Selasa, 16 Oktober 2012

Bukti-Bukti Mengaitkan suarapakatanrakyat.com Dengan Pakatan Rakyat

Saya diberikan tanggungjawab untuk menyelidik laman web kontroversi suarapakatanrakyat.com yang baru-baru ini mencetuskan kekecohan di seluruh negara berikutan penyiaran artikel yang jelas dan terang menghina tarian sumazau oleh masyarakat Kadazandusun Sabah.

Lanjutan dari penyiaran artikel tersebut, khabarnya berpuluh laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak di Sabah, dan tambah mengejutkan lagi apabila kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sendiri diketuai Presiden PKR, Datin Sri Wan Azizah Ismail pada 11 September 2012, tampil mengadakan sidang media bersama, menafikan bahawa laman web tersebut ada kaitan dengan mereka.

Sesuatu yang jarang berlaku dalam hal yang penting sekalipun, apatah lagi bagi mengecam sebuah laman web.

Agak menakjubkan juga, setelah Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (yang turut hadir dalam sidang media tersebut), meminta supaya artikel ini dikeluarkan dari laman web itu, artikel tersebut memang betul-betul dikeluarkan, malah ada permohonan maaf pula dibuat penulis artikel tersebut!!

Jadi persoalannya disini, benarkah Pakatan Rakyat tidak ada kaitan dengan laman web itu? Kalau tidak ada kaitan bagaimana pula pengendali laman web ini 'akur' dengan permintaan Tuan Ibrahim? Pada saya, tidak logik perkara ini berlaku secara kebetulan

Dari pemerhatian saya di laman-laman facebook yang cenderung kepada Pakatan Rakyat, ada tuduhan yang mengatakan laman web tersebut adalah diuruskan oleh UMNO sendiri, kononnya hasil satu konvensyen media sosial (tidak dinyatakan dimana) yang memutuskan supaya UMNO/BN menubuhkan web tersebut dalam usaha memerangi Pakatan Rakyat di Internet.

Sebagai seorang yang aktif di dalam konvensyen media sosial yang diadakan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, saya tidak pernah ingat program mana satu yang memutuskan perkara sedemikian. Dalam setiap konvensyen, yang dibincangkan ialah bagaimana untuk memantapkan lagi usaha memerangi adu domba fitnah dan putar belit pembangkang. Tidak pernah wujud dalam ingatan saya, ada satu konvensyen yang memutuskan untuk mewujudkan laman web sedemikian.

Lagipun kos untuk mewujud dan mengendalikan laman web tersebut bukan murah. Siapa yang mahu menanggung semua kos tersebut? Itu satu hal, satu hal yang lain mencari penulis berkaliber yang mampu 'membawakan peranan palsu' sedemikian?

Maka itu saya mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan sama ada laman web ini benar-benar palsu atau sememangnya berada dibawah kendalian Pakatan Rakyat sendiri.

Setelah beberapa hari memerhati dan memantau perkembangan laman web tersebut, saya berani mengesahkan disini bahawa laman web ini adalah milik Pakatan Rakyat dan diuruskan oleh mereka yang ada kepentingan langsung dengan PKR, terutama sekali penyokong Penasihat Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hujah saya disini ialah, satu-satunya bukti yang digunakan penyokong Pakatan Rakyat di facebook untuk mengatakan web ini web palsu ialah kerana laman ini tidak segan silu mengecam pemimpin Pakatan Rakyat sendiri. Itu sahaja, tidak ada bukti lain. Cakap yang mengaitkan kononnya kewujudan web ini hasil konvensyen media sosial UMNO juga, hanya satu kata-kata, tidak ada bukti.

Hakikatnya, perkara ini (mengecam pemimpin sendiri) sepatutnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana kita tahu bukan semua orang bersetuju dengan pemimpin walaupun dari parti yang sama. Apatah lagi dalam situasi pakatan tidak rasmi seperti Pakatan Rakyat ini yang 'memaksa' PAS, DAP dan PKR untuk bersatu dengan tujuan menumbangkan BN dan membentuk kerajaan semata-mata.

Satu perkara yang jelas, setelah telah meneliti banyak artikel-artikel yang dikeluarkan laman web suarapakatanrakyat.com sebelum ini, saya mendapati mereka memang konsisten untuk tidak mengecam Anwar secara keterlaluan. Memang ada artikel yang seakan 'mengecam', antaranya berkenaan Seksualiti Merdeka, tapi itu terlalu lembut untuk dipanggil menegur sekalipun, apatah lagi mengecam.

Nak mengekalkan konsistensi yang semacam ini bukan mudah. Kalau laman web palsu, saya pasti akan ada satu di antara beratus artikel yang telah dikeluarkan laman web ini yang 'tersasul' mengecam Anwar dan DAP secara keras, tapi setakat yang telah saya baca (dari Ogos 2011 hingga sekarang), tidak ada.

Menariknya, dimuka hadapan laman web ini, gambar Anwar diletakkan dengan petikan "manusia suci" – menggambarkan ketaksuban pengendali laman web ini kepada Anwar Ibrahim, walaupun ada yang mengaitkannya sebagai keterlaluan dan sengaja dibuat. Tapi jangan lupa, mereka konsisten mempertahankan Anwar pada setiap masa.

Saya juga perasan yang laman web ini kerap menyiarkan pandangan yang 'sebenarnya' mengenai beberapa pemimpin Pakatan Rakyat tertentu, lama sebelum pemimpin berkenaan menjadi isu besar yang menyusahkan Pakatan tersebut. Antaranya Datuk Hasan Ali, Mansor Othman dan Nasharudin Mat Isa. Terbukti ketiga-tiga mereka ini akhirnya mendatangkan masalah kepada Pakatan Rakyat sehingga ada yang sampai ke tahap dipecat!!

Nasharudin dengan Karpalnya, Mansor dengan tokongnya dan Hasan Ali dipecat kerana mengkritik Anwar!!

Selain itu juga, beberapa dokumen dalaman/rahsia PKR turut didedahkan di laman web ini, antaranya minit mesyuarat dan temurapat untuk membincangkan strategi pilihanraya yang diadakan di Port Dickson tahun lepas, bagaimana mereka memperolehi semua dokumen ini dikala tidak ada blog pro UMNO/BN yang mendedahkannya?

Saya juga perasaan yang laman web ini juga dilihat sering mengelak dari mengecam DAP secara terang-terangan. Kalau ada pertikaian antara PAS dan DAP, laman ini pastinya akan menyokong DAP, malah dalam sampai ke satu tahap mengecam Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Aziz Nik Mat!!

Laman web ini juga agak keras terhadap PAS dan beberapa pemimpin PKR yang kita tahu tidak sebulu dengan Anwar.

Pada saya, laman ini berkongsi kecenderungan sekular dan liberal Anwar yang selama ini tidak mahu diakuinya secara terang-terangan.

Walaupun kita tahu Anwar adalah seorang yang sekular dan liberal, tapi mendedahkan perkara tersebut secara terangan hanya akan merenyukkan peluangnya ke Putrajaya.

Maka itu saya percaya, laman web ini diwujudkan oleh kumpulan penyokong PKR yang taksub kepada Anwar untuk menyampaikan isi hati Anwar dari sudut penceritaan yang tidak mahu disentuh blogger 'stereotype' Pakatan Rakyat yang lain.

Dan ternyata kecenderungan Anwar terhadap sekular dan liberalisme sedikit demi sedikit terbukti kebelakangan ini seperti dilihat dalam soal Anwar melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India yang dilihat mengecilkan peranan Islam dalam pembentukan kerajaan. Malah Anwar juga terang-terang mengaku mahu melindungi keselamatan Israel dan berjanji untuk menghapuskan undang-undang lapuk berkaitan homoseksual yang selari dengan kehendak golongan liberal.

Soal Pakatan Rakyat tidak mahu mengaku, itu soal lain. Pakatan Rakyat pun tidak pernah mengaku Milosuam dan Amenoworld adalah blog mereka, tapi kita semua tahulah.

Lagipun Anwar bukan baru dalam soal tipu menipu ini. Peranan Anwar sebagai tok dalang disebalik skandal Scorpene dan sebagainya sudah diketahui ramai, malah diakui sendiri bekas peguamnya sendiri, Zulkifli Nordin.

Oh ya,bercakap soal tarian sumazau, nukilan laman web ini yang membangkitkan kemarahan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat, tahukah kita bahawa Pakatan Rakyat begitu bersungguh-sungguh cuba membaiki imejnya sehinggakan dalam konsert Bersih 2.0 yang diadakan di Stadium Kelana Jaya beberapa hari lepas pun, acara tarian ini diadakan!!

Tak siapa nak bertanya, kalau tidak ada kaitan, kenapa mesti bersusah payah?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan