Isnin, 23 September 2013

Pusat Latihan Reformasi PKR: Penipuan Anwar Tidak Laku Di Mata Anak Muda.

Pada 20hb September yang lepas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah melancarkan sebuah institusi yang diberi nama "Pusat Latihan Reformasi" bertempat di Damansara. Majlis perlancaran ini dijalankan secara tertutup dan hanya mereka yang dijemput melalui email akan dibenarkan untuk hadir. Dikatakan bahawa pusat latihan ini diwujudkan untuk memperingti kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam perjuangan beliau menuntut "Reformasi" dalam kerajaan Malaysia.
                Apa yang boleh diambil dari penubuhan institusi ini adalah, PKR semakin terdesak dalam menarik perhatian orang muda Malaysia. Ini jelas apabila, pusat ini mensasarkan latihan dan pendidikan terhadap ideologi Anwar Ibrahim yang semakin lama semakin tua dan tidak relevan di kalangan masyarakat belia Malaysia.  
                Ia juga secara jelas ditubuhkan untuk menanam kebencian yang mendalam terhadap kerajaan Malaysia kerana golongan muda semakin lama semakin muak dengan retorik dan cerita-cerita bohong oleh PKR terhadap pemimpin dan kerajaan Malaysia sendiri.
                Untuk makluman pembaca, sebelum penubuhan institusi ini, terdapat banyak institusi yang telah dilancarkan oleh pihak Pakatan Rakyat terutamanya PKR di dalam usaha mereka untuk menyebarkan ideologi Anwar Ibrahim disamping menaik taraf faham anarki yang dianuti oleh mereka. Institusi seperti "sekolah politik" dan Institut Kajian Dasar yang  dijadikan platform untuk mereka menyebarkan pengaruh mereka dikalangan rakyat Malaysia.
                Boleh dikatakan Pusat Latihan Reformasi ini adalah satu teknik rebranding oleh para pemimpin PKR agar perjuangan mereka tampak lebih relevan di mata orang muda. Namun begitu selepas penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim semakin terserlah di mata rakyat Malaysia, adakah relevan lagi PKR untuk melatih dan membimbing anak muda untuk menyertai mereka? Apakah Anwar Ibrahim sudah lupa akan janji-janji yang ditabur oleh beliau contohnya seperti janji 16 September yang sampai sekarang tidak kunjung tiba?
                Pusat latihan ini kemungkinan hanya akan menjadi wadah penipuan seorang bekas pemimpin UMNO yang telah tersalah langkah di dalam karier politiknya. Ya, ramai dikalangan anak muda sekarang sudah lupa bahawa Anwar Ibrahim merupakan pejuang UMNO dan Barisan Nasional satu ketika dahulu. Jikalau Anwar mengatakan bahawa UMNO itu jahat dan zalim, maka beliau juga adalah sebahagian daripada kezaliman tersebut, ini jelas kerana Anwar Ibrahim bukannya lari dari UMNO atau ter"sedar" dari kesilapan dan keluar dari UMNO. Beliau dibuang dari UMNO! Dihalau keluar kerana terlibat dengan penyelewengan!
                Penipuan Anwar Ibrahim jelas, kini ramai anak muda sudah sedar akan kesilapan yang mereka telah lakukan kerana menurut kehendak hawa nafsu seorang manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Lantas mereka mengambil langkah berjaga-jaga dalam melibatkan diri dalam politik. Sebahagian besar anak muda kini mengambil langkah untuk tunggu dan lihat, pihak mana yang boleh membela nasib mereka dengan lebih baik.
Mungkin kata-kata bait lagu Bunkface yang berjudul "Kita Perang Kita Menang" menceritakan tentang kekesalan anak muda Malaysia terhadap penipuan yang telah lama disedari oleh generasi baru Malaysia.


"Apa lagi kau mahu
Pantang dicabar
Engkau sebar
Cerita disongsangkan
Kau kan jatuh

Mana mereka
Yang dulu engkau percaya
Semua telah pun berubah
Makin ku tentang
Makin ku rasakan
Kemahuan mu dalam diam"
-Bunkface (Kita Perang Kita Menang)-

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas Busuk Sebusuk busuknya kata tak pernah tabur duit dalam PRU.

Pemimpin PAS nampaknya masih tidak sedar-sedar tentang kenapa orang Melayu menolak parti itu dalam PRU yang lalu.  Penolakan orang Melayu bukan sahaja kerana PAS bekerjasama dengan harbi dan pluralis, tetapi juga kerana sikap PAS itu sendiri yang terlalu takbur dan riak dalam agama.  Sedangkan hakikatnya, PAS tidak pernah menyumbang apa-apa kepada umat Islam negara ini selain membawa perpecahan.
 
Malah, sehingga ke hari ini juga, PAS masih tegar membawa strategi mengkafirkan UMNO dan mengangkat diri sendiri sebagai maksum.  Lebih dahsyat, PAS juga membawa kesesatan dengan bersekongkol dengan parti yang memperjuangkan kristian dan juga LGBT. 
 
Tanpa mempelajari apa-apa dari keputusan PRU-13 yang lalu, PAS terus menuduh UMNO menang secara tidak adil.  Memandangkan isu 40,000 pengundi hantu sudah dapat dipatahkan dan isu blackout juga sudah terkantoi, maka PAS memaksakan isu baru bagi menafikan kekalahan mereka. 
 
Kali ini, akhbar Harakah menuduh UMNO menyogok dan mengugut pengundi bagi memastikan kemenangan pada PRU lalu.  
 
PAS boleh terus menuduh apa saja tanpa mampu membuktikan apa-apa tetapi PAS juga tidak boleh menafikan yang parti itu turut menggunakan wang bagi membeli undi.  Semua orang tahu bahawa PAS turut memberi wang kepada pengundi luar untuk pulang mengundi.  Malah, PAS turut memasukkan wang melalui bank terlebih dahulu untuk memastian pengundi tersebut pulang mengundi pada pilihanraya. 
 
Semua ini telah pun didedahkan berkali-kali dan diakui oleh orang-orang PAS sendiri.  Justeru, bagi PAS untuk mendabik dada sebagai bersih dan tidak bermain politik wang merupakan satu pembohongan dan kemunafikan yang jelas sekali. 
 
Lagipun, tiada siapa yang akan lupakan gambar Nik Aziz yang tersebar ketika mengagihkan wang kepada orang asli bagi di ambang pilihanraya.  Gambar tersebut akan kekal dalam ingatan dan sejarah politik negara.  Apa yang menarik, Nik Aziz juga tidak menafikan bahawa itu adalah dirinya tetapi hanya mengelak dengan berkata bahawa wang tersebut adalah sedekah dan bukan rasuah. 
 
Soalnya, kenapakah sedekah diberi kepada satu kawasan yang kontroversi di ambang pilihanraya dan diberi pula kepada kumpulan masyarakat yang tidak begitu terdesak memerlukannya?  Sedangkan begitu ramai lagi rakyat Kelantan yang memerlukan sedekah berbanding mereka itu? 
 
Jawabnya, kerana PAS adalah parti yang busuk sebusuk-busuknya.  Parti ini menggunakan agama untuk berbohong, memfitnah dan juga untuk merasuah.  Selagi PAS terus membawa pendekatan ini dalam politik, semakin ramailah pengundi yang akan meninggalkan PAS dalam PRU nanti. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Apa punca KJ dicabar 5 penjuru?  

Pemilihan UMNO kali ini diikuti dengan penuh 'prihatin' oleh seluruh rakyat kerana ia dikatakan sebagai pemilihan yang bakal menentukan hala tuju dan identiti negara di masa depan. Menafikan betapa gentingnya situasi bagi UMNO sekarang akan hanya mengundang pandangan sinis rakyat, sekali gus memberi isyarat bahawa UMNO masih enggan berubah. 

 

Justeru, mahu tidak mahu, UMNO wajib mengakui hakikat ini terlebih dahulu sebagai langkah pertama untuk menghapuskan keraguan rakyat. 

 

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO hari ini merasakan mereka lebih terbuka dari pemimpin terdahulu dan membawa 'gaya kepimpinan' yang berbeza yang sesuai dengan zaman tetapi, segala keterbukaan yang dilaungkan tidak akan memberi makna jika enggan berkata yang benar. 

 

Jika benar kita ingin menjadi 'Melayu Baru' iaitu lebih terbuka, lebih maju dan lebih moden, maka pertama sekali kita harus berani berkata benar sepertimana masyarakat di negara maju, moden dan terbuka juga. 

 

Namun, kebenarannya hari ini ialah pemimpin UMNO yang menyangka mereka membawa perwatakan Melayu baru  itu sebenarnya hanyalah ilusi semata-mata.  Melayu baru seharusnya tiada perasaan dengki atau takutkan persaingan.  Melayu baru tidak wajar membawa sikap hipokrit, malu alah, takut pada pendatang dan menyembah penjajah. 

 

Melayu baru seharusnya berani berdiri atas keMelayuannya dengan yakin dan bukannya malu menjadi Melayu.  Dan Pemuda UMNO seharusnya menjadi pencetus kepada gaya pemikiran baru ini. 

 

UMNO tidak wajar mengharapkan orang Melayu melonggarkan 'keMelayuan' mereka di kala kaum lain tegar memperkasa dan mengasak identiti kaum mereka ke atas Malaysia.  Pemuda UMNO sepatutnya menjadi pendesak kepada agenda Melayu, ekonomi Melayu, serta menjadi penggerak utama dalam membentuk identiti Malaysia yang tepat, melalui BN. 

 

Malangnya, di bawah kepimpinan Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO dikatakan tersasar jauh dari landasan UMNO malah dalam banyak keadaan dilihat memasuki landasan bertentangan.  Bukan sekali, malah telah beberapa kali, beliau dikesan membuat kenyataan yang tidak menepati jangkaan dan harapan akar umbi UMNO dan orang Melayu keseluruhannya. 

 

Identiti 'Melayu baru' yang ingin ditonjolkan Khairy nampaknya tidak menepati definisi akar umbi UMNO mahupun rakyat yang menyokong UMNO.   

 

Justeru, tidak hairanlah jika beliau kini  menghadapi cabaran dari 5 penjuru.  Salah seorang pencabarnya ialah Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, anak sulung kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid.  Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bendang Baru, Langkawi, Kedah, membawa misi untuk menghidupkan kembali agenda perjuangan Melayu dalam sayap Pemuda.

 

Seorang lagi calon ialah Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail.  Syed Rosli mengundang perhatian ramai ketika menyerahkan borang pencalonan apabila menyampaikan ucapan dan melafazkan sumpah laknat tidak akan melakukan rasuah yang mana difahamkan sebagai provokasi terhadap Khairy.

Turut menjadi calon ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok, Abd. Karim Ali dengan membawa agenda utama untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu terhadap pergerakan Pemuda UMNO. 

Manakala calon terakhir ialah Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak yang tidak begitu dikenali ramai.

Jelas, agenda Melayu menjadi punca utama kenapa Khairy ditentang. 

Hakikat bahawa beliau memegang jawatan itu melalui pertandingan yang penuh misteri dan kontroversi turut tidak membantu imej beliau.  Khairy Jamaluddin menjadi sasaran keraguan akar umbi kerana dilihat sebagai anak muda yang rakus gara-gara mengakui ingin menjadi Perdana Menteri menjelang usia 40 tahun.

 

Selain itu, skandal di dalam GLC yang dikaitkan dengan dirinya yang tidak pernah selesai sehinggalah ke hari ini, dilihat sebagai beban yang harus dipikulnya selama hayat politiknya. 

 

Lebih dari itu, Khairy dilihat sebagai pemimpin yang hanya tahu bercakap, beretorik, berdebat dan berhujah sahaja, tetapi tidak tahu bekerja.  

 

Buktinya, Pemuda UMNO/BN tidak mampu menambah ahli dengan jumlah yang signifikan di bahawa pimpinan Khairy.  Walaupun sering dijulang sebagai bijak kerana merupakan lulusan universiti luar negara yang terkemuka, Khairy tidak mampu mengutarakan walau satu pun idea bernas untuk anak-anak muda dalam konteks ekonomi, pendidikan mahupun pemerkasaan jatidiri. 

 

Pendek kata, setelah beberapa lama menerajui Pemuda, masih tiada hasil yang mampu dituai dari pergerakan itu di bawah Khairy setakat ini.  Apa yang dilihat hanyalah program-program menonjol diri dengan publisiti dan promosi yang mampu menimbulkan perasaan jelek di kalangan rakyat terhadap UMNO, sekiranya tersalah langkah atau keterlaluan. 

 

Inilah kebenarannya, dan kebenaran ini tentu sekali pahit untuk ditelan oleh Khairy mahupun UMNO.   Hanya pemimpin dengan sikap keterbukaan yang sebenar sahaja yang berani mengakui kebenaran dan menelan kepahitan ini.    

 

Namun begitu, segalanya mungkin dalam politik.  Apa yang diingini rakyat, tidak semestinya apa yang diingini oleh perwakilan UMNO yang bakal mengundi.  Maka, apapun, harapan kita agar para perwakilan membuat pilihan yang bijak agar UMNO terus kekal relevan selama-lamanya dan bukan sehingga PRU-14 sahaja. 

 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Abang Nod dan Yusuff Qardawi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ada lagi kes tembak bunuh?

Sebelum ini banyak kes serang dan tembak mati berlaku dibandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur.

Apabila PDRM mengambil tindakan berperang dengan gangsters dan mendedahkan identiti kumpulan kongsi gelap maka kes jenayah menurun mendadak. Tiada lagi dalam seminggu dua ini ada kes tembak dan bunuh.

Tahniah kepada PDRM kerana mengambil tindakan pantas dan efisien. Mewujudkan skuad ronda bermotosikal menunjukkan kesan dan impak yang baik

Penambahan atau penggunaan cctv juga menjadi tanggung jawab kerajaan negeri atau PBT. Jadi kepada negeri Pulau Pinang jangan lah mengharapkan kerajaan persekutuan sahaja untuk turun pasang cctv di Pulau Pinang, duit ada guna lah tak kan nak simpan dalam bank untuk show off seperti yang dilakukan di Selangor.

Hadi Awang pula bangang kerana sedih Ketua Polis Negara dan Negeri diugut bunuh. Hadi kata ia kesan media yang banyak memperlekehkan polis. Tambahnya lagi ialah beliau sedih kerana rakyat tidak hormat polis. Jawapannya mudah, kerana Pas mengajar anak didik mereka supaya tidak menghormati dan membenci polis. Pas cakap macam biawak lidah bercabang.

Isu dirujuk sidang parlimen hari ini.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.