Jumaat, 28 September 2012

Bajet PR Bajet Liberalisme?

Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri sebelum mati, Anwar Ibrahim sentiasa memainkan peranan sebagai Perdana Menteri apabila saja berpeluang. Jika Dato’ Seri Najib mengadakan program mesra rakyat dan meninjau keadaan rakyat, maka beliau pun ingin berbuat yang sama dengan mendekati rakyat sambil meninjau pengangkutan awam seperti LRT.

Jika Dato’ Seri Najib ke sana ke mari dengan pengawal peribadi dan menaiki jet peribadi maka beliau juga ingin menjalani kehidupan yang sama. Dan yang paling hebat ialah walaupun belum menjadi Perdana Menteri, Anwar ingin sekali membentangkan bajet seperti seorang Perdana Menteri.

Kerana itu, walaupun Anwar tidak punya akses kepada maklumat terperinci kewangan negara bagi melayakkannya membentangkan bajet secara tepat, itu tidak menghalang beliau untuk terus melakonkan watak Perdana Menteri dan turut membentangkan bajet.

Kerana tidak berdasarkan maklumat yang perlu, maka kita tidak perlu pun mendengar pembentangan Anwar kerana sudah pasti Bajet yang dibuat ‘di atas angin’ adalah Bajet Tong Kosong. Untuk sesiapa mempercayai dan menaruh harapan kepada bajet sebegini, amatlah menyedihkan.

Namun, yang menjadikan kita agak berminat untuk mendengar Bajet Alternatif ini ialah kerana sifat parti PR itu sendiri yang tidak sepakat. Kita ingin melihat apakah ‘rupa’ bajet yang berdasarkan prinsip Islam, Malaysian-Malaysia dan juga liberal.

Dan seperti yang dijangka, tiada apa-apa yang lebih ‘Islam’ dari BN dalam bajet PR. Sebaliknya, ia lebih mengutamakan golongan kaya dan berada walaupun kelihatan seolah-olah membantu yang miskin dan sederhana. Pendek kata, ia lebih menepati konsep Malaysian-Malaysia dan liberal.

Tiada peruntukan yang digariskan untuk mengekang pertumbuhan pusat-pusat maksiat. Tiada juga peruntukan khas bagi mengatasi masalah murtad yang berpunca dari kemiskinan walaupun masalah ini adalah meruncing di Selangor, iaitu negeri yang diperintah PR. Malah, kelihatan seolah-olah tiada langsung ‘input’ dari pihak PAS dalam bajet ini.

Selain itu, perancangan PR untuk menghapus akan cukai korporat hanya akan membebankan rakyat biasa kerana akan terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk satu-satu perkhidmatan dan barangan. Seperti juga perancangan untuk menurunkan harga dan duti eksais kereta di mana ia akan menjejaskan kos pengeluaran dan pemasangan dan lain-lain di mana menyebabkan negara mungkin terpaksa mengimport barangan dari negara lain.

Akhirnya, yang akan terjejas adalah vendor-vendor Melayu yang dilahirkan oleh syarikat automobil nasional, selain syarikat automobil nasional itu sendiri. Jika ini berlaku, ia bukan sahaja melibatkan beribu-ribu pekerja tetapi juga, industri automobil nasional dan maruah negara sekali gus.

Jelas, bahawa bajet yang dibentangkan PR adalah tidak menyeluruh, tidak patriotik dan tidak membawa kebaikan untuk jangkamasa panjang terutama untuk membantu bumiputera.

PR berkali-kali menekankan bahawa Bajet tersebut adalah bersifat adil untuk semua kaum dan ungkapan ini dengan sendirinya membawa makna kesamarataan total iaitu yang menjadi tunjang Malaysian-Malaysia idaman DAP. Sedangkan, kita tahu bahawa kesamarataan total tidak akan membawa keadilan kepada semua kerana hakikat pegangan ekonomi di Malaysia adalah berat sebelah kepada satu kaum iaitu Cina.

Dengan tiadanya mekanisme khusus untuk mengukur tahap sifat perkauman seseorang, adalah sukar untuk kita memastikan bahawa kaum Melayu, India dan lain-lain tidak di diskriminasi oleh kaum yang lebih berkuasa dalam persaingan kek ekonomi ini.

Kita faham bahawa PR ingin menekankan kelemahan dasar kerajaan yang memberi bantuan kepada bumiputera yang dianggap mereka sebagai diskriminasi yang bertulis. Tetapi, PR telah mengabaikan dan menafikan hakikat yang lebih serius yang membelenggu masyarakat Malaysia hari ini iaitu diskriminasi yang tidak bertulis dalam persaingan di sektor swasta dan perniagaan yang dikuasai kaum Cina.

Kesimpulannya, Bajet PR adalah Bajet Liberal yang terbuka dan tidak mengambil kira keadaan sebenar majoriti rakyat. Tetapi, apa yang nak dihairankan kerana pembentangan Bajet PR bukanlah untuk rakyat, tetapi sekadar untuk ‘mencabar’ BN. Itu saja.

