Rabu, 10 Oktober 2012

Dr. Yusuf Al-Qaradawi Hargai Sumbangan Malaysia

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mat Indera Sah Komunis

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUARAM Should Perform Harakiri

During the era of samurais and ninjas in Japan, it is a norm for these warriors to perform harakiri where they would tear their guts with their own swords whenever they fail in battles.

Even among Japanese themselves, harakiri is just another routine to pay off for their mistakes or to cover their shame.
In this modern world, we are not sure whether this tradition is still practiced, but for us Malaysians, we might be able to see such performance here for the very first time.

Why not? If we are to see the chain of bad luck which has been hitting SUARAM all these while, and their propaganda on Scorpene, it is clear that their shame is simply unbearable.

SUARAM who has close relationship with PKR Leader, Anwar Ibrahim, seems to be stuck in the corner. Their propaganda in the issue has been confirmed to be mere lies.

SUARAM's effort to tell rakyat that there was corruption in the purchasing process of Scorpene got to a dead end when n official statement from French government's Prosecutor, Yves Charpenel confirmed that there was no trial made upon the issue.

Other sources also confirmed that up until now, no subpoenas had been released on anyone, clearly contradictory to what SUARAM had fabricated in their effort to tarnish the image of our Prime Minister and the Government of Malaysia.

The important part would be the statement which came from Yves Charpenel because the statement proves that SUARAM is the biggest liar in Malaysia. The NGO is just as same as its mentor, Anwar because even he is famous for being a liar.

The only option for them now is whether they want to keep on lying and hope that few rakyat would still fall for it, or they should just perform harakiri.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS Akan Pecat Shahnon dan Haron Din?

Laman Suara PR semalam mengecam keras Datuk Dr. Shahnon Ahmad kerana menyifatkan kerjasama DAP-PAS adalah bercanggah dengan Islam. Kata laman tersebut yang mengaku membawa aspirasi Anwar/PR tulen, Shahnon tidak patut mengeluarkan kenyataan begitu tanpa merujuk kepada kepimpinan atasan lalu menyarankan agar Shahnon disingkirkan dari PAS.

Selain Shahnon, Dato' Dr. Haron Din juga tidak ketinggalan menjadi kecaman laman tersebut kerana menyifatkan fahaman liberal yang disokong Anwar adalah salah dan tidak ingin PAS dikaitkan dengannya.

Kenyataan Haron Din dan Shahnon Ahmad dilihat bertentangan dengan pendirian PR yang dipersetujui bersama oleh ketiga-tiga parti PKR, DAP dan PAS yang membawa imej parti berbilang kaum dan kepercayaan.

Sumber-sumber dalaman PAS memberitahu bahawa tulisan di laman Suara PR itu telah benar-benar mengejutkan golongan pro-Ulama di dalam PAS. Bagaimanapun, mereka agak 'segan' untuk menyanggahnya secara terang-terangan, bimbang dianggap mengkhianati kesepakatan.

Dari kacamata politik PR, apa yang ditulis oleh laman tersebut tentulah tepat dan wajar diterima kerana jelas Shahnon dan Haron Din tidak berpijak di bumi nyata. Kedua-dua mereka nampaknya masih menafikan hakikat bahawa PAS itu adalah sebahagian dari PR di mana hala tuju PR wajib dan tidak dapat dielak dari menjadi hala tuju PAS juga.

Oleh itu, tindakan mereka mengkritik persoalan asas yang menjadi tali pengikat pakatan itu dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada PR dan juga PAS.

Lebih-lebih lagi apabila PAS telah menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah. Ini bermakna, PAS sedia dan redha akan ke arah mana jua Anwar ingin membawa negara ini.

Justeru tindakan Haron Din menolak fahaman liberal Anwar serta tindakan Shahnon mengkritik kerjasama dengan DAP adalah sama dengan menolak mentah-mentah Pakatan Rakyat, sekali gus PAS itu sendiri. Ini kerana, PAS adalah PR dan PR adalah PAS.

Kewujudan individu seperti Haron Din dan Shahnon di dalam PAS pastinya menyukarkan usaha PR untuk mempamerkan kekuatan gabungan pakatan mereka kepada rakyat. Dan pastinya juga menyukarkan usaha PAS untuk meyakinkan DAP dan PKR mengenai kesetiaan mereka terhadap pakatan tersebut.

Apatah lagi dengan keadaan di mana PAS masih lagi belum dapat memulihkan ketegangan antara parti itu dengan DAP yang ditimbulkan oleh Nasharuddin Mat Isa.

Sehingga kini, kepimpinan tertinggi PAS masih berdiam diri. Mungkin pening memikirkan cara untuk menghadapi perkembangan terbaru ini tanpa memperjudikan sokongan umat Melayu Islam dan tanpa menyinggung DAP dan Anwar atau menjejaskan Pakatan Rakyat.

PAS cukup maklum bahawa Haron Din dan Shahnon masing-masing punya pengaruh dan kekuatan sendiri di kalangan penyokong PAS dan orang Melayu. Mengambil tindakan tegas terhadap mereka bermakna bala kepada PAS. Sedangkan bala yang bernama Dato' Dr. Hasan Ali juga, PAS masih terkial-kial untuk menepis.

Memandangkan PRU hampir tiba dan penyokong mereka juga semakin resah maka PAS perlu membuat pilihan iaitu sama ada menerima hakikat bahawa parti itu dan PR adalah satu, atau keluar saja dari pakatan yang mengelirukan mereka itu.

PAS tidak boleh menjulang seorang Perdana Menteri berfahaman liberal tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam. Dan PAS tidak boleh bekerjasama dengan DAP yang membawa agenda Kristian, tetapi di masa yang sama ingin menegakkan Islam.

Justeru, Haron Din dan Shahnon dan semua penyokong PAS perlu melihat artikel di laman Suara PR itu sebagai satu cabaran untuk memilih hanya satu jalan untuk meneruskan perjuangan. Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menyusuri dua jalan yang bertentangan, kecualilah jika diri mereka dikerat dua dan diheret menuju kedua-dua destinasi dalam keadaan tidak bernyawa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Dr Mazlee akan sertai PKR

Dr mazlee malik akan umum masuk PKR dalam masa terdekat dan dipercayai bakal jadi calon parti itu untuk parlimen Muar.

Doktor falsafah dalam bidang hukum Islam bakal menjadikan Islam sebagai agama pluralisme dan islam moderate .

Takbir.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ceramah Ustaz Nasharuddin Mat Isa di PWTC dedah pekung DAP, Ajak Umat Islam Bersatu

Beliau menyuarakan rasa hairan mengapa usaha untuk membincangkan masalah umat Islam terutamanya melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti UMNO dan PAS dilihat sebagai 'taboo' atau dalam bahasa mudahnya 'haram'.

Dari sudut politik Nasharudin dikira sudah langgar tembok menyuarakan semula pendirian dan pandangannya mengenai isu yang kontrovesial di kacamata PAS ini.                                                                                 
"Adakah agama mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa?" kata yang dipercayai merujuk kepada sikap konservatif sesetengah pimpinan atasan  PAS dan golongan Anwarinas parti itu yang membuka diri berdakap dengan DAP.

Beliau mengingatkan kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri tanpa bantuan dari bukan Islam.

Katanya jika benar begitu,takdirnya dalam PRU13 nanti,kumpulan bukan Islam memenangi suara terbanyak dalam parlimen,apakah amalan Islam yang terlaksana dalam pelbagai institusi kini termasuk Mahkamah Syariah,Perbankan Islam,Majlis Agama Islam Negeri-negeri dapat dipertahankan malah diperbaiki atau ia dihapus secara perlahan-lahan.

Beliau menegaskan Karpal tidak berhak menentang perundangan yang ditetapkan Allah.

⁠Bekas Timbalan Presiden PAS itu juga menyuarakan sokongannya pada pandangan Timbalan Musyridul Am PAS,Datuk Dr Haron Din yang hentam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana lancar buku seorang tokoh Islam liberal India yang tolak negara Islam di Kuala Lumpur baru-baru ini

Pada awal ucapannya Nasharudin telah mencuri perhatian para peserta bila mendakwa satu majlis kesyukuran  telah diadakan selepas pilihanraya negeri Sarawak dimana ada doa dibuat agar  Malaysia menjadi negara Kristian.

Beliau mengajak umat Islam bersatu untuk berdepan dengan strategi  yang dirancang oleh musuh Allah di negara ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.