar Zambry berani dalam perkara itu dan hendaklah matang dan profesional dalam memberi alasan untuk mengelak berdebat dengan Nizar.
“Mengalihkan isu dengan memberi cadangan yang tidak masuk akal adalah sangat memalukan kerana isu ‘pokok’ yang dicadangan oleh Pemuda PAS Perak adalah ingin memperlihatkan kedua-dua tokoh ini membicarakan wawasan untuk mentadbir semula kerajaan negeri jika mendapat mandat daripada rakyat pada PRU13 nanti,” jelasnya.
Katanya, itulah yang ingin dilihat oleh rakyat, parti manakah yang mempunyai wawasan atau usaha untuk membangunkan rakyat di Perak.
PAS Perak, katanya sekali lagi melihat dolak-dalik Zambry sebenarnya kerana sedar BN Perak yang telah tumbang pada PRU12 tahun 2008 dahulu masih mengamalkan penyelewangan dan kronisme.
Tambahnya, Zambry idak perlu bimbang jika BN Perak telah benar-benar bersih dan rajin bekerja dalam membantu rakyat tanpa ada usaha menindas rakyat.
“Zambry perlu menyahut peluang dan ruang ini bagi membuktikan usaha yang telah dilakukan oleh BN benar-benar berkesan.
“Dan mungkin sebenarnya rakyat masih ingin meneruskan usaha dan kerja Pakatan Rakyat yang terhenti selama 11 bulan sahaja oleh kerana sikap ketidakperikemanusiaan BN yang merampas kuasa kerajaan yang dipilih oleh rakat,” jelasnya.


Rakyat tidak lupa 11 bulan Nizar menjadi menteri besar, tugasnya ialah menyambut tetamu Pas yang datang dari seluruh negeri siang dan malam dan hanya memberi tazkirah selepas solat siang dan malam sahaja dipejabat SUK. Segala-gala pentadbiran diuruskan oleh Dap.

Ops! Nak tanya satu soalan, apa cerita tanah yang diberikan kepada dua individu Pas yang keluasan melebihi 600 hektar, dah berhasilkah kelapa sawit yang ditanam 11 bulan dahulu?