Selasa, 16 Oktober 2012

Penyelewengan Ladang Rakyat Di Kelantan Terbongkar

"Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram, duit rakyat, masuk dalam perut mereka. Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UUMNO. Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).

Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan. Harapkan PAS, mereka sibuk curi rampas tanah orang, curi balak, tidak bayar pampasan atau ganti rugi," demikian kata Harun Che Anal, warga emas berusia 61 dari Gua Musang, Kelantan.

Kata-kata di atas adalah luahan kekecewaan salah seorang peneroka yang sebak melihat tanah yang diterokanya sejak dua dekad lalu kini sudah menjadi sebahagian dari Ladang Rakyat, sedangkan sebelumnya pemimpin PAS negeri sudah berjanji untuk memberikan geran hak milik tanah kepada rakyat.

Ladang Rakyat yang terbentang di atas tanah seluas 81,095 ekar meliputi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah sememangnya tidak pernah sunyi dari desas desus wujudnya penyelewengan berikutan pengendaliannya yang lebih menguntungkan orang luar Kelantan berbanding hanya segelintir penduduk tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya.

Mengikut perancangan asalnya, konon tujuan Ladang Rakyat dibangunkan adalah untuk menandingi rancangan perladangan yang telah berjaya dilaksanakan oleh FELDA, namun disebaliknya hakikat yang tersirat ialah lebih fokus kepada untuk merodok sebanyak mungkin tanah hutan supaya dapat dinikmati hasil balaknya.

Kini, para peneroka dan penduduk tempatan yang pernah teruja dan tertipu dengan janji palsu PAS, pastinya sedang menyala amarah dalam hati mereka selepas membaca Laporan Audit 2011 yang baru sahaja dibentangkan semalam.

Kemarahan mereka ada asasnya kerana selain tanah yang sekian lama diterokai telah dirampas dan permohonan mereka untuk memiliki tanah tersebut telah dinafikan, mereka juga dinafikan hak menerima dividen bulanan RM200.00 manakala janji diberi peluang bekerja di ladang tersebut juga gagal ditunaikan oleh pihak terbabit.

Malah Orang Asli di beberapa kawasan berdekatan yang tanah adat mereka turut menjadi mangsa kerakusan syarikat swasta yang bersekongkol dengan kerajaan negeri juga sudah beberapa kali mengadakan tunjuk perasaan dan protes aman membantah perlaksanaan Ladang Rakyat tersebut.

Umpan dan pengharapan yang ditabur oleh kerajaan negeri konon melalui Ladang Rakyat akan mampu membantu meningkat taraf hidup 4,767 orang peserta hakikatnya tidak lebih sekadar janji politik semata-mata.

Sehingga kini hanya seramai 282 rakyat tempatan sahaja yang mendapat manfaatnya, itupun kebanyakannya terdiri daripada mereka yang memiliki hubungan rapat dengan pemimpin PAS tempatan dan negeri.

Manakala seramai 639 orang lagi yang mendapat manfaat dari Ladang Rakyat adalah warga negara asing yang menerima upah bekerja di ladang yang dikendalikan oleh syarikat swasta dipercayai milik tauke Cina dari Singapura itu.

Rakyat tempatan termasuk Orang Asli terpaksa menangis tak berlagu kehilangan tanah yang diterokai serta tanah rizab mereka, manakala orang dari Singapura yang banyak memberi sumbangan dan derma politik untuk parti yang memerintah Kelantan pula yang menjadi kaya raya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bukti-Bukti Mengaitkan suarapakatanrakyat.com Dengan Pakatan Rakyat

Saya diberikan tanggungjawab untuk menyelidik laman web kontroversi suarapakatanrakyat.com yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan di seluruh negara berikutan penyiaran artikel yang jelas dan terang menghina tarian sumazau oleh masyarakat Kadazandusun Sabah.

Lanjutan dari penyiaran artikel tersebut, khabarnya berpuluh laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak di Sabah, dan tambah mengejutkan lagi apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri diketuai Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail pada 11 September 2012, tampil mengadakan sidang media bersama, menafikan bahawa laman web tersebut ada kaitan dengan mereka.

