Isnin, 19 Disember 2011

CUEPACS minta tangguh SBPA



Omar Osman (dua dari kanan) menunjukkan siaran akhbar mengenai bantahan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam kepada sebahagian penjawat awam di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Presiden CUEPACS, Azih Muda (kanan). - BERNAMA


KUALA LUMPUR 18 Dis. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akan berkuat kuasa 1 Januari depan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya mahu CUEPACS diberi hak untuk turut sama dalam perundingan mengenai pelaksanaan skim tersebut.
"Kami sangat kecewa kerana kerajaan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak langsung mengadakan rundingan dengan CUEPACS sebelum menggubal dan melaksanakan SBPA.
"Tidak seperti sebelum ini, kami sentiasa diberi peluang untuk turut terlibat dalam rundingan sebelum sesuatu skim untuk kakitangan awam dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Bantahan SPBA di sini, hari ini.
Omar menegaskan kerajaan seharusnya memastikan setiap kakitangan perkhidmatan awam yang berjumlah 1.4 juta orang menerima maklumat tepat dan mendalam sebelum menerima opsyen pelaksanaan SBPA.
"Ini kerana, pegawai JPA yang membuat taklimat mengenai SPBA kepada kakitangan awam memberi maklumat berbeza-berbeza mengenai skim tersebut.
"Oleh itu, CUEPACS akan mengutarakan beberapa perkara mengenai SPBA yang dilihat mengelirukan kakitangan awam pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 22 Disember ini," katanya.
Jelas Omar, pada pertemuan itu nanti, CUEPACS juga akan membawa isu mengapa kesatuan itu tidak diberi peluang untuk turut sama dalam perundingan bersama-sama JPA sebelum skim itu dilaksanakan.
"Selain itu, tempoh opsyen yang singkat dan kenaikan gred gaji yang berbeza-beza akan dibincangkan pada pertemuan tersebut," katanya.
Omar sekali lagi menasihatkan penjawat awam agar menunggu keputusan pihaknya pada perbincangan yang akan diadakan bersama Najib sebelum menerima SBPA.

Tindakan ahli SMM biadab



Mohamed Khaled Nordin menyampaikan cek TEKUN kepada salah seorang penerima sambil diiringi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad (dua dari kiri) di Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 18 Dis. – Tindakan sekumpulan ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menurunkan bendera yang memaparkan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berdemonstrasi menuntut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dimansuhkan di Kuala Lumpur, semalam adalah satu perbuatan biadab.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab dan siasatan perlu dilakukan terhadap pelakunya.
“Ini adalah satu tindakan biadab, reaksinya kita tengok pada kesannya. Selain itu, kalau demonstrasi ini melibatkan kerosakan harta awam, penuntut yang terlibat kena bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan.
“Kita nasihatkan kumpulan penuntut terbabit supaya tidak lakukan sesuatu yang boleh menyinggung pihak lain,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Komuniti Pasir Gudang dekat sini, hari ini.
Semalam, kira-kira 200 mahasiswa berkumpul dan berarak untuk menggesa AUKU dimansuhkan kerana didakwa, antaranya menyekat kebebasan akademik, hak untuk berpolitik, kebebasan bersuara dan diberi autonomi menjalankan pilihan raya kampus.
Sebelum menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, beberapa ahlinya ketika berpiket di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bertindak menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri.
Bendera tersebut adalah salah satu daripada lima yang mengibarkan gambar Najib dan semua bekas Perdana Menteri dan mereka menggantikannya dengan bendera kumpulan mereka.

Apa saranan pembangkang terhadap semua VC

Pelajar IPT yang berdemo Sabtu lepas serta bertindak biadap dengan menyerang PWTC dan menurunkan bendera Najib telah terdedah dan identiti pelajar pun telah diketahui umum. Mereka didalangi oleh parti politik pembangkang terutama PKR.

Hajat sebenar Anwar ialah mahukan pelajar IPT awam dan swasta mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9 Januari dan apa yang berlaku Sabtu lepas hanya acara memanaskan badan sahaja.

