Selasa, 26 Jun 2012

Lepas demo lori 22 tayar, askar pula nak buat demo.

Pembangkang tak habis-habis dengan demo. Dua minggu lalu demo penggusaha lori 22 tayar di Johor, Melaka dan Perak.

Cubalah buat demo depan hospital pula! Bantah bayaran RM 1 yang dikenakan kepada pesakit luar.

Atau cari lah isu yang banyak di negeri pembangkang yang banyak isu.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has refuted a claim that his wife had threatened a group of army veterans who want him sacked as defence minister, saying she was only advising them against carrying out their protest rally this Friday.

The Malay Army Veterans Association (PVTM) had planned to demonstrate their anger at Ahmad Zahid (picture) outside the Ministry of Defence (Mindef) on June 29 for allegedly breaking his promise to set up a special pension fund for retired soldiers, but cancelled it after their president, Datuk Mohd Ali Bahrom, said he had been threatened by the minister's wife through a text message.

"My wife and Ali are from the same village. They know each other even though they are not related.

"I asked my wife how many text messages Ali sent (to her), she told me 16, because Ali is fond of sending text messages to anyone, including my wife.

"So my wife advised him, but Ali only highlighted one sentence and after I read it, I don't think that it is a threat," Ahmad Zahid was quoted as saying by news portal Malaysiakini today.

Don't try to be funny SMS

On June 22, Mohd Ali told reporters he had received a threatening text message on his mobile phone from Datin Seri Hamidah Khamis, Ahmad Zahid's wife.

The message read: "'PERLU DIINGAT.. DATO' SERI AHMAD ZAHID HAMIDI BUKAN SENDIRI DAN BERMARUAH'.... Saya tak fikir org2 akan berdiam diri dan senang2 nak buat kacau bilau depan MINDEF (Remember.. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi is not alone and has dignity.... I don't think people will be silent and let chaos happen in front of Mindef)."

Mohd Ali had led some 10 former soldiers in a provocative butt exercise demonstration against electoral reform movement Bersih chairman Datuk Ambiga Sreenevasan outside her Damansara Heights home here last May 15, claiming the prominent lawyer-activist was an "enemy" of the state.

He had planned on holding a similar exhibition against Ahmad Zahid outside Mindef in three days until he allegedly got Hamidah's "advice" and found out the minister would not be in his office.

Special pension and 136 hours to respond

Mohd Ali had previously hit out at Putrajaya for alleged lopsided treatment in handing out its Warriors' Day funds to the armed forces' club presidents and outlined a list of 11 demands including setting up a special pension fund for those who retired from the military without being paid a pension.

He had given Ahmad Zahid 136 hours to reply to PVTM's demands, failing which he would press Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to sack the Umno minister from government.

The rumbles of unhappiness from former soldiers ahead of national elections that must be called by next year come at a crucial time when Najib, a former defence minister, is looking to shore up greater support for the ruling Barisan Nasional (BN) coalition from within the establishment after losing four states and its traditional two-thirds control of Parliament to the opposition in Election 2008.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Over 200000 ex-soldiers don't get pension

KUALA LUMPUR, June 26 — Some 202,675 former soldiers nationwide do not receive pension as they left the service earlier than specified, Dewan Rakyat was told today.

Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (picture) said despite this, their welfare was looked into by the Veterans Affairs Department (JHEV) and the Armed Forces Ex-Servicemen's Affairs Corporation (Perhebat).

He said the JHEV and Perhebat provide various forms of aid to soldiers who retired after serving less than 21 years.

They include aid to offset the cost of living, entry of students into institutions of higher learning, schools, disaster relief and medical expenses.

"The government has no plans to give monthly food coupons to former soldiers who don't get pension. What we are giving is better over the long run unlike food coupons which are temporary," he said when replying to a question by Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani).

Zahid said the various forms of government aid given to former soldiers in this country were far better compared to those given by some countries.

"By comparison, the United States and Australia only provide aid for former soldiers and not their wife or children," he said when replying to a supplementary question by Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin).

The government has no plans to give a lump sum payment to former soldiers for their contribution and sacrifices as it is a temporary measure.

The minister also warned groups not to incite former soldiers into pressuring the government.

"I see dirty hands in this hall. Don't take advantage of the general election to coax former soldiers to become dissatisfied with the government," he said. — Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ARKIB: Antara Pas dan Anwar


Assalamua'laikum, semua.

Secara peribadi saya menganggap keputusan PRU12 ada kebaikan dan keburukkannya kepada negara Malaysia amnya dan org Melayu khususnya.

Sudah pasti semua menteri besar yang baru bagi negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor dan exconya yang dilantik akan membuat kerja yg "cemerlang" dalam jangka masa yang terdekat, ini kerana semua mata rakyat dan musuh-musuh mereka, iaitu BN, akan memerhati semua tindak tanduk yg akan mereka lakukan. Ini secara tidak langsung dapat "mendidik" BN bagaimana mereka harus mentadbir negeri2 dan K'jaan Pusat, jika tidak mereka akan menjadi tidak relevan lagi pada PRU13.

Masalah besar yang mungkin akan dihadapi oleh pakatan BA ialah hubungan antara PAS dan DAP, yang akan menjadi seperti duri dlm daging.

Dan yg paling besar ialah bantuan kewangan dari kerajaan pusat kepada negeri-negeri yang diterajui oleh BA akan "disekat" atau disalur tidak melalui kerajaan negeri.