Sesuatu yang jarang berlaku dalam hal yang penting sekalipun, apatah lagi bagi mengecam sebuah laman web.

Agak menakjubkan juga, setelah Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut hadir dalam sidang media tersebut), meminta supaya artikel ini dikeluarkan dari laman web itu, artikel tersebut memang betul-betul dikeluarkan, malah ada permohonan maaf pula dibuat penulis artikel tersebut!!

Jadi persoalannya disini, benarkah Pakatan Rakyat tidak ada kaitan dengan laman web itu? Kalau tidak ada kaitan bagaimana pula pengendali laman web ini 'akur' dengan permintaan Tuan Ibrahim? Pada saya, tidak logik perkara ini berlaku secara kebetulan

Dari pemerhatian saya di laman-laman facebook yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, ada tuduhan yang mengatakan laman web tersebut adalah diuruskan oleh UMNO sendiri, kononnya hasil satu konvensyen media sosial (tidak dinyatakan dimana) yang memutuskan supaya UMNO/BN menubuhkan web tersebut dalam usaha memerangi Pakatan Rakyat di Internet.

Sebagai seorang yang aktif di dalam konvensyen media sosial yang diadakan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, saya tidak pernah ingat program mana satu yang memutuskan perkara sedemikian. Dalam setiap konvensyen, yang dibincangkan ialah bagaimana untuk memantapkan lagi usaha memerangi adu domba fitnah dan putar belit pembangkang. Tidak pernah wujud dalam ingatan saya, ada satu konvensyen yang memutuskan untuk mewujudkan laman web sedemikian.

Lagipun kos untuk mewujud dan mengendalikan laman web tersebut bukan murah. Siapa yang mahu menanggung semua kos tersebut? Itu satu hal, satu hal yang lain mencari penulis berkaliber yang mampu 'membawakan peranan palsu' sedemikian?

Maka itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan sama ada laman web ini benar-benar palsu atau sememangnya berada dibawah kendalian Pakatan Rakyat sendiri.

Setelah beberapa hari memerhati dan memantau perkembangan laman web tersebut, saya berani mengesahkan disini bahawa laman web ini adalah milik Pakatan Rakyat dan diuruskan oleh mereka yang ada kepentingan langsung dengan PKR, terutama sekali penyokong Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hujah saya disini ialah, satu-satunya bukti yang digunakan penyokong Pakatan Rakyat di facebook untuk mengatakan web ini web palsu ialah kerana laman ini tidak segan silu mengecam pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Itu sahaja, tidak ada bukti lain. Cakap yang mengaitkan kononnya kewujudan web ini hasil konvensyen media sosial UMNO juga, hanya satu kata-kata, tidak ada bukti.

Hakikatnya, perkara ini (mengecam pemimpin sendiri) sepatutnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana kita tahu bukan semua orang bersetuju dengan pemimpin walaupun dari parti yang sama. Apatah lagi dalam situasi pakatan tidak rasmi seperti Pakatan Rakyat ini yang 'memaksa' PAS, DAP dan PKR untuk bersatu dengan tujuan menumbangkan BN dan membentuk kerajaan semata-mata.

Satu perkara yang jelas, setelah telah meneliti banyak artikel-artikel yang dikeluarkan laman web suarapakatanrakyat.com sebelum ini, saya mendapati mereka memang konsisten untuk tidak mengecam Anwar secara keterlaluan. Memang ada artikel yang seakan 'mengecam', antaranya berkenaan Seksualiti Merdeka, tapi itu terlalu lembut untuk dipanggil menegur sekalipun, apatah lagi mengecam.

Nak mengekalkan konsistensi yang semacam ini bukan mudah. Kalau laman web palsu, saya pasti akan ada satu di antara beratus artikel yang telah dikeluarkan laman web ini yang 'tersasul' mengecam Anwar dan DAP secara keras, tapi setakat yang telah saya baca (dari Ogos 2011 hingga sekarang), tidak ada.

