Terbaru Pakatan Rakyat menggunakan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan, untuk mengatakan tindakan melanggar penghadang yang didirikan oleh polis itu sebagai tidak melanggar undang-undang.
Kenyataan ini adalah bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh Pengerusi Bersih 3.0 sendiri, Datuk Ambiga Sreevenasan yang kesal dengan tindakan peserta Bersih 3.0 melanggar penghadang polis yang disiarkan hampir semua media utama negara pada hari kejadian iaitu Sabtu, 28hb April 2012.
Malah Ambiga minta pihak berkuasa ambil tindakan kepada puak-puak yang melanggar perintah Mahkamah tersebut.
Sekarang ada pulak peguam dari Majlis yang diketahui diperalatkan pembangkang, tampil beri kenyataan berdasarakan faham-faham sendiri, yang tujuannya untuk mengelirukan rakyat.
Penulis nak sebutkan disini, tak payah jadi peguam pun kita tahu yang langgar sekatan yang didirikan oleh polis itu adalah satu kesalahan. Kalau tak percaya, cubalah rempuh mana-mana sekatan polis yang didirikan, dan tengoklah nasib apa nak jadi selepas itu? Kalau ditembak jangan salahkan penulis.
Tapi isunya, macam mana pulak Majlis Peguam melalui Syahredzan ini boleh kata tindakan merempuh penghadang polis itu tidak melanggar undang-undang. Ya, walaupun disebutkan perintah mahkamah tapi apa beza perintah mahkamah dengan undang-undang?
Semua orang tahu ini, termasuklah Ambiga sendiri sebagai Pengerusi Bersih 3.0, siapa pulak Syahredzan untuk mengatakan sebaliknya. Persoalan melanggar undang-undang atau tidak dalam kes seumpama ini hanya layak ditentukan oleh hakim Mahkamah, bukan peguam.
Dalam masa yang sama, lihatlah bagaimana Majlis Peguam ini sudah semakin rosak dikerjakan oleh pembangkang. Kalau Majlis Peguam ini diumpamakan seperti almari, nescaya dah banyaklah bahagian almari tersebut yang berlubang dimakan anai-anai.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan