Rabu, 31 Oktober 2012

Siapa PM Selepas Anwar Disingkir?

Telah tersebar akan perjanjian sulit secara lisan antara PAS-DAP bahawa jika Pakatan Rakyat berjaya memerintah maka PAS dan DAP akan memastikan hayat Anwar sebagai Perdana Menteri tidak lama. Malah, lebih singkat dari dua tahun iaitu jangkamasa yang dicongak sebelum ini.

Sumber terbaru memberitahu bahawa mengikut perkiraan, PAS dan DAP hanya akan memberi masa selama dua bulan kepada Anwar untuk duduk di atas takhta Putrajaya sebelum disumbat kembali ke dalam penjara.

Perjanjian ini dibuat kerana DAP dan PAS cukup maklum akan siapa Anwar sebenarnya dan mereka juga tidak sanggup untuk berketuakan seorang yang sebegitu kotor sekali. Lebih dari itu, dengan tersingkirnya Anwar, sekurang-kurangnya kuasa yang diperolehi tidak perlu dibahagi tiga, tetapi hanya dua iaitu antara PAS dan DAP.

PRU 2008 menyaksikan DAP memenangi 28 kerusi dan PAS 23 kerusi, sekali gus menandakan yang kuasa DAP adalah melebihi PAS. Dalam PRU-13, DAP nekad bertanding lebih banyak kerusi iaitu pertambahan 43 kerusi menjadi 90. Tetapi ini dinafikan oleh DAP yang menyatakan bahawa parti tersebut hanya akan bertanding 60 kerusi berbanding PAS 66.

Penafian DAP diragui memandangkan kesungguhan mereka untuk meletakkan calon Melayu dalam PRU nanti, sekali gus menjejaskan peluang PAS. Mengenali sikap kiasu dan perkauman DAP, mereka tidak akan sekali-kali membiarkan parti mereka berada di bawah penguasaan parti lain, terutama PAS, yang mewakili Melayu.

Melihat dari senario ini, PAS tidak mungkin mampu mengatasi DAP dari segala segi iaitu dari segi jumlah kerusi, kekuatan diri untuk menentang keputusan dan kehendak DAP serta dari segi kebolehan untuk mentadbir. Oleh itu, DAP akan dengan mudah mengenepikan PAS dan melantik pemimpin mereka sebagai Perdana Menteri.

Kita tidak melihat bagaimana Hadi Awang mampu mengatasi kelicikan Kit Siang, sedangkan kelicikan kumpulan Anwarinas di dalam PAS juga tidak mampu diatasinya. Hadi Awang adalah lebih sebagai simbol sahaja dan bukan Presiden dalam ertikata sebenar. Malah beliau juga sering melepaskan tanggungjawab mempengerusikan mesyuarat kepada orang lain dan sekadar memberi kata aluan pembukaan dan penutup sahaja.

Jika Hadi Awang adalah simbol, Nik Aziz pula hanyalah maskot bagi mempromosikan imej 'Ulama'. Maskot ini terus digunakan sebagai 'logo' walaupun sudah terlalu uzur dan segala segi. Jelas, kewujudan Nik Aziz di dalam PAS bukanlah untuk memimpin tetapi untuk dipimpin tangan bila berjalan. Ke mana arah kakinya berjalan pula bergantung kepada siapa yang memimpin tangannya.

Dengan hakikat yang amat menyedihkan ini, bagaimana PAS mampu mengatasi DAP dan memastikan jawatan utama menjadi milik mereka? Apatah lagi dengan Timbalan Presiden, Mat Sabu yang sudah terkenal sebagai barua DAP yang paling setia?

Justeru, senario yang pasti berlaku sekiranya PR mengambil alih tampuk pemerintahan ialah Anwar akan menjadi Perdana Menteri selama dua bulan sebelum jawatan itu dirampas oleh DAP, manakala PAS menjadi Timbalan yang bersifat boneka atau tiada jawatan penting langsug.

Maka DAP pun akan meneruskan agenda mereka untuk menghapuskan hak istimewa Melayu, institusi Raja-raja, Askar Melayu DiRaja serta menjadikan negara ini sebagai sekular akan dilaksanakan seberapa segera.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

OPPOSITIONS ON ATTACK MODE BUT YOUNG VOTERS ARE WISE AND KNOWLEDGEABLE

So the opposition parties are making so much noise, diverting the voters' focus on their planned policies to the purported expose' of wrongdoings in ruling BN.

With the Dewan Rakyat in session, the oppositions are now on an attack mode, trying to dig further into all kinds of tenders and policies, wishing the Cabinet Ministers would bungle in their replies.

If this happens, they would then shout about it, making sure the voters know the ruling BN bungled in so many things and this would create the impression that the BN has done many wrongs.

But the most important thing here for the oppositions is that voters would forget to ask their policies and how they would rule if given the chance because these voters are busy watching how the oppositions grill

Ministers on the issues raised.
Smart and shrewd, the oppositions have in fact managed to divert the focus of voters from the real issues to the 'make believe world of 'blunders and abuse of power' in BN administration.

Voters already forgotten about the shadow cabinet the oppositions are supposed to announce so that voters know exactly what they will be getting if they vote the oppositions in power.

Anwar Ibrahim, the de facto chief will not announce the shadow cabinet line-up fearing that this would affect the oppositions' chance of being voted into power, he assumes probably.

Firstly, the shadow cabinet he has would comprise old veterans, the likes of Karpal Singh and Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang and Nik Aziz Nik Mat, and he himself as well as the old veterans in his party PKR.
Secondly the line-up would reveal clearly cronyism and family dynasty such as Lim Guan Eng, Nurul Ezah and Karpal's sons and not to be missed Anwar's crony such as Azmin Ali and few others.

In short, announcing the shadow cabinet would 'turn off voters' as the young voters are looking forward to young fresh faces who are intellectuals, honest and wise.

The 'tastes' or criteria for people's representatives have changed the scenario and political outlook and the young voters, comprising some 3 million, are no longer 'limited to those who can talk' but more importantly those who are honest and talk with intelligence.

Forget about Hudud laws and racial debates, they want development that can benefit them in their daily life and families, Islamic state or not, so long they can live peacefully and harmoniously as well as earn a living that can give them and their families a comfortable life.

They are no longer taken in or attracted with the loud talks and promises that have no basis because they are more knowledgeable than the elder politicians assume.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz Enggan Berundur Sebab Nak Jadi Perdana Menteri

Menteri Besar Kelantan, datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telahpun mengesahkan keinginannya untuk terus menerajui kepimpinan PAS disamping tetap bersedia untuk bertanding lagi dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13).

Kata Nik Aziz, soal kesihatannya bukanlah satu isu besar kerana yang penting ialah memiliki kekuatan minda dan ketajaman fikiran untuk terus berjuang.

Entahlah setakat mana tajamnya pemikiran Nik Aziz kerana sejak 22 tahun memerintah Kelantan, hakikatnya beliau hanya lebih banyak berceramah politik siang dan malam berbanding kerja buat untuk kebajikan rakyat jelata.

Malah dalam banyak mesyuarat Exco Negeri yang penah dipengerusikannya, beliau lebih banyak mengangguk dan sesuka hati tandatangan itu ini tanpa mendalami dan memahami sesatu perkara berbanding menyumbang buah fikiran yang bernas yang bermanfaat untuk kebaikan rakyat.

Pendek kata, hadirnya Nik Aziz dalam Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar sebagai simbol keramat hidup untuk kepentingan politik PAS disamping memanaskan kerusi MB sahaja sambil makan gaji buta.

Dalam pada itu, keeengganan Nik Aziz untuk berundur dari dunia politik yang sudah mendarah daging dalam dirinya sejak lebih 4 dekad lalu itu juga sebenarnya tersirat satu matlamat lain.

Ada ura-ura mengatakan, wujud perancangan dari pihak tertentu dalam PAS untuk meletakkan Nik Aziz bertanding di peringkat Parlimen sebagai persediaan kononnya untuk menjadi Perdana Menteri gantian selepas Ketua Umum PKR.

Misal kata PR berjaya mengambil alih pemerintahan di peringkat pusat, Anwar Ibrahim dikatakan cuma akan menjadi PM untuk selama dua bulan sahaja, selepas itu pemimpin PR yang lain akan memaksa Anwar supaya meletakkan jawatan dengan ancaman pendedahan skandal peribadinya.

Bagi sesetengah pemimpin PAS, mereka melihat Nik Aziz sebagai calon yang serasi untuk menyatukan kelompok pemimpin dalam PR walaupun sebenarnya dari segi hal urus tadbir, beliau sebenarnya agak naif.

Selain Nik Aziz, calon lain yang dikatakan berada dalam posisi berhak untuk menyandang jawatan PM ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng.

Mungkin ura-ura tersebut hanyalah sekadar gossip-gossip pilihanraya buat penyedap halwa telinga, namun bila dilihat pada nafsu duniawi Nik Aziz yang masih kemaruk untuk bergayut pada kuasa, tak mustahil memang benar orang tua haprak itu pun sebenarnya memang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kerajaan Kedah Guna Rasuah Lobi Projek

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan Audit Negeri Pembangkang Mengelirukan

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Laporan Audit- Sarawak Paling Cemerlang Bukan Selangor

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Allah S.W.T Berkati Kepimpinan BN, Minyak Muncul Di Pahang

Penemuan rizab minyak tambahan di medan minyak Bertam, kira-kira 160km dari luar pantai negeri Pahang pastinya merupakan satu rezeki yang nikmatnya akan dirasai oleh seluruh penduduk negeri itu.

Dalam satu kenyataan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak semalam, beliau secara rasmi mengesahkan penemuan medan minyak tersebut yang dijangkakan memulakan pengeluarannya pada suku ketiga tahun 2014.

Berdasarkan kajian kebolehlaksanaan teknikal dan komersial, dianggarkan pengeluaran minyak dari lokasi Blok PM 307 itu akan mencapai jumlah pengeluaran sekitar 17,500 hingga 20,000 tong sehari bermula.

Memandangkan medan minyak baru ini berada di Pelantar Benua dan jaraknya melebihi 3 batu nautika dari pantai negeri Pahang, maka ia berada dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sepenuhnya.

Dengan kata lain, negeri Pahang tidak layak untuk menerima pembayaran royalti ataupun lebih tepat lagi "bayaran tunai" 5% disebabkan medan minyak yang ditemui itu tidak berada dalam lingkungan 3 batu nautika.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat masih boleh mengunakan budi bicaranya menyalurkan dan menyumbang sejumlah Wang Ehsan kepada negeri Pahang atas faktor keprihatinannya demi kebajikan rakyat negeri tersebut.

Berikutan itu, atas faktor keprihatinan itu maka negeri Pahang bakal beroleh Wang Ehsan daripada Kerajaan Pusat yang dianggarkan berjumlah sekitar RM100 juta setahun.

Limpahan rezeki dan nikmat kurniaan Allah s.w.t ini tentulah amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang. Tanpa perlu mendesak, menyaman atau mengugut, mereka juga berpeluang menikmati hasil kekayaan dari dasar laut itu.

Selain Pahang, negeri Kelantan juga pernah menerima Wang Ehsan berjumlah RM20 juta selepas disahkan wujud aktiviti pengeluaran gas di luar pantai Kelantan.

Sebelum ini, Kerajaan PAS Kelantan pernah mendabik dada penemuan bijih emas dan besi di Kelantan adalah simbol keberkatan kepada pemerintahan PAS di negeri itu.

Maka tidak salah untuk kita nyatakan penemuan minyak di luar pantai Pahang adalah tanda betapa kepimpinan Kerajaan BN telah mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.

Bezanya, di Kelantan aktiviti cari gali emas dan besi lebih banyak menguntungkan penyangak dan perompak harta benda rakyat melalui perlombongan haram yang dilindungi para gengster upahan pro PAS.

Namun di Pahang pula, limpah kurnia rezeki dari Allah s.w.t ini InsyaAllah bakal dimanfaatkan untuk kebaikan rakyat jelata.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jual aset PKNS: Sultan Selangor murka? (Utusan)

Oleh Zaini Hassan

AL-KISAH baginda Sultan Selangor yang memerintah negeri makmur dan kaya Selangor Darul Ehsan dikatakan teramatlah mengambil berat mengenai nasib PKNS. PKNS ialah sebuah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yang dipertanggungjawabkan membina rumah-rumah mampu milik khususnya untuk orang miskin bandar, terutamanya orang Melayu.

Itulah asas penubuhannya sejak puluhan tahun lalu. Orang Melayu yang berhijrah ke bandar dan tinggal di pinggir KL ditawarkan menghuni rumah-rumah murah PKNS.

Ada yang tinggal di flat-flat, ada di rumah-rumah teres. Ruang niaga juga dibina bagi memberi peluang orang-orang Melayu berniaga kecil-kecilan.

