Pada
4 Mach lalu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama, ketika
berucap pada Persidangan Dasar AIPAC di Pusat Konvensyen mengatakan
Washington terus komited mempertahankan keselamatan Israel, walaupun
negara itu melakukan penindasan ke atas penduduk Palestin.
Obama, bahkan menganggap isu keselamatan Israel adalah suatu yang suci dan mulia atau 'sacrosanct'.
Awal
daripada kenyataan Obama tersebut yang dibuat dihadapn ribuan tokoh
Zionis-Yahudi dari seluruh Amerika Syarikat dan Israel, Ketua
Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim juga membuat kenyataan yang 100
peratus sama kepada sebuah akhbar milik Yahudi.
Ketika ditemuramah dan ditanya mengenai pendapat
beliau megenai isu keselamatan Israel dalam konteks konflik
Palestin-Israel oleh Wall Street Journal pada 26 Januari 2012, Anwar
dengan bangganya berkata:
"I support all efforts to protect the security of
the state of Israel...," yang bermaksud "Saya menyokong semua usaha
untuk menjamin keselamatan negara Israel..."
Apa yang disebut oleh Obama mempertahankan negara haram Israel
sememangnya telah dijangka kerana Israel adalah negara satelit Amerika
Syarikat di rantau Timur Tengah.
Amerika
Syarikat yang bertindak sebagai 'ayah angkat' kepada Israel akan berbuat
apa sahaja untuk mempertahankan negara itu dari segenap aspek
kewujudannya termasuk kewangan, subsidi, ketenteraan, bantuan ekonomi
dan sebagainya.
AIPAC pula merupakan satu badan pelobi Zionis-Yahudi
yang berpusat di washington bagi menjamin segala dasar Amerika Syarikat
terhadap Israel wajiblah menguntungkan negara itu.
Jadi apabila dikaji kenyataan Anwar yang saling tidak tumpah dengan apa
yang disebut oleh Obama maka timbul persoalan asas dalam fikiran umat
Islam di Malaysia, apakah bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga
berkongsi pentas dengan Amerika Syarikat mempertahankan Israel?
Jawapannya boleh dilihat daripada sikap yang diambil
oleh Anwar sendiri apabila beliau digasak bertalu-talu oleh umat Islam
di negara ini berhubung kenyataan beliau itu.
Bukan
hanya beliau terlalu bongkak dan sombong untuk memohon maaf kerana
melukakann perasaan umat Islam di Malaysia, Palestin malah diseluruh
dunia, bahkan Anwar tetap mempertahankan pendirian menyokong Israel,
walaupun 'Israel menindas penduduk Palestin' seperti mana yang disebut
oleh Obama dalam ucapannya.
Yang lebih mengejutkan ialah sikap Anwar ang menolak
mentah-mentah keputusan Majlis Syura PAS yang mendesaknya menarik balik
kenyataan beliau atau menyaman WSJ jika kenyataan beliau tersebut telah
disalahertikan oleh akhbar itu.
Anwar tidak mahu menarik balik kenyataannya mahupun menyaman WSJ.
Kini
terbongkar pula dakwaan bahawa Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR menerima
dana dan bantuan kewangan daripada badan-badan bukan kerajaan yang
berpengkalan samada di Amerika Syarikat atau Eropah.
Apakah hubungkaitnya sebuah parti yang didaftarkan
di negara ini dengan pertubuhan-pertubuhan yang kononnya mempromasi
demokrasi, keadilan dan ketelusan.
Tidak lain
tidak bukan NGO-NGO ini adalah pertubuhan yang didalangi oleh gerakan
Zionis antarabangsa untuk melemahkan negara-negara Islam seperti
Malaysia dengan menerapkan nilai-nilai demokrasi ala Barat.
Pertubuhan yang melimpah ruah dengan dana ini
dengan mudahnya sekali menyalurkan bantuan kewangan untuk mendokong
aktiviti-aktiviti mana-mana organisasi di negara ini untuk menjayakan
agenda tersembunyi mereka.
PKR adalah antara penerima dana-dana tersebut sejak ia bergerak aktif pada 1998.
Oleh
sebab itulah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan
tujuan dana yang diterima oleh PKR dan parti-parti politik pembangkang
adalah dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan.
Agenda menjatuhkan kerajaan bererti rancangan untuk
membinasakan sistem politik negara yang berteraskan kepada dominasi
politik bangsa Melayu dengan Islam sebagai asasnya.
Nyata
kenyataan Obama dan Anwar berhubung Israel merupakan skrip lumrah yang
mesti diucapkan oleh mana-mana tokoh yang pro-Israel apabila
memperkatakan tentang isu keselamatannya.
"...support all efforts to protect the security of
the State of Israel" adalah mantra suci yang mesti dilafazkan samada
oleh Obama atau Anwar atau mana-mana individu yang tergolong dalam
kategori 'friend of the West'.