Selasa, 30 Oktober 2012

Removing Intestinal Worms and Parasites From a 3 Year Old

Published on Oct 9, 2012 by abuaqif
http://abuaqifstudio.blogspot.com/

"Wahai sekalian manusia makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikut langka-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (Al-Baqarah : 168)

"Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata" (surah an-Nahl : 114)

Saya telah periksa video ini dengan seorang doktor perubatan. Video ini memang sahih. Masalah sebegini belum pernah berlaku di Malaysia. Rakyat Malaysia telah diberi kesedaran sejak dari kecil berkenaan menjaga kebersihan & kesihatan.

Terdapat di beberapa negara lain walaupun maju mereka tidak mementingkan masalah kesihatan. Apatah lagi negara tidak membangun. Masih wujud lagi rakyat di negara luar sana yang makan makanan hasil kutip dari tong sampah. Ada juga yang makan nasi biryani berlaukkan burung gagak kerana faktor kemiskinan.

Tapi di Malaysia kita bersyukur akan nikmat kesedaran dan penjagaan yg diberikan. Semoga kami tergolong dari golongan yang bersyukur.

Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Ziad hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: 'Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Man (-al) la yasykurun-nasa la yasykurullah.' [Maksud: Barangsaipapa tidak bersyukur kepada manusia (maka) tidak bersyukur kepada Allah (a.w)] [Hadith at-Termidzi, Kitab Memperbaiki Silaturahim]

Kesian dengan anak staf Felda yang menjadi mangsa militan ekstrem Islam

TROLAK - Seorang daripada dua rakyat Malaysia yang ditahan oleh pihak berkuasa Lubnan, telah meninggalkan pengajiannya pada Ogos lepas.

Pengurus Kolej Yayasan Felda Kampus Trolak Norhana Samsudin berkata pelajarnya Mohammed Razin Sharhan Mustafa Kamal, 21, berhenti daripada meneruskan pengajian peringkat sijil kursus Juruteknik Sistem Komputer.

"Beliau memasuki kolej ini pada 2011 dan merupakan seorang pelajar yang baik. Beliau tidak mempunyai masalah akademik atau masalah disiplin. Tiada luar biasa mengenai pelajar itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak pasti sebab Mohammed Razin berhenti daripada pengajiannya yang mengambil masa setahun setengah dan sekiranya masih belajar, beliau kini menjalani latihan praktikal selama tiga bulan.

Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang mendakwa seorang lagi rakyat Malaysia yang ditahan, Rafik Mohammed Ariffin, 28, di Lubnan merupakan bekas pelajar kolej itu.

Pada Khamis lepas, akhbar Lubnan, Al-Joumhouria' memetik sumber pihak keselamatan sebagai berkata warga Malaysia itu ditahan oleh pasukan perisikan tentera atas dakwaan menjadi anggota kumpulan pengganas.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu.

Al-Joumbouria berkata dua bulan lalu, kedua-dua suspek Malaysia itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati. - BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAKATAN RAKYAT RANCANG HAPUS AGENDA MELAYU DI SELANGOR

Antara kelemahan utama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ialah hampir ketiadaan langsung agenda bagi memartabatkan bangsa Melayu di negeri itu.

Sebut sahaja mana-mana bidang kehidupan yang menyentuh orang Melayu samada perniagaan, aspek sosio-ekonomi malah agama sekali pun, rakyat akan tertanya-tanya apakah program-program pro-Melayu yang telah dirancang mahupun dilaksanakan sepanjang 4 1/2 tahun Pakatan Rakyat memerintah di negeri terkaya di Malaysia itu.

Malah amat menyedihkan sekali apabila Selangor melantik pula Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi yang sepatutnya membela orang Melayu terutamanya golongan susah dan miskin.

Namun dengan pengalaman serta ketokohan Anwar sebagai bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun juga gagal menyelamatkan nasib orang Melayu.

Anwar bagaikan tunggul kayu mati yang hanya berperanan sebagai penghias serta tidak mempunyai apa-apa fungsi yang boleh membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat Selangor.

Kini nasib orang Melayu di tanah air mereka sendiri akan lebih tertekan dan akhirnya akan merempat apabila Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim bercadang untuk menjual lima aset bangunan kepunyaan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Antara aset PKNS yang bakal menjadi mangsa kerakusan Pakatan Rakyat ialah Wisma Yakin yang begitu terkenal sebagai ikon perniagaan orang Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sejak awal tahun 1970an lagi.

Siapa tidak kenal Wisma Yakin yang menjual serba anika pakaian dan aksesori budaya Melayu seperti baju Melayu, songkok, samping, kain pelikat, butang baju dan sebagainya.

Kelas peniaga Melayu kecil dan menengah berjaya diwujudkan di Wisma Yakin kerana dasar pro-Melayu yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional selama ini.

Turut menjadi mangsa lagi ialah Kompleks PKNS Shah Alam yang akan dijual pada harga RM85 juta, PKNS Bangi (RM42 juta), PKNS Petaling Jaya (RM90 juta) dan SACC Mall (RM97 juta) dengan nilai keseluruhan yang bakal diraih berjumlah RM321 juta.

Begitu hebat pentadbiran Pakatan Rakyat dengan slogan 'Harapan Baru Untuk Malaysia' sehingga orang Melayu akhirnya akan kehilangan semua aset-aset mereka sedikit demi sedikit yang telah dibina dengan penuh penat lelah di bawah Barisan Nasional sejak zaman merdeka lagi.

Antara objektif utama PKNS yang ditubuhkan oleh kerajaan BN sejak 45 tahun lalu ialah peranannya sebagai satu agensi pembangunan sosio-ekonomi Selangor selain menjadi, agensi utama pembangunan hartanah kerajaan negeri, pemegang amanah bumiputra, agensi utama melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dalam menyusunkan semula struktur masyarakat dan pembasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Bumiputera bandar dan luar bandar.

Jika diteliti jasa lebih empat dekad PKNS di, kejayaan terbesarnya adalah kemunculan Selangor sebagai negeri yang termaju dan terkaya di Malaysia dari segi pembangunan industri, perumahan dan perbandaran.

Di bawah Pakatan Rakyat semua kejayaan yang telah dicapai bagi pembangunan sosio-ekonomi rakyat Selangor khususnya orang Melayu akan hancur dan musnah.

Maka tidak silap dikatakan bahawa antara agenda penting kerajaan Pakatan Rakyat apabila mengambil alih pentadbiran di Selangor ialah mensasarkan institusi-institusi yang mempunyai kepentingan Melayu.

Faktor mengapa ini berlaku ialah kehadiran parti rasis DAP sebagai sekutu PKR dan PAS.

Sementara PAS sudah menjadi keldai DAP akan membawa apa sahaja beban mengikut kemahuan parti rasis Cina itu, PKR pula menjadi pak turut kerana sokongan amat diperlukan oleh Anwar untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Yang menjadi mangsa sudah tentunya orang Melayu kerana DAP tidak sesekali akan membenarkan orang Melayu berjaya dan cemerlang di negeri itu.

Lihat bagaimana agenda Pakatan Rakyat Selangor di kawal dan dirancang oleh DAP dengan restu Anwar apabila kerajaan negeri merampas tanah seluas 323.7 hektar kepunyaan Yayasan Basmi Kemiskinan di Serendah pada tahun 2010.

Tanah tersebut dirampas oleh Pakatan Rakyat hanya kerana YBK menolak nafsu Khalid supaya beliau dilantik sebagai pengerusi yayasan itu.

Rampasan tanah itu telah membantutkan usaha kerajaan pusat untuk membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sekali gus menafikan hak beribu-ribu anak Melayu meneruskan pengajian mereka.

Mujur keadilan dapat ditegakkan apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan tanah itu dikembalikan semula kepada YBK.

Agenda melemahkan orang Melayu melalui bidang pendidikan juga dikesan di UNISEL, sebuah universiti milik kerajaan negeri Selangor yang mengalami kerugian berjumlah RM54 juta dalam tempoh tiga tahun sejak Pakatan Rakyat memerintah bermula dari tahun 2008 sehingga 2010.

Sebagaimana anak-anak Melayu di nafikan pendidikan dengan ketiadaan kampus cawangan UiTM di Serendah, beribu-ribu pelajar Melayu yang kini menuntut di UNISEL akan menerima nasib yang lebih malang di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

Pengurusan yang lemah dan tidak berjaya, ditambah lagi dengan agenda politik kotor Pakatan Rakyat untuk menjadikan UNISEL sebagai medan latihan kader-kader pembangkang, institusi pengajian tinggi yang dulunya dipandang tinggi dengan pencapaian akademik yang membanggakan, kini akan turut sama dikorbankan demi memuaskan hati DAP.

