Rabu, 13 Jun 2012

Negeri Pakatan Rakyat Patut Umum Tarikh Bubar Dun

ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.

Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan dengan tarikh pembubaran parlimen.

Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka. Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang. Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN.

Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat.

Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib.

Kalau Pakatan Rakyat sendiri pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh.

Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi. Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa. Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan.

Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai. Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.

Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.

Petikan : suarapakatanrakyat.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SUARAM Menghina Mahkamah Perancis

Nampaknya SUARAM dan pembangkang tetap berdegil ingin terus bermain dengan isu kapal selam scorpene walaupun tuduhan mereka telah dijawab dan dipatahkan berkali-kali.

Sudah menjadi taktik pembangkang untuk 'buat bodoh' apabila terkantoi dan akan terus memainkan fitnah yang sama walaupun ia telah dijawab berkali-kali beserta dengan bukti. Contohnya, isu cincin Datin Seri Rosmah, isu anak Dato' Seri Najib berbelanja di Australia sehinggalah isu pembunuhan Altantuya dan scorpene ini, yang mana semuanya telah diperjelaskan dan bukti telah pun dikemukakan bagi menafikan tuduhan mereka.

Dalam kes scorpene ini, SUARAM dan pembangkang telah pergi 'agak jauh' iaitu dengan menggunakan nama mahkamah negara asing bagi menguatkan hujah mereka. SUARAM juga menyatakan bahawa kes ini sedang disiasat dan kononnya terdapat penemuan dokumen komunikasi dan transaksi yang menunjukkan wujudnya permintaan rasuah secara terang-terangan.

Kononnya juga, Perdana Menteri akan disapina dan diheret ke mahkamah Perancis. Malah lebih dahsyat lagi, mereka mengaitkan pula urusniaga dan rasuah tersebut dengan pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan membayangkan pembabitan Perdana Menteri dalam semua kes ini.

Pembangkang nampaknya benar-benar berpegang dengan kata-kata bahawa, 'lebih besar penipuan itu lebih ramai yang akan percaya'. Sebenarnya, tidak semestinya. Ada kalanya apabila penipuan itu terlalu besar ia akan menjadi raksaksa yang memakan diri.

Hakikatnya, benar, ada aduan rasuah mengenai pembelian kapal selam scorpene dari DCNS oleh Malaysia yang dibuat oleh SUARAM kepada mahkamah Perancis. Dan tidak seperti di Malaysia, di mana pihak polis atau SPRM yang bertanggungjawab menyiasat sesuatu aduan rasuah, di Perancis, pihak mahkamah yang menyiasatnya di bawah arahan Hakim.

Selama siasatan dibuat iaitu dalam masa 2 – 3 tahun, mengikut anggaran hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang bertanggungjawab bagi kes ini, pihak yang terlibat tidak dibenarkan membuat sebarang komen atau boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah. Dan sekiranya, siasatan mendapati hakim memerlukan keterangan dari mana-mana pihak di Malaysia, maka hanya polis Malaysia yang boleh mendapatkan keterangan dari pihak yang berkenaan dengan kehadiran pegawai kehakiman dari Perancis.

Oleh itu, tidak timbul soal mengsapina Perdana Menteri atau sesiapa saja dari Malaysia untuk hadir di mahkamah Perancis.

Sekiranya, hakim mendapati terdapat keperluan untuk membawa kes ke perbicaraan, maka beliau perlu mengemukakan permohonan kepada mahkamah yang lebih tinggi kerana hanya mahkamah yang lebih tinggi yang dapat menentukan sama ada kes tersebut boleh dibicarakan atau tidak.

Jelaslah, apa yang dilakukan oleh SUARAM, iaitu mewar-warkan apa yang dikatakan mereka sebagai 'bukti' serta membuat komen, malah kenyataan rasmi terbuka di media, adalah satu bentuk penghinaan yang serius terhadap mahkamah Perancis. Maka, secara rasminya SUARAM boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah sekiranya ada pihak yang membuat aduan terhadap mereka.

Jika kita lihat perkembangan kes ini di Perancis sendiri atau di mana-mana jua, kita akan dapati tiada langsung komen dari pihak DCNS yang dikatakan sama-sama memikul kesalahan jika benar telah terlibat memberi rasuah dalam urusniaga kapal selam dengan Malaysia.

