Isnin, 6 Mei 2013
Bukti Dap tidak percaya kepada Pas
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jawapan untuk ini kali lah
WAJIB ORG ISLAM UMNO JAWAB INNALILLAH.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Propaganda pembangkang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Buang cepat berhala calon Pas Kamunting
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas Balik Pulau Bayan Lepas, sana terpelau sini terlepas
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Biadab : terbalik bendera
Datuk nenek mereka lari menaiki tongkang mencari tanah baru untuk hidup. Kini anak cucu lupa jus soli, lupa kontrak sosial, lupa segalanya.
Ini semua kerana parti ultra Dap.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Renungan semua org2 melayu dan kpd semua org2 PAS & PKR.
JUMLAH PARLIMEN : BN = 140
PAS = 23
PKR = 31
DAP = 28
PRU 2013
JUMLAH PARLIMEN : BN = 133
PAS = 21
PKR = 28
DAP = 38
JUMLAH KERUSI BN HILANG SEBANYAK 7 KERUSI
JUMLAH KERUSI PAS HILANG SEBANYAK 2 KERUSI
JUMLAH KERUSI PKR HILANG SEBANYAK 3 KERUSI
JUMLAH KERUSI DAP BERTAMBAH SEBANYAK 10 KERUSI...
JADI, Dap juga yang bijak. Dap tak perlu bertanding 70 atau 80 kerusi. Cukup dengan 51 kerusi yang penting mereka boleh menang bergaya.
Yang menang sorak ialah Melayu dalam Pas, Pkr dan Dap.
Sekarang dun Selangor pula siapa nak jadi MB?
DAP 15 PAS 15 PKR 14 hanya 14 kerusi.
Dap kena lambung duit lah, siapa anak dan siapa ibu?
Untuk PRU akan datang Pas perlu meneruskan agenda mereka dengan menyokong DAP lagi, agar cita-cita Pas untuk menguasai Putrajaya berhasil.
Di perak BN menang, Tm nak tengok siapa paling seronok
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Asalkan Bukan Umno, pilih
Lihat bagaimana tian chua masih dipilih sbg wakil rakyat walaupun beliau telah terang2 menghina askar2 kita....tp...undi askar juga separuh telah mengundi pkr parti yg diwakili tian chua...pelik tp benar..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas berbangga kerana sokongan Cina Dap
Di UPU Taman Daya, tempat penempatan pengundi Cina di Selayang, calon PAS berjaya mendapat 1681 undi berbanding BN hanya mendapat 160 undi sahaja.
Ini bermakna, Cina bukan memberikan undi kepada DAP tetapi memberikan sepenuhnya undi mereka kepada Pakatan Rakyat.
"Saya menang dengan majoriti 7467 kerana sokongan pengundi bandar khasnya orang Cina," kata Zaidy Talib calon PAS yang menang di DUN Taman Templer.
Baca lagi: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/19010-90-peratus-cina-sokong-pas-di-selangor#.UYdPiLX-FM0
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Hala tujun calon Parlimen BN yang tewas
Janganlah tinggalkan mereka yang kalah di tangan pembangkang. Jasa mereka sangat besar kepada tanah air.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Cerita black out 2008 timbul lagi
Saya ketawa bila isu blackout dijadikan salah satu sandaran utama fitnah..walau x ade tempat kejadian..dan tak mengiayakan mana2 pendapat...namun logik dan amalinya...gelap mcm mana pun boleh dilihat peti2 diangkut atau tida...pintu saluran ada atau tidak..paling penting wujudnya tercokoh disitu ejen parti..gelap setara mana pun...akan nampak la bayang2 apatah lagi kan ada bulan putih campur ijau..terang punya..bangla masuk tuko peti pon blh napok dan dengor...jom ketawa bersama menangis pon bersama...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Cina tolak tepi slogan 1 Malaysia
Oleh yang demikian MCA dan Gerakan perlu mengeluarkan laporan terperinci menyatakan sebab kegagalan mereka.
MCA dan komponen lain yang kalah teruk juga janganlah menerima jawatan menteri atas tiket senator. Mereka haruslah menunjukkan rasa kecewa mereka kepada pengundi. Selagi Najib memberi kerusi Senator dan jawatan dalam kabinet selagi itulah sikap pengundi Cina tidak berubah.