Menariknya, dimuka hadapan laman web ini, gambar Anwar diletakkan dengan petikan "manusia suci" – menggambarkan ketaksuban pengendali laman web ini kepada Anwar Ibrahim, walaupun ada yang mengaitkannya sebagai keterlaluan dan sengaja dibuat. Tapi jangan lupa, mereka konsisten mempertahankan Anwar pada setiap masa.

Saya juga perasan yang laman web ini kerap menyiarkan pandangan yang 'sebenarnya' mengenai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tertentu, lama sebelum pemimpin berkenaan menjadi isu besar yang menyusahkan Pakatan tersebut. Antaranya Datuk Hasan Ali, Mansor Othman dan Nasharudin Mat Isa. Terbukti ketiga-tiga mereka ini akhirnya mendatangkan masalah kepada Pakatan Rakyat sehingga ada yang sampai ke tahap dipecat!!

Nasharudin dengan Karpalnya, Mansor dengan tokongnya dan Hasan Ali dipecat kerana mengkritik Anwar!!

Selain itu juga, beberapa dokumen dalaman/rahsia PKR turut didedahkan di laman web ini, antaranya minit mesyuarat dan temurapat untuk membincangkan strategi pilihanraya yang diadakan di Port Dickson tahun lepas, bagaimana mereka memperolehi semua dokumen ini dikala tidak ada blog pro UMNO/BN yang mendedahkannya?

Saya juga perasaan yang laman web ini juga dilihat sering mengelak dari mengecam DAP secara terang-terangan. Kalau ada pertikaian antara PAS dan DAP, laman ini pastinya akan menyokong DAP, malah dalam sampai ke satu tahap mengecam Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat!!

Laman web ini juga agak keras terhadap PAS dan beberapa pemimpin PKR yang kita tahu tidak sebulu dengan Anwar.

Pada saya, laman ini berkongsi kecenderungan sekular dan liberal Anwar yang selama ini tidak mahu diakuinya secara terang-terangan.

Walaupun kita tahu Anwar adalah seorang yang sekular dan liberal, tapi mendedahkan perkara tersebut secara terangan hanya akan merenyukkan peluangnya ke Putrajaya.

Maka itu saya percaya, laman web ini diwujudkan oleh kumpulan penyokong PKR yang taksub kepada Anwar untuk menyampaikan isi hati Anwar dari sudut penceritaan yang tidak mahu disentuh blogger 'stereotype' Pakatan Rakyat yang lain.

Dan ternyata kecenderungan Anwar terhadap sekular dan liberalisme sedikit demi sedikit terbukti kebelakangan ini seperti dilihat dalam soal Anwar melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India yang dilihat mengecilkan peranan Islam dalam pembentukan kerajaan. Malah Anwar juga terang-terang mengaku mahu melindungi keselamatan Israel dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang lapuk berkaitan homoseksual yang selari dengan kehendak golongan liberal.

Soal Pakatan Rakyat tidak mahu mengaku, itu soal lain. Pakatan Rakyat pun tidak pernah mengaku Milosuam dan Amenoworld adalah blog mereka, tapi kita semua tahulah.

Lagipun Anwar bukan baru dalam soal tipu menipu ini. Peranan Anwar sebagai tok dalang disebalik skandal Scorpene dan sebagainya sudah diketahui ramai, malah diakui sendiri bekas peguamnya sendiri, Zulkifli Nordin.

Oh ya,bercakap soal tarian sumazau, nukilan laman web ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat, tahukah kita bahawa Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh cuba membaiki imejnya sehinggakan dalam konsert Bersih 2.0 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya beberapa hari lepas pun, acara tarian ini diadakan!!

