Khamis, 31 Januari 2013

Organisasi Kristian Bantah Penggunaan Kalimah Allah Dalam Bible

Artikel penulis sebelum ini tentang hak LGBT yang mempersoalkan mengapa Islam dipandang sebagai kolot kerana membantah hak LGBT tetapi Kristian tidak diberikan tanggapan yang sama walaupun sama-sama membantah, telah 'terkena' kepada pihak yang terlibat, puak Kristian Malaysia.

Nampaknya, Kristian Malaysia tidak mengambil pendekatan yang sama seperti Kristian di seluruh dunia, terutamanya terhadap isu seperti penggunaan Kalimah Allah bagi Bible dan juga hak LGBT.
Dan kini, persoalan yang sama masih lagi timbul di mana beratus-ratus ribu orang membuat demonstrasi di Perancis membantah hak golongan LGBT, dan terdapat tiga organisasi Kristian di Amerika Utara telah meletakkan petisyen awam untuk menghentikan Wycliffe Bible Translators, Summer Institute of Linguistics (SIL) dan Frontiers dari menghasilkan Bible yang mengandungi nama Tuhan Kristian (Father and Son) yang mempunyai terjemahan yang salah (Lord dan Messiah atau Guardian dan Proxy). Terdapat juga terjemahan Arab yang mengubah perkataan 'Father' kepada Allah yang dilihat oleh penganut Kristian sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima kerana ia mungkin akan menyinggung umat Islam, dan juga boleh mengelirukan mereka yang baru menganut agama Islam atau Kristian.

Mengapa puak Kristian Malaysia tidak berkongsi pendapat yang sama?

Isu penggunaan nama Allah telah lama timbul di Malaysia. Puak Kristian Malaysia adalah antara yang paling lantang isu ini, termasuk menerima pertolongan dari DAP.

Lim Guan Eng juga pernah menyatakan perkara ini sebagai sebahagian daripada perjuangan parti tersebut, yang kemudiannya mengundang permasalahan kepada PAS.

Hanya kerana sifat mereka yang gila kuasa, parti tersebut telah membuatkan puak Kristian percaya bahawa pluralisme adalah satu perkara yang boleh diterima, sebahagian daripada ajaran Kristian itu sendiri.

Ini adalah masa buat semua agama di Malaysia untuk mula membezakan antara agama dan politik. Apabila umat Islam mempertahankan nama Allah daripada dipergunakan, ia menunjukkan bahawa mereka memperjuangkan agama, bukannya politik. Jadi, jika anda bencikan kerajaan Melayu-Islam, anda tidak perlu melanggar agama Kristian anda sendiri hanya untuk memberikan sokongan kepada sesiapa yang menentang pihak kerajaan.

Perkara ini tidak langsung ada kena mengena dengan hak. Perbuatan ini adalah salah kerana akan mengakibatkan kekeliruan. Mungkin ini adalah masa bagi penganut Kristian seluruh dunia untuk menggalakkan Kristian Malaysia supaya melihat kembali apa yang dituntut oleh Bible, agar kita tidak keliru dengan agama masing-masing.

Bacalah, supaya kita tidak mudah dipergunakan oleh mana-mana pihak yang inginkan perpecahan antara rakyat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Harga Rumah Mampu Milik Tidak Munasabah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penganut Agama Lain Tiada Hak Guna Kalimah Allah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kajian UPM: Najib Lebih Layak Dari Anwar

Bila-bila masa sahaja dari sekarang Dewan Rakyat akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 13 yang dijangkakan oleh ramai pemerhati politik sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara.

Dari segi rekod PRU 12 2008, memang benarlah PRU 13 ini cukup hangat dan sengit kerana ia merupakan penentu samada BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan ataupun gabungan longgar parti pembangkang, PR pula yang akan mengambil alih terajunya.

Namun jika perkembangan semasa diambil kira, besar kemungkinan PRU 13 akan menyaksikan BN mengulangi kejayaan yang hampir sama seperti yang dicapai pada PRU 11 2004 sebaliknya PR pula bakal berdepan nasib buruk seperti dialami Barisan Alternatif (BA).