Di Taiping, TM cukup sedih apabila pengundi Cina menolak Tan Lian Hoe dan Soo Kay Ping, dua tokoh ini cukup berkalibar pun ditolak oleh pengundi cina, tetapi menerima orang yang tidak buat kerja dan kuat menfitnah untuk menang buat penggal kedua.
BN kini boleh berbangga di kawasan kampung dan pedalaman. Contohnya Larut semua menang, mereka dipedalaman Sarawak dan Sabah semua menang.
Oleh itu segala peruntukan dan pembangunan boleh diberikan kepada kawasan mereka.
Lupakanlah mereka dibandar yang tidak tahu bersyukur.
Kesedaran remaja Melayu sebagai pengundi masih kurang, anak-anak muda cina awal-awal pagi sudah berbaris panjang untuk mebgundi bagi pihak DAP.
Untuk 5 tahun akan datang Najib wajar menukar slogan 1 Malaysia kepada istilah lain seperti 1 bumiputra atau lain-lain yang sesuai.
Untuk maklumat selanjutnya Sangkakala Jari 9 ada butirannya.
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/05/melayu-kena-tipu-dengan-cina.html?m=1
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Bila BN Perah menang 31 kerusi
Di Taiping dan Bukit Gantang pun lambat keluar.
Pas Taiping melompat gembira di luar dewan MPT apabila semua calon Dap menang. Walaupun Pas Kamunting gagal menewaskan calon BN, Pas tetap bergembira malam tadi. Suasana tegang juga berlaku di Dewan Bunga Raya Changkat Jering, kerana ramai penyokong Pas berhimpin sehingga mengganggu kenderaan atau konvoi yang membawa peti undi untuk dikumpulkan di sana.
Suasan cemas juga berlaku di Kediaman Menteri Besar. Pihak media juga cemas terutama media dari akhbar melayu, media cina dilihat tidak sabar untuk menyambut berita kemenangan Dap.
Cuma dalam suasana tenang itu adalah dua tiga ekor yang akhirnya terjerit-jerit bila keputusan memihak kepada BN.
Apakah mereka seronok kerana boleh berada di SUK lagi, apa mereka seronok kontrak mereka disambung lagi, apa merekaa seronok kerana kejayaan BN, apakah mereka berkata kejayaan BN adalah hasil usaha mereka?
Jika itu jawapannya ternyata mereka silap. Perak gagal menang 2/3 dan mereka jangan bangga lah dengan 31 kerusi.
Seluruh ahli Umno yang setia masih bersedih dengan keputusan malam tadi, bagaimana mereka boleh selamba badak seronok bagai nak rak?
Sudah lah, War Room Perak sebenarnya gagal.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.
Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.
Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.
Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
BN dalam bahaya untuk PRU 14
80 peratus yang keluar mengundi hanya ada 2 niat, pertama menjatuhkan kerajaan dan kedua mempertahankan kerajaan.
BN menang banyak hanya dari saluran 1 dan 2 dan saluran orang muda memihak kepada lawan.
Lambat laun BN akan kecundang juga. Kecundang kerana kontrak sosial dicabuli. Kecundang kerana pengaruh Syiah yang semakin kuat. Kecundang jika Umno dan BN tidak membuka ruang kepada cerdik pandai menyertai parti.
Hari ini ramai golongan professional disekat daripada menyertai parti komponen BN kerana takut, takut kerusi parti diambil alih oleh golongan ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
KEPUTUSAN/RESULTS - PERAK N07 Batu Kurau
1. MUHAMMAD AMIN ZAKARIA (BN)...........9,789
2. Mohammad Fadzil Alias (PKR)..........5,955
Jumlah pengundi/Turnout.................16,003
Peratus/Percentage........................86.2%
Undi ditolak/Votes rejected................222
Majoriti/Majority........................3,834
Penyandang/Incumbent: Datuk Mohd Najmuddin Elias: BN
Undi diperoleh/Votes polled: 2008: 7,023
Majoriti/Majority: 2,439
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.