Tak siapa nak bertanya, kalau tidak ada kaitan, kenapa mesti bersusah payah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bajet PR Ketepikan Islam

Pembentangan Bajet baru-baru ini dan kemudiannya Laporan Audit semalam telah mendapat sambutan positif semua pihak. Secara tidak langsung, ini bolehlah ditafsirkan sebagai keyakinan rakyat yang meningkat terhadap Barisan Nasional. Terbukti kini bahawa Barisan Nasional bukanlah sebuah parti yang bercakap tidak serupa bikin kerana jelas segala janji telah ditepati dan segala program pula telah dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.

Semua ini terbukti melalui penilaian prestasi dan kewangan kerajaan persekutuan.

Barisan Nasional juga tidak bersikap hipokrit seperti menggunakan slogan-slogan indah, cuba menggambarkan parti ini sebagai maksum atau malaikat yang suci murni tanpa sekelumit dosa. Barisan Nasional juga tidak pernah menggambarkan parti ini sebagai mempunyai kuasa ghaib yang mampu mengawal harga pasaran mahupun menurunkan harga barang dengan sekelip mata.

Bajet yang dibentangkan BN adalah bajet yang berasaskan realiti iaitu berdasarkan kemampuan parti dan keadaan ekonomi dunia sepertimana yang terbukti melalui laporan audit negara.

Walaupun BN tidak terikat dengan gambaran suci murni dan maksum sepertimana Pakatan Rakyat, Bajet yang dibentangkan BN tetap mengambil kira tuntutan agama dalam merancang pembangunan negara.

PR sebelum ini telah mengkritik BN kononnya telah mengenepikan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dalam Bajet kali ini. Hipokrasi PR ini amatlah memualkan terutama apabila merujuk kepada sikap parti tersebut terhadap masalah murtad, termasuk penggunaan nama Allah oleh bukan Islam serta Injil berbahasa Melayu yang mana disokong oleh mereka.

Jika soal akidah sudah menjadi perkara remeh, apakah layak bagi PR untuk mempersoalkan hal-hal lain berkenaan Islam kepada orang lain?

Umat Islam harus memahami bahawa ilmu dalam Islam tidak semestinya berkisar soal agama sahaja. Malah, telah ditekankan secara jelas dalam Al-Quran mengenai tugas manusia untuk mencari ilmu di langit, bintang dan alam semesta iaitu meneroka bidang sains, astronomi, matematik dan lain-lain. Oleh itu, adalah tepat bagi kerajaan untuk merangkumkan sekali pendidikan dalam semua bidang ilmu termasuk agama dalam belanjawan negara.

Manakala pembangunan agama pula tidak semestinya berkisar mengenai ibadah seperti zakat atau haji, tetapi secara menyeluruh iaitu merangkumi membanteras kemiskinan yang mana membawa risiko 'kufur' di kalangan ummah yang boleh diterjemahkan kepada masalah sosial dan jenayah yang meningkat.

Walaupun begitu, Bajet BN tetap memastikan hal-ehwal ibadah diperuntukkan dengan jelas, antaranya:

1. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri

2. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat

3. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.

Namun, sebenarnya ini tidak perlu pun dihebohkan kerana telah menjadi prinsip BN menjunjung tinggi perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Apa yang menjadi persoalan di sini ialah berkenaan Bajet PR mahupun kritikan PR terhadap BN yang tidak konsisten dengan imej yang ingin dibawa mereka. Mungkinkah penyokong-penyokong PR benar-benar terlepas pandang bahawa PR langsung tidak menyebut mengenai pembangunan Islam di dalam Bajet Alternatif yang dibentangkan mereka?

Ini tidaklah mengejutkan kerana PR tidak pernah mewar-warkan pendirian untuk memperkasakan Islam jika mereka memerintah tetapi telah dengan tegasnya membuat kenyataan untuk menyamaratakan atau bersifat adil kepada semua kaum dan agama.

Kerana itu, PR tidak berani memasukkan 'klausa' Islam di dalam Bajet mereka. Pembangunan masjid, pendidikan Islam mahupun dana untuk pembangunan Islam langsung tidak diberi perhatian. Apatah lagi program jangka panjang untuk kemajuan umat Islam.