BN akan memberi alasan mereka sendiri sementara BA pula akan meradang dan menganggap ianya tidak adil dan zalim. Maka waktu itu anda akan lihat, terutamanya orang Melayu akan leka berbalah di dalam internet, blog2, di kedai kopi, di masjid dsb mengenai isu ini, siapa yang benar, siapa yang zalim.

Dalam perbalahan ini ada dua unsur penting, satu pihak yang berkuasa di negeri yang memerlukan sumber kewangan khazanah negara, tetapi suka mengata, mencerca, memaki malah mencarut terhadap pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara.

Sementara pihak satu lagi yang berkuasa ke atas khazanah negara pula tidak mahu menyalurkan secara adil khazanah negara yg ia kuasai kpd pihak yg suka mencerca dia. Adalah jelas pihak yg berkuasa ke atas khazanah negara zalim dan tidak adil dalam hal ini.

Tetapi jika mengikut Al-Quran Surah al-Hujurat ayat 11, Allah melarang kita mencela satu sama lain dan memanggil dengan gelaran buruk dan jika tidak bertaubat mereka adalah orang-orang yang zalim. Ini bermakna kedua-dua pihak di atas adalah zalim atau lebih tepat saling zalim menzalimi antara satu sama lain.

Kalau kita kaji balik sejarah perkara ini berlaku sejak orang Melayu mula berpolitik atau lebih tepat antara PAS dan UMNO.

Tunku Abdul Rahman ada menulis di dalam bukunya bagaimana PAS sewaktu pilihanraya mengedar gambar yang di ubahsuai yang menunjukkan babi panggang terletak di atas meja di mana dia dan beberapa pemimpin Cina sedang menjamu selera dan juga bagaimana ia dicerca dan difitnah termasuklah sewaktu 13 Mei dikatakan dia sedang berjudi (ini adalah apa yg ditulis Tunku di dalam bukunya dan saya tidak mengatakan ianya benar atau ianya tidak benar).

Tetapi dalam buku-buku yang Tunku tulis tidak pula disebut bagaimana ia menzalimi kerajaan PAS Kelantan. Datuk Asri pada 1967, sewaktu menjadi MB Kelantan telah berjumpa dengan Tunku sendiri di KL untuk meminjam wang utk membayar gaji kaki tangan awam Kelantan kerana kerajaan PAS Kelantan waktu itu ketiadaan wang.

Tetapi PAS mendakwa Tunku tidak endah dgn permintaan Datuk Asri sedangkan waktu itu beberapa hari saja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji. Isu ini sudah pasti dijaja oleh PAS utk menunjukkan kezaliman UMNO.

Adakah patut selepas kita cerca seseorang kemudian apabila kita ada masalah kita dengan rendah hati pergi jumpa orang tersebut untuk meminjam wang? Dan adakah patut sebagai pemimpin yang berkuasa ke atas khazanah negara tidak membantu saudaranya yang seIslam yg dalam kesempitan apatah lagi menjelang Hari Raya?

Isu antara Datuk Asri dengan Tunku, ada disentuh oleh Saudara Sayuti Omar di dalam bukunya "Kelantan Selepas Pantang" (m/s 20). Dalam isu ini Sayuti menggunakan perkataan "Demikianlah sikap kejam UMNO ke atas kerajaan PAS". Sebenarnya sama-sama zalim, sama-sama kejam tetapi masing-masing hanya nampak kezaliman pihak lain, kezaliman dari diri sendiri tak nak mengaku.

Isu kata mengata dan zalim menzalimi terus berlaku, pada zaman KuLi menjadi Menteri Kewangan (KuLi lah yang memimpin UMNO merampas Kelantan pada tahun 1978), pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan (lihat artikel di bawah mengenai apa yang PAS kata pada Anwar).

Dan kemuncaknya pada zaman Mahathir selepas Anwar dipecat. Ulama UMNO di label sebagai ular dalam semak, syaitan bisu, barua dan lain-lain , Abdullah Badawi digelar sebagai penjaga babi, Mahathir dan Siti Hasmah dikatakan akan saling melumur najis kemuka pasangan masing-masing pada tahun 2014, Mahathir dicarut dgn carutan paling berat sekali, dalam keadaan macamni ........

dengar cerita NikAziz minta geran RM600 juta dari k'jaan pusat yg dipimpin Mahathir utk selesai masalah air di Kelantan walaupun dikatakan Mahathir setuju tetapi kerajaan Kelantan tidak menerimanya, kejamnya Mahathir ......

Dalam kempen PRU12 baru-baru ini, UMNO telah dilabel sebagai Orang Utan dan sejarah akan terus berulang apabila negeri2 dibawah BA ingin mendapat hak mereka terhadap khazanah negara yg dikuasai oleh Orang U*** ini, tetapi mereka akan dipinggirkan dan mereka akan marah dan mereka juga akan menjadi Orang U***.

Isu kata mengata dan zalim menzalimi seolah-olah tidak dapat dipisahkan antara PAS dan UMNO. Inilah antara sikap burok yg ditunjukkan oleh pemimpin dan penyokong kedua-dua pihak.

Tetapi isu yang lebih besar yang ingin saya perkatakan di sini ialah mengenai Anwar Ibrahim.

Dr Chandra Muzaffar yg pernah bekerja rapat dgn Anwar dlm PKR telah berkata yg maksudnya l/kurang, jika Anwar menjadi pemimpin, negara ini akan hancur.

Ezam pula dlm Utusan Msia 12 Mac, meminta PAS berhati-hati dgn PKR kerana melalui pengalamannya, iaitu antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR, beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.

