Sabtu, 18 Mei 2013

Suasana pilu di Hospital Taiping

Jenazah arwah Sharudin Ahmad kini ditempatkan dibilik menunggu untuk dibawa balik ke Bagan Serai

YB Exco Perak yang baru dilantik semula Dato Zahir dan mantan adun Semanggol En Sakidol antara yang awal tiba untuk menziarahi jenazah.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Al-Fatihah Sharudin Ahmad meninggal sebentar tadi

Calon BN Dun Selinsing PRU 13 yang dikejarkan ke hospital 2 hari lepas telah meninggal dunia sebentar tadi.

Jenazahnya akan di bawa balik ke rumah keluarganya di Bagan Serai malam ini juga

Semoga roh allahyarham mendapat rahmat Allah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Barisan Exco Perak Mantap

1 YAB DS Dr Zaambry
Pengerusi Agamaa, kewangan, keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancang Ekonomi, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

2.YB Dato Saarani Mohammad
Pengerusi Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

3. YB Dato Zahir Khalid
Pengerusi Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor

4. YB Dato Zainol Fadzi Paharudin
Pengerusi Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air

5.YB Dato Rusnah Kassim
Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Intergrasi Nasional

6. YB Dato Samsudin Abu Hassan
Pengerusi Hal Ehwal Pengguna, Sumber Manusia dan Masyarakat Sivil (NGO)

7.YB Ust Md Nizar Zakaria
Pengerusi Pendidikan Islan, Pembangunan Sahsiah, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

8. YB Puan Nolee Ashilin Radzi
Pengerusi Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayan

9. YB Dr Mohd Amin Zakaria
Pengerusi Pelajaran,Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

10 YB Datuk Shahrul Zaman Yahya
Pengerusi Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerajaan BN Perak bakal tumbang 6 bulan lagi

Menurut sumber dalaman Pas Perak, Pakatan Haram (Dap/Pas/Pkr) akan menumbangkan kerajaan BN secara petisyen atau tindakan mahkamah.

Sebelum ini Pas merancang untuk membuat bantahan semua kerusi Dun yang dimenangi oleh BN tetapi perkiraan akhir Pas hanya akan bawa hanya 6 kes sahaja ke mahkamah.

Pun begitu beberapa calon Pas yang kalah tidak bersetuju dengan cadangan bekas menteri besar tersebut, dan secara peribadi beliau telah menerima kekalahan tersebut secara proses pemilihan dan beliau yakin dengan keputusan yang dibuat rakyat pada 5 Mei lalu, tetapi atas kehendak parti beliau akur dengan sebarang keputusan yang bakal diambil oleh pucuk pimpinan negeri.

Ada sumber lain menyatakan, ini adalah perancangan Dap negeri Perak yang mahu menang dengan apa cara sekali pun.

Jika menang 6 kes bererti Pas akan menubuhkan kerajaan baru bersama Dap dan Pkr.. BN akan jadi pembangkang dengan hanya 25 kerusi dan Pakatan Haram 34 kerusi.

Full stop
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.