Justeru, kritikan mereka terhadap BN amatlah melucukan kalaupun tidak memualkan. Apatah lagi, apabila PR diketahui didokong oleh SUARAM dan BERSIH yang menjadi agen penyebaran fahaman liberal. Mana mungkin PR memperuntukkan Bajet untuk pembangunan Islam sedangkan di masa yang sama menerima bantuan rangkaian-rangkaian Yahudi, para pendokong liberalisme yang radikal?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Audit 2011: Banyak Aktiviti Salah Tadbir Di Pulau Pinang

DAP nampaknya begitu berbangga dengan laporan Audit 2011 yang menunjukkan penurunan hutang negeri tersebut antara 94 – 97%. Konon-kononnya penurunan ini ada kaitan dengan kehebatan mengurus parti rasis, cauvanis cina ini, dibanding dengan BN dan negeri-negeri lain dimana mereka memerintah.

Maka para penyokong Pakatan Rakyat dibawah yang tidak punya keupayaan berfikir yang hebat seperti orang lain, menerima sahaja berita ini tanpa terlebih dahulu merujuk kepada laporan audit tersebut bagi mendapatkan lebih maklumat bagaimana yang dikatakan penurunan hutang itu

Sebetulnya, yang tidak disebut DAP ialah, penurunan hutang ini dibantu kerajaan pusat melalui pengambilalihan pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM655.25 juta telah diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) – organisasi dibawah Suruhajaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Selain dari itu, laporan audit mendedahkan begitu banyak kelemahan dan salah urus tadbir dalam pengurusan kewangan negeri Pulau Pinang.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kekurangan sistem pengurusan maklumat, penguatkuasaan, penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan dan kekurangan peruntukan kewangan – sekadar menyebut beberapa perkara.

Beberapa projek yang dibina juga, terbukti hanya membazirkan wang rakyat kerana tidak dapat digunakan sehingga kini. Antaranya Kompleks Makanan Mutiara Height di Jelutung dan Kompleks Makanan Gold Coast yang terletak di Bayan Baru yang bukan setakat terbiar begitu sahaja, bahkan kerana kurangnya aktiviti pemantauan keselamatan oleh pihak berkuasa tempatan, telah menyebabkan banyak kemudahan asas yang disediakan di kompleks ini telah hilang atau dirosakkan.

Sementara dalam masa yang sama, aktiviti perniagaan makanan di atas jalan raya awam yang ditutup pada waktu malam, semakin rancak dijalankan di Pulau Pinang sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ada kompleks lebih selesa yang disediakan tidak mahu digunakan dan DAP sendiri tidak begitu bersungguh mahu memindahkan penjaja jalanan ini ke kompleks tersebut.

Projek CCTV yang dilaksanakan, kononnya bagi mengatasi masalah jenayah, meletak kereta secara haram oleh beberapa PBT di Pulau Pinang juga gagal mencapai prestasi yang ditetapkan mereka sendiri. Sistem yang digunakan tidak jelas, bilangan yang terhad dan beberapa perkara lain adalah antara kelemahan yang dikenali pihak audit.

Ini merupakan pembaziran wang yang jelas oleh DAP Pulau Pinang, kroni mana yang diambil untuk memasang sistem tersebut pun kita tak tahu, tapi wang rakyatlah yang membayar untuk hasil yang tidak sepadan.

Paling mencuri tumpuan penulis dalam laporan audit semalam ialah tindakan beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri yang membayar bonus kakitangan dikala syarikat itu sendiri mengalami kerugian.. Kalau tidak salah penulis, masalah sama pernah dikenal pasti di sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri di Selangor beberapa tahun lepas – untung tidak ada tapi bonus berkoyan.

Nampaknya fahaman DAP ini memang lain. Tak tahu teknik perakaunan mana yang digunakannya tapi syarikat kerajaan negeri yang tidak memberi sebarang keuntungan boleh membayar bonus kepada kakitangannya!!

Jadi toksahlah DAP nak cakap besar dan buat bising tentang prestasi kerajaan BN diperingkat persekutuan kalau dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun ada banyak masalah yang tidak terjaga.

