Khamis, 21 Februari 2013

Ikrar Integriti Pilihan Raya

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya sebagai satu lagi komitmen beliau terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perdana Menteri menandatangani ikrar tersebut sambil disaksikan Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd. Shukri Abdul dan Presiden Transperancy International (Malaysia) (TI-M), Datuk Paul Low.

Yang turut hadir pada majlis serba ringkas itu Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan para pemimpin parti komponen BN.

''Apabila nama calon BN yang akan bertanding pada PRU-13 diumumkan, saya akan pastikan mereka menandatangani ikrar tersebut.

''Calon-calon dari parti komponen BN sudah melalui proses saringan SPRM dan adalah sesuai untuk mereka mengambil komitmen menandatangani ikrar integriti untuk pilihan raya yang bersih dan adil," katanya di sini.

Menurut Perdana Menteri, tanggungjawab memenuhi ikrar tersebut terletak di atas bahu mereka yang telah menurunkan tandatangan.

''Dan adalah menjadi hak rakyat untuk memastikan wakil rakyat terbabit berpegang kepada akujanji yang telah dibuat, justeru itu, marilah kita bekerjasama ke arah mengukuhkan proses pilihan raya," katanya.

Maklumat terperinci berhubung akujanji itu boleh diperoleh menerusi laman sesawang TI-M. Orang ramai akan bertanggungjawab menjadi mata dan telinga untuk memantau kepatuhan wakil rakyat masing-masing memenuhi piawaian itu.

Maklum balas boleh disalurkan menerusi akaun Facebook calon atau Twitter wakil rakyat terbabit.

Ikrar Integriti yang digerakkan TI-M adalah kontrak sosial yang ditandatangani secara sukarela oleh mana-mana calon yang akan bertanding pada PRU kelak.

Antara lain calon akan berikrar mengangkat integriti, tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti di peringkat negeri dan persekutuan serta menegakkan kedaulatan undang-undang.

Sementara itu, Paul ketika bercakap kepada pemberita berkata, pelaksanaan ikrar tersebut membolehkan rakyat memantau pemimpin yang benar-benar mematuhi prinsip dan berintegriti.

''Langkah ini akan menggalakkan rakyat untuk mengambil tahu tingkah laku serta perbuatan individu yang telah menandatangani ikrar malah rakyat juga boleh berkomunikasi dengan mereka,'' katanya.

Katanya, Malaysia adalah negara pertama dalam kalangan komuniti TI yang menandatangani ikrar tersebut sekali gus menjadi contoh kepada usaha memerangi rasuah yang dimulakan di peringkat atasan.

''Kami gembira kerana Datuk Seri Najib secara personal komited menandatangani komitmen beliau sendiri terhadap ikrar ini,'' katanya.

Menurut Paul, pihaknya akan menggalakkan semua calon tanpa mengira parti untuk menandatangani ikrar tersebut bagi melihat sejauh mana komitmen mereka dalam mengangkat integriti dan ketelusan.

Setakat ini 20 individu telah menandatangani ikrar yang dibuat secara sukarela tanpa ada kaitan dengan kerajaan atau mana-mana parti politik.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Penyokong PAS Terima BR1M Lebih Hina Dari Lembu Dan Ayam – Nik Aziz

Mengucap panjang kita mendengar ucapan Nik Aziz setibanya di Kota Bharu setelah menunaikan umrah di Mekah. Ucapan Nik Aziz bukannya mengajak kepada perpaduan atau ke arah perdamaian tetapi berunsur celaan, sehingga tergamak menyamakan penerima BR1M dengan haiwan.

Kata Nik Aziz, di hadapan penyokong yang menyambutnya pulang di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, "Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh jerami. Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu mana datang, jadi kalau kit aberi barang kepda orang, beri RM10, RM50 orang akan ambil."

Hina sekali pandangan Tok Guru terhadap rakyat yang menerima BR1M sedangkan ramai dari penyokong-penyokong Tok Guru sendiri turut menerimanya dengan bangga. Tidak cukup dengan itu, mereka mendabik dada pula kononnya itu hak mereka, sebagai rakyat dan duit yang diterima itu adalah duit rakyat.

Entah dari mana datangnya alasan bahawa duit itu adalah hak mereka. Apakah semua kerajaan di dunia ini memberi BR1M? Tentulah tidak, kerana bukan tanggungjawab mana-mana kerajaan untuk berbuat demikian.