Ini kerana DCNS cukup arif mengenai prosedur undang-undang di negaranya dan mengelak untuk memberi komen, membela diri atau menjelaskan apa-apa mengenai apa-apa jua.

Hanya SUARAM a.k.a pembangkang Malaysia yang ke hulu ke hilir menjaja cerita rasuah antara DCNS dengan Malaysia. Kerana apa? Kerana pilihanraya semakin hampir, itu saja.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tangguh Haji: Kalau Ketua Penerangan Cakap Pun Pandangan Peribadi, Apa Yang Rasmi?

TUAN Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang. Dia adalah Ketua Penerangan PAS, pendek kata kalau PAS itu manusia, Tuan Ibrahim adalah lidahnya. Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi, punch keluar pukul 5.00 petang. Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti, berkenaan hal parti juga, dimana dan bila diperlukan.

Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain pakat-pakat menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji, sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.

Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim tu? Di samping dia sendiri sebagai Ketua Penerangan, hal yang dia bercakap itu pun hal parti, melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.

Yang kita nampak, pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong sebab sudah jelas satu Malaysia orang marah dengan PAS kerana sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti, macamlah yang nak menyelamatkan kita di akhirat besok PAS, bukan amal ibadat kepada Allah swt.

Selain PAS mahu melihat sendiri respon orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya. Kalau siar guna Harakah, selain backfire kepada diri mereka semula, respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja, bukan khalayak yang lebih ramai. Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.

Apa yang penulis nak tegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS, cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan, maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim. Seperti biasa, Tuan Ibrahim akan senyap seketika, orang lain ambil alih (contoh Idris Ahmad), dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.

Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS, maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya? Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama, dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku, politik suku (Amanat Hadi Awang).

Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat, terutama orang Islam di Malaysia ini. Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran, berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.

Itu yang buat ada segelintir rakyat yang terpengaruh, maklum, pembohongan yang disebut berulang-ulang, akhirnya akan nampak macam betul.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Propaganda baru puak yahudi majusi Malaysia

Berikut adalah petikan daripada laman KBBUTV3 (kami boikot buletin utama tv3)... Facebook page .

Carta ini mungkin dari bilik perang atau war room pakatan pembangkang.

Di Perak maklumat Pas menyatakan mereka telah menguasai semua dun sepanjang Sungai Perak, dari Grik hinggalah ke Teluk Intan.

Pas juga akan menang di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu. Manakala Dap akan kekal di Pulau Pinang dan akan menang besar di Negeri Sembilan.

Pkr akan kekal di kubu kuat mereka Selangor, manakala BN akan terus bertahan di Sabah, Sarawak, Johor, Melaka dan Pahang.

Untuk BN kekal menang di semua Dun dan Parlimen, BN hendaklah mempunyai head count yang tepat bukan berdasarkan ramalan dan pengalaman yang lalu.

Laporan war room yang ada sebelum ini hanyalah andaian semata-mata. BN perlu hubungi setiap pengundi saramai 12 juta melalui telefon atau perjumpaan 4 mata untuk membuat perkiraan awal.

Ia bukan mustahil untuk dilaksanakan kerana BN mempunyai keupayaan untuk melakukannya.

Seperkara lagi ialah perang politik. Hari ini menjadi satu trend pentas ceramah bersebelahan, masing-masing berlawan dalam pentas masing-masing.

Ia satu usaha yang cukup baik. Anwar Ibrahim berpeluh lenjun dan akan lari awal atau membatalkan terus ceramahnya.

Jangan takut kepada puak-puak yahudi dan majusi kerana ia membuktikan mereka gagal bila berdepan begitu.

Jangan risau akan keselamatan orang ramai. PDRM sedia menempatkan FRU di tengah-tengah untuk menjaga keselamatan awam.

FRU pun nak juga turun padang hari-hari, dok berkawad dalam kem hari-hari pun boring juga.

Politik dilawan dengan politik. Tak perlu saman menyaman atau buat laporan polis. Negara ini negara demokrasi tetapi jangan sampai menyentuh perlembagaan dan ketuanan melayu lah kerana ia boleh menyebabkan orang Melayu mengamuk atau turun minyak.

Kepada orang cina Dap harus sedar diri, datuk nenek awak dulu telah bersumpah setia taat kepada pemerintah, kenapa hari ini jadi penderhaka?

Bersambung/_
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.