Khamis, 17 Mei 2012

PROJEK DAP PIKAT MELAYU GAGAL, BAKAL KECUNDANG PADA PRU13

Keputusan mengejut Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim meninggal kan parti itu bukan sahaja merupakan pukulan hebat kepadanya tetapi juga menjadi bukti kukuh bahawa ia adalah sebuah badan politik yang rasis dan hanya mementing kan chauvinisme Cina.

Tiga tahun lalu DAP menganggap kejayaannya memancing Tunku Aziz menganggotai parti itu sebagai kejayaan besar, lantas diberi beliau satu jawatan tinggi.

Tiga tahun kemudian, tindakan mengambil Tunku Aziz menjadi satu mimpi paling ngeri baginya.

Bekas pengerusi Transparency International Malaysia itu meninggal kan DAP apabila menyedari parti itu bukanlah memperjuangkan prinsip 'Malaysian Malaysia' seperti mana yang diwar-warkan selama ini, tetapi rupa-rupanya sebuah organisasi politik yang anti-Melayu dan bergerak seperti sebuah sistem diktator.

Ini terbukti apabila Tunku Aziz yang menjadi satu-satunya pemimpin tertinggi berbangsa Melayu, tidak disambung menjadi Senator apabila mengkritik perhimpunan Bersih 3.0.

Sebenarnya sekalung tahniah perlu diberikan kepada Tunku Aziz atas tindakan berani beliau itu.
Beliau membuktikan bahawa projek DAP untuk menawan hati orang Melayu supaya menyokong parti itu telah gagal.

Hanya masa sahaja akan menentukan sebelum saki baki orang Melayu yang terpedaya dengan DAP akan meninggal kan parti itu.

DAP yang cuba menunjukkan dirinya sebagai pejuang orang Melayu akhirnya terdedah sikap dua muka dan hipokritnya.

Lihat sahaja gambar-gambar peserta Bersih 3.0 yang dicari oleh pihak polis, rata-rata semuanya adalah anak-anak muda Melayu.

Di mana penyokong DAP? DAP bertindak baling batu sembunyi tangan dalan Bersih 3.0.
Mereka mengguna PAS dan PKR sebagai kuda tunggang yang bodoh dan jahil.

Sementara PAS dan PKR menerima semua tindak balas dan kesan negatif daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan itu, DAP pula dilihat sebagai sebuah parti yang berdisiplin, patuh kepada undang-undang dan berhemah tinggi.

Penyokong-penyokong Melayu dari PAS dan PKR gagal melihat sikap hipokrit DAP ini malah mereka dengan rela dicucuk hidung seperti lembu mengikut segala kehendak parti itu.

Selagi orang Melayu tidak sedar seperti mana kesedaran Tunku Aziz, selagi itulah mereka akan diperguna dan diperbodohkan oleh DAP.

Sedikit sahaja DAP membantu orang Melayu di Pulau Pinang, dengan cepat ustaz-ustaz PAS dan pemimpin PKR menjulang DAP sebagai parti yang prihatin kepada nasib orang Melayu.

Terus mereka lupa jasa Umno menerusi Parti Perikatan dan Barisan Nasional yang sejak merdeka telah membangun orang Melayu daripada sebuah bangsa yang lemah, daif dan serba kekurangan dalam segala bidang kehidupan kepada sebuah bangsa yang sudah mandiri dan maju seperti yang kita lihat sekarang.

Inilah hakikat yang cuba dinafikan oleh DAP dan malangnya atas dasar politik sempit dan gilakan kuasa, PAS dan PKR sanggup melacurkan diri mereka kepada parti rasis Cina itu.

Kini pimpinan tertinggi DAP dalam keadaan gelisah dan takut kerana agenda anti-Melayu sudah terbongkar.

Parti itu tidak berani menghentam tindakan Tunku Aziz tetapi cuba memujuk beliau menarik keputusan beliau itu.

Bagi Tunku Aziz dan orang Mekayu yang lain, bak kata pepatah, sekali kena sudah beringat, kali kedua tidak mungkin disengat lagi.
end.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Diplomat Singapura Melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah?

Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata 'ada ku kesah?'

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.

Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.

Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku. Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa. Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang. Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.

Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura. Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.

Dan siapa tidak tahu hubungan 'abang-adik' PAP dengan DAP. Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana. Untuk apa? Apa agendanya? Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura? Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.

Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?

Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas. Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS. Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk 'membantu' adik-angkatnya di Kedah. Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk 'pelaburan' melalui 'kerjasama'.

Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima 'pelaburan' dan 'kerjasama' dengan Singapura?

Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap 'kebijaksanaan' pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain. Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.

Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat 'kebijaksanaan' pemimpinnya.

Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini. Jika tidak benar, katakan tidak benar. Jika benar, katakanlah kenapa.

Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Umno tidak membela Melayu

Anti Melayu


Dalam satu ceramah politik oleh Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis di padang permainan Kamunting Jaya Selasa lalu, beliau dalam ceramahnya menyebut " Umno tidak membela orang Melayu". Selain Nga, ceramah yang dianjurkan oleh Pas turut menjemput Mat Sabu dan Sivakumar sebagai penceramah. Ceramah yang sarat dengan pembohongan disambut oleh laungan 'takbir' oleh penyokong Pas.

Persoalan pokok ialah hujah Nga bahawa Umno tidak membela orang Melayu , pemimpin Umno hanya menjaga kroni sahaja, rakyat menderita kerana barang naik, Umno korup dan negara akan bankrup di bawah Umno. 54 tahun rakyat ditipu oleh Umno dan Umno tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat. Itulah inpati dari ucapan Nga,

Orang Pas juga tidak ada bezanya dengan ideologi Dap. Pas juga terkenal dengan pembohongan bersiri sejak tahun 50an lagi manakala Dap dalam era 60an.

Pas langsung tidak berterima kasih akan usaha kerajaan pilihan rakyat yang berjaya membangunkan negara sejak merdeka. Pembangunan insan menjadi agenda utama kerajaan, dasar pendidikan negara dan dasar ekonomi baru telah berjaya mengangkat maruah orang Melayu.

Melayu berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, menghapuskan buta huruf, meningkatkan taraf kesihatan dan banyak lagi.

Anak-anak orang Pas juga berjaya dalam kehidupan mereka berkat daripada usaha yang diilhamkan oleh kerajaan tetapi segala usaha tersebut tidak dihargai malah mereka mendakwa segala bantuan yang kerajaan berikan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Wang yang diberikan oleh kerajaan juga dilabelkan sebagai wang rakyat, bukan wang Umno.

Oleh yang demikian segala usaha keras kerajaan Barisan Nasional tidak dinilai oleh Pas. Pas tetap dengan ideologi mereka, "Kerajaan bagi apa pun ambil, undi tetap Pas" . Ini lah yang menyebabkan Nga Kor Ming lebih naik minyak dalam ceramahnya.

Kalau Melayu Pas sudah tidak tahu bersyukur dan berterima kasih, maka amat mudah bagi Nga Kor Ming menuangkan minyak ke dalam api.

Nga Kor Ming pun berjaya dalam bidang pendidikan peringkat universiti adalah kerana jasa kerajaan Barisan Nasional, jika tidak dia tak merasa menjejakkan kaki ke universiti kerana beliau datang dari keluarga miskin.

Wahai orang Pas, tak malu kah bila Nga Kor Ming mengutuk bangsa Melayu, di mana letaknya maruah orang Pas bila Nga Kor Ming mengkritik pemimpin Melayu dan raja-raja Melayu?

Dalam satu ceramah sebelum ini, Nga menyatakan kepada kaum Cina di Taiping bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai sebuah negara baru yang menggunakan sistem republik dan kuasa raja-raja dihapuskan. Yang peliknya kata-kata Nga dipersetujui oleh segelintir pemuda Gerakan dan Mca, maklumat ini dimaklumkan oleh seorang di Taiping 3 minggu lepas.

Kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Barisan Nasional dan ditunjangi oleh Umno. Rakyat telah memberi mandat setiap 5 tahun sekali untuk mengurus tadbir negara ini dan BN telah berjaya melakukannya dengan baik.

Kini di bawah YAB Dato Seri Najib Tun Razak, telah mengambil satu pendekatan baru iaitu Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Oleh itu kerajaan sanggup turun padang untuk mendapatkan maklumat yang terus dari peringkat bawah. Segala tuntutan rakyat diteliti dan hasilnya ialah kerajaan meletakkan 9 KPI yang perlu dilaksanakan segera.

Oleh itu hari ini kita dapat melihat Kedai 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, BR1M dan pelbagai-bagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat. Tidak kah itu membela rakyat?

Hanya yang dungu sahaja tidak mensyukuri nikmat yang Allah sahaja yang menafikan pemberian dan bantuan kerajaan. Oleh yang demikian, tuduhan Nga Kor Ming merupakan satu tuduhan sampah yang wajar dibakul sampahkan seperti mana buku jingga yang telah di tong sampahkan oleh Dato Ahmad Maslan.