Rabu, 3 Oktober 2012

Siapa biaya Forum Awam Scorpene? (Utusan)

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mempersoalkan penganjuran Forum Awam Scorpene di Hotel Excelsior, Ipoh baru-baru ini.

Ini kerana forum itu turut dihadiri Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel serta Naib Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Saifuddin Nasution.

Katanya, pendedahan pihak tertentu sebelum ini telah menunjukkan pertubuhan tidak berdaftar itu menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros.

"Saya difahamkan satu forum telah diadakan pada 30 September lalu di Ipoh dengan tema 'Skandal Kapal Selam Scorpene'.

"Saya ingin bertanya kepada penganjur, adakah forum itu turut dibiayai daripada dana asing yang disumbangkan oleh Soros? Dan adakah tali barut yang terlibat menganjurkan forum itu mendapat habuan lumayan daripada penyangak mata wang terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penganjuran forum itu katanya, hanya bertujuan memperlekehkan kapal selam buatan Perancis yang dikatakan terlalu mahal dan bermasalah.

"Sekaligus mereka membuat kesimpulan industri pertahanan Perancis telah menipu kerajaan Malaysia.

"Mungkin mereka mahu Malaysia membeli kapal selam buatan rakan-rakan Yahudi Soros," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pengurangan 100,000 anggota khidmat awam (Utusan)

KUALA LUMPUR : Bajet alternatif pembangkang seperti dibentangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu akan menyebabkan defisit jauh melebihi RM1.1 bilion, jika mengambil kira kenaikan gaji pekerja sektor awam di setiap kementerian dan agensi kerajaan.

Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, pembangkang memerlukan emolumen RM5.1 bilion bagi melaksanakan elaun pengajaran khas RM500 sebulan buat semua guru, kenaikan gaji kakitangan awam kepada RM1,100 menerusi gaji minimum sejagat dan perbelanjaan kenaikan gaji anggota polis sebanyak 15 peratus.

Sedangkan, katanya, berdasarkan pecahan peruntukan mengurus dalam bajet itu, pembangkang mendakwa bayaran emolumen hanya meningkat sebanyak RM4 bilion daripada RM52 bilion tahun ini kepada RM56 bilion untuk tahun depan.
Menurut beliau, keadaan itu menunjukkan pentadbiran pembangkang dianggotai PArti Keadilan Rakyat(PKR) Pas dan DAP amat tidak kompeten untuk menguruskan perbelanjaan negara.
"Emolumen RM5.1 billion itu tidak termasuk kenaikan gaji kepada semua kakitangan kerajaan di kementerian dan agensi lain seperti anggota tentera, doktor, ahli farmasi, jururawat, bomba dan sebagainya.
"Berlaku defisit sekurang-kurangnya RM1.1 billion dan jumlah ini sebenarnya lebih tinggi jika meliputi kenaikan gaji kumpulan tersebut di atas," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tee yong menambah, jika pakatan pembangkang memerintah negara, mereka perlu mengurangkan 100,000 anggota perkhidmatan awam sebagai alternatif memenuhi bajet mengikut emolumen dianjurkan pada 2013, mengambil kira pelaksanaan gaji minimum sejagat. Perkara itukatanya, boleh berlaku kerana Ketua Biro Publisiti DAP, Tony Pua sebelum ini pernah mencadangkan pengurangan anggota perkhidmatan awam sebanyak 40 peratus.
Katanya, peruntukan mengurus bajet alternatif pembangkang juga meragukan kerana jumlah pembayaran pencen untuk 2012 dan 2013 adalah sama sedangkan terdapat pesara baru setiap tahun dan berlaku pelarasan pencen untuk kenaikan gaji seperti contoh anggota polis.
Bahkan kata beliau, bayaran pencen dan emolumen dinyatakan dalam bajet ini kurang daripada angka sebenar dan dilihat sama ada bagi melakar gambaran palsu defisit bajet yang kecil atau membuktikan pentadbiran tidak kompeten.
Dalam pada itu, menurutnya, pakatan pembangkang telah berjanji untuk menurunkan harga minyak apabila menjadi kerajaan namun perkara tersebut tidak dimasukkan dalam bajet yang dibentangkan.
"Kesimpulannya, bajet pakatan pembangkang hanya satu janji yang tidak boleh ditunaikan setelah mengambil kira rekod mereka dalam menunaikan janji di negeri yang ditadbir mereka," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.






Markas Pas di Jasin Melaka kena kepung

muhibbah
Ahad lalu, selepas ke majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, TM meneruskan perjalanan ke Jasin untuk melihat pembangunan dan kemajuan yang sedang rancak dalam pembinaan.

Terdapat dua projek besar yang dibangunkan oleh kerajaan melalui projek kerjasama swasta dan PBT.

Dalam pada itu terserempak dengan sebuah markas Pas yang saiznya sebesar kandang seekor kuda.

Lucu apabila ia dikelilingi oleh bendera BN. Apakah tidak timbul rasa marah atau sememangnya mereka seperti adik beradik, sehingga boleh pacak bendera sama-sama.

Dalam perjalanan balik melalui jalan pandai sehingga ke Port Dickson, terlibat beberapa buah markas Pas yang lebih jumlahnya berbanding di Jasin.

Yang taksub pula, sampai sanggup mewarnakan semua benda dengan warna hijau. Tayar-tayar buruk yang dijadikan hiasan juga diwarnakan dengan hijau.

Adakah Pas melaka akan menyokong kafir harbi dan peliwat dalam Pru 13?

Untuk makluman, Pas Melaka berusaha keras untuk memerintah Melaka dengan memperkudakan Dap dan Pkr.

Rekod Pas Melaka, mereka tak pernah menang satu kerusi pun sejak puluhan tahun.

Lembu sakit peliharaan Bang Non

Kasihan dengan Bang Non, satu persatu usaha untuk memburukkan Umno menjadi gagal. 4 ekor lembu peliharaan Bang Non gagal dalam misi mereka.

Rafizi 'lembu' Ramli , Zuraida ' Mak Lampir' Kamarudin , Tian ' ARDA' Chua antara cai-cai Pkr yang masih tinggal.

Tian Chua dan Elizabeth Wong bukan aset besar dalam Pkr. Mereka berdua hanyalah agent ARDA yang menumpang populariti PKR sahaja.

Chua dan Wong adalah agent ARDA dalam usaha mereka menjadi rantau Asia berada di bawah cengkaman dan pengaruh Barat. ARDA kononnya ingin mendemokrasikan rantau Asia dari Utara Monggolia hinggalah ke Selatan Papua dan dari Timur Asia hinggalah ke Asia Barat.

Chua dan Wong boleh hidup mewah tanpa menjadi Adun dn Ahli Parlimen. Wong mengakui melalui ucapannya bahawa dia telah banyak menjelajah ke seluruh dunia untuk tujuan politik walaupun waktu itu beliau seorang pelajar universiti di Australia.

Rakan Chua di Singapore tidak bernasib baik seperti beliau kerana kerajaan Sg awal-awal telah menyumbat rakannya ke dalam penjara tetapi Chua bebas seperti raja dan bebas membuat onar di negara ini.

Barangkali hasil penat lelah Chua menjadi agent barat banyak mendatangkan keuntungan bagi beliau, apa tidaknya, baru-baru ini beliau menjadi jutawan mahkamah kerana berjaya menyaman kerajaan yang menahan beliau di bawah ISA.

Rafizi dan Zuraida tidaklah berapa bahaya sangat jika dibandingkan dengan Chua dan Wong. Ianya kerana kekecewaan dalam hidup menyebablkan Lembu dan Mak Lampir jadi macam tu.

Kekecewaan Rafizi kerana dibuang dari Petronas sebab itulah apa juga tindakan beliau dalam politik Pkr menggambarkan beliau seolah-olah berdendam dengan kerajaan dan Petronas.

Sewaktu dibuang dari Petronas, beliau telah memburuk-burukkan majikannya dengan menyebarkan cemuhan melalui email kepada semua orang yang dikenalinya.

Sifat keanak-anakan Rafizi dan sebagai penyimpan dendam menyebabkan Rafizi tidak disukai oleh ahli Pkr, apa lagi rakyat yang menyampah dengan kebodohan beliau.

Mak Lampir sememangnya seorang yang sakit jiwa , gagal dalam kehidupan, gagal dalam profesyen yang diceburinya, lalu dikutip oleh Bang Non untuk mengisi kekosongan MP Ampang dan kebetulan pula menang mudah sama seperti perakam video correct correct iaitu MP Bandar Tun Razak yang tak reti bercakap .

Oleh itu dalam PRU 13 akan datang, ke empat ekor binatang ini perlu dibuang jauh ke dalam lombong.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.