Hakikatnya lebih lama Pakatan Rakyat memerintah di Selangor, lebih dahsyat kemusnahan agenda Melayu akan dilakukan dan semua ini dilakukan di depan mata PKR dan PAS yang kononnya mendakwa sebagai pelindung Melayu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lelong Lelong! Mai beli

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Ibrahim Is The Best: Anwar Confirmed Nik Aziz As The Worst CM?

The actions of Opposition Leader in announcing the 'best Chief Minister Award' which was 'won' by Khalid Ibrahim is seen as politically incorrect, in a war shows that Anwar's performance in politics is deteriorating.

This minor mistake is not a normal thing for Anwar considering that he has been really smart when it comes to talking in politics that he manages to fool a lot of people including the Hews and internationally acclaimed leader, Tun Mahathir Mohamad for years and years.

However, recently, Anwar kept on making minor mistakes either for being trapped in tough situations such as when he was asked on his stand regarding Israel and sodomy trial, or perhaps he was scared that he might be caught such as the Omega watch case.
But in this 'Best Chief Minister' award slip up, Anwar is not in a stressed situation. Thus, there is a probability that the announcement was not a mistake but he really meant to announce the matter without even thinking of the consequences.

Pakatan Rakyat has four Chief Ministers and for Anwar to compliment only one would definitely raise this uneasy feeling for the other three. When the fact is, the performance of CMs should not be evaluated through the state's financial income because each states has its own issues based on the state's sources and social landscape.

In another angle, choosing to compliment a single CM is seen as an attempt to save the CM who is seen as weak. This is a basic political game where as a politician gets weaker, the more compliments would be given to him to ensure that supporters would still be able to put their trust on him.

That is why Anwar complimenting Khalid does not just backfire him, it also causes problems to people around him. According to a few blogs, this action is seen as a life-support for Khalid as his reputation is being tarnished by Azmin Ali and his group who uses Faekah Hussin, CM's Political Secretary as their scapegoat.

And naturally, when there is the best, there should be the worst. So, who is PR's worst CM? Even though Anwar did not really announce it, based on logic, Nik Aziz who has been ruling Kelantan for 22 years should automatically be the worst among the four.

Complimenting Khalid who has only been CM for a term can be said as a sarcasm for Nik Aziz as he never really managed to develop Kelantan at all. Kelantan even stayed as the poorest and under-developed state in Malaysia for more than two decades.

At the same time, rakyat is aware that Khalid Ibrahim is a weak CM, might not be as weak as Nik Aziz, but he is still weak for a CM.

Under him, political issues which could cause loss for PR were not handled well. Few of the issues include murtad, alcohol and massage houses.

Besides that, under Khalid, rakyat has witnessed how UNISEL went down, Malay business owners under PKNS suffers risks, YBK land under risk of being taken, water issue which gets worse each day. Despite that, Selangor government still yet to provide any convincing answers nor solution.

Hence, even though Anwar seemed like complimenting Khalid, the assumption which is made by rakyat is that Anwar is trying to revive Khalid's image, thus, criticizing Nik Aziz.

Whatever it is, Nik Aziz should get Anwar's message. Anwar has been known for not having any respect for PAS, That is why such sarcasm was made by Anwar, to remind PAS how weak they are and that they are not at the same level as PKR and DAP in PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 Pengganas yang diTangkap di Lubnan Penyokong PR

Kita bertuah berada di bumi Malaysia yang terhindar dari segala keganasan dan bencana alam yang besar. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghuru-harakan negara oleh beberapa pihak, namun, sehingga kini segala percubaan tersebut berjaya dipatahkan atau dibendung oleh pihak berkuasa.

Untuk itu, kita wajar menghargai kecekapan pihak keselamatan negeri, negara dan juga kepimpinan kerajaan. Ini adalah bukti bahawa segala apa tohmahan yang cuba menggambarkan bahawa pihak keselamatan negara ini serta kepimpinan kerajaan adalah korup dan tidak cekap adalah tidak benar sama sekali.

Adalah mustahil bagi sebuah negara yang anggota keselamatan dan kepimpinan kerajaannya begitu korup dan tidak cekap mampu memastikan keamanan yang berkekalan di negara ini.

Namun, itu tidak bermakna yang mentaliti 'gemar kepada keganasan' tidak wujud di kalangan rakyat Malaysia. Mungkin kerana tidak mampu mengatasi kecekapan pihak berkuasa Malaysia maka pengganas Malaysia memilih untuk melakukan keganasan di negara lain, antaranya, Nordin Mat Top yang berasal dari Johor, telah ditembak mati di Indonesia kerana terlibat dalam pengeboman di negara itu.

