Khamis, 29 Disember 2011

Perkasa membuat laporan polis


1
Perkasa diketuai oleh YB Dato Ibrahim Ali dan barisan ahli-ahli jawatan kuasa telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berikutan kenyataan seorang pemimpin gereja yang memperlekehkan perlembagaan persekutuan artikel 153 yang dakwaannya membuli agama lain berikutan isu murtad di DUMC Selangor.

Apa kata parti yang membela Islam iaitu Pas kluk klek?



2
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah yang mengajak orang ramai menyertai Kempen 'Bebaskan Anwar 901' yang dirancang diadakan pada 9 Januari depan.

Laporan itu dibuat oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dan dengan dihadiri oleh hampir 20 ahli Perkasa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2.10 petang.

Selain Perkasa, di PAHANG, seramai 80 individu mewakili 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu turut membuat laporan polis mendesak supaya pihak berkuasa segera menghalang perhimpunan yang dirancang itu.

Antara NGO terlibat adalah Pertubuhan Kebajikan Islamiah dan Dakwah (Pekida), Pertubuhan Kerabat Pusaka Merong Mahawangsa Malaysia (PKPMM) Wilayah Timur, Pertubuhan Belia Beserah, Pertubuhan Belia Bukit Setongkol, wakil penduduk Beserah, Sungai Karang dan Lepar.

Sementara itu, Ibrahim ketika ditemui selepas membuat laporan polis menegaskan, rancangan untuk berhimpun di pekarangan Mahkamah Jalan Duta di sini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan perlembagaan.

"Mereka seharusnya membiarkan proses perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan dengan baik tanpa gangguan daripada mana-mana pihak memandangkan ia telah lama tertangguh

"Namun, tindakan mereka yang menggalakkan orang ramai menyertai kempen tersebut sengaja dilakukan bagi menganggu proses perbicaraan dan mencetuskan hura-hara," katanya.

Menurut Ibrahim, sebagai rakyat yang matang, kita perlu menghormati mahkamah selepas keputusan yang menentukan sama ada Anwar bersalah atau tidak sudah dikeluarkan.

"Namun, belum keluar lagi keputusan mereka awal-awal menuduh dakwaan ke atas Anwar adalah satu konspirasi yang kedua bertujuan membunuh karier politiknya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar hari ini turut membuat laporan polis di IPD yang sama berhubung kenyataan seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang mempersoalkan Perlembagaan 153.

Menurut beliau, kenyataan yang dikeluarkan sempena sambutan hari Natal itu jelas satu kesalahan di bawah Akta Hasutan kerana di bawah Fasal 153, Perlembagaan Negara tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana individu dan rakyat Malaysia.

Lagi info setinggan KTM kawasan Taiping

Tadi TM berpeluang berbual dengan seorang pesara polis yang mana tanahnya telah diambil oleh kerajaan untuk projek landasan keretapi bekembar dari Ipoh- Padang Besar.

Menurut beliau tanah miliknya telah diambil dengan harga 95 sen sekaki.

Bila ditanya masalah setinggan KTM yang menentang pemberian tanah dan penghentian saguhati sewa rumah, beliau berkata puak-puak yang menentang dalam aduan rakyat beliau berkata,

Setengah dari mereka mempunyai sikap yang suka meminta-minta. Ada diantara mereka bila diberi tanah mereka akan jual kepada pihak ketiga.

Contohnya ada setinggan yang telah diberikan tanah Felcra seluas 3 ekar tetapi mereka menjualkan kepada orang lain.

Ada yang hidup senang dan berpendapatan tinggi tapi tamak dan masih mahu tanah lagi. Mereka membina rumah di tanah reseb KTM untuk tujuan sewaan, tetapi bila nama mereka digugurkan dari senarai untuk tanah, mereka mulalah buat bising.

Bila kita lihat video yang disiarkan oleh Perak Today jelas menunjukkan setinggan tidak berpuas hati kerana bantuan sewa rumah RM 300 sebulan dihentikan selepas 3 tahun 3 bulan.

Ada pula yang sengaja menolak tanah yang akan diberikan di Kampung Kurnia Jaya Tambahan, kononnya ia tanah lombong. Ini lagi lawak. Sebenarnya Lembah Taiping , Lembah Kinta dan Lembah Kelang semuanya adalah bekas lombong bijih timah. Beribu bangunan besar-besar dan tinggi telah dibangunkan , beratus ribu taman perumahan dibangunkan. Tak ada pun masalah.

Ada pula yang menyatakan tanah tersebut jauh dan tak tahu dimana, satu alasan yang dangkal. Kalau pergi shopping di Econsave pergilah tengok tapak tersebut, bukan jauh pun hanya 5 minit saja bermotosikal.

Kalau mereka tak mahu tanah tersebut, tak apalah, ramai lagi yang berhajat walaupun terpaksa bayar premium RM 10ribu.

Kepada mereka yang minta RM 60ribu sebagai ganti rugi dari kerajaan kerana rumah mereka dirobohkan eloklah bawa kes ke mahkamah jika tak puas hati.
 http://www.tv3.com.my/beritatv3/aduan_rakyat/Setinggan_KTM_Ipoh_Padang_Besar_Tuntut_Tanah_Lot_Perumahan.html

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nga buat hal, kita masih nga-nga

Isu David Nga Ahli Parlimen Taiping yang salah guna kuasa dalam tender pakaian rasmi telah lama didedahkan tetapi tidak menjadi besar dan gah.

Bagaimanapun dua bloggers Sekupang Dua dan Shashi MIC Selangor telah menghangatkan kembali isu ini.

Sebelum itu Nga dikritik hebat kerana Perak Today telah mendedahkan pembohongan beliau menafikan perkataan metalik hitam, haram jadah dan darul kartun.

Terdahulu, TM telah mendedahkan sikap biadap beliau yang masuk ke rumah orang dengan berkasut.

Dalam satu isu sekolah cina SRJKC di Pantai Remis beliau menyalahkan kerajaan kerana sekolah tersebut retak dan minta kerajaan bertanggung jawab. Pada hal sekolah tersebut tidak layak mendapat peruntukan kerana ia bertaraf bantuan sahaja. Nga sepatutnya mencari sumber kewangan untuk membaiki sekolah tersebut.

Sayangnya semua kelemahan Nga tidak dimanfaatkan oleh Gerakan dan MCA Taiping untuk menghentaknya betul-betul.

Masing-masing diam membisu. Kalau sesuatu isu yang ditimbulkan oleh pemimpin Gerakan dan MCA sudah tentu DAP akan mencanangkan hari-hari dalam majlis jamuan makan mereka.

Dalam isu penyelewengan tempahan baju koperat oleh isterinya, sama ada bersalah atau tidak hanya boleh ditentukan oleh mahkamah tetapi kesempatan untuk menjatuhkan beliau dari segi moral patut menjadi perkara utama dalam agenda BN Taiping umumnya. Setakat hari ini zero.

Kita harus ingat pengundi di Taiping bukan semua tahu isu baju ini, tak percaya tanyalah penjual ikan dan sayur di market besar Taiping, Pokok Assam dan Simpang, semua kata tak tahu.

Harapan TM ialah barisan kepimpinan Barisan Nasional Taiping dapat bertindak segera. Peluang sudah ada, modal sudah ada dan janganlah lepaskan begitu sahaja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.