Dengan membangunnya Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor, rumah-rumah PKNS didirikan di merata seksyen. Ia memberi kemudahan kepada orang Melayu tinggal.

Orang-orang Melayu tidak mampu tinggal di banglo-banglo mahal di Petaling Jaya atau Bukit Damansara atau Subang Jaya maka terbinalah rumah-rumah PKNS di kawasan Datuk Keramat di Kelana Jaya, di Ampang, Shah Alam serta di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan.

Almarhum Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda baginda Sultan sekarang amat gembira dengan perkembangan itu. MAsjid biru yang diberi nama almarhum dibina dan dikelilingi tasik indah. Bagunan SUK yang juga diberi atas nama almarhum didirika di atas bukit. Shah Alam bagaikan bandar raya atas kayangan.

Almarhum kemudian mangkat dengan amannya(Al-Fatihah)

Kini anakanda almarhum mengambil alih takhta bersemayam.

Istana Bukit Kayangan dan Istana Mestika menjadi saksi bertapa majunya bandar raya Shah Alam, satu-satunya bandar raya paling tersusun dan terancang orang Melayu yang dibangunkan PNKS.

Tiada mana-mana bandar raya seumpamanya di Malaysia yang begitu berjaya seperti Shah Alam, selain Putrajaya.

Selama 50 tahun tiada masalah yang timbul dalam pentadbiran kerajaan Selangor juga PKNS. Tiada juga terdengar kekecohan pada Yayasan Selangor (YS). Tanah dan aset-aset PKNS dan YS sangat banyak di merata lembah kelang dan cukup strategik. Sebahagian besar tanah itu dibeli oleh entiti-entiti tersebut mahupun dikurniakan oleh Sultan Selangor.

Nilai hartanah kedua-dua entiti ini cukup mahal. Ia termasuklah mercu bangunan Yayasan Selangor di tengah-tengah kawasan Bukit Bintang. Kononnya bangunan itu dulu cuba disunting DAP untuk dijadikan ibu pejabat parti. Namun cubaan itu dikatakan gagal.

Semangat Menteri-Menteri Besar Selangor terdahulu yang diterajui oleh pimpinan UMNO tetap utuh untuk mempertahankan entiti-entiti ini.

Nasib Melayu bandar jangan sama sekali diperjudikan. Para pemimpin dahulu sangat menitikberatkan soal geopolitik orang Melayu dan ketompokan kawasan pilihan raya orang Melayu. Ia bagi memastikan 'survival' politik Melayu terus kekal di kawasan-kawasan pinggir Kuala Lumpur.

Shah Alam kini yang menjadi kubu geopolitik paling kukuh oleh Melayu telah berubah. Sejak Selangor diperintah secara face to face oleh DAP, banyak perubahan telah berlaku. MBnya sekarang ialah Melayu tetapi kuasangan dipegang oleh tangan-tangan DAP. Pas dan para pemimpinnya pula hanya menang berceramah dan bersorak.

Para pemimpin DAP telah berada dalam lembaga pengarah entiti-entiti Selangor itu. Mereka ada dalam lembaga pengarah PKNS, dalam SACC(pusat Konvensyen Shah Alam yang dibina di zaman Dr. Khir Toyo) dan dalam entiti yang lain.

Mereka sudah tahu kekuatan dan kelemahan entiti-entiti itu.

Baru-baru ini al-kisah dimaklumkan bahawa KBDYMM baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah memanggil Pengurus Besar PKNS, Othman Omar, yang popular sebagai OO, untuk menghadapnya.

Baginda amat mengambil berat soal PKNS sebagaimana almarhum ayahanda baginda telah bertanya mengenai perkembangan perbadanan itu dan kepentingan orang Melayu.

Al-kisah baginda menasihatkan supaya PKNS dipelihara dan dikekalkan falsafah penubuhannya. Kuota Bumiputera harus dipertahankan. Itu ingatan Tuanku Sultan.

OO pun dengan penuh yakin berkata semuanya baik-baik belaka Tuanku. Semuanya OK Tuanku!

Nak dijadikan cerita, tiba-tiba meletup berita dalam akhbar, yang menurut puak-puak Pas akhbar-akhbar itu hanya menjual fitnah, bahawa lima aset PKNS akan dijual.

Ia termasuklah Kompleks PKNS di Shah Alam yang menjadi ikon bandar raya itu. Kompleks PKNS adalah umpama Kompleks Pekan Rabu Alor Star. Para pelawat ke bandar raya itu pasti akan wajib singgah di situ. Kononnya Kompleks itu dijual dengan harga RM85 juta.

Aset-aset lain yang kononnya akan dijual ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta), Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan wisma Yakin (7 juta).

Pacal yang hina pastinya akan beranggapan Tuanku Sultan sudah tentu akan murka mendengar kisah ini.

Apa sudah jadi, OO kata semuanya OK. kini KO pula?

Jika dijual apa akan jadi kepada PKNS? Apa akan jadi kepada peniaga Melayu di kompleks-kompleks itu? Sudah tentu pembeli baru aset-aset itu akan menaikkan sewanya? siapa yang akan membelinya?

Jika dijual, walaupun kepada anak syarikat PKNS sendiri, adakah falsafah asal PKNS akan dicairkan dan kepentingan orang Melayu tidak dikisahkan lagi?

Adakah kelemahan sudah diketahui dan ini caranya untuk melunturkannya?

Benarkan sebuah syarikat ditubuhkan untuk membeli aset-aset itu. benarkan ia dijual kepada Private Real Estate Company (PREC)

Al-kisahnya pihak-pihak yang mahu membeli aset itu telah meminta diserahkan geran-geran supaya transaksi boleh diteruskan dan ditukar nama.


Tapi di dalam PKNS bukan semuanya seperti 'puak-puak itu'.

Ada pihak dalam PKNS yang masih bersemangat waja. Mereka melambat-lambatkan transaksi itu. Pemberian geran-geran itu untuk transfer dilengah-lengahkan. Mereka amat bimbang dengan penjualan ini. Mereka amat bimbang apa akan jadi akhirnya kepada PKNS?

Hati mereka ialah sewaja para pemimpin terdahulu. Sewaja semangt roh Tuanku Sultan dan Almarhum Tuanku Sultan. Sewaja MB-MB terdahulu, termasuk semangat waja pengasas PKNS yang juga bekas MB selangor, Allahyarham Tan Sri Harun Idris.

Satu sumber dalaman PKNS, yang bersemangat dan berhati waja membuat pendedahan yang lebih dasyat kepada Utusan Malaysia hujung minggu lalu.

Kerajaan Selangor naungan DAP dikatakan bukan mahu jual lima sahaja aset PKNS, tetapi kesemuanya.

Menurut sumber itu, sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREc dan di dalam perancangan meraka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu,

Menurut sumber itu, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

Hairan, jika dikatakan tidak untung tahun lalu PKNS membayar lima bulan bonus kepada kakitangannya.

Saya berharap PKNS jangan terlalu ghairah mengejar keuntungan sehingga mengorbankan falsafah asalnya.

Persoalannya : Adakah wang penjualan itu yang dicairkan, kemudiannya akan disalurkan ke tabung-tabung politik?

Pilihanraya sudah dekat. wang kena pakai banyak.

Itu hanyalah pendapat umum yang dikutip oleh pacal yang hina ini.

Akhir kata, Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun. Sembah Patik Harap Diampun

Pacal yang hina ini mohon berundur diri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Akaun Selangor, P.Pinang mengelirukan (Utusan)

Kuala Lumpur : Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) meminta Ketua Audit Negara untuk menyemak semula beberapa kemasukan dalam akaun hasil bagi kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menimbulkan kekeliruan.

Ahli Parlimen Ledang, Hamim Samuri berkata, kajian oleh BNBBC terhadap Laporan Audit Mengenai Pengurusan Kewangan di Peringkat Negeri-Negeri mendapati ada keadaan yang mana wang daripada akaun amanah negeri (hasil bukan cukai) dimasukkan ke dalam akaun hasil.

Di samping itu, menurut beliau, wujud juga keadaan yang mana wang yang disalurkan daripada kerajaan Pusat tidak dibelanjakan oleh kerajaan negeri

"Saya ingin membuat pembetulan sekiranya ada orang berkata Menteri Besar Selangor paling cemerlangdari segi pengurusan kewangan kerana negeri paling cemerlang adalah Sarawak.

