Jumaat, 2 November 2012

James Bond 007 Omegay

Menonton James Bond, pada kebanyakkan kita, bukan lagi kerana kelainan jalan ceritanya, kita tahu ia akan tampil begitu, begitu juga.

Tetapi Bond, selepas 50 tahun sejak kali pertama muncul dalam novel Ian Fleming, 1953, adalah lebih dari sekadar filem, ia merupakan jenama, atau lebih luas lagi adalah fesyen.

Sebab itu ramai yang berlumba untuk melihat filem tersebut setiap kali ia ditayangkan, kita akan rasa ketinggalan, jika ada rakan yang menonton lebih dahulu.

Bond, membangkitkan rasa, 'close to glamour'.

Agen rahsia dengan misi menyelamatkan dunia, perempuan cantik, kenderaan mewah, tampil penuh gaya, adakalanya dramatik, dengan wang bukan soalnya.

Menonton filem terbaru James Bond, Skyfall, pada hari pertama tayangannya di Malaysia, semalam, memberikan saya satu perspektif baru tentang filem perisikan itu.

Melihat James Bond dan Skyfall luar dari kerangka sebuah filem.

Dari segi penceritaannya, Skyfall, filem ke 23 James Bond, tidak lagi berperang dengan musuh luar, organisasi pengganas atau komunis/blok Timur seperti filem-filemnya sebelum ini.

Filem arahan Sam Mendes (Revolutionary Road,) adalah tentang musuh dalaman, pengkhianat negara yang merupakan bekas agen 00, pertembungan antara pemikiran lama dan baru, peperangan dalam diri sendiri.

Babak pembukaan Skyfall tetap sama dengan filem-filem sebelum ini, aksi kejar mengejar di Istanbul, selepas hard disc yang mengandungi senarai nama perisik NATO dalam organisasi pengganas jatuh ke tangan musuh.

Kejar mengejar dari kereta, ke motor, dalam kesesakan bandar, kesibukan pasar, lompat naik keretapi, 007 tertembak oleh agen lain, lalu jatuh ke sungai dan hilang.

Tiada apa yang baru tentang Skyfall sekurang-kurangnya 15 minit pertama tayangannya.

Kecuali lagu tema nyanyian Adele yang sungguh merdu dan montaj post-moden yang membawa makna berlapis-lapis.

Daniel Craig, yang jadi 007 untuk kali ketiga dalam sejarah Bond, terasa jauh dari susuk 007 yang kita kenali dalam novel Ian Fleming.

Bond dalam novel Ian Fleming adalah lelaki yang memberikan inspirasi, pembunuh berlesen yang 'bold dan courage'.

Sebaliknya Craig, dalam Skyfall, lelaki yang keliru, ketagihan alkohol, berpoya-poya ketika 'menikmati kematian' selepas 'missing in action'.

Hanya setelah pejabat M-16, perkhidmatan rahsia England diletupkan dan sejumlah agen mati, barulah Bond muncul tiba-tiba di rumah M lakonan Judi Dench, dan mahu bekerja semula.

Ada beberapa pembaharuan, pertama, watak Q, yang sinonim dengan lelaki tua, berkot putih dan mencipta sejumlah gajet canggih, kini diganti oleh lelaki muda, Ben Whishaw, (amat muda).

Kedua, setiausaha M, Eve Moneypenny (yang telah ditiadakan dalam beberapa filem Bond akhir-akhir ini) 'dibangkitkan' semula dan kali pertama dipegang oleh wanita kulit hitam, lakonan Naomie Harris.

Kali pertama juga, James Bond tidak menyebut catchphrase Ian Fleming "Shaken, not stirred".

Pergelutan Bond, M, dan M-16, dalam Skyfall adalah mengenai pengkhianat dalaman, bekas agen M-16, yang menyimpan dendam terhadap M dan berhasrat membunuhnya.

Raoul Silva dalam lakonan Javier Bardem cukup berkesan sebagai antagonist.

Lakonan mantap Javier Berdem seperti yang dia tunjukkan dalam Love in the Time of Cholera dan No Country for Old Men (2007) memberikan roh kepada Skyfall.

Silva menjadi pengganas siber, yang menyerang M-16, hanya kerana dendam lama, selepas dikhianati oleh M, yang dalam kata-katanya sendiri "melaksanakan tugasnya...".

Dari Istanbul ke Macau dan sebahagian besarnya di London, James Bond kali ini tampil dengan syarahan patriotik berlebihan, baik melalui 007, atau M sendiri.

Apakah ia mengujakan sebagai sebuah filem, pada saya tidak sama sekali, ia hanya pada taraf sekuel The Bourne sahaja dari segi jalan cerita.

Apa yang menyebabkan Bond mendapat pujian melangit, dari akhbar dan media seluruh dunia, jawapannya adalah jenama.

Bond yang perlu dilihat sebagai bukan hanya sekadar filem perisikan baik melawan yang jahat, tetapi ia merupakan duta masyarakat kapitalis.

Kita tahu, falsafah masyarakat kapitalis adalah wang bukan soalnya jika ia berbaloi.

Bagi mereka jika perlu untuk menghancurkan lima buah kenderaan dengan nilainya RM1juta, untuk ditonton dan diingati oleh 300 juta penduduk dunia, orang KL kata "tak ada hal..."

Dalam Skyfall, satu babak kejar mengejar di atas keretapi di Istanbul, beberapa buah kereta Volkswagen dihancurkan dengan Bond hanya perlu menyebut... "I dunno, I think it was a VW Beetle".

Juga Bond, beberapa minggu terakhir ini, dan seterusnya sehingga tahun baru, barangkali, terasa dekat dengan kita, melihatkan pada iklan di TV, mendengar lagunya di radio, di billboard besar Bond dan jam Omeganya dekat Bukit Bintang dan KLCC.

Omega antara jenama besar yang menaja filem Skyfall, ia adalah contoh bagaimana kejayaan penajaan filem ala kapitalis.

Bermula dari Golden Eye (1995) Omega dan edisi khasnya Seamaster dijual puluhan ribu unit gara-gara filem tersebut.

Sejak itu, Omega menjadi jam James Bond. Ingat Omega, ingat Bond, kecuali barangkali di Malaysia, di mana apabila kita sebut jam Omega, orang lebih ingat Anwar Ibrahim. (muahaha)

Bond ada di mana-mana musim ini.

Selain Omega, untuk minuman ringan, penaja utama Skyfall adalah Coca-Cola, tunggulah, anda akan lihat, Bond minum coke dalam iklan di kaca-kaca TV Malaysia tidak lama lagi.

Sony juga tidak ketinggalan merupakan penaja besar Skyfall, mengutip kata-kata Craig sendiri, dalam satu temubual dengan majalah Vanity Fair, kejayaan James Bond adalah kerana publisiti meluas yang diperolehi dari penajaan.

"Penaja membayar jutaan dollar untuk melariskan produk mereka dengan menampilkan Bond sebagai 'testimonialnya'," kata Craig dalam interbiu utama dengan majalah berpengaruh itu.

Beliau memberikan contoh mengenai penajaan Heineken... "Heineken beri kita  satu tan wang hanya untuk mengambil hanya satu shot gambar Heineken dalam bar. Ia mudah bukan, hanya di shot dan dibelakangnya botol Heineken . Tanpa mereka (penaja) filem ini tidak dapat dijual..."

Ya semudah itu dan sudah semestinya, Craig, penghias muka depan Vanity Fair bulan November.

Kapitalis utama dunia, berpakat untuk menyokong filem perisikan tersebut, menaburkan wang bagi iklan dan publisiti, sehingga menjadikan Bond seolah-olah sebahagian dari hidup kita -untuk musim ini-.

Saya menonton Skyfall, di hari pertama pembukaannya, di Alamanda, dalam panggung yang penuh, untuk filem dengan durasi lebih dua jam, pada sesetengah babak bosan dan berulang, namun tidak pernah ada kata penyesalan.

Kita semua, pada akhirnya, telah diolah dan dibentuk pemikiran, melalui iklan, ulasan, dan percakapan, bahawa Bond ini adalah yang terhebat, kita setuju, kerana itulah pendapat umum, hasil dari persepsi yang dibina masyarakat kapitalis.

Ya, selamat menonton. Saya dah sudah, diperdaya Bond, untuk sekian kalinya, dan tidak akan serik, untuk 'ditipu' lagi.-2/11/2012

Sumber Helmi agenda daily
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PR And Al-Arqam's ‘Wife-Swaping’ Culture Are The Same?

Ustaz Badrol Amin, PKR Selangor's Senior Leader has once again shocked the country yesterday. Previously, he triggered a controversy as he was involved in a vice case with another man's wife in a hotel when he attended a party program.

This time, this Uztaz was arrested for being involved in a deviant teachings' assembly which was suspected to be 'Aurad

Muhammadiah' and the attempt to bring back Al-Arqam teachings. The assembly had broken Section 12 (C), Selangor Syariah Crime Enactment.

Jais's raid was made at about 10:30pm and a few of the group's committee members were arrested to assist the investigation.

An estimated 3,500 followers attended the assembly.

It was understood that the assembly was held in conjunction of the anniversary of their senior leader, Allahyarham Ashaari Muhammad.

The assembly was themed "Abuya Kept On Leading Even After Death".

Badrol Amin's involvement in Al-Arqam does not even shock us. Actually, 'Ustaz' such as Badrol Amin is all over the opposition coalition, they are in both PKR and PAS.

They would have people call them Ustaz and they would always act all Islamic, all to cover up their real hobbies, committing vice. Their crime would then always be covered with the excuse of 'it is on the name of religion'.
For example, after being caught for committing vice with another man's wife, Badrol Amin's excuse was that he was giving marriage counselling based on his status as an Ustaz.

Despite that, such excuse would never be accepted by the public because it is clearly wrong to provide counselling by sleeping together in a room with non-muhrim partner no matter what status one might have in the religious industry.

The fact is, committing vice is a normal thing among opposition leaders. Other than Mat Sabu, there are also ADUN PAS Perupok, ADUN PAS Selinsing and let's not forget Anwar Ibrahim, Azmin Ali, and even Mustafa Ali who was said to be involved in a sex scandal.

According to records, almost all of their cases involve other people's wives or to be precise, their friends' wives. Wife swapping.

Thus, it is not surprising if there are a few of them are into Al-Arqam because the culture in Al-Arqam really fit their hobby where people could swap their partners with those who are in their circle. Al-Arqam even made the whole thing halal.

In a way, they could live the open sex relationship without feeling guilty or sinned.
That is the only thing those people like to have. We believe that Badrol Amin is not alone in dreaming of having such life, but most PR leaders usually have the same dream as he has.

With Anwar Ibrahim as their leader, their dream might just come true if PR takes over the country.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz Kata Chua Soi Lek Tidak Hina Hudud

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009, tiga tahun dulu secara terbuka telah memberi lampu hijau kepada para pemimpin DAP untuk menghina Islam dengan alasan mereka yang berbuat demikian itu tidak beragama Islam.

Menurut Nik Aziz, "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," demikian katanya ketika mempertahankan tingkah laku dan tutur kata lancang pemimpin DAP yang semakin kerap mempersendakan dan menghina Islam.

Pandangan Nik Aziz itu sebetulnya memang agak semberono mungkin kerana terlampau taksud pada kepartian dan terlebih-lebih mempolitikkan agama untuk kepentingan puak sendiri.

Mungkin juga kerana teruja dengan kenyataan Menteri besar Kelantan itulah maka kira-kira sebulan lalu pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham dengan sengaja mengeluarkan kenyataan menghina termasuklah mempersenda kesungguhan umat Islam memprotes filem Innocence of Muslims.

Manakala para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR pula semakin berani bersyarah di ruang solat utama orang Islam. Ahli kariah pula yang termanggu-manggu mendongak kepala kepada si kafir sambil mendengar si politikus non muslim bertazkirah.

Yang JAKIM keluarkan fatwa cuma membenarkan non muslim melawat dalam masjid dan surau sahaja, tapi dapat pada PAS, terus mereka beri izin untuk pemimpin politik non muslim memberi tazkirah lagak macam ustaz, tok imam dan tok khatib pula.

Cuma peliknya, dalam isu hudud PAS apabila sahaja Presiden MCA, Chua Soi Lek tiba-tiba sahaja mencuit sambil mengkritik hudud PAS bakal menyebabkan kesan buruk pada 1.2 juta orang, terus sahaja penyokong dan pemimpin PR naik angin satu badan.

Mereka lupa, Soi Lek bukannnya seorang yang beragama Islam dan jika mengikut pandangan semberono yang dipegang oleh Nik Aziz, maknanya Soi Lek tidakpun bersalah.

Bukankah Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 dulu telah memberi lesen besar kepada DAP dan orang bukan Islam untuk menghina Islam atas alasan mereka bukannya beragama Islam?

Jika kenyataan Soi Lek berkenaan hudud PAS dianggap menghina hukum hudud dan menghina Islam, secara mantiknya ianya boleh dianggap berlaku selepas mendapat kebenaran dari Nik Aziz.

Lampu hijau untuk DAP menghina Islam sama juga maksudnya seperti membenarkan Chua Soi Lek mengkritik hudud PAS, kerana baik pemimpin DAP mahupun MCA, kedua-duanya bukan Islam.

Kini pandangan Nik Aziz itu menjadi boomerang tepat ke dahi Nik Aziz serta pemimpin dan penyokong PAS yang sebelum ini kelam kabut berdemo sana sini membantah kenyataan Chua Soi Lek.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al-Arqam cuba dihidupkan kembali

20 individu dibebaskan dengan jaminan oleh Mahkamah Syariah Kuang selepas ditahan JAIS di Rawang malam tadi dipercayai cuba hidupkan semula al-Arqam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Email menarik tentang melayu

Kita jangan malu menerima hakikat bahawa orang melayu di malaysia hampir kesemuanya adalah Islam.
 
Seperti di arab saudi, hampir kesemua penduduk arabnya adalah Islam - beza dari beberapa negara arab yang lain, seperti lebanon, mesir, palestin..
 
Dan kita jangan malu juga bahawa bangsa melayu adalah adunan pelbagai tamadun dan budaya yang terdahulu maju dari negara-negara barat..di antaranya, india, cina, jawa, siam dan filipina.

Namun. saya merasa sedih dan kesal ada di antara kita mencemuh-cemuhkan di antara sendiri dan terpengaruh dengan anggapan orang asing (iaitu bukan melayu Islam) yang menyatatakan kita malas, bodoh, ketinggalan, tidak perihatin, riak, bongkak, sial....dan pelbagai lagi penghinaan.
 
Kalau kita beritahu, naga-naga mata sepet boikot dan memerangi syarikat roti kepunyaan melayu...ada di anta kita akan berkata balik .."eleh, soal roti pun orang melayu nak buat ribut."
 
tapi, itu lah hakikatnya....naga-naga mata sepet dan bagsa bersekutu dengan mereka tetap bersatu padu dan teguh dalam pelbagai isu... walaupun isu roti. mereka tidak melekeh-lekehkan seruan untuk hanya sokong syarikat roti kepunyaan bangsa mereka dan boikot roti milik melayu yang sedap dimakan begitu saja.
 
ada yang beranggapan kes-kes jenayah berat seperti bunuh, rasuah dan rogol adalah berkaitan kebanyakannya melayu - tanpa melihat bahawa perkara-perkara ini sengaja ditimbulkan oleh naga-naga mata sepet yang bijak dan sepakat menutup keaiban bangsa sendiri.
 
ada pula yang menyebut kes-kes penipuan dan pengkikisan ratusan juta ringgit dari dana kerajaan yang melibatkan projek-projek para kroni dan bukan kroni juga berkaitan dengan orang melayu Islam.
 
kata-kata ini adalah tidak berasas dan bermotif politik untuk melemahkan pentadbiran melayu Islam yang satu-satunya di dunia yang berupaya membangunkan negara pelbagai kaum dan ugama.
 
tapi, oleh kerana kita lemah dan mudah dipujuk dan dipengaruhi oleh naga-naga mata sepet, maka kita sanggup berkata orang kita lah yang paling ramai penjenayah dan merima rasuah...siapa yang sogokkan rasuah?.

juga ada yang berkata melayu paling banyak terlibat dalam kes-kes sumbang mahram, anak haram, buang anak, kehamilan di bangku sekolah, seks rambang, pasangan curang dan rogol beramai-ramai ... tapi adakah kenyataan ini sahih dan betul...sedangkan naga-naga mata sepet lebih ramai terlibat dalam perkata-peraka ini... cuma mereka menganggap perkara moral tidak sepenting  isu-isu mencari nafkah (dengan apa cara jua), wang dan harta.
 
sekali lagi kita terpedaya dengan helah naga-naga mata sepet.
 