Dalam tahun 2003 saya pernah menulis satu artikel yg bertajuk "Pertembungan antara ulamak, pemimpin dan cendekiawan Islam di dalam politik M'sia" untuk group ABIMLINK dan HIZBI-NET. Salah satu tajuk dibawah artikel itu ialah "Pertembungan antara PAS dan DSAI". Saya rasa ia masih relevan lagi.

Dalam isu ini bagi saya masalah paling besar Anwar bukan saham berpuluh juta yg ia beri setiap seorang pada bapa dan adik beradik dia, bukan isu RM300juta duit Petronas Dagang yang dikebasnya untuk diberi pada perwakilan Sabah sehingga Ghafar jatuh,

Bukan isu ratu cantik yang Ustaz Ismail Kamus kata ia nak menghalalkan sesuatu yang haram dan sehingga Mufti Selangor Uztaz Ishak Baharom dipecat, bukan sebab ia baik dengan Yahudi, tetapi bagi saya isu yg paling besar sekali ialah apabila ia menganggap Salman Rusdie sebagai "profound writer", (seperti yg didakwa oleh sdr Lutfi Othman, yg sekarang ini merupakan Ketua Pengarang Akhbar Harakah). Salman Rusdie telah menulis buku Satanic Verses yg menghina Allah, Nabi Muhammad dan Al-Quran.

Sila baca artikel ini dan sebarkan, kerana mengikut Tuan Guru Hj Hadi Awang mengumpat dan menceritakan keburukan pemimpin adalah wajib.

Pertembungan antara PAS dan DSAI


Kali ini saya ingin menyentuh, mempertikai dan mengkritik mengenai sikap ulamak, pemimpin dan cerdik pandai Islam kita di dalam berpolitik terutamanya di dalam isu pertembungan antara PAS dan UMNO semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan dan juga selepas ia dipecat. Saya harap dengan fakta-fakta dari sumber yang jelas yang akan saya tunjukkan, mereka yang tidak bersetuju dan mempertikai email saya sebelum ini yang saya tulis secara umum, akan lebih memahami apa yang saya maksudkan ............ ..... Kecuali mereka yang taksub dan mempunyai penyakit di dalam hati.

Berikut adalah beberapa fakta mengenai pertembungan antara PAS dan DSAI semasa ia masih di dalam kerajaan:-

  1.  PAS menganggap Belanjawan 1994 yang dibentangkan Anwar Ibrahim berwajah FIRAUN. Ia menjadi punca pertelingkahan antara PAS dan Anwar. Ini kerana ia memberi kelonggaran kepada golongan koporat yang menjadi gangster ekonomi dan sebab utama kemenangan orang-orang Anwar di dalam Team Wawasan. Anwar tidak dapat menerima tuduhan tersebut dan menganggap ianya sebagai kolot dan jumud. (Dunia Islam Jan 94 m/s 4&5).
  2. Anwar Lebih Ganas Daripada Mahathir? - Tajuk wawancara antara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam Majalah Tamadun Julai 98 m/s 16. Antara isi kandungannya yang menunjukkan sikap PAS terhadap DSAI yang saya ringkaskan :-

a) Sebenarnya gejala nepotisme yang berlaku dalam pemerintahan M'sia, saya meletakkan Anwar Ibrahim lebih ganas daripada Mahathir. Kerana Anwar belum berkuasa penuh tetapi suku sakatnya telah mencipta kekayaan lebih hebat. Antaranya Kamarudin Jaafar menjadi jutawan segera, saudaranya Rani, Marzuki dan Rosli Ibrahim dan setiausaha sulitnya Nasarudin Jalil naik mendadak dalam perniagaan, kerana pandai berniaga atau kerana Anwar Ibrahim?

b) Jangan lupa semasa Anwar hendak menjatuhkan Ghafar Baba wujud peranan Quek Leng Chan dan beberapa jutawan lain yang membiayai golongan tertentu untuk menguasai saham NST dan TV3 gara-gara untuk mengukuhkan posisi Anwar. Kita juga ingin bertanya 300 juta saham Petronas Dagang dilabur ke mana sehingga perwakilan Sabah berubah dari menyokong Ghafar kepada Anwar dengan begitu mengejutkan?

c) Imej Anwar nampak bersih adalah kerana media tempatan yang dikuasainya. Pernah satu ketika bila menonton TV3, berita Anwar diutamakan diikuti berita lain dan keempat baru PM. Bila kita hentam PM barulah berita ini berada ditempat pertama.

d) Manakala media antarabangsa yang menyalahkan Mahathir dan cuba menaikkan Anwar, ini adalah kerana Barat hanya mahukan dua corak Islam yang boleh mereka kuasai, iaitu Islam yang berbentuk ilmiah tanpa pelaksanan hukum sperti yang dipelopori IIIT, ICMI dan ABIM. Dan yang kedua bercorak Afghanistan atau ala Taleban kerana peluang bagi Barat untuk mengambarkan betapa buruknya Islam. Dan Anwar adalah paling layak untuk mengekalkan pengaruh Barat dan sesuai dengan kehendak mereka untuk menghadapi 250 juta umat Islam di sebelah sini.

e) Apa yang saya perkatakan bukan kerana Anwar adalah seteru politik terbesar PAS. Kita boleh lihat rekod sejak dia menjadi Menteri Kewangan bagaimana saham diagihkan, projek diberikan, tiada beza dengan Mahathir.

f) Skandal seks Anwar ..... tidak tahu sejauh mana benarnya tuduhan itu tetapi dengar khabar ada percubaan untuk membunuh orang (Azizan) yang menulis surat sumpah yang mengaku melakukan homoseks dengannya tetapi yang menjadi mangsa ialah isterinya, ia seharusnya disiasat, tetapi di sini media akan menutupnya, berbeza dengan di luar negara di mana media mereka akan mendedahkannya. Anwar patut membersihkan skandal seksnya kerana kitapun tidak mahu dia teraniaya. Lebih 6 bulan dia tidak bercakap soal agama, baru sekarang dia hendak khutbah, baginya masyarakat mungkin sudah lupa, tetapi kita pelik mengapa dia tidak membersihkan dirinya setakat ini? Masih banyak tanda soal, orang yang menulis surat itu berada dalam ketakutan dan masih diugut, diancam oleh pihak tertentu. Saya pernah berjumpa dengan orang (Umi Hafilda) yang menulis surat terbuka itu dan dia bukanlah pada peringkat menuduh Anwar melakukan apa-apa tetapi mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu. Pendirian penulis itu tidak berubah dan dia takut untuk bertembung dengan orang dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas.

g) Saya berdoa secara peribadi biar Mahathir mengepalai p/raya akan datang kerana kalau Anwar naik jadi PM dia cukup pandai menggunakan agama dan mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir .... kita tahu tahap pemikiran orang Melayu setakat mana.

h) Saya tidak nampak jika zaman Anwar (sebagai PM) masalah kekangan demokrasi, kebebasan, ISA dan akta-akta tertentu boleh berubah. Contohnya UIA tempat Anwar berkuasa penuh di mana dia menjadi Presiden dan tempat berkumpul orang-orangnya sehingga menjadi universiti paling corot dalam Asia. Universiti yang hanya untuk meluluskan puak-puak penyokong Anwar supaya ada ijazah, di situ berlaku kongkongan malahan lebih dahsyat berbanding universiti-universi ti lain. Anwar lebih pandai dari Mahathir dari sudut menguasai budaya Melayu.

  •  Mahathir dan Anwar kedua-duanya nyata menolak hudud tetapi Mahathir tidak bijak menyusun hujah seperti Anwar yang akan memberi alasan daripada Yusof al-Qardhawi, pandangan ulamak itu ini dan soal prioriti.

j) Imej Anwar diperingkat antarabangsa diakui masih hebat sehingga apabila saya pergi ke Pakistan pemimpin-pemimpin Jamaat Islami begitu menghormati Anwar. Tetapi apabila saya menceritakan ...... daripada 4 jenis judi, Anwar telah menghalalkan menjadi 9 termasuk judi lumba kuda apabila ia menjadi Menteri Kewangan. Daripada 3 tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Penang dan KL ia telah bertambah ke Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menerima bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana. Dan Genting Highlands menjadi pusat judi ketiga besar di dunia di bawah kekuasaan Anwar sebagai Menteri Kewangan. Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan taukeh judi Lim Goh Tong di mana sewaktu menjadi Ketua Pemuda UMNO beliau mudah mendapat bantuan dari Yayasan Gerak Bakti kepunyaan taukeh judi ini. Akhirnya ketua Jamaat Islami mengaku selama ini mereka mendapat gambaran salah.

Begitu juga di Afrika Selatan apabila saya membentangkan kertas kerja menceritakan beribu-ribu orang Islam Malaysia telah murtad, ada yang mencebik mulut dan tidak percaya, tetapi selepas beberapa lama saya bercakap, mereka berjumpa saya dan ucap tahniah sehingga mereka bertanya apa sebenarnya yang Anwar telah buat untuk membantu Islam?

Jadi gambaran media asing terhadap Islam di Malaysia berjaya digembar gemburkan, dan jika Anwar menjadi PM, media akan berjaya menyakinkan negara Islam lain bahawa Anwar adalah pemimpin Islam yang unggul.

k) Walaupun pendekatan Anwar lebih me-rakyat sifatnya berbanding dengan Mahathir yang lebih tertumpu membina jutawan segera Melayu, tetapi habuan untuk rakan-rakan dan penyokong-penyokong Anwar serupa saja! Contohnya Muhammad Taib adalah ahli Team Wawasan yang diterajui Anwar dan orang-orang ini terkenal dengan skandal penggadaian tanah. Kes Menteri Belia dan Sukan membabitkan RM 200 juta hasil jualan tanah di Johor masih belum selesai, begitu juga gosip Timbalan Menteri Besar Pahang yang memiliki wang yang banyak. Jadi dari segi kawan-kawannya dalam penimbunan kekayaan tidak nampak penegahan daripada Anwar.

l) PAS lebih selesa jika Mahathir kekal - adalah tajuk kepada sambungan wawancara saudara Lutfi Othman dengan Mohd Sabu seperti yang tersiar di dalam majalah Tamadun Ogos 98 m/s 51. Ini kerana kalau Anwar naik menjadi PM, dia cukup pandai dan licik menggunakan saluran agama dan pandai mengambil sentimen orang Melayu berbanding Mahathir.

iii) Ulasan Lutfi Othman mengenai isu pertembungan Anwar dengan Ghafar Baba di dalam Majalah Dunia Islam Nov 92 m/s 12-18. Dengan tajuknya - "Siapa pengganti Mahathir - Apa lebihnya Anwar? Apa kurangnya Ghafar?". Antara kandungannya :-

  1. Dr.M lebih berminat dan menyenangi Anwar menyebabkan orang-orang lama seperti Abdullah Badawi diketepikan dan Sanusi tersekat disebabkan peningkatan Anwar di dalam kabinet terlalu cepat.
  2. Krisis di dalam MARA yang dipengerusikan oleh Tamrin Ghafar yang dilihat sebagai campur tangan Anwar yang mana pelurunya ditujukan kepada Ghafar.
  3. Kini apabila Anwar diamanahkan sebagai Menteri Kewangan apa dasarnya yang menakutkan orang-orang bukan Islam? Judipun semakin berleluasa.
  4. Apakah Islam membenarkan amalan pilih kasih, nepotisme, menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya, mengaku diri sendiri yang hebat dan orang lain semuanya lemah, seperti yang dilakukan oleh Anwar sekarang. Anwar rapat dengan DrM, tetapi apakah Anwar menegur segala salah laku DrM ketika menguruskan kekayaan negara.
  5. Islam bukan milik Anwar dan kawan-kawannya bekas ABIM itu sahaja. Bukan kita tidak tahu apa Anwar buat di Universiti Islam, semuanya berpunca dari amalan pilih kasih Anwar. Memang betul kata orang, Anwar suka heboh-hebohkan kerja yang dia buat walaupun kejayaannya tidak seberapa.

iv) Ulasan Lutfi Othman di dalam Majalah Tamadun Ogos 96 m/s 19.
Anwar masih budak-budak mentah cepat naik angin dan suka tunjuk perasaan. Silap sikit demonstrasi.
Perkara kecil dibesar-besarkan. Penduduk Baling yang mati kerana demam panas dikatakan kebuluran.
Bukan Anwar seorang dikurung ISA, Ibrahim Ali pun ditahan sama, bukan sekali tetapi dua.
Dr. Syed Husin Ali yang turut ditahan terpaksa merengkok 6 tahun berbanding Anwar cuma 2 tahun.
Hishamudin Rais pula terpaksa cabut lari, ia satu contoh pemimpin pelajar yang hanya berani sekerat jalan, takut menanggung risiko.
Ulasan Zin Mahmud dalam Majalah Tamadun Mei 97 m/s 14-19, mengenai cara polis menggunakan kekerasan untuk menundukkan para penunujuk perasaan dan menahan 200 orang, yang dianjurkan oleh PAS di hadapan masjid UM, kerana membantah kedatangan pasukan kriket Israel.
  1. Saudara Zin mempertikai hujah PM bahawa kehadiran anak muda Israel ke Malaysia boleh menyedarkan mereka betapa perlu memberi layanan baik kepada Palestin.
  2. Hujah Anwar pula bahawa kehadiran pasukan kriket Israel tak perlu digusarkan kerana ia merupakan soal kesukanan dan tidak ada kaitan politik.
  3. ABIM pula berkata demonstrasi tidak perlu kerana ada saluran yang boleh menyampaikan bantahan mereka.


vi) Majalah Tamadun Ogos 97.


a) Ulasan Ustaz Ismail Kamus pada m/s 12 , di bawah tajuk "Anwar Ibrahim Silap? Antara Pendekatan Dakwah dan Menyatakan Hukum". Ustaz mengulas mengenai kenyataan Anwar bahawa pendekatan Islam perlu diambil dengan cara sederhana dan bijaksana (kes JAIS menangkap peserta ratu cantik). Ustaz Ismail Kamus memberi penerangan dan beberapa contoh dan akhirnya membuat kesimpulan "Jadi, tulislah kerajaan cuba hendak 'menghalamkan' (halal tidak, haram pun tidak) kesemua itu (ratu cantik, konsert), bukan cuba hendak mengharamkannya. Biarlah Anwar dengar sikit apa yang saya cakap ini".

b) Ulasan Lutfi Othman pada m/s 83, di bawah tajuk "Dilema Anwar" ekoran isu penangkapan peserta ratu cantik dan kesediaan Anwar bertemu anggota KRU (untuk menenangkan mereka) berhubung konsert KRUMANIA yang diharamkan oleh kerajaan Selangor.


Ini menyerlahkan dilema Anwar sebagai pengganti Mahathir dalam mengendalikan isu-isu berkaitan moral dan agama.
Apakah Anwar tidak malu untuk mengakui masih ramai anak-anak gadis Muslim yang jahil tentang kewajipan menutup aurat dan hinanya menayang tubuh tiga suku bogel dihadapan umum hanya untuk menjadi seorang ratu?
Anwar lebih memikirkan survival politiknya dan mahu dilihat sebagai pemimpin moderat, progresif dan tidak terikat dengan pegangan agama secara melampau.
Mungkin kerana itu Anwar pernah menyifatkan Salman Rusdie sebagai 'profound writer'.

c) Setiausaha PMUM, Nordi Adie menulis pada m/s 54, di bawah tajuk "Hentikan Konsert Melalaikan". Di dalam mana-mana peradapan di dunia ini budaya konsert tidak menepati ciri-ciri masyarakat madani seperti mana yang dilaung-laungkan oleh DSAI, TPM.


vii) Majalah Tamadun Disember 97, antara kandungannya :-

Ulasan Lutfi Othman pada m/s 3, di bawah tajuk "Perlukah DrM Berundur?" ekoran kejatuhan nilai Ringgit dan dalam kegawatan ini media asing galak memberi promosi percuma kepada Anwar dan menyarankan DrM berundur. Jika Anwar mengganti Mahathir, apakah ia mampu menguruskan krisis dan kemelut kewangan walhal prestasi Anwar dibidang ini sentiasa dipertikai? Seperti juga orang Mahathir, mereka yang berada di bawah dagu Anwar, juga dikatakan opurtunis. Tiada idea baru, masing-masing terlalu memikirkan kuasa dan kuasa dan kuasa!
Pada m/s 31, Ann Wan Seng mengulas mengenai kenyataan Anwar berhubung kenaikkan Tol yang tidak membebankan rakyat agak berbelit-belit dan tidak serius.

viii) Majalah Tamadun January 98, antara kandungannya :-

a) ISA mungkin diketatkan lagi? - Jika Anwar menjadi PM. m/s 6-10

  • Lim Guan Eng dakwa sikap Anwar berubah, dulu dia minta ISA dimansuhkan. Sekarang hanya mahu kaji dan kaji. Itu saja.
  • Normah Alwi (isteri Mat Sabu yang pernah ditahan ISA)"..... kalau perkara ini berlaku pada Siti Hasmah (isteri PM) dan Wan Azizah (isteri Anwar), apa perasaan mereka? Jika Anwar dilantik PM, akta ini pasti tidak dimansuhkan, malah mungkin lebih teruk lagi".

b) Pengaruh Anwar - Kes pemecatan Ketua Pengarang Berita Harian, A.Nazri Abdullah. Saudara Lutfi mengulas "Apakah pengaruh dan peranan yang dimainkan Anwar menyebabkan Zam yang rapat dengan PM begitu mudah disisihkan, hingga penggantinya, Johan Jaafar yang langsung tidak mempunyai pengalaman kewartawanan akhbar, diusulkan sendiri oleh Anwar? m/s 83.

ix) Dunia Islam Jun 92. Sedutan wawancara dengan Datuk Shahrir Abd Samad m/s 27 mengenai kepimpinan UMNO. Menjawab soalan mengenai banyak kumpulan Islam yang menyokong Anwar sekarang di mana dahulu mereka anti UMNO. Datuk Shahrir berkata " Maknanya, bukan menyokong perjuangan, mereka menyokong individu. Dahulu ABIM kata DEB bertentangan dengan Islam, cakap sahaja banyak. Sekarang diamanahkan memimpin, kita lihatlah. ...."

x) Anwar : Menteri Paling Tidak Berkuasa. Majalah Tamadun April 98 m/s 87. Saudara Lutfi mengulas mengenai ucapan Anwar di Forum Universiti Asia-Eropah yang menolak sebarang kongkongan dan peraturan ketat di universiti. Apakah Anwar faham apa yang diperkatakan, sedangkan apabila ia menjadi Menteri Pendidikkan suasana kampus langsung tiada perubahan. Apakah Anwar boleh digolongkan sebagai 'cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap'. Mendengar pidato Anwar sejak menerajui ABIM, Ketua Pemuda UMNO hinggalah setakah lagi untuk menjadi tokoh paling berkuasa di M'sia memang menyeronokkan dan suatu bentuk hiburan. Mungkin Anwar mahu terus popular dengan idealisme pegangannya walaupun terpaksa tidak bercakap benar? .... Adalah lebih baik Anwar mengawal lidahnya daripada mengomel yang bukan-bukan.

xi) Majalah Tamadun Oktober 98 m/s 28-32. Soalan yang diajukan kepada Tan Sri A.Samad Ismail, (iaitu selepas Anwar dipecat dari kerajaan)"Anwar kini sangat marah kepada media arus perdana, bahkan mengancam akan memburu pengarang-pengarang yang terlibat dalam konspirasi menjatuhkannya sehingga ke lubang cacing. Apa pendapat Pak Samad". Jawapan Pak Samad ialah "Anwar selama dia berkuasa dalam kerajaan bersama-sama bertangungjawab mewujudkan budaya yang kini menjadi watak media. Agak saya, Anwar terlanjur membuat ancaman itu". Pada m/s 30 - gambar Pak Samad memeluk Anwar semasa dia melawat Anwar di rumahnya.

Kebanyakkan fakta-fakta di atas saya petik dari Majalah Tamadun. Ini ialah kerana ia diterajui oleh saudara Ahmad Lutfi Othman, seorang yang gigih berusaha, yang mana bahan tulisan dan kritikannya (hanya terhadap pemerintah) terhadap isu-isu semasa dianggap bernas yang menjadi bualan masyarakat dan dihebahkan di dalam internet. Majalah ini juga diberitakan pernah terjual melebihi 100,000 naskah sebulan dan tidak pernah timbul fakta-fakta tersebut dipertikaikan atau dicabar di mahkamah. Sebenarnya banyak lagi isu-isu mengenai Datuk Sri Anwar yang terdapat di dalam majalah-majalah dan buku-buku yang lain terutamanya buku-buku politik, termasuk yang dikarang oleh Datuk Sri Anwar sendiri yang saya tidak petik untuk kali ini.

Sekarang cuba kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS terhadap DSAI selepas ia tersingkir dari parti dan kerajaan :-

i) DSAI dianggap sebagai seorang pejuang Islam yang ingin mengIslamkan UMNO dan kerajaan dari dalam.

