Rabu, 24 Oktober 2012

Tiada Perbicaraan Scorpene, SUARAM Bunuh Altantuya?

Setelah tidak mampu menangkis kebenaran, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian kapal selam scorpene di Perancis, SUARAM tidak mampu lagi meneruskan penipuan yang sama. Sekali gus, Cynthia Gabriel terpaksa mengakui bahawa berita yang disebarnya termasuk senarai nama individu yang akan disapina hanyalah rekaan semata-mata. Atau dalam ertikata lain, Cynthia Gabriel terpaksa mengaku yang dia telah menipu seluruh dunia.

Walaupun begitu, tidak bermakna si pengkhianat ini merasa malu atau bersalah kerana menipu kerana sifat itu sudah tidak lagi ada dalam dirinya. Sebaliknya, Cynthia dan SUARAM bertekad untuk terus menipu tetapi dengan menukar sedikit haluannya sahaja.

Lagipun, penipuan perlu diteruskan untuk memastikan segala usaha dan dana yang dilabur pihak asing selama ini tidak sia-sia begitu saja.

Dalam menipu, SUARAM tidak segan silu menggunakan nama sesiapa sahaja termasuk Kerajaan dan Hakim Perancis, isteri Perdana Menteri, Jasbir Singh Chahl untuk mengukuhkan cerita dongeng mereka.

Dan nampaknya, walaupun setelah penipuan mereka terdedah, SUARAM masih lagi tidak tahu malu dengan menggunakan Modus Operandi yang sama dalam usaha untuk menjatuhkan kerajaan BN, iaitu menipu dengan mempergunakan nama seseorang lain pula.

Kali ini, nama yang dipilih ialah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Menurut SUARAM, Tan Sri Musa akan bercakap dengan wartawan di Bangkok berkenaan pembunuhan Altantuya. Tajuk program tersebut ialah 'Pendedahan baru dalam pembunuhan Altantuya'.

Tan Sri Musa yang terkejut dengan berita tersebut, pantas menafikannya. Beliau tidak faham kenapa ada yang suka-suka menipu dengan menggunakan namanya. Beliau menegaskan yang beliau berada di sini, di Malaysia dan tidak terlibat dengan program di Bangkok itu.

Nampaknya, muka Cynthia Gabriel ini kalau diukur pastinya setebal dinding kalis radioaktif, kerana langsung tidak tahu malu menipu secara terang-terangan.

Hakikatnya, jika pendakwa Perancis sendiri telah membuat kenyataan rasmi bahawa tidak ada perbicaraan pembelian kapal selam dan mengesahkan bahawa SUARAM telah berbohong mengenainya, maka secara automatik segala-gala kes atau kejadian yang dikaitkan dengan perbicaraan pembelian kapal selam yang dijaja SUARAM adalah juga satu pembohongan.

Ini termasuklah mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi atau kerajaan Malaysia dalam pembunuhan Altantuya.

SUARAM mendakwa bahawa pembunuhan Altantuya adalah didalangi kepimpinan tertinggi dan kemudiannya dilaksanakan atau disaksikan sendiri oleh atau Datin Seri Rosmah. Pembunuhan itu kononnya bertitik tolak dari penglibatan mereka dalam rasuah pembelian kapal selam.

Justeru, jika mahkamah Perancis telah mendapati bahawa aduan SUARAM berkenaan kerajaan Malaysia dan kepimpinan tertinggi terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam tersebut adalah tidak berasas serta menolaknya mentah-mentah, maka ia sekali gus bermakna bahawa kisah berkenaan penglibatan mereka dalam pembunuhan Altantuya juga adalah rekaan SUARAM semata-mata.

Memandangkan telah terbutki bahawa SUARAM sengaja mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kerajaan dalam rasuah, dan SUARAM juga mengada-adakan cerita mengenai penglibatan kepimpinan tertinggi dalam pembunuhan, maka persoalan yang timbul kini ialah "berapa jauhkan SUARAM sanggup lakukan untuk mengada-adakan kaitan pemimpin kerajaan dalam rasuah dan satu pembunuhan?"

Atau, dalam bahasa mudah di kalangan rakyat, sanggupkah SUARAM membunuh bagi mengada-adakan pembohongan ini semata-mata untuk memastikan kerajaan Malaysia tumbang?

Ini adalah antara isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia hari ini. Dan isu ini jugalah yang akan menghantui pembangkang menjelang pilihanraya akan datang kerana umum tahu bahawa SUARAM itu adalah topeng pembangkang.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PEMBANGKANG TIN KOSONG PENUH RETORIK SAHAJA

Pembangkang dilihat semakin gagal untuk meyakinkan rakyat sebagai alternatif kepada Barisan Nasional.

Setiap hari ada sahaja kelemahan pembangkang didedahkan di dada-dada akhbar mahupun melalui internet.

Kegagalan Selangor menyediakan perancangan pengurusan air yang efektif di negeri menyebabkan negeri paling kaya di Malaysia bakal menghadapi krisis air yang teruk menjelang 2014.