Tambahan pula, sejak pentadbiran negara diambil oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada April 2009, sedikit demi sedikit BN telah kembali ke landasannya semula. Manakala dalam tempoh itu pula populariti PR semakin merosot terutama sekali selepas kegagalan projek lompat 16 September 2008.

Bermula awal tahun 2010 hinggalah sekarang menyaksikan hasil dari kepimpinan Dato' Seri Najib, BN terus memacu momentum kebangkitan sebagaimana terbukti dalam beberapa siri pilihanraya kecil yang lalu.

Malah dari segi populariti diantara Dato' Seri Najib dengan pemimpin PR khususnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim memang jauh langit dengan bumi, ini termasuklah data-data hasil dari kajian-kajian semasa yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak.

Demikian halnya kedapatan yang diperolehi dari kajian terbaru yang dilakukan di UPM yang mana Presiden UMNO itu terus unggul di hadapan dengan merekodkan populariti 67.4% sekaligus menjadi pilihan utama sebagai PM selepas PRU 13 kelak.

Manakala Anwar pula berada di tempat kedua dengan catatan 52.2% dan Presiden PAS, Hadi Awang hanya mencatat populariti 31.3% sahaja. Dengan kata lain, responden yang ditemubual agak meragui kedua-duanya dalam menggalas tanggungjawab sebagai PM.

Jika dikira pula dari segi rekod jasa bakti kedua-dua pemimpin utama PR itu yang hanya tahu berceramah siang dan malam menjelajah sana sini, lagilah tak termampu menandingi rekod kerjabuat Najib yang sudah terbukti besar jasanya dalam membantu rakyat jelata.

Apatah lagi bila diukur dari segi kesungguhan dan sikap cakna Najib dan BN yang serius membantu menyelesaikan permasalahan rakyat, jauh bezanya bila dibanding dengan Anwar dan Hadi yang hanya bijak berkata-kata ketika menabur janji tapi kerap gagal dalam menepatinya.

Apapun, yang pentingnya dalam mana-mana sahaja kajian yang dilakukan samada oleh pihak bebas, pro BN mahupun oleh PR sendiri, satu kesimpulan yang sama diperolehi - BN akan meneruskan kesinambungan pemerintahan negara ini.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Blogger Pecacai Pas Bacul

Pelik sungguh blogger Pas, boleh dia tarik balik artikal dia yang menfitnah Dato Tan Lian Hoe sebagai Ratu Tarian Separuh Bogel. Pagi tadi ada, petang tengok dah hilang.

Yang best siap kutuk TM kononnya update blog dgn phone waktu orang baca doa.

Oooi! Pi lah mengekor wartawan Sinar nun, senang dapat maklumat Umno dan BN.

Kenapa tak ikut Sinar? Sebab wartawan Sinar dan pindah Ipoh?

Cari lah awek-awek Sinar lain yang comel-comel tu....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelajar Universiti Ramal BN Menang Besar

Kajiselidik yang dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) dibawah anjuran Yayasan Ehwal Siswazah (YES) menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13 dan hanya 37% sahaja yang meramalkan kemenangan PR.

Kajiselidik di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang turut menunjukkan populariti Dato' Seri Najib meningkat seperti berikut, Kelantan 60.8%, Kedah, 63.8% dan Selangor 54.55%.

Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini. Justeru, golongan ini merupakan antara penentu utama kepada keputusan pilihanraya nanti.

Walaupun penemuan kajiselidik menunjukkan perbezaan yang kecil antara jumlah penyokong pembangkang (30.1%) dan kerajaan (29.8%) iaitu 0.3%, tetapi secara keseluruhan, para siswazah menaruh keyakinan yang lebih kepada Dato' Seri Najib untuk menerajui negara iaitu 67.4%, berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim 52.2%, Datuk Seri Hadi Awang 31.3% dan paling tidak diyakini pula ialah Lim Kit Siang yang hanya mendapat sokongan sebanyak 1.5%.

Kit Siang juga menerajui bagi kategori pemimpin paling tidak layak sebagai Perdana Menteri dengan 61.5%, diikuti oleh Hadi Awang 26.2% dan Anwar Ibrahim 16.2%.

Penemuan ini bolehlah dianggap menarik kerana di masa yang sama, kajiselidik tersebut turut menunjukkan bahawa media politik yang paling popular di kalangan siswazah pula ialah Malaysiakini, iaitu media yang terkenal sebagai pro-pembangkang dan entah berapa kali terkantoi menipu.