Sudah menjadi hukum alam, dan sudah termaktub dalam ajaran Islam, bahawa manusia perlu bekerja untuk mendapatkan wang. Tiada siapa yang layak menerima apa-apa tanpa berusaha melainkan mereka sememangnya tidak punya kemampuan untuk berbuat demikian atas sebab-sebab tertentu seperti kesihatan, kecacatan dan sebagainya.

Tugas kerajaan adalah untuk mentadbir, menjana pendapatan, membawa pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan, menyediakan kemudahan awam, memastikan rakyat mendapat pendidikan, memelihara kedaulatan negara serta memastikan keamanan.

Menyediakan wang tunai 'percuma' kepada rakyat bukanlah tugas kerajaan.

Tugas setiap seorang dari rakyat pula adalah untuk bekerja bagi menyara diri dan keluarga serta membayar cukai kepada kerajaan supaya kerajaan dapat terus menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang diperlukan oleh rakyat.

Sudah menjadi lumrah dunia, ada rakyat yang berpelajaran tinggi dan ada yang tidak. Ada yang miskin dan ada yang kaya. Ada yang dulu susah, tetapi sekarang senang setelah kerajaan membawa masuk pelaburan dan mereka dapat bekerja di kilang-kilang. Ada yang dulu hidup atas peruntukan rakyat termiskin, kini tinggal di rumah dua teres dua tingkat setelah anak-anak mereka menjadi orang berjaya berkat pembelajaran percuma di peringkat rendah dan menengah dan kemudiannya mendapat biasiswa pula untuk ke universiti. Adajuga yang dulu senang tetapi sekarang susah dan menganggur akibat membazirkan masa dan wang ibu bapa ketika di universiti kerana sibuk berdemonstrasi.

Oleh itu, ada rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan dan ramai lagi yang tidak.

Kerana itu, kerajaan BN yang prihatin, telah mengambil kira keadaan hidup rakyat yang berbagai ini dan memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan, melalui BR1M. Kerajaan boleh saja menggunakan peruntukan BR1M sejumlah RM3 billion itu untuk tujuan lain, tetapi dikhuatiri ia tidak akan dapat dirasai secara langsung oleh golongan yang benar-benar memerlukan. Hanya dengan pemberian tunai sahaja yang dapat memastikan ia mencapai objektif secara tepat kerana dengan wang tunai, rakyat boleh memutuskan sendiri cara untuk membelanjakannya.

Sudah tentu sekali BR1M tidak akan dapat diberikan jika kerajaan tidak mampu. Jika kerajaan sekadar bergantung kepada cukai yang dikutip dari segolongan rakyat yang layak membayar cukai sahaja, tentulah kerajaan tidak akan mampu memberi BR1M kepada golongan yang tidak layak membayar cukai itu.

Justeru, kemampuan kerajaan memberi BR1M kepada rakyat dengan sendirinya membuktikan kecekapan pentadbiran Barisan Nasional dalam menjana pendapatan serta mengurus kewangan negara.

Malangnya, Tok Guru melihat BR1M sebagai umpan atau rasuah untuk memancing undi serta menghina pula rakyat yang menerimanya. Lebih malang lagi kerana antara yang menerima BR1M itu adalah penyokong-penyokong Tok Guru sendiri.

Kerana itu, kita ingin bertanya Tok Guru, jika penerima BR1M adalah umpama lembu dan ayam, maka penyokong Tok Guru yang saban hari mengutuk BN tetapi tetap menadah tangan melahap BR1M, umpama apa pula?

Fikirkanlah sendiri, binatang apa yang lebih hina dari lembu dan ayam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bila Pas tidak percaya kepada pemimpin sendiri.

Berita 11 kawasan Dun Kedah menolak Dr Azizan menunjukkan Pas gagal dan patut dikuburkan dalam PRU 13.

11 kawasan Pas Kedah masih berlapik dalam mengkritik dengan alasan desakan meminta Pesuruhjaya Pas Kedah mengundurkan diri bukan kerana gagal mentadbir negeri tetapi gagal mentadbir Pas.

Sebenarnya tidak ada beza apa pun, Dr Azizan gagal mentadbir negeri kerana 11 daripada 16 Adun yang dimenangi oleh Pas , 1 Adun Dap. 5 Adun Pkr gagal memberi kerjasama dan komitmen kepada Azizan menguruskan negeri dengan baik.

Mereka merasakan dengan cubaan menjatuhkan Azizan mereka boleh mengambil alih tempat tersebut. Ramai Adun dan. Ahli Parlimen Pas Kedah bercita-cita untuk jawatan menteri besar.

Kedua ialah ada tangan-tangan jahat dari luar parti yang melihat Dr Azizan bersikap liberal terhadap pemimpin Umno.

Ketiga ialah unsur Anwar yang hanya menguasai 5 kerusi sedang giat berusaha untuk menambah bilangannya dengan meletakkan calon Pas yang pro kepada Anwar.

Kelemahan pentadbiran Pas Kedah amat ketara dalam tahun pertama pentadbiran mereka.

Pertama kenyataan Azizan tentang HUDUD, Azizan berkata Hudud bukan keutamaan kerajaan Pas Kedah,

Kerajaan negeri juga gagal menguruskan kutipan sampah, rumput dikiri kana jalan dan taman-taman perumahan tidak diuruskan dengan baik.

Kuin (Kolej universiti Islam Negeri) gagal melaksanakan pendidikan percuma. Projek penapisan minyak yang dirancangkan di pinggir laut gagal dilaksanakan.

Kulim Hi tech Industries Zone di Kulim gagal menambah dan menarik FDI baru, apa yang ada adalah usaha kerajaan sebelum dan usaha Koridor Utara dibawah kerajaan pusat
Hanya satu kejayaan Pas yang sangat membanggakan Pas Pusat ialah usaha mereka mencerahkan hutan di kawasan tadahan air Pedu. Proses menggondolkan hutan simpan kekal kononnya untuk projek pertanian dilihat sebagai satu kesilapan besar kerajaan Pas Kedah.

Akibat pencerahan hutan simpan sejak 2008 menyebabkan rakyat hidup sengsara, kampung halaman mereka sering dilanda banjir besar dan memusnahkan hasil tanaman mereka.

Selain itu ia juga menyebabkan sistem bekalan air negeri terjejas, air tercemar, bekalan air bersih berkurangan, tekanan air rendah dan akibat pendapatan hasil air berkurangan, tambah parah apabila Pas Kedah mengambil keputusan untuk menaikan tarif air seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan Dap Pulau Pinang.

Percakaran dalaman Pas sendiri dalam merebut jawatan peringkat tempatan seperti Jkkk, pengurusan masjid/ surau dan lain-lain menyebabkan Pas semakin berpecah dan tikam menikam sesama sendiri.

Kemuncak perpecahan ialah mereka mahu Azizan berundur.

Pas Kedah sudah nampak bahawa mereka akan menerima nasib seperi Pas Terengganu. Menang sepenggal sahaja dan dirampas kembali oleh BN hingga ke hari ini.

Oleh yang demikian Pas Kedah pasrah dan hanya mengharapkan sokongan daripada ahlinya sahaja.

Pas juga sudah tawar hati untuk berperang di Kedah dan bersedia untuk kalah. Oleh sebab itu Pas cuba memberi tumpuan di Perak.

Nizar Jamaludin kini sudah melabur jutaan ringgit untuk berperang dan merampas kembali Perak.

Cumanya Nizar sendiri masih terumbang ambil mencari tempat untuk bertanding. Penduduk Pasir Panjang awal-awal lagi sudah menolak beliau, kemudian disahkan untuk bertanding di Changkat Jering dan terkini tak jadi pulak.

Berbalik kepada Kedah, Semasa BN memerintah tidak terdapat sebarang isu yang menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan. Bekalan air normal dan dalam keadaan memuaskan, pembalakan dalam keadaan terkawal, keraajaan akur dengan arahan Jabatan Hutan, tiada masalah sampah dan kebersihan berada pada tahap yang amat baik. Pelaburan FDI masuk tanpa henti.

Kedah sudah bersedia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 tetapi apakan daya 2008 kerana terpengaruh dengan Hadi Awang dan Anwar, Pas berjaya mencipta kejayaan melalui pembohongan dan menang bersama Dap, Pkr dan bebas.

Insyaallah, 2013 ini Kedah akan kembali kepada BN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.