Selasa, 20 Ogos 2013

PTPTN

Isu pinjaman ini adalah isu tak berkesudahan, Pinjam mahu tetapi bila bayar balik, jadi liat dan kalau boleh tak mahu bayar terus.

Pernah berlaku satu kisah seorang Benggali Sigh saman kerajaan kerana Imegresen melarang beliau meninggalkan negara untuk makan angin di luar negara.

Kereta besar, rumah besar, gaji besar tetapi hutang PTPTN sengaja tak mahu bayar.

Rata-rata yang enggan membayar hutang ialah anak-anak Pas, Dap dan Pkr. Kalau anak orang BN mereka bayar.

Pernah sekali anak seorang Umno yang termakan hasutan pembangkang turut enggan membayar hutang tetapi membayar setelah kena lecture oleh ibunya.

Kata anak kepada ibu " kerajaan sepatutnya menjadikan PTPTN sebagai biasiswa dan tak perlu bayar balik"

Jawab emaknya " hang mengaji pun malas, tak bersungguh, cuba dapat 1st Class, satu sen pun tak payah bayar balik, dia jadi biasiswa, ini lah rosak otak dok dengar cakap Rafizi Lembu"

Akhir anak terdiam dan kini membayar pinjaman ikut jadual.

Tindakan KJ yang membantah disenaraikan juga tidak tetap. Kj sepatutnya menyokong usahan kerajaan.

Menentang untuk menarik golongan muda? Kalau nak tarik golongan muda pemuda mestilah rajin turun ke kampung-kampung. Sejak beberapa tahun lalu bilangan ahli Umno yang hadir ke persidangan cawangan dan bahagian semakin mengecil. Dahulu zaman 90an setaip kali persidangan bilangan pemudalah yang paling ramai.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Takziah: Bekas AJK Veteran Umno Taiping.

Ucapan takziah kepada keluarga allahyarhan EN Che Mei Bin Che Rose 79 tahun, AJK Veteran Umno Bahagian Taiping yang kembali kerahmatullah awal pagi tadi di rumah beliau di Kampung Pokok Assam Taiping.

Semasa muda arwah pernah berkhidmat sebagai 'AC' atau polis bantuan pada zaman pemerintahan British. Al-Fatihah untuk arwah semoga mendapat rahmat Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.