walaupun kita boleh memetik pelbagai sumber dan kajian - termasuk daripada badan-badan kerajaan seperti kementerian kesihatan (yang diterajui oleh naga mata sepet) - yang benar tetap benar..iaitu, kaum lain sanggup menutup keaiban mereka daripada mendedahkan ia kepada awam...maka, kes-kes yang dikemukakan adalah kebanyakkan berkaitan dengan orang melayu Islam.
 
angka-angka penguatkusaan anti-dadah pun tidak lengkap, kerana tidak menyebut kegagalan mereka menangkap naga-naga mata sepet yang menjadi taukeh industri dadah yang menggunakan orang melayu Islam yang lemah dan terdesak.
 
dan anggapan pelajar melayu paling ramai ponteng sekolah juga boleh dipertikai... kerana angka-angka adalah dari sekolah aliran kebangsaan yang mempunyai pengambilan ramai budak-budak melayu.
 
di sekolah-sekolah cina juga ramai yang ponteng,,, tapi mereka melindungi kaum kerabat mereka dan cuma memberi gambaran mereka rajin bersekolah dan kononnya patuh kepada guru dan ibubapa.
 
di jalanraya...bukan pemandu-pemandu motorsikal melayu yang menyusahkan... yang paling ramai menyebabkan kemalangan adalah naga-naga mata sepet dan anak beranak mereka yang membawa kereta mewah yang laju dan menggunakan jalanraya seolah-olah itu adalah laluan mak bapak mereka.
 
memang diakui ada ramai mat rempit di kalangan orang melayu yang berlumba-lumba di tengah malam... tapi lebih ramai pemandu kereta di siang hari yang kebanyakkan naga-maga mata sepet yang menyusahkan pengguna-pengguna jalanraya yang lain.
 
betullah kalau dianggap yang paling ramai buat bergaduh, keji-mengeji, caci-mencaci, fitnah-memfitnah sebelum, semasa dan sesudah pilihanraya ialah kaum melayu... kerana orang yang menyatakan demikian termasuk dalam golongan tersebut dan menganggap itu adalah budaya melayu.
 
seperti saya kata, naga-naga mata sepet membiarkan keadaan begitu kerana mereka menunggu masa saja nak menakluki kita seperti naga-naga mata sepet sebangsa mereka di singapura.
 
tiada melayu Islam yang menolak hukum syarak atau hudud...cuma di ketika ini masyarakat malaysia amnya belum sedia menolak rasuah dan jenayah....siapa di antara kita yang bersih dan amanah untuk sanggup menguatkuasan hukum syarak dan hudud...semata-mata kerana Allah dan bukan kerana politik atau kebendaaan duniawi.
 
kesimpulannya, kita mesti bersatu padu menegakkan prinsip alif ba ta yang sudah lama menjadi teras perpaduan melayu - agama bangsa tanahair.
 
hentikan mencemuh-cemuhkan di antara satu sama lain - jangan jadikan ia sinonim dengan bangsa melayu dan agama Islam... tapi melayu di malaysia tetap Islam, walaupun ada segologongan yang mencuba memesongkan kita dari kenyataan dan kebenran ini.
 
tak kira lah ada sebahagian rumpun melayu yang bukan Islam ... kenapa nak gah pasal itu? yang penting adalah kita , orang melayu di malaysia dan brunei, adalah Islam.
 
orang melayu  sememangnya tidak memiliki Islam.. kerana Islam milik Allah swt ..dan kita pengikutnya ... tapi kerana Islam kita boleh jadi melayu yang bertamaddun , bermoral tinggi dan dinamik.
 
terpulang kepada kalian, nak sorak kerana kebanyakan melayu di dunia dan kepulauan nusantara ini bukan melayu... atau nak gah orang melayu di tanah melayu malaysia dan brunei adalah Islam... dan ketuanan melayu di negara kita adalah berasaskan ciri-ciri Ialam... Allahwa'alam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Tewas Teruk Jika Nik Aziz Tiada

Bukan lagi rahsia pun, kekuatan utama PAS di Kelantan terletak pada pengaruh peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besarnya, yang sejak 22 tahun lalu berjaya dipotretkan oleh jentera propaganda PAS sebagai seorang tokoh ulama dan tok guru.

Malah kekuatan PAS di peringkat pusat juga banyak bergantung harap pada pengaruh Mursyidul Am PAS itu sehingga menenggelamkan ketokohan Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tanpa kehadiran Hadi, PAS masih boleh bertahan dalam arena politik tanahair namun tanpa kelibat Nik Aziz, nescaya PAS Kelantan dan PAS Pusat bakal terkontang konting tak ubah seperti anak ayam yang kehilangan ibunya.

Itu kepercayaan dan keyakinan yang sudah sebati dalam minda sebilangan besar penyokong dan pemimpin PAS di seluruh negara, kecuali di Kedah dan Terengganu.

Jenama tok guru yang dipotretkan pada batang tubuh Nik Aziz itu pun asalnya merupakan idea dan taktikal strategik PAS hasil dari pengamatan terhadap penghormatan besar yang diberikan masyarakat Kelantan kepada para tok guru pondok yang banyak berjasa memperkembangkan Islam.

Realitinya, bagi sebahagian besar masyarakat pondok masa kini kelibat Nik Aziz tidakpun dianggap sebagai seorang tok guru, lebih-lebih lagi sejak umum mengetahui Kerajaan PAS Kelantan lebih banyak membantu dan menyumbang wang ringgit untuk pembinaan berhala tokong yang tingginya jauh mengatasi menara masjid.

Tapi masjid tempat umat Islam beribadat baru hanya satu didirikan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz, itupun sebahagian besar sumbangan datangnya dari orang ramai.

Sebelum gelaran tok guru surat pekeliling di cop atas dahi Nik Aziz, beliau hanya digelar sebagai ustaz sahaja, malah hingga kini ramai pimpinan PAS Kelantan yang rapat dengannya, apabila berbicara dengan MB Kelantan itu mereka membahasakan diri Nik Aziz dengan panggilan ustaz sahaja.

Hanya bila berdepan dengan khalayak ramai atau di atas pentas ceramah sahaja, gelaran tok guru diguna pakai atas maksud untuk kepentingan politik mengabui mata khalayak.

Kini apabila timbul desakan demi desakan semakin kuat menuntut Nik Aziz mengundurkan diri sama ada sebagai MB Kelantan mahupun sebagai Mursyidul Am PAS, ramai pemimpin PAS melihat senario tersebut sebagai satu ancaman besar terhadap kelangsungan pengaruh PAS.

Lebih-lebih lagi apabila suara desakan tersebut turut membabitkan sesetengah pemimpin PAS sendiri termasuklah pandangan sinis dari ADUN Gaal yang menyarankan supaya Nik Aziz berundur untuk membolehkan generasi muda PAS mengambil alih tampuk kepimpinan parti.

PAS tahu jika suara-suara desakan sedemikian dibiarkan terus berkumandang, buruk kesannya pada prestasi PAS pada masa depan. Maka mahu tidak mahu, sebahagian pemimpin PAS yang lain terutama dari Kelantan terpaksa tampil mempertahankan Nik Aziz.

Sejak seminggu lalu kita dapat lihat berduyun-duyun pemimpin PAS Kelantan terutama sekali yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri tampil dengan pelbagai kenyataan menyokong Nik Aziz termasuklah yang memuja muji 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS.

Pada mereka, Nik Aziz tetap masih diperlukan sekalipun tahap kesihatannya sekarang seringkali merencatkan perjalanan urus tadbir negeri dan parti, namun alasan 'ketajaman fikiran' dan 'kehebatan' Nik Aziz sebagai MB serta pemimpin utama PAS dijadikan sandaran untuk membuktikan kemampuan orang tua itu untuk terus menerajui Kelantan dan parti.

Entah celah kangkang mana yang hebatnya orang tua tak sedar diri itu hanya pemimpin PAS yang tahu. Mungkin masing-masing masih mengharapkan keramat air selipar Nik Aziz untuk keberkatan masa depan politik mereka, barangkali ada betulnya.

Apapun, senario ini menjelaskan lagi betapa masih ramai pemimpin PAS dan penyokong mereka tetap utuh berpegang pada doktrin lama bahawa tanpa Nik Aziz bermakna masa depan PAS akan kabur. Dengan kata lain mereka takut sekiranya tanpa Nik Aziz, PAS akan tewas teruk dalam PRU akan datang.

Hakikatnya, bagi kita di pihak UMNO pula, adalah lebih baik Nik Aziz terus kekal ego dengan sikap gila kuasanya, dengan demikian masyarakat umum lebih faham bertapa bernafsunya seorang politikus berlabel tok guru jadi-jadian itu.