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-

  1. Cuba 'menghalamkan' ratu cantik yang bepakaian 3/4 bogel
  2. Cuba 'menghalamkan' konsert yang melalaikan dan penuh maksiat
  3. Mengagumi tulisan Salman Rusdie yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad
  4. Berbaik dengan taukeh judi dan mendapat pembiayaan mereka semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO
  5. Apabila mendapat kuasa sebagai Menteri Kewangan, telah menghalalkan lebih banyak jenis judi,
  6. Menambahkan lagi judi lumba kuda yang sedia ada
  7. Menjadikan Genting Highland tempat judi ke 3 terbesar di dunia
  8. Tindak tanduknya menjadi dilema sebagai pengganti Mahathir didalam menangani isu moral dan agama
  9. Ia pandai memainkan sentimen agama sesuai dengan tahap pemikiran orang Melayu
  10. Maklumat salah menyebabkan masyarakat Islam antarabangsa menganggapnya pemimpin Islam yang unggul
  11. Mat Sabu terpaksa berjumpa pemimpin Islam luar negara dan menerangkan keburukkan Anwar supaya mereka mengenali siapa sebenarnya Anwar
  12. Anwar disokong oleh Barat kerana cara Islamnya menepati cita rasa Barat untuk menguasai umat Islam sebelah sini

(di dalam ceramah PAS dan tulisan-tulisan di dalam internet, Anwar dianggap sebagai anti ulamak, anti Islam dan murtad kerana menolak hudud)

ii) DSAI seorang yang bersih yang cuba menghalang Mahathir dan kroninya daripada mengaut kekayaan negara untuk diri mereka.

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS :-


  1. Anwar lebih ganas dari Dr.M dalam gejala nepotisme dan kronisme
  2. Keluarga Anwar, ayah dan saudaranya menjadi jutawan dengan mendapat saham dan melalui perniagaan yang diragukan keupayaan mereka
  3. Kawan dan rakannya terkenal dengan skandal pengadaian tanah dan menimbunkan kekayaan
  4. UIA tercorot di Asia kerana amalan pilih kasihnya dan menjadi tempat kawan-kawannya berlonggok untuk mendapat ijazah
  5. Sebagai Presiden ia mengongkong UIA lebih dahsyat daripada yang berlaku di universiti-universi ti lain
  6. Anwar berwajah Firaun, kerana dasar yang digunakan dalam Belanjawan 1994 yang lebih mementingkan gangster ekonomi
  7. Anwar menguasai media arus perdana dengan pertolongan jutawan Cina untuk mengukuhkan kedudukkannya
  8. Mengamal pilih kasih dan menyekat peluang orang lain yang dikira tidak secucuk dengannya
  9. Silap sikit demonstrasi sehingga budak mati kerana demam panas, dikatakan kebuluran ii) DSAI telah dianiaya dan dizalimi kerana menentang Mahathir

Tetapi sebelum ini ia dianggap oleh PAS:-

Anwar adalah anak kesayangan Mahathir sehingga Mahathir sanggup mengenepikan orang-orang lama UMNO untuk menaikkan Anwar
  1. Mahathir menjadikan Anwar cukup berkuasa apabila melantiknya sebagai Menteri Kewangan disamping TPM
  2. Anwar dapat pengaruhi Mahathir dalam pemecatan Ketua Pengarang BH dan Zam iaitu orang rapat Mahathir dan melantik orangnya Johan Jaafar yang langsung tiada pengalaman kewartawanan
  3. Anwar dianggap zalim apabila menggunakan media, politik wang dan saham Petronas untuk menjatuhkan Ghafar Baba
  4. Anwar campur tangan dalam krisis MARA yang diterajui oleh Tamrin, tetapi pelurunya dituju kepada Ghafar Baba
  5. Skandal seks DSAI adalah antara konspirasi konco-konco Mahathir untuk menjatuhkannya

Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-

  1. Mahathir cuba menutup skandal timbalannya walaupun mangsa telah membuat lapuran polis
  2. Dalam siri ceramahnya, PAS mendedahkan skandal ini dan menayangkan salinan surat sumpah orang (Azizan) yang mengaku diliwat oleh Anwar kepada hadirin
  3. Mendedahkan ada cubaan membunuh orang yang mengaku diliwat oleh Anwar, tetapi media tidak mendedahnya
  4. Mat Sabu yang pernah berjumpa dengan penulis surat terbuka tersebut (Umi Hafilda), mendedahkan mereka empat keluarga mengakui sungguh-sungguh melihat Anwar masuk ke dalam apartment bersama dengan pasangan tertuduh itu, walaupun tidak menuduh Anwar melakukan apa-apa
  5. Mengikut Mat Sabu, penulis surat terbuka mengenai skandal ini berada dalam ketakutan kerana masih diugut, diancam oleh pihak tertentu dan tidak berani bertembung dengan orang kerana dikhuatiri akan disiasat oleh polis Cawangan Khas
  6. Mempertikaikan sikap Anwar yang berdiam diri dan tidak cuba membersihkan namanya
  7. Ada usaha dari PAS untuk mendedahkan skandal ini kepada umum dengan menerbitkan VCD yang menemubual mereka-mereka yang terlibat dalam salah laku seks Anwar)


iv) DSAI akan diangkat menjadi PM jika pakatan pembangkang yang diterajui PAS menang pilihanraya.