Selain itu, penangkapan dua warga Malaysia kerana dipercayai menjadi pengebom berani mati di Lubnan baru-baru ini juga menjadi satu lagi bukti akan kewujudan mentaliti sebegini di kalangan kita.

Siasatan mendapati dua lelaki Malaysia itu direkrut ke dalam Al-Qaeda oleh seorang lagi rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yemen di mana mereka menemui anggota lain kumpulan itu. Kedua-dua suspek itu cuba memasuki Syria menerusi Turki atas misi jihad bagi melakukan serangan berani mati. Mereka dikatakan bercadang menghubungi seorang individu di Lubnan untuk menyelaras komplot serangan tersebut.

Mentaliti yang 'cintakan keganasan' ini sering menggunakan nama penyamaran iaitu 'jihad' bagi menghalalkan kemusnahan yang mereka bakal lakukan.

Sejarah mengenai keganasan di Malaysia merekodkan bagaimana parti PAS terlibat dalam menerapkan mentaliti ini sehingga membawa kepada tragedi berdarah Memali dan juga Sauk. Semuanya atas nama 'jihad'. Ia bermula dari Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan bukan Islam dan wajib ditentang.

Sehingga kini, masih ada di kalangan PAS yang menggelar mereka yang terbunuh di Memali sebagai para 'syuhada'. Mereka percaya, yang mereka wajib membunuh, menentang dan menjatuhkan kerajaan Islam yang ada di Malaysia atas sebab 'tidak cukup Islam' atau 'kafir' dan perlu digantikan dengan pemimpin mereka yang 'benar-benar Islam'. Mereka benar-benar yakin bahawa membunuh pihak berkuasa yang sebahagian besarnya juga beragama Islam, adalah satu jihad dan jika terbunuh ketika berjihad itu, maka kematian mereka adalah syahid.

Walaupun PAS kini sudah semakin terbuka, hatta liberal juga mungkin, tetapi mentaliti ektremis ganas yang diterapkan oleh mereka suatu ketika dulu terus kekal di dalam beberapa golongan masyarakat. Hari ini, golongan ini memilih untuk menyertai organisasi asing seperti JI, Al-Qaeda dan berbagai-bagai lagi, yang menaja keganasan atas berbagai alasan dan sebab. Membela umat Islam Palestin, adalah antara alasan paling 'popular' di kalangan mereka.

Mereka enggan memilih untuk berjihad dengan cara aman sepertimana yang dilakukan oleh Aman Malaysia atau Mercy Malaysia yang sanggup bergadai nyawa merempuh bahaya serangan dan halangan pengganas Israel untuk menghantar bantuan ke Palestin. Tetapi, mereka memilih untuk membunuh atau membalas keganasan dengan keganasan juga, dengan harapan untuk mati syahid. Lebih buruk apabila mereka bukannya bertindak ganas di zon bahaya yang terlibat, tetapi di tempat awam yang selamat dengan misi 'bom berani mati'.

Memilih keganasan dan bukan keamanan untuk berjuang adalah sinonim bagi pihak penentang kerajaan atau pemberontak. Telah menjadi satu 'hukum tidak bertulis' bahawa golongan bermentaliti ganas tidak mungkin menyokong pemerintah dan sering menganggap orang lain salah dan jahil serta hanya mereka sajalah yang benar dan bijak.

Kalaupun mereka menyokong kerajaan, kerajaan itu pastinya kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan yang memerintah negara mereka. Dan ini akan dijadikan alasan untuk mengganas. Pendek kata, mereka tidak pernah menghargai apa yang ada di depan mata dan sering mencari alasan untuk memberontak.

Seperti juga dua warga Malaysia yang ditangkap di Lubnan tersebut, sumber awal yang didapati dari Lubnan menyatakan bahawa kecenderungan politik mereka ialah membenci kerajaan Malaysia dan menyanjung pihak pembangkang.

Tidak perlu diperincikan parti mana dari pembangkang yang mereka sanjung kerana pembangkang di Malaysia kini telah terangkum menjadi satu, iaitu Pakatan Rakyat. Justeru, cukup untuk kita hadamkan maklumat ini iaitu dua warga kita yang disyaki pengganas itu adalah penyokong Pakatan Rakyat.

Maka terbuktilah sudah bahawa politik benci keterlaluan yang dimainkan oleh Pakatan Rakyat akhirnya berjaya melahirkan pengganas.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kumpulan Kristian Kuasai DAP

Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sidang Akhbar Musa Hassan Rekaan Pakatan Rakyat

Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'.

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.