Khamis, 6 Disember 2012

Bukti Penyokong Anwar Ganas & Zalim

Pergaduhan yang berlaku di Batu 9, Gombak Utara sebenarnya memperlihatkan dengan jelas betapa budaya ganas sudah agak sinonim dengan gerombolan penyokong pakatan pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim.

Jika tidak kerana penyokong gerombolan PR yang bukan anak tempatan memulakan acara membaling batu pastinya tiada individu dari kedua-dua belah pihak yang cedera sampai berdarah-darah.

Alasan PR kononnya keganasan dimulakan oleh penyokong BN sukar untuk diterima, lebih-lebih lagi ramai sedia maklum sejak dulu hingga sekarang bab-bab mengganas ini biasanya sinonim dengan penyokong PR yang terkenal dengan pembawaan panas baran dan akal pendek.

Untuk sembunyikan kebenaran sambil meraih simpati umum, maka ditayangkanlah gambar seorang penyokongnya yang berdarah dilengan kemudian dipaparkan sehelai baju kuning berlogo PKR, DAP dan PAS.

Geng mereka yang memulakan balingan batu dan objek keras yang lain disembunyikan dari pengetahuan umum. Propaganda politik yang bijak untuk seketika cuma.

Ini mengingatkan kita kepada watak Bob Samurai, seorang penyokong PR yang kononnya cedera dilibas dengan pedang samurai semasa PRK Bagan Pinang.

Yang buat kecoh dan memulakan pergeseran ialah para penyokong PR, bila rakyat tempatan naik marah serta mula bertindakbalas maka disensasikan cerita konon lelaki bernama Bob itu cedera dilibas dengan pedang samurai oleh penyokong UMNO.

Bila disiasat rupanya kesan hirisan pada baju Bob hanyalah rekaan, luka sebenar langsung tak kelihatan, kecuali yang nampak kesan darah yang sengaja dibuat-buat untuk memantapkan propaganda bagi meraih simpati menjelang tarikh pengundian pilihanraya kecil itu sahaja.

Adakah propaganda tersebut berjaya? Tentu sahaja tidak, kerana sedari awal rakyat majoriti tahu segalanya hanya berlaku mengikut skrip garapan yang dikehendaki Anwar, dek kerana itu majoriti pengundi nekad menolak PR semasa PRK Bagan Pinang itu.

Pernahkan dikalangan kita terfikir sejenak dan bertanya pada diri sendiri kenapa senario politik negara sejak 1998 hingga sekarang senantiasa saja panas membara berbanding suasana politik sebelum September 1998?

Jawapan sebenarnya mudah, segala-galanya mempunyai kaitan langsung dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sekian ramai sudah ketahui watak dan pembawaannya lebih mendahulukan kepentingan peribadi berbanding hak orang ramai.

Lihat sajalah kekecohan yang dicetuskan oleh penyokongnya sewaktu zaman gelap reformasi terlepas kerusi Timbalan Perdana Menteri sekitar 1998 hingga 2000, terutama sekali melalui demonstrasi jalanan di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Habis jahanam pelbagai harta benda awam malah ketenteraman orang ramai pun tergugat dek kerana betapa liarnya penyokong Anwar yang dirasuk syaitan berhimpun sana sini dan mengamuk sakan seolah-olah negara ini bapak Anwar yang punya.

Sampaikan bangunan UMNO di PWTC pun diserbunya, habis kaca pintu pecah bertaburan. Itu semua hasil kelakuan siapa? Penyokong Anwar. Ganas dan zalim sudah jadi budaya mereka. Bapak borek anak rintik.

Sebelum kerasukan reformasi itu rakyat dapat hidup aman damai dek kerana kurangnya penghasut seperti Anwar, orang ramai walau berbeza parti jarang sangat berhimpun tunjuk kekuatan di atas jalanraya atau berbalah sakan sampai tak ingat dunia.

Lama sebelum itu sekitar tahun 70-an, Anwar dan penyokongnya juga yang bikin hiruk piruk hingga membawa kepada demonstrasi ganas para pelajar selepas dihasut dengan cerita bohong oleh Anwar kononnya penduduk di Baling, Kedah mati kelaparan.

Namun bila Anwar berada dalam Kerajaan barisan Nasional, semuanya aman tenteram dek kerana nafsunya untuk menikmati kerusi empuk sebagai pemimpin negara tercapai.

Kecuali semasa ke Memali di Baling pada pertengahan 1980-an yang terjadi dek kerana amukan sekumpulan pengikut PAS yang kemaruk nak mati syahid untuk menegakkan negara Islam ala PAS, tapi lebih 20 tahun kemudiannya Allah s.w.t tunjukkan musibat seorang pemimpin apabila Presiden PAS, Hadi Awang mengakui negara Islam tidak wujud pun dalam Al-Quran.

Dan untuk tambah sedikit lagi input para pembaca semua, cuba tanya pada diri sendiri siapakah yang berarak di Bandaraya KL berbaju kuning kemudian melanggar arahan polis termasuklah merempuh hadangan di KLCC dan Dataran Merdeka? Itulah pengikut Anwar dan penyokong PR.

Yang membaling objek dan kon keselamatan sehingga kenderaan polis hilang kawalan juga dilakukan oleh penyokong Anwar dan PR. Yang memijak-mijak bumbung kemudian menterbalikkan kenderaan polis juga penyokong Anwar dan PR.

Semua kelakuan biadap, ganas dan zalim ini sudah lama dibiarkan tanpa tindakan sewajarnya, hinggakan semakin ramai orang kian mual dan menyampah dengan pembawaan politik PR yang diluar tabie.

Jadinya, janganlah pelik apabila tiba hari penentuan PRU 13 nanti rakyat ramai bersuara tegas menolak PR dan Anwar, sebagaimana mereka tekad menolak propaganda murahan yang PR lakukan semasa PRK Bagan Pinang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Evidence That Anwar's Supporters Are Brutal And Cruel

The fight which occurred at Batu 9, Gombak Utara only clearly showed how brutal the opposition supporters which is led by Anwar Ibrahim really are.

If PR supporters did not start the fight by throwing stones, no one would have bled.
PR's excuse in this was that the violence was triggered by BN supporters sounds simply stupid, especially when we are all aware of their violence on streets.

To hide the truth by raising sympathy from the public, they then start to publish pictures showing one of their supporters covered in blood at his arms.

The fact that their gang was the first to throw heavy objects are hidden from the public eye. A smart political propaganda which would only last for a while.

This reminds us to an individual known as Bob Samurai, a PR supporter who was said to have been slashed by a samurai sword during Bagan Pinang mini election.

The ones who triggered the clash was PR supporters themselves, and when locals began to be raged upon the matter, they began to sensationalize the story by saying that Bob was slashed by a samurai sword by UMNO supporters.

When investigation was taken, the slice mark was just made up, there was no real wound at all, except for the blood effects which was made up only to strengthen their propaganda.

Did the propaganda work? Of course not, because rakyat knew that everything was done according to the script which was written by Anwar, that is why majority voters decided to reject PR during Bagan Pinang's mini election.

Have we ever wondered why the nation's political scenario would always be in a stir since 1998, far different than before September 1998?

The answer is easy, everything has to do with PKR's General Leader, Anwar Ibrahim who always puts himself first.

Just look at how much chaos has his supporters made during the reformation era around 1998 until 2000, especially through street demonstrations at Kuala Lumpur.
Before the reformation era, everyone was living a harmonious life, people in different parties rarely assemble to show their power in streets.

Long before this, in the 70's, Anwar and his supporters caused a stir which led to a violent demonstration by students after they were told by Anwar who said that people in Baling, Kedah are dying because of hunger.
But when Anwar was in Barisan Nasional government, everything went back to normal as he gets what he wants.

Except for the Memali tragedy in the 80's when PAS extremists got too exited to die in syahid just to establish their PAS Islamic state, only to find out that 20 years later, PAS President, Hadi Awang announced that Islamic State has never existed in the Quran.
And just for another extra input for readers, ask yourselves, who were the ones who rallied around Kuala Lumpur in yellow shirts whom then broken police orders by rushing through the barricades set at KLCC as well as the Merdeka Square? That is how violent Anwar and PR supporters really are.

The ones who threw heavy objects to police vehicles then flipping it over, all Anwar supporters.

Every one of them are rude and violent, but they somehow get to roam free without any charge that people are getting tired of PR's politics.

So, do not be surprised when rakyat decides to reject Anwar and PR in the coming GE13, just like how they rejected the cheap propaganda which is brought by PR during Bagan Pinang's mini election.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Anwar kritik Perhimpunan Agung UMNO.---

Kenyataan media Senator Ezam Mohd Nor

1. Saya sarankan Anwar berhenti melalak kritik dan perkecil perhimpunan agung UMNO.

2.beliau sepatutnya malu UMNO jauh lebih baik dari zamannya dahulu dan terlalu jauh lebih baik amalan demokrasi berbanding PKR yang amal demokerusi dan agih anak-beranak dan kroni.

3.perhimpunan umno hari ini lebih baik krn tiada lagi pemimpin rakus kuasa spt anwar didalam umno.

4.semasa perhimpunan umno zamannya, anwar gunakan perhimpunan untuk agenda peribadi.naikkan namanya dan benam pemimpin2 lain.malah beliau atur sendiri perwakilan mana yg perlu dipilih berucap dan karang isi ucapan untuk tujuan tersebut.

5.semasa saya setpol beliau saya yg diminta anwar utk mengatur agenda jahat beliau itu dgn arahan langsung drpd anwar.

sekian.

Ezam Mohd Nor.
Dewan Negara.
5dec2012
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.