Isnin, 7 Mei 2012

Bar Council : Langgar Penghadang Polis Bukan Langgar Perintah Mahkamah?

PEMBANGKANG yang jadi dalang kepada rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April cuba macam-macam cara untuk tidak kelihatan tidak bersalah dalam isu rusuhan yang tercetus. Antaranya guna Majlis Peguam, pemantau dari luar dan beberapa pihak lain yang diketahui condong kepada politik mereka.


Terbaru Pakatan Rakyat menggunakan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan, untuk mengatakan tindakan melanggar penghadang yang didirikan oleh polis itu sebagai tidak melanggar undang-undang.


Kenyataan ini adalah bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh Pengerusi Bersih 3.0 sendiri, Datuk Ambiga Sreevenasan yang kesal dengan tindakan peserta Bersih 3.0 melanggar penghadang polis yang disiarkan hampir semua media utama negara pada hari kejadian iaitu Sabtu, 28hb April 2012.


Malah Ambiga minta pihak berkuasa ambil tindakan kepada puak-puak yang melanggar perintah Mahkamah tersebut.


Sekarang ada pulak peguam dari Majlis yang diketahui diperalatkan pembangkang, tampil beri kenyataan berdasarakan faham-faham sendiri, yang tujuannya untuk mengelirukan rakyat.


Penulis nak sebutkan disini, tak payah jadi peguam pun kita tahu yang langgar sekatan yang didirikan oleh polis itu adalah satu kesalahan. Kalau tak percaya, cubalah rempuh mana-mana sekatan polis yang didirikan, dan tengoklah nasib apa nak jadi selepas itu? Kalau ditembak jangan salahkan penulis.


Tapi isunya, macam mana pulak Majlis Peguam melalui Syahredzan ini boleh kata tindakan merempuh penghadang polis itu tidak melanggar undang-undang. Ya, walaupun disebutkan perintah mahkamah tapi apa beza perintah mahkamah dengan undang-undang?


Semua orang tahu ini, termasuklah Ambiga sendiri sebagai Pengerusi Bersih 3.0, siapa pulak Syahredzan untuk mengatakan sebaliknya. Persoalan melanggar undang-undang atau tidak dalam kes seumpama ini hanya layak ditentukan oleh hakim Mahkamah, bukan peguam.


Dalam masa yang sama, lihatlah bagaimana Majlis Peguam ini sudah semakin rosak dikerjakan oleh pembangkang. Kalau Majlis Peguam ini diumpamakan seperti almari, nescaya dah banyaklah bahagian almari tersebut yang berlubang dimakan anai-anai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Azmin Tuduh Ibunya Terima Habuan

Azmin Ali, si Tanggang zaman moden atau mungkin lebih tepat dipanggil si Tonggeng, nampaknya nekad untuk meneruskan permusuhan dengan keluarganya termasuk ibunya. Ibunya, yang lebih dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Mak Tom sudah buntu dalam usahanya untuk mengembalikan Azmin ke pangkal jalan.

Kerana itu, sebagai usaha terakhir Mak Tom muncul dalam televisyen, merayu anaknya agar 'membersihkan' diri. Beliau sanggup menanggung malu, berhadapan dengan masyarakat semata-mata kerana mengharapkan anaknya insaf sebelum terlambat.

Mak Tom tahu dan Mak Tom malu apabila segala kelakuan gelap Azmin, dari segi korupsi, skandal seks mahupun kedayusannya bukan lagi rahsia. Apatah lagi, dengan tindak-tanduk Azmin sendiri sudah cukup untuk membuktikan bahawa segala tuduhan tersebut adalah benar belaka.

Sebagai respon kepada tindakan Mak Tom yang muncul di kaca TV, Azmin Ali sebagai seorang politikus tulen membuat kenyataan menafikan yang dia telah berlaku derhaka kepada ibunya. Namun, saranan Mak Tom agar mengemukakan saman terhadap pihak yang berkenaan serta bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya dari tuduhan skandal seks terbaru langsung tidak diambil pusing oleh Azmin.

Malah, Azmin tergamak menuduh ibunya sebagai dibeli UMNO. Begitu rendah sekali diletakkan martabat ibu sendiri iaitu sebagai wanita tiada harga diri, tiada maruah dan tiada pendirian. Azmin seolah-olah meletakkan taraf ibunya sama dayus dan sama murah seperti dirinya yang sanggup berbuat apa saja demi kemewahan.

Sudahlah Azmin menghancurkan hati Mak Tom dengan bercakap kasar, dan enggan menjenguk beliau sekian lama, kini setelah Mak Tom membuat rayuan terbuka, Azmin bukannya cuba memperbaiki keadaan tetapi menambah lagi penderhakaannya dengan menuduh ibunya sebagai wanita yang boleh dijual-beli dengan wang.

Tidak cukup dengan itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat juga turut menghentam Mak Tom, menuduh beliau dengan tuduhan yang sama, iaitu dibeli UMNO.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khalid Gereja meroyan atau gila

Apahal mangkuk hanyun buat kenyataan lagu ni? Gila ka apa?

Patut lah dia sokong penggunaa Khalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.

Mengaji tinggi sampai London, habis duit biasiswa kerajaan ratus ribu, ini saja yang kita dapat.

Seorang pemimpin yang cakap berbelit-belit. Esok dia kata babi boleh dimakan cuma tak digalakkan saja.

Sama bodoh macam Ustaz Toriq Zainuddin seorang kakitangan kerajaan persekutuan yang mengajak jemaah sertai demo bersih 3.0, apa dia kata dalam satu ceramah ?

Sorang budak tanya dia, "pasai apa orang Islam tak boleh makan babi?" Jawab Toriq "sebab babi tu sedap, di dunia kita tak boleh makan tetapi di akhirat esok kita boleh makan la"

Haha walau pun dah lama dia cakap, gua masih ingat lorrr. Bodo punya Toriq, Bila lu mau berhenti kerja, tak haram kaa makan duit kerajaan.

Kepada Khalid pula, sudah siap kemas barang? Sebab pengundi Shah Alam sudah sedia mau ucap selamat jalan sama luu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kasihan Azmin Ali

Tiada simpati dan empati dari keluarga Anwar Ibrahim terhadap kes Azmin yang terperangkap dalam video besi yang basi.

Malam tadi TM dok check time line twitter Wan Azizah, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim, langsung tak ada satu pun antara anak beranak diatas yang berkongsi saat duka bersama Azmin. Heran juga ya! Pasai apa jadi lagu tu?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.