Tetapi sebelum ini PAS menganggap:-



  1. Keupayaannya untuk mengantikan Mahathir dipertikaikan
  2. Keupayaannya sebagai Menteri Kewangan dipertikaikan
  3. Lebih ganas dari Mahathir dengan tindak tanduknya walaupun belum berkuasa penuh
  4. Takut jika Anwar jadi PM, dan mengharap dan berdoa Mahathir menerajui p/raya bukan Anwar
  5. PAS lebih selesa jika Mahathir kekal
  6. ISA, kebebasan dan akta-akta lain mungkin diketatkan lagi jika ia berkuasa penuh
  7. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap dalam isu Akta Universiti
  8. Cakap berbelit-belit mengenai kanaikkan tol
  9. Anwar budak mentah, cepat naik angin, silap sikit demonstrasi

Apabila Anwar disingkirkan dari parti dan kerajaan, ini bermakna doa PAS sebelum itu telah termakbul dan sebahagian perjuangan PAS telah tercapai, mengapa pula doa dan perjuangan PAS kemudiannya menjadi songsang. PAS bukan sahaja berdoa tetapi berjuang termasuk berdemonstrasi supaya Anwar dapat kembali berkuasa dan seterusnya menjadi Perdana Menteri M'sia.

PAS pernah menganggap, Anwar licik menggunakan agama untuk dilihat mempunyai imej yang bersih dan sebagai pemimpin Islam yang unggul, samada di dalam atau luar negara.

Apakah perubahan mendadak sokongan PAS terhadap Anwar dalam krisisnya dengan Mahathir menunjukkan PAS juga telah terpedaya dengan imej Anwar ini?

Jika PAS tidak terpedaya dan sememangnya Anwar adalah seorang perjuang Islam yang bersih dan unggul yang layak untuk menjadi Perdana Menteri M'sia, ini bermakna tuduhan PAS sebelum ini bahawa Anwar pandai menggunakan agama untuk kepentingannya dan semua tuduhan-tuduhan lain, adalah suatu pembohongan dan fitnah yang besar terhadap Anwar.

Samada PAS terpedaya atau tidak, apakah perjuangan seperti ini boleh dianggap sebagai perjuangan Islam?

Beginikah yang dikatakan 'Kepimpinan Ulamak'? Inikah sifat 'Ulamak Perwaris Nabi'? Bukankah ianya lebih bersifat kufur, fasik, munafik dan zalim?

6.3 Pertembungan antara PAS, DSAI dan DrM

Cuba pula kita lihat dan bandingkan sikap dan pandangan PAS (dan penyokong DSAI selepas ia disingkirkan) terhadap Dr Mahathir.

Dr Mahathir adalah :-



  1. MahaFiraun (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap Firaun sebelum ini)
  2. Mahazalim (kerana tindakan Mahathir ke atas Anwar yang dianggap zalim sebelum ini)
  3. Shit,PM@P*** MAK (kerana tindakan Mahathir mengemut keluar Anwar dari lobang keramat yang mana Anwar pada satu masa dulu dianggap tiada keupayaan untuk menerajui lobang keramat tersebut)
  4. Melacurkan media (kerana tindakan Mahathir menggugurkan orang Anwar, yang sebelum ini PAS kecam kerana Anwar melantik mereka termasuk yang tiada pengalaman)
  5. Anti Islam (kerana menolak Hudud, yang mana sebelum ini Anwar juga dianggap anti Islam kerana menolak Hudud)
  6. Di label sebagai perompak wang negara, kronisme, nepotisme (sebelum ini menganggap Anwar lebih ganas dalam hal ini)

PAS juga :



Berdemonstrasi bersama penyokong Anwar (sebelum itu menganggap Anwar budak mentah, silap sikit demonstrasi)
Bergabung dalam BA untuk jatuhkan Mahathir dan menaikkan Anwar (sebelum itu berdoa supaya Mahathir kekal jadi PM)
Sanggup keluar negara untuk memburukkan Mahathir (sebelum itu keluar negara untuk memburukkan Anwar)

Dari fakta-fakta di atas, PAS seolah-olah tiada prinsip di dalam perjuangannya. Pertembungan dan konflik yang berlaku ini sama dengan apa yang berlaku, apabila Tengku Razaleigh Hamzah tersingkir apabila kalah bertarung dengan Mahathir, dan PAS telah bergabung dengan S46 dan cukup yakin APU akan menang dengan bantuan DAP dalam p/raya 1990 dan Ku Li akan diangkat menjadi Perdana Menteri M'sia ke-5?

Dan perkara yang sama berulang apabila Anwar dicerca dan dimusuhi sebegitu rupa oleh PAS semasa ia di dalam kerajaan tetapi orang yang sama dipuji dan disanjung setelah ia tersingkir. Kali ini dalam p/raya 1999, PAS termasuk DAP cukup yakin Barisan Alternatif akan menang dan seterusnya mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri M'sia ke-5.

Apakah ini berdasarkan perjuangan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah atau untuk mendapatkan kuasa dengan cara menggelar, mencerca dan menfitnah seteru politik?

Anwar menjadi mangsa apabila ia menjadi cukup berkuasa di dalam kerajaan dan dilihat bakal mengisi kerusi PM, apabila Anwar tersingkir, gelaran, cercaan dan fitnah dilemparkan pula kepada Mahathir, apabila Mahathir berundur mungkinkah perjuangan yang dianggap berlandaskan Al-Quran dan Sunnah ini akan diteruskan dengan segala gelaran, cercaan dan fitnah akan dilemparkan pula kepada penggantinya?

Pertembungan dan konflik yang berlaku di dalam politik orang Melayu khususnya adalah disebabkan oleh sikap dan perbuatan ulamak, pemimpin dan cendekiawan kita sendiri. Mereka yang memilih dan bertangungjawab ke atas apa yang berlaku, yang lebih banyak membawa keburukkan dan kerosakkan bukan sahaja kepada negara tetapi juga pemikiran masyarakat.



Nukilan


Muhamaad Shuhmy