Gambaran krisis yang akan menyebabkan merundumnya perkembangan pesat ekonomi yang telah dibina sejak merdeka di bawah pemerintahan BN bukanlkah sesuatu yang diada-adakan oleh kerajaan untuk menyerang pembangkang.

Ia adalah amat benar tetapi malangnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghidapi sindrom penafian yang serius.

Walaupun kerajaan pusat merayu agar isu air tidak dipolitikkan dan kebajikan rakyat diutamakan, gesaan itu bagai mencurah air di daun keladi.

Begitu juga kegagalan kerajaan PAS di Kelantan menyediakan bekalan air yang bersih kepada rakyat negeri itu juga adalah satu realiti pahit yang terpaksa diterima.

Sejak 22 tahun lamanya PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu, kebajikan rakyat yang rata-ratanya terdiri daripada orang Melayu tidak dihiraukan.

Walaupun berdegar-degar mencanangkan slogan 'Membangun Bersama Islam' dan 'Negara Kebajikan' namun nilai-nilai tersebut tidak langsung menjadi agenda utama PAS yang menjadikan politik kepartian sebagai asas perjuangan mereka.

PAS hanya mahu mendapat kuasa politik semata-mata tetapi apabila rakyat memberi mereka amanah untuk memerintah, kacau bilau pentadbiran negeri dibuatnya dan akhirnya negeri menjadi mundur dan corot dari segi pencapaian negeri.

Lihat sahaja gelagat ahli-ahli parlimen pembangkang di sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Banyak masa dibuang oleh pembangkang berkelahi dan bertikam lidah dengan Speaker hanya atas perkara remeh temeh berhubung peraturan mesyuarat dan perkara-perkara enteng.

Pembangkang gagal mengangkat agenda yang lebih besar dan penting iaitu program pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Mereka membazirkan masa perbahasan untuk membuat tuduhan dan melontar pelbagai fitnah terhadap anggota dan pentadbiran kerajaan.

Setakat ini tidak ada apa-apa wadah yang di bawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang boleh dibanggakan.

Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2013 pada 28 September lalu, Anwar pun terhegeh-hegeh memintas untuk membentang bajet alternatif.

Kononnya beliaulah bekas Menteri Kewangan terhebat yang mampu menjana pemikiran ekonomi yang paling innovatif.

Malangnya apabila dikupas dan analisa oleh pakar ekonomi dan kewangan jelas Anwar tidak faham langsung apa yang dibentangkan.

Kesimpulannya, negara akan bankrap di bawah pembangkang dan ekonomi akan menguncup jika bajet alternatif mereka dilaksanakan.

Pembangkang amat berbangga dengan Buku Jingga yang seolah-olah dianggap sebagai kitab suci yang menggariskan program serta dasar bakal dilaksanakan sekiranya mereka memerintah negara.

Bagaimanapun Buku Jingga tidak lebih daripada koleksi mimpi-mimpi PKR, PAS dan DAP yang tidak realistik seperti menghapuskan PTPTN, menghapuskan kutipan tol lebuhraya, pendidikan percuma, mengurangkan harga minyak dan sebagainya.

Tidak pernah didengar Buku Jingga mendapat pujian pakar ekonomi samada dalam negara atau peringkat antarabangsa.

Sebenarnya Buku Jingga adalah program syok sendiri pihak pembangkang yang tidak berdiri di bumi nyata.

Yang tidak boleh pembangkang nafikan adalah hakikat bahawa akhbar berpengaruh seperti Financial Times memberi pujian tinggi kepada Perdana Menteri kerana berjaya meneraju ekonomi Malaysia di saat dunia bergelut dengan pelbagi krisis kewangan.

Perkembangan ekonomi Malaysia yang sihat serta program transformasi ekonomi dan kerajaan yang jelas, tersusun serta membuahkan hasil yang memberangsangan telah mengejutkan pemerhati ekonomi luar.

Tidak pun didengar media Barat yang satu masa dahulu memuji Anwar sebagai tokoh kewangan yang hebat, memberi sanjungan yang sama apabila beliau membentang bajet alternatifnya.

Hakikatnya dunia luar memerhati prestasi pembangkang kerana jika air percuma di Selangor pun tidak mampu diberi kepada rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 2008, masakan janji pembangkang boleh dipercayai sekiranya mereka memerintah kerajaan pusat.

Memang semuanya nampak cantik dan mulus di atas kertas tetapi kenyataannya PKR, PAS dan DAP bertelagah sesama sendiri dari segi dasar perjuangan dan ideologi.

Dokumen persefahaman bersama yang ditangani ketiga-tiga pemimpin pembangkang pada 2009 tidak menyebut pelaksanaan hukum hudud yang menjadi nadi perjuangan PAS.

Tetapi di luar sana, PAS dan DAP terus berkelahi mengenai isu hukum hudud yang tetap ditolak oleh parti cauvinis Cina itu sementara PAS tidak berganjak daripada pendiriannya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selangor perlu lupus hak dalam IPP Genting dan KESAS highway

Pakatan seperti biasa membantah IPP & tol tapi Kerajaan Selangor tetapi masih mengekalkan 25% Genting IPP & 30% highway tol Kesas.

Akai ada kah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.