Secara tidak langsung, kajiselidik membuktikan bahawa majoriti pelajar universiti cukup matang untuk menilai berita yang dilaporkan oleh media massa serta tidak mudah terpengaruh.

Apa yang didapati dari kajiselidik ini membuat kita tertanya-tanya tentang bagaimana kajiselidik berkenaan sokongan terhadap parti politik di kalangan siswazah yang dijalankan oleh UMCEDEL sebelum ini menunjukkan penemuan yang bertentangan, iaitu sokongan yang meningkat kepada pembangkang. Kajian UMCEDEL juga menunjukkan yang kaum Cina yang paling ramai menolak BN iaitu lebih 90%, dilihat sebagai meragukan terutama apabila dikaitkan dengan peratusan populariti Kit Siang yang begitu corot seperti di dalam penemuan YES.

Memandangkan kredibiliti Pengerusi UMCEDEL yang diragui kerana mempunyai 'sejarah' tersendiri bersama Anwar di dalam ABIM maka, adalah wajar kita memilih untuk bersandarkan kepada kajiselidik anjuran YES berbanding UMCEDEL.

Untuk itu, walaupun penemuan menunjukkan angka positif bagi BN, tetapi BN wajar mengambil langkah pro-aktif untuk meningkatkan lagi sokongan para siswazah dengan menangani kelemahan-kelemahan yang ada, terutamanya dalam menyediakan satu platform media alternatif yang mampu menyaingi Malaysiakini dari segi rencana dan pemberitaan.

Jelas, bahawa para siswazah dahagakan bacaan yang berunsur serius, berbanding tulisan-tulisan ringan di blog-blog atau portal pro-BN yang kurang menitikberatkan kualiti penulisan serta masih 'obses' dengan hiburan serta bahan lucah untuk menarik pembaca.

Sudah tiba masanya bagi BN meningkatkan 'mentaliti' seiring dengan pemikiran anak-anak muda dan cerdik-pandai di dalam negara. Politiking yang terlalu nyata yang dipersembahkan dalam bentuk ringan, kasar, lucah dan kadangkala rendah di dalam bahan yang disediakan oleh media pro-BN merupakan antara penyebab ramai cerdikpandai dan golongan yang lebih selesa berbahasa Inggeris, memilih untuk membaca Malaysiakini walaupun menyedari 'sifat' politik media tersebut.

Tidak dinafikan bahawa cara tertentu adalah berkesan untuk golongan sasaran tertentu, namun, tidak salah jika BN turut menggunakan cara lain untuk golongan sasaran yang lain, iaitu golongan cerdikpandai dan yang lebih selesa berbahasa Inggeris sama ada yang sedia menjadi penyokong senyap, atas pagar, mahupun yang di dalam pembangkang. Jika kena caranya, kedudukan BN pasti akan lebih kukuh lagi menjelang PRU ke-13.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cepat betul Puak Pas buat papan tanda

Melucukan. Pas akan buat ceremony di atas kubur Mat Indera kelmarin, oleh itu siap pacak papan tanda tugu peringatan. Isnin lepas semas Tm pergi melawat tak ada apa-apa lagi.

Apa pun Pas telah tertipu, kubur yang dijaga oleh Ustaz Akmal Almenantuya dan Mat Sabu bukan milik Mat Indera.

Kubur yang sebenar ialah ditempat lain. Tunggu hari Sabtu ini, akan didedahkan kubur yang sebenar-benarnya. Siap ada logo bintang 3 lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

YAB Dr Zambry akan turun ke Parit Buntar Sabtu ini

Menjelang PRU 13, BN bersiap sedia menggempur kawasan yang dikuasai pembangkang.

Sabtu ini Dr Zambry akan menggegarkan Parit Buntar bersama gegaran gelombang biru.

TM juga akan ke sana untuk membuat liputan dan merakan gambar.

Kepada cai-cai Pas yang ingin merakam gambar TM boleh skodeng TM di sana. Maklumlah ramai yang nak kenal siapa TM.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Umpamakan Nasharudin Isteri Curang

Sehari selepas bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dipecat dari terus menganggotai Majlis Syura Ulama PAS, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat terus meraikannya dengan upacara memotong kek di kediaman Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh.

Walaupun secara lahiriahnya acara memotong kek itu diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mursyidul Am PAS itu yang ke 82 tahun, namun tersiratnya ia menggambarkan kegembiraan Karpal Singh yang dikongsi bersama dengan Nik Aziz dalam meraikan dendam terindah yang sudah dilunaskan.

Karpal pernah ditempelak oleh Nasharudin berhubung isu hudud, manakala Nik Aziz pula sehingga kini terus berpatah arang dengan peranan utama yang dimainkan Ahli Parlimen Bachok, Kelantan itu semasa ura-ura kerjasama diantara UMNO dan PAS melalui Kerajaan Perpaduan (UG) dulu.

Nik Aziz ketika diminta mengulas status Ustaz Nasharudin yang masih kekal sebagai ahli PAS, secara sinis memberi gambaran kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS itu dalam parti kini ibarat suami isteri yang bila-bila masa sahaja boleh bercerai berai.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti)".

Maksudnya jika isteri sendiri pun boleh diceraikan, apa sangatlah kalau memecat Nasharudin dari Majlis Syura Ulama PAS. Hatta kalau Nasharudin mahu keluar parti menyertai UMNO sekalipun, itu bukannya persoalan besar bagi PAS.

Lebih-lebih lagi pada perkiraan Nik Aziz dan PAS, status Nasharudin itu sendiri yang dilihat rapat dengan pimpinan UMNO seumpama isteri yang telah curang pada suami sendiri. Itu anggapannya. Soal bukti dan peluang untuk membela diri, itu lain punya hal yang tidak perlu difikirkan.

Dari sudut lain, walau dibaca berkali-kali kenyataan Mursyidul Am PAS itu, kelihatannya seperti Nik Aziz begitu memandang mudah hubungan suami isteri bila mana ia dikaitkan dengan isu pemecatan Nasharudin dan kedudukannya dalam PAS.

Tapi nak pelik apa? Kan sudah menjadi pengetahuan umum dalam PAS telah lama wujud polisi sumpah baiah talak tiga yang menjadikan isteri kepada calon-calon PAS dalam PRU sebagai bahan taruhan bertujuan menjamin suami masing-masing kekal dalam parti dan tidak mengubah haluan melompat ke parti lain.

Satu persoalan yang menarik untuk difikirkan, kenapa baru sekarang PAS bertindak dan dimasa yang sama masih mengekalkan Nasharudin sebagai ahli PAS, bukankah itu seperti tindakan gantung tidak bertali dari seorang suami?

Amat dayus dan bacul sifatnya bilamana seorang suami hanya berani mengambil tindakan gantung tidak bertali terhadap isterinya sedangkan jika begitu yakin telah wujud kelakuan curang sewajarnya diceraikan sahaja, bukan begitu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DAP 'jaguh' sekat media (Utusan)

KUALA LUMPUR : DAP akan menjadi jaguh dalam menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

Mengingatkan perkara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, DAP tidak kisah atau melompat jika media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.

Tetapi katanya, kepemimpinan parti itu akan melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta.

"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.

"Itu bukan pendirian beliau sahaja tetapi sebenarnya kepemimpinan DAP. Dia bagi alasan semua media arus perdana adalah alat UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan media membuat tugas hakiki mereka melaporkan kebenaran.

"Jika media yang dikatakan alat UMNO itu melaporkan sesuatu penyelewengan di Pulau Pinang, isu tersebut akan diputarbelitkan oleh Guan Eng hanya kerana media tersebut bukan 'tokong' kepada Guan Eng" katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Guan Eng yang mengelak untuk memberi sebarang ulasan ketika berhadapan dengan akhbar The Star dan memilih memberi kenyataan secara bertulis sahaja kerana bimbang kenyataannya akan diputar belit.

Menurutnya, Guan Eng sentiasa 'mencabul' hak kebebasan media yang kononnya diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang selama ini dengan mengadakan sekatan terhadap beberapa media di Pulau Pinang.

"Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan DAP dan pakatan pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.

"Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana," jelasnya.

Tunku Aziz juga mendakwa sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.

"Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah," ujarnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.