Rabu, 17 Julai 2013

Isu Tanah di Kelantan dan PRK Kuala Besut

PRK Kuala Besat dikejutkan dengan berita gembar lah konon-konon. Berita yang didedahkan oleh Pemimpin Pas isu tanah yang diberikan kepada beberapa orang kenamaan di Terengganu.

Isu pemberian tanah adalah keistimewaan, malah ramai bekas kaki tangan kerajaan diberikan tanah tetapi kenalah buat permohonan. Kalau tak mohon tak dapatlah.

Cerita itu kononnya boleh membuatkan pengundi K Besut tidak akan mengundi BN.

Pun begitu apa kes dengan tanah-tanah di Kelantan yang balak dikuasai oleh orang ternama di sana. Pemilikan hak pembalakan yang tanpaa had.

Husam Musa dalam ceramahnya baru-baru ini ada menyentuh tentang perkara kroni dan pembolotkan hal tanah dan hasil mahsyul negeri.

Paling menggempar apabila berlaku pemberian tanah kepada pemimpin Dap Perak

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, khalayak umum telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai pemilikan 14 lot tanah di sekitar Kota Bharu atas nama Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana nilai komersialnya boleh mencecah RM10 juta.

Selain pemilikan tanah atas nama Menteri Besar Kelantan itu, turut didedahkan sama sejumlah 13 lot tanah lagi yang bernilai jutaan ringgit termasuk sebuah stesen minyak yang dimiliki Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri kepada Nik Aziz.

Beberapa hari selepas isu pemilikan tanah itu didedahkan, Nik Aziz telah tampil menjelaskan bahawa 14 lot tanah yang luas keseluruhannya 1.76 hektar itu bukan miliknya walau pun namanya tercatat sebagai pemilik.

Menurut Nik Aziz, namanya hanya digunakan sebagai pemegang amanah bagi pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan jawtan MB yang disandangnya dan tanah itu kemudiannya kelak akan dipindah milik kepada nama MB baru.

Rentetan itu, rakyat Kelantan menarik nafas lega menerima penjelasan itu dan yakin bila berlaku peralihan tampuk kepimpinan negeri kelak akan ada pengumuman rasmi pindah milik nama pemilik semua lot tanah tersebut.

Namun seperti semua sedia maklum, sejak dari tarikh kejatuhan Nik Aziz pada 5 Mei 2013 hingga sekarang, tiada khabar berita mengenai pemindahan hak milik 14 lot tanah tersebut kepada nama MB Kelantan sekarang yang kedengaran.

Malah 13 lot tanah yang tertera nama isterinya itu pun sampai sekarang Nik Aziz buat-buat lupa untuk menjelaskan bagaimanakah statusnya, adakah ia milik peribadi atau sekadar pemegang amanah sama sepertinya.

Tanpa tindakan susulan oleh Nik Aziz berhubung status terkini lot-lot tanah tersebut sukar untuk rakyat Kelantan menepis rasa was-was dan kebimbangan kalau-kalau jika didiamkan ianya kelak terus menjadi hak milik Nik Aziz sekeluarga.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS dan Vatican City dah sama tetapi tak serupa wajahnya

Baru-baru ini Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino telah mengeluarkan kenyataan terbuka menyokong tuntutan penganut Kristian di Malaysia supaya kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai dalam kitab Bible.

Kenyataan kontroversinya itu nyata mendapat sokongan sesetengah penganut Kristian khususnya di dunia maya untuk fokus pada tuntutan yang sama tapi tanpa disedarinya ia telah mengundang bantahan umat Islam dari seluruh negara.

Gara-gara keceluparan dan kegagalannya memahami sensitiviti majoriti rakyat negara ini yang terdiri dari kalangan umat Islam, akibatnya isu kalimah Allah S.W.T yang pernah dicetuskan oleh Gereja Kristian dan DAP kembali hangat diperkatakan.

Menyedari timbulnya banyak bantahan besar-besaran dari pelbagai lapisan masyarakat Islam termasuklah NGO-NGO, barulah Biskop Marino mengakui kesilapannya dan mengambil langkah susulan memohon maaf dalam perjumpaannya dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Tindakannya meminta maaf atas keterlanjuran itu boleh dikira baik untuk meredakan keaadaan disamping mencegah kemarahan masyarakat Islam dari terus meluap-luap, tapi apa gunanya lagi setelah nasi menjadi bubur?

Perlu ada jaminan dari Biskop Marino mahu pun pihak lain yang mewakili penganut Kristian untuk bertekad tidak akan mengulangi lagi tuntutan yang sama, jika itu dapat dilakukan nescaya ia memberi kelegaan kepada semua pihak.

Dalam pada itu, sepanjang kekalutan isu ini berlangsung sehinggalah Biskop terbabit meminta maaf, peliknya langsung tak kedengaran sebarang kenyataan bantahan pucuk pimpinan PAS seolah-olah pada mereka kontroversi yang dicetuskan oleh Duta Vatican City itu perkara biasa.

Barangkali kerana isu kalimah Allah S.W.T turut melibatkan tuntutan yang diperjuangkan oleh rakan sekedudukannya iaitu DAP, maka sebab itulah PAS mengambil sikap berdiam diri dan lebih selesa membicarakan isu lain bagi mengalih perhatian ramai.

Bila diingatkan kembali sikap flip-flop PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T maka fahamlah kita tiada peliknya bila mana PAS menjadi kura-kura yang menyorokkan mukanya kerana PAS selaku sebahagian dari PR pernah bersetuju sebulat suara untuk membenarkan kesucian kalimah Allah S.W.T tergadai dalam kitab Bible.

Malah ramai antara kita pastinya tidak lupa bila mana Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sendiri pernah beriya-iya menyokongnya dan tanpa segan silu menyifatkan isu kalimah Allah S.W.T untuk kegunaan bukan Islam (Kristian) adalah seumpama satu bentuk dakwah.

Dari konteks tersebut, jelaslah wujud keselarian pemikiran antara PAS dan Vatican City, walau pimpinan masing-masing berbeza anutan agamanya tapi kedua-duanya seia sekata berkongsi pemikiran yang sama dalam menyokong tuntutan DAP dan Gereja Kristian dalam isu ini.

Jika andaian ini tersasar, bukankah sewajarnya PAS secara terbuka mengisytiharkan menolak keputusan bersama PR berhubung kalimah Allah S.W.T?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PASANGAN PERSENDA UMAT ISLAM BOLEH DIDAKWA ANTARANYA MENGIKUT AKTA HASUTAN ?

BANGI, 16 Julai (Bernama) -- Pasangan Alvin Tan dan Vivian Lee boleh didakwa mengikut banyak undang-undang termasuk Akta Hasutan akibat mempersenda umat

Islam dan bulan Ramadan di laman sosial Facebook.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bagaimanapun beberapa pertimbangan perlu dibuat terlebih dahulu.

"Ia ada banyak undang-undang. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

(SKMM) punya undang-undang. Ada Akta Hasutan dan sebagainya. Jadi bergantung kepada undang-undang yang penaltinya dianggap terpakai.

"Tapi dalam menentukan untuk tuduhan itu dibuat kita terpaksa tengok dari segi undang-undang, fakta dan niat orang itu," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Mengenai Jenayah Siber: Cabaran Praktikal dan Trend
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.