Rabu, 2 Mei 2012

NGO Batu Kurau Perak Membantah Demo Bersih 3 0 Anjuran Pembangkang

Demo Haram 3.0 membuka mata rakyat Malaysia yang cinta

BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial. Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.
Jika benar niatnya adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan yang dilarang? Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh. Justeru, apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan? Kenapa perlu mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?
Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai, maka duduk sajalah di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.
Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat huru-hara?
Apapun tujuan dan alasannya, apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.
Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!
Dan apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab. Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri.
Sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan. Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia.
Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang. Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk 'menundukkan' perusuh. Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh, melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.
Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.
Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu. Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.
Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu.
Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar, Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.
Fikirlah, jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup 'lembukan', maka sekiranya mereka memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu penahanan R Thangam

Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?

Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kemusnahan Malaysia daripada Dajjal.

Cukup terkejut bila membuka dan membaca petikan daripada blog ini.

Jika benar ia adalah satu agenda jahat yang cuba menghancurkan ketamadunan bangsa Melayu yang satu-satunya masih wujud di dunia ini.

Adalah diharapkan satu kajian dan siasatan dapat dijalankan dan mereka yang merancang perlu dihadapkan di mahkamah dan dihukum.

http://midvoices.blogspot.com/2012/05/tolong-rahsiakan-daripada-orang-melayu.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nazri Din Pemuda Pas Larut dicabar oleh NGO

Nik Aziz Akui Beri Wang Kepada Bersih3

#BERSIH3 Ganas Pembangkang Ganas #BersihStories.mp4

BERSIH 3.0 - Bersih Supporter Attacking Police

Demonstrasi Bantahan Terhadap Anwar Ibrahim

NGO Selama Perak membantah Demo Bersih 3.0.wmv

Nizar dimakan sumpah kerana komik Darul Kartun

Ini bukan photoshop tetapi ORI.
Satu ketika dahulu YB Dato Seri Nizar Jamaluddin telah mengupah kartunis Zunar untuk membuat sebuah komik berjudul Perak Darul Kartun.

Perbuatan Nizar telah menghina Institusi Raja yang telah menamakan negeri-negeri Melayu beraja dengan nama Darul. Perak dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan.

Dek kerana marah kerana telah disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar ke 10 akibat hilang majoriti di dewan DUN dan kekalahan beliau di mahkamah persekutuan dalam menuntut haknya sebagai MB Perak. Nizar telah menderhaka kepada Paduka Sultan dengan Komik Darul Kartun.

Allah maha besar, cuba lihat betul-betul wajah Nizar yang dirakam oleh jurugambar Perak Today semasa membuat liputan Demo Bersih 3.0 di Kuala Lumpur 28 April 2012 lalu. Wajah Nizar sebiji wajah kartun seperti yang kita sering tonton di televisyen. Cuma watak kartun TM kurang arif, pembaca mungkin dapat mengenali watak kartun yang mirip Nizar.