"Saya hendak tegaskan disini, dari segi kedudukan kewangan yang disatukan, negeri yang terbaik adalah Sarawak dengan RM18.4 billion, diikuti Sabah dengan RM2.6 billion dan kemudian baru Selangor RM1.9 billion serta Pulau Pinang RM1.1 bilion" katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas perkara sama, Ahli Parlimen Kota Belut, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, setiap kerajaan negeri mempunyai tiga jenis hasil cukai, akaun amanah negeri serta penerimaan hasil dari Kerajaan Pusat.

"Akaun amanah hanya boleh digunakan untuk tujuan khusus tetapi sebelum audit dibuat, beberapa kerajaan negeri ini telah memindahkan wang dari akaun amanah ke dalam akaun hasil dan mengangapnya sebagai hasil pendapatan kerajaan negeri.

"Mereka buat silap mata, ambil dari poket kanan dan masukkan ke dalam poket kiri. Ini juga apa dikatakan sebagai 'Creative Accounting' dan kita minta Ketua Audit Negara untuk menyiasat semula beberapa entri (hasil) yang perlu dilihat di Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Membangkitkan perkara yang sama, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, beliau memberi contoh kegagalan kerajaan negeri Selangor menggunakan sepenuhnya peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat menerusi Kumpulan wang Amanah Penyelengaraan Jalan Raya Negeri dan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris).

"Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan kerajaan negeri Selangor hanya membelanjakan sebanyak 58 peratus peruntukan dan masih ada baki RM319 juta yang masih belum digunakan untuk membaiki dan menyelenggarakan jalan-jalan di negeri Selangor.

"Malangnya, kita dimaklumkan wang sebanyak RM5.15 juta daripada peruntukkan Marris ini dikeluarkan kerajaan negeri Selangor dengan diberikan kepada Syarikat Pendidikan Industri YS Sdn. Bhd. (PIYSB) untuk membiayai pinjaman membina Universiti Selangor (Unisel) dan ini adalah salah guna duit penyelenggaraan jalan," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Lajim Ukin Bakal TPM?

Baru saja Pakatan Rakyat meraikan 'kemenangan' mereka memancing atau mungkin juga 'membeli' pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.

Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan 'standard' yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba. Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung

Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik. Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja. Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.

Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri. Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah. Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.

Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri. Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba 'tawar-menawar' harga dirinya untuk dijual beli.

Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.

Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang 'standard' juga kepadanya. Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.

Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah&Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.

Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah&Sarawak wajib diambil-kira. Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran, iaitu Jeffrey Kitingan, Parti Reformasi Negeri (STAR). Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang.

Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey. Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas. Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR.

Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu.

Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap 'survivor' dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar. Jeffrey juga difahamkan telah memahami 'isyarat-isyarat' Anwar.

Namun, kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah. Anwar kini terpaksa menimbang semula antara kepercayaannya dengan pengaruh kedua-dua pemimpin Sabah itu, di kalangan rakyat tempatan.

Nampaknya, Anwar mungkin telah memikirkan segala-galanya untuk menghadapi PRU ini tetapi Anwar tetap gagal memikirkan satu perkara iaitu sentimen rakyat yang muak dengan personaliti yang gila kuasa. Anwar juga lupa bahawa rakyat hari ini boleh mengenalpasti ahli politik yang tamak dan korup kerana rakyat kini cukup bijak untuk membaca yang tersirat dari tindakan dan kenyataan di media.

Jeffrey mahupun Lajim kedua-duanya telah menunjukkan sikap tamak dan gila kuasa dengan melompat ke sana ke mari mencari tempat yang tinggi untuk bersemayam. Ahli politik seperti ini jarang sekali hiraukan nasib rakyat dan tidak mustahil atau besar kemungkinan, adalah korup juga. Oleh itu, apakah Anwar pasti yang rakyat mampu menerima mana-mana dari mereka sebagai TPM jika PR berjaya memenangi pilihanraya? Dan apakah Anwar yakin yang mereka boleh menang di kawasan yang ditandingi setelah menunjukkan kerakusan mereka kepada rakyat?

Dari sudut lain pula, apakah jaminan bagi Jeffrey ataupun Lajim untuk memastikan yang segala janji dan isyarat yang diberikan Anwar kepada mereka bukanlah umpan semata-mata? Apabila umpan sudah mengena, belum tentu apa yang dijanji akan dilaksana.


Apapun, suka penulis mengingatkan mereka bahawa memungkiri janji bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, mahupun PR.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.