Penulis nak menyentuh sedikit tentang kos-kos pembelian 'tidak munasabah' yang dikesan berlaku dalam laporan audit kali ini. Nak dijelaskan disini bahawa ianya bukan disebab oleh penyelewengan atau apa pun cuma bajet berlebihan dari akaun lain, dipindahkan ke akaun yang kurang atau telah habis.

Contoh, rekod pembelian TV berharga RM 1,500, tapi dikesan dibeli dengan harga RM 10,000. Wang itu tidak masuk poket sesiapa pun tapi bajet itu yang dipindahkan.

Ini biasa berlaku, tanyalah orang kerajaan terlibat, depa tahulah, yang penting tidak ada kaitan dengan penyelewengan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 Juta Penduduk Lembah Kelang Bakal Diancam Bahaya Arsenik

Kerajaan PR Selangor tidak lagi boleh menafikan bahawa negeri itu bakal mengalami krisis bekalan air yang buruk dalam masa terdekat apabila bukti-bukti kukuh mengenai kekurangan air di empangan-empangan didedahkan. Sebelum ini mereka cuba meremehkan isu tersebut konon mainan politik Barisan Nasional, tetapi nada mereka kemudiannya berubah dan cuba meyakinkan rakyat bahawa mereka punya strategi sendiri untuk menanganinya.

Antaranya, melakukan pembenihan awan dan menggunakan air dari bekas lombong untuk menampung keperluan di Lembah Kelang. Ini dinyatakan sendiri oleh exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.

Bagaimanapun, kedua-dua penyelesaian yang dicanangkan kerajaan PR Selangor ini adalah tidak praktikal. Ini kerana pembenihan awan tidak mampu memastikan seratus peratus kejayaan. Kalau pun berjaya, ia masih tidak menyelesaikan masalah utama iaitu, bukannya kekurangan air mentah, tetapi bekalan air yang dirawat.

Begitu juga dengan menggunakan air lombong sebagai penyelesaian kerana air lombong mengandungi logam berat yang tinggi selain bakteria dan mikroorganisma yang membahayakan pengguna. Logam berat yang amat membimbangkan yang banyak terdapat di dalam air bekas lombong adalah logam arsenik (As). Arsenik mampu menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah penyakit hati, buah pinggang dan pebagai jenis kanser.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menetapkan kadar selamat arsenik inorganik ini sebagai 0.01 mg/l. Namun, beberapa negara di dunia di dapati mempunyai paras arsenik yang sangat tinggi dan ada yang melebihi 200 kali ganda.

Walaubagaimanapun, memang benar bahawa air bekas lombong boleh dirawat dengan beberapa cara.

Antaranya, kaedah rawatan secara pasif (passive treatment method). Iaitu air sisa lombong disalurkan ke kolam pengoksidaan sebelum disalurkan ke kolam SAPS (Successive Alkalinity Producing System). Kolam takungan SAPS di lapisi dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama adalah batu kapur (limestone), lapisan kedua adalah lapisan organik dan lapisan ketiga (paling atas) adalah lapisan air sisa. Air akan ditahan di dalam kolam ini selama 3 hari. Selepas itu, air sisa di alirkan ke kolam wetland sebelum dilepaskan keluar. Melalui kaedah ini, pH air dapat ditingkatkan kepada pH 6 dan kandungan logam berat Fe dikurangkan daripada 32 ppm kepada 0.9 ppm.

Selain itu, ada juga rawatan secara aktif (active treatment facility) iaitu di mana kadar alir air lombong yang tinggi dan kuantiti yang banyak. pH air sisa setelah dirawat dan dialirkan keluar melalui cara ini adalah 7.84.

Walaupun ada caranya untuk merawat air lombong, cadangan menggunakan mana-mana satu dari kaedah ini untuk menyelesaikan masalah air di Selangor adalah tidak praktikal memandang kos yang begitu tinggi termasuk masa yang terlalu suntuk. Kos pembinaan loji rawatan secara aktif bagi lombong Hamtae di Korea sahaja memakan belanja sebanyak USD3 juta.

Apatah lagi apabila terdapat cara lain yang lebih mudah, cepat dan murah serta terjamin selamat untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menggunapakai penyelesaian yang telah digariskan oleh kerajaan pusat iaitu Projek Langat 2.

Oleh itu, bagi kerajaan Selangor untuk memilih cara penyelesaian yang tidak praktikal untuk mengatasi masalah ini, menimbulkan keraguan di kalangan rakyat mengenai motif sebenar serta kredibiliti mereka. Lebih dari itu, adalah tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri untuk membiarkan rakyat menanggung risiko keracunan logam berat, seperti arsenik hanya kerana ego dan enggan menerima atau mengakui sesuatu perancangan yang terbaik yang dicadangkan oleh pihak lawan, iaitu kerajaan Barisan Nasional.

Sedangkan, pihak PR selama ini yang begitu beria-ia membangkitkan isu alam sekitar walaupun sebenarnya tiada isu. Contohnya, kilang Lynas yang telah disahkan selamat oleh pakar-pakar antarabangsa tetap dituduh mereka sebagai merbahaya kepada alam sekitar dan kesihatan rakyat Kuantan.

Pelik sekali apabila PR konon memperjuangkan keselamatan dan kesihatan rakyat Kuantan tetapi sanggup pula mendedahkan 4 juta rakyat Selangor kepada risiko keracunan arsenik.

Lagipun, PR sepatutnya lebih peka dengan bahaya arsenik memandangkan Ketua Umum mereka, Anwar Ibrahim pernah mendakwa disuntik dengan racun tersebut oleh kerajaan ketika beliau pertama kali dipenjara kerana meliwat.

'Ketakutan' Anwar dan keluarga terhadap kesan arsenik begitu hebat sehingga membawa isu itu kepada media antarabangsa. Untuk pengetahuan, kemasukan arsenik dalam jumlah besar ke dalam tubuh secara mendadak akan menyebabkan serangan akut seperti sakit perut akibat sistem pencernaan rosak, muntah, cirit-birit, rasa haus yang hebat, kejang perut, dan akhirnya koma, dan kematian.

Manakala kemasukan secara sedikit-sedikit dalam jangka waktu lama pula, seperti meminum air yang mengandungi racun arsenik, akan menyebabkan nafas berbau, peluh berlebihan, otot longlai, perubahan warna kulit (menjadi gelap, gangguan saraf, dan seperti yang melanda penduduk Chile dan Bangladesh iaitu penyakit kaki hitam dan juga kanser kulit.

Kini, ternyata, Anwar telah berbohong kerana beliau jelas sihat sejahtera setelah dibebaskan, malah boleh 'beraksi' dengan begitu hebat tak kira di pentas-pentas ceramah mahupun di bilik-bilik hotel.

Dengan pengetahuan yang 'mendalam' mengenai arsenik, adalah pelik sekali apabila kerajaan PR Selangor langsung tidak bimbang jika rakyat mereka terdedah kepada racun ini. Ini menunjukkan bahawa kerajaan PR tega mementingkan politik lebih dari rakyat.


Justeru, kita sarankan agar parti tersebut membuang sahaja nama 'rakyat' kerana ia jelas tidak menepati objektif pakatan mereka.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerja Mat Sabu

Mat Sabu dalam ceramah di Simpang Taiping dua minggu lepas kata kerja dia dalam Pas senang dan mudah .

Dia buat dua kerja saja, pertama ceramah, habis ceramah pergi mahkamah. Habis mahkamah balik ceramah, esok ke mahkamah lagi.

Senang banyak lah kalau macam tu, sebab tu tak pernah nampak muka dia semasa rakyat ditimpa bencana. Tak pernah tengok dia pergi melawat orang kampung yang dalam kesusahan.

Hehehe, cuma dia rajin lawat Hotel Perdana bilik 121 sahaja.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.