Sabtu, 22 September 2012
Bantahan terhadap Sam Bacile di Selama Perak
Ketika ini satu perhimpunan rakyat atau demontrasi aman oleh penduduk diadakan di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Selama Perak
Kira-kira 100 peserta terdiri daripada wakil-wakil NGO seperti Perkasa, Pekida, Perkim, Umno dan JKKK dari beberapa kampung di Dun Selama telah mula berhimpun secara aman dari jam 9.30 pagi tadi untuk menunjukkan rasa marah mereka terhadap penghinaan ke atas Nabi Muhamad SAW.
Bantahan ini telah dibuat di seluruh negeri dan bandar-bandar di Malaysia. Kelmarin bantahan secara besar-besaran dibuat selepas solat Jumaat, antaranya di Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.
Bantahan yang dilakukan oleh Umat Islam seluruh dunia telah berjaya memberi tekanan kepada negara-negara blok barat yang menyokong penghinaan terhadap Nabi Muhamad SAW.
Hari ini umat Islam tidak lagi tunduk dan mendiamkan diri apabila agama Islam dihina sedemikian rupa. Mereka bangun dan menentang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Langgan:
Catatan (Atom)