Walau apa pun, yang pasti, PAS tidak punya suara langsung dalam penyediaan Bajet berkenaan. Tanpa keprihatinan dan ‘input’ dari PAS, bagaimana kita boleh memastikan kaum Melayu akan terbela di bawah Pakatan Rakyat?

Anwar patut bertaubat - Ulama

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa bertaubat sekiranya benar dakwaan yang menyatakan beliau bersetuju bahawa 'umat Islam menghadapi masalah jiwa' apabila membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem Innocence of Muslim.

 Pengerusi Jawatan kuasa kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahya berkata, selain bertaubat Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu perlu kembali kepada agama dan menghormati sensitiviti umat Islam..

"Sekiranya kenyataan itu benar, maka saya merasakan Anwar tidak memahami Islam dan sensitiviti umat Islam..

"Beliau (Anwar) perlu bertaubat dan kembali kepada agama, selain menghormati sensitiviti umat Islam jika benar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini..

Semalam, Persiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hassan Ali berkata, Anwar telah memperkecilkan usaha bantahan Umat Islam seperti dilaporkan dalam akhbar Britain, The scotsman baru-baru ini dan ekoran daripada itu, jelas memperlihatkan sikap sebenar Ketua Pembangkang itu walaupun filem anti-Islam itu terbukti menghina Islam dan Rasulullah SAW..

Tambah Fathul Bari, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sepatutnya lebih sensitif terhadap isu-isu mengenai Islam kerana tindakan membuat bantahan itu adalah satu fitrah yang menunjukkan kecintaan kepada Rasulullah SAW..

Katanya Anwar dianggap menyentuh sensitiviti umat Islam tanpa meletakkan garis panduan atau nasihat yang perlu dilakukan dengan jelas..

"Sebagai contoh, Anwar patut meletakkan garis panduan dan nasihat kepada umat Islam supaya tidak terlalu mengikut emosi dan mengikut ajaran Islam dalam menyuarakan bantahan..

"Kita dapat lihat sekarang, apabila orang hina nabi, beliau tidak sensitif, maka tidak hairanlah jika Anwar tidak sensitif terhadap isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), pluralisme dan Yahudi-Israel," katanya..

Mengulas isu sama, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam keseluruhannya wajib menunjukkan satu sikap membantah terhadap sebarang penghinaan ke atas agama dan Rasulullah SAW..

"Sekiranya kita tunduk dan reda tanpa menyuarakan bantahan ke atas penghinaan tersebut, bimbang ia disifatkan sebagai bersetuju dengan apa yang dilakukan itu," katanya..

Jelas beliau, selain menyuarakan bantahan, umat Islam perlu memberikan pandangan sebenar siapa Rasulullah SAW bagi menepis pembohongan dan penghinaan tersebut. "Dalam Islam, kita wajib mempertahankan lima perkara iaitu agama, nyawa, fikiran, zuriat (keturunan) dan ekonomi serta memperkasakannya..

"Dalam konteks ini, sekiranya benar kenyataan seperti laporan akhbar tersebut (kenyataan Anwar), maka ia bukan ciri-ciri etika dan akhlak seorang Islam," katanya.

Stupid never finish-finish

Anak buah den kata, stupid never finish-finish, ia merupakan terjemahan secara terus ayat bahasa Melayu yang berbunyi bodoh tak habis-habis.  Ia amat sesuai sekali ditujukan kepada puak-puak Ambiga dan Mat Sabu yang akan buat Konsert Rock Bersih 8T bulan hadapan.


Bodoh kerana berterusan tidak berpuas hati terhadap SPR. Bila dilantik menduduki jawatan kuasa penambahbaikan pilihan raya mereka setuju sebab dapat naik kapal terbang free, makan free dan tidur hotel free. Azmin dalam lawatan ke luar negara untuk tujuan tersebut pun sanggup ponteng dan bawa diri untuk projek sampingan dia.



Bila laporan siap dan di bentangkan Azmin Ais Krim tak setuju pula, pada hal dia adalah ahli panel dan pandai-pandai pula buat laporan yang berasingan. Tidak kah itu satu kebodohan?



KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjur akan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksana akan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

“Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatan kuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

“Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya memfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersih kan daftar pemilih pilihan raya,” kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

“Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma,” katanya lagi.

Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

“Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih,” katanya lagi.

Puak-puak pembangkang tak reti atau buta perut, apabila sesuatu perkara sudah di persetujui dalam parlimen maka pihak yang kalah harus akur akan keputusan yang telah dibuat, bukan bawa masalah ke jalan dan mengajak rakyat memberontak. hangpa semua adalah wakil rakyat, tugas hangpa adalah melaksana akan amanah rakyat di dalam dewan parlimen. Hormati lah sistem demokrasi berparlimen. Jangan jadi bodoh macam anak buah den cakap. stupid never finish-finish.