Rabu, 6 Februari 2013

Guan Eng Jadi Gila Kerana Psy

Apabila ego yang terlalu tinggi bertembung dengan perasaan bimbang, dan keadaan terdesak, anda bolehlah menjangkakan kekecohan – di mana minda menolak untuk memahami potensi untuk kalah, jauh sekali menerima kekalahan.

Inilah puncanya kekecohan terjadi apabila Guan Eng telah terpaksa menangani fakta bahawa tema kempen DAP, iaitu 'Ubah-Rocket Style' yang diilhamkan dari lagu Korea nyanyian Psy yang kini menjadi fenomena, bertukar menjadi 'lawan' apabila MCA menjemput penyanyi tersebut untuk membuat persembahan di Pulau Pinang sempena meraikan Tahun Baru Cina.

Guan Eng jelas tidak dapat mengawal diri sejurus mendengar berita tersebut lalu menyeru mereka yang merancang untuk menghadiri persembahan itu pada Februari 11 agar memakai baju merah (sebagai menyokong DAP), kuning (sebagai menyokong BERSIH) dan hijau (sebagai membantah Lynas). Seperti yang dijangka, Guan Eng telah ditempelak oleh 'orang-orangnya sendiri' sehingga ada yang mula mempersoalkan kewarasannya.

Masalahnya, merah adalah warna 'bertuah' dalam kepercayaan kaum Cina dan sudah menjadi tradisi warna ini dipakai pada Tahun Baru Cina. Tetapi, kalaupun itu bukan masalahnya, siapakah yang akan memikirkan politik ketika menghadiri persembahan hiburan? Dan lagi, bukankah Guan Eng, sebagai seorang Ketua Menteri sepatutnya menyeru rakyat agar bersatu dan mengenepikan sentimen politik dalam menyambut Tahun Baru Cina?

Kita faham bahawa DAP telah bersusah payah melancarkan kempen bertemakan Gangnam. Parti itu juga telah berusaha membuat rakaman video, siap dengan pelakon yang meniru gaya Datin Seri Rosmah. Ianya dirakamkan sekitar KL termasuk stesen LRT dan telah melalui berbagai 'kesusahan' ketika pembikinan, antaranya, diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa. Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, yang menerbitkan video tersebut begitu bangga memberitahu media bahawa video itu telah mendapat lebih 100 juta penonton dalam masa sebulan.

Jelas, mereka begitu bangga dengan diri mereka sendiri kerana mmapu mempermainkan orang lain dan merakamkannya ke dalam video serta memuat-naik ke internet untuk tontonan seluruh dunia. Bagi DAP, video kempen bertemakan Gangnam itu bagaikan sebuah 'karya hebat', atau kempen politik paling bijak yang pernah difikirkan oleh sebuah parti politik. (Ini mengingatkan kita kepada sang Namewee, mungkin dia juga layak menjadi Ketua Menteri)

Setelah ditempelak, kita menyangka yang Guan Eng akan bertenang dan berfikir semula dengan waras. Tetapi, sebaliknya, beliau menunjukkan tanda-tanda histeria. Siapa yang menyangka beliau boleh mengarahkan sesuatu yang paling bahlol iaitu supaya semua tentera sibernya memberi tekanan kepada Psy melalui facebook artis itu agar membatalkan persembahan di Pulau Pinang?

Psy adalah seorang penyanyi, seorang artis, selebriti dari negara asing, tidak perlulah mengaitkan beliau dalam kegilaan politik DAP. Tidak cukupkah Guan Eng memalukan partinya, perlukah beliau memalukan seluruh rakyat Malaysia juga?

Mungkin Guan Eng perlu menjalani pemeriksaan jiwa. Mungkin semua kuasa yang ada itu tidak tertanggung oleh dirinya sehingga ego semulajadinya yang sedia menjulang telah mencapai tahap tertinggi dan mula menimbulkan masalah. Lihat saja sikap dan tindakan Guan Eng akhir-akhir ini:

Mula-mula Guan Eng menyangka yang Pulau Pinang itu adalah miliknya seorang, di mana sesiapa sahaja yang ingin menggunakan nama Pulau Pinang perlu mendapat kelulusannya. Adakah ini bermakna Penang Char Koey Teow, Penang laksa, Penangn Run dan Penang Swimming Club semua miliknya? Tentulah tidak.

Sesetengah nama itu telah pun digunakan sebelum Merdeka lagi dan sebelum Guan Eng berpindah dan bermastautin di Pulau Pinang. Nama sebuah negeri bukan, dan tidak boleh sama sekali menjadi milik sesiapa. Justeru, Guan Eng tidak dan tidak boleh memiliki Pulau Pinang, tetapi beliau hanya diletakkan di tempatnya oleh rakyat Pulau Pinang untuk bekerja untuk mereka.

Jika kita mengambil logik Guan Eng, maka setiap kamus dan laman web di dunia haruslah mendapatkan kelulusannya sebelum mencetak perkataan 'Penang'. Bagaimana jika nama USA atau China atau Malaysia juga perlu diluluskan setiap kali kita ingin menggunakannya?

Apa lagi yang boleh ditafsirkan dengan logik Guan Eng ini selain dari percubaan mengenakan, menunjukkan dan melaksanakan kuasa diktatornya, termasuk ke atas sesuatu yang melangkaui kuasanya.

Namun, kita tidak dapat mengelak dari merasakan ada sesuatu yang lebih lagi dari sekadar masalah tekanan ego berlebihan seorang diktator apabila Guan Eng menyatakan bahawa sesiapa yang memakai warna merah pada Tahun Baru Cina bermakna mereka menyokong DAP.

Merah hanyalah warna, ia tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana parti. Sekurang-kurangnya, Guan Eng boleh membeli Pulau Pinang jika teringin sangat menjadikan pulau itu sebagai milik persendirian, tetapi Guan Eng tidak mungkin boleh membeli hak ke atas 'warna merah'.

Apakah Psy telah menyebabkan Guan Eng menjadi gila?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yong Teck Lee Huru Hara tahap gaban

Kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah jelas menunjukkan dia ketandusan idea dan ketandusan sokongan.

Sabah sama seperti semenanjung akan bubar Dun dan bersama pembubaran parlimen.

Kenyataan dia mahu rakyat Sabah tolak parti dari Semenanjung untuk dewan Dun dan pada masa yang sama mahukan Pakatan menang di semua kerusi parlimen untuk menawan Putrajaya.

Ia adalah politik longkang YTL untuk menipu rakyat Sabah.

Apa yang betul ialah rakyat Sabah mesti menolak parti Yong Teck Lee yang rasis.

Apa lagi yang TL tak puas hati, kerajaan Sabah dan Sarawak mempunyai autonomi sendiri dan barisan menteri kabinet sendiri bukan seperti semenanjung yang hanya ada exco negeri.

Apa punya bodoh laaa YTL.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar Sumbang USD700,000 Bina Masjid di Palestine Untuk DiRoboh Oleh Israel

Kata-kata Anwar yang berbunyi "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." (saya menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel) masih lagi terngiang-ngiang di telinga seluruh umat Islam, dan pastinya masih menghantui penduduk Palestine. Kata-kata itu begitu jelas, sama ada di ambil dalam keseluruhan ayat, mahupun separuh, ia tetap tidak mengubah maknanya.

Justeru, percubaan Anwar untuk menafi dan memutarbelit kenyataannya sendiri bagi mengelak dituduh sebagai talibarut Yahudi, telah tidak berjaya. Namun begitu, Anwar mengambil sikap selamba dan seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan serta masih lagi cuba membawa imej Islam, sekali sekala, demi untuk memastikan sokongan Melayu Islam terhadapnya berterusan.

Walaupun rangkaian penyamaran yang digunakan Anwar seperti, SUARAM dan BERSIH telah terbukti ada menerima dana dari pertubuhan-pertubuhan asing yang terlibat dengan misi pertukaran rejim yang didalangi Yahudi, tetapi ini tidak menghalang Anwar untuk terus berpura-pura berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam keseluruhan dalam isu Palestine.

Oleh itu, apabila Dato' Seri Najib Tun Razak menerima jemputan ke Gaza, bersama Datin Seri Rosmah, berpeluh-peluhlah Anwar cuba menyaingi publisiti tersebut. Sedangkan, lawatan Dato' Seri Najib adalah bersifat persaudaraan sesama Islam, bukannya politik mahupun publisiti, walaupun publisiti tidak dapat dielakkan kerana beliau adalah ketua negara dan ahli politik.

Justeru, Anwar juga tidak mahu kalah dan pantas iaitu dalam sehari dua sahaja telah menyediakan sejumlah RM2.1 juta atau USD700,000 untuk didermakan kepada Hamas, bagi pembinaan sebuah masjid di Palestine pada 1 Februari lalu. Kelam kabut Anwar memanggil pemberita untuk memastikan berita dan gambarnya menderma kepada Palestine dilihat oleh penyokong-penyokongnya bagi mengaburi publisiti lawatan Dato' Seri Najib.

Entah dari mana dan bagaimana beliau menyediakan wang sebegitu banyak dengan sebegitu cepat tidak dapat dipastikan. Malah, personaliti wakil Hamas yang menerima cek tersebut juga tidak dapat dipastikan kerana segala-galanya diadakan dengan tergesa-gesa di ibu pejabat PKR di Tropicana.

Bagi berlaku adil kepada Anwar, tak apalah kalau tak turun ke medan perang sekali pun, dapat menderma pun kira sudah cukup baik memandangkan Anwar sebenarnya menyokong Israel.

Benar, kita tidak dapat mengukur keikhlasan Anwar menderma, tetapi kita masih boleh bertanya dari mana wang itu datang. Dan rasanya tidak salah juga untuk kita menghukum Anwar sebagai hipokrit serta pengkhianat terhadap rakyat Palestine.

Ini kerana, walaupun jumlah RM1.2 juta adalah besar, tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan tandatangan yang diturunkan Anwar dalam Sidang Kemuncak Annapolis 2007 yang menyokong penyelesaian dua negara dengan mengiktiraf negara Israel.

Apalah sangat USD700,000 berbanding beribu-ribu ekar tanah Palestine yang telah diceroboh dan rumah rakyatnya yang telah diroboh kerana memberi 'ruang' untuk negara Israel yang dipersetujui Anwar itu.

Apalah sangat wang berbanding nyawa rakyat Palestine yang dibunuh kejam sejak berdekad-dekad lalu demi memastikan keselematan negara Israel yang disokong oleh Anwar.

Apalah sangat memberi sumbangan untuk pembinaan masjid atau apa jua jika Anwar juga menyokong pihak yang bersedia pada bila-bila masa untuk menceroboh dan merobohkannya?

Kesimpulannya, pembinaan masjid itu baik, namun ia tidak membawa apa-apa signifikan kepada perjuangan Palestine, kerana rakyat Palestine tetap bersolat dan berdoa di mana saja walaupun tanpa sumbangan Anwar. Dalam keadaan darurat seperti Palestine, kos pembinaan sebuah masjid adalah tidak penting tetapi apa yang lebih penting ialah memulihkan keadaan bagi membolehkan mereka hidup dan beribadah dalam keadaan selamat.

Justeru, apa yang Dato' Seri Najib lakukan iaitu untuk mengusahakan perdamaian antara Hamas dan Fatah adalah jauh lebih signifikan lagi. Apa yang dilakukan oleh pihak lain seperti Aman Malaysia dan lain-lain iaitu membekalkan bahan binaan untuk sekolah, hospital termasuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan juga adalah lebih signifikan lagi.

Lebih dari itu, sebanyak mana pun wang yang Anwar dermakan dari dalam dewan berhawa dingin di ibu pejabatnya di Tropicana, ia tidak mungkin terbanding dengan kesediaan Dato' Seri Najib mengambil risiko ke atas keselamatan dan nyawanya serta isteri, untuk ke sana.

Oleh itu, nasihat penulis untuk Anwar, sebelum mencari publisiti, jelaskan dahulu di pihak mana anda berada - Israel atau Palestine? Apapun, setakat ini, penulis masih menunggu berita kalau-kalau Anwar akan mengadakan satu lagi 'apology tour' menyembah pemimpin zionis kerana telah terpaksa menderma kepada Hamas.

Tetapi, melihat dari sudut lain pula, sudah tentu zionis lebih rela membantu menaikkan nama Anwar dengan membina masjid di Palestine daripada membiarkan ketokohan Dato' Seri Najib menyerlah dan berjaya mendamaikan Hamas dan Fatah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.