Menurut kenyataan media lebih dari 400 pelajar terlibat dari pelbagai IPT.

Parti pembangkang pula sebelum ini sering meminta pemimpin kerajaan meletakkan jawatan sekiranya sesuatu perkara terjadi dan tidak digemari oleh mereka.

Kali ini kita harap pemimpin pembangkang dapatlah kirannya mendesak semua Timbalan Chaselor atau VC meletakkan jawatan kerana gagal menjaga tindkah laku dan peragai biadap pelajar-pelajar mereka. Harap ada peminpin PKR buat laporan kepada Suhakam, Suaram dan sebagainya tentang salah laku pelajar IPTA dan IPTS yang terlibat dengan demontrasi.

Berani?

Malam Media Negeri Perak 2011

20111217 Anti AUKU demo Sokongan moral veteran demonstran

Turun Bendera Najib : Adam Hampir Ditumbuk

Kenyataan yang keluar dari mulut anak setan

KENYATAAN ADAM ADLI "SAYA TIDAK AKAN MINTA MAAF DGN PM" DLM YOUTUBE ATAS TINDAKAN MENURUNKAN BENDERA D PWTC, ADALAH SATU TINDAKAN KURANG HAJAR DAN MELAMPAU. PELAMPAU MAHASISWA INI HARUS DI AMBIL TINDAKAN, TERUTAMA PIHAK IPT UPSI KEATAS BELIAU. BELIAU BOLEH DI KATEGORIKAN SEBAGAI KALDAI BANGSAT YG DERHAKA.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cabaran TM kepada Mahasiswa yang biadap

Mana-mana mahasiswa yang kurang ajar dan bertindak membuat demo jalanan kononnya ingin membebaskan AUKU dan yang menuduh kerajaan zalim dan diktator sila sahut cabaran TM untuk besemuka. Kalau anda anak jantan sila emailkan. Anytime any day.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pegawai Kaunseling IPTA buat apa?

Mahasiswa kurang ajar, biadap, nak salah siapa?

Pertama sekali ialah kita salahkan parti pembangang terutama PKR yang sentiasa meracun pemikiran mahasiswa agar membenci kerajaan.

Kedua kementerian pengajian tinggi nampaknya macam lepas tangan, menteri pun kurang aggesif dalam menangani isu ini.

Ketiga ialah salah pihak IPT sendiri. mungkin mereka dicucuk oleh pensyarah mereka yang ramai anti kerajaan dan satu lagi yang boleh disalahkan ialah pihak pegawai kaunseling dan hal ehwal pelajar.

Mana program mereka yang untuk memulihkan minda pelajar?

Apakah mereka juga yang meracun pemikiran pelajar kerana ramai pegawai kaunseling dan HEP adalah dari parti pembangkang?


20111217 Anti AUKU demo Undi sebagai laverage



Umur baru setahun jagung, bak kata orang baru tumbuh bulu pelepah. Mahasiswa rata-rata yang usianya 18 keatas dan dibawah 25 tahun masih berhingus. masih dungu , masih dangkal,masih mentah masih bodoh.

Menuntut dihapuskan AUKU , menuntut keadilan, menuntut kebebasan bersuara, menuntut kebebasan daripada pengaruh politik dan sebagainya.

Alangkah bodohnya budak-budak hingus ini menjerit mansoh AUKU kononnya akta tersebut akta zalim. Bebas politik kepala hotak depa. Siapa yang mempengaruhi pemikiran mereka?

Tak lain dan tak bukan mereka ialah Pkr dan Pas. Kedua parti ini lah yang mahukan mahasiswa bebas AUKU supaya senang mereka memasukkan jarum kebencian mereka terhadap kerajaan.

Mahasiswa mesti dipengaruhi agar menyokong Pkr dan Pkr , Itu tujuaan utama.

Memang hampas memang celaka. TM harap ada pelajar ini yang berani berdepan dengan TM sorang demi sorang untuk berdebat dengan mereka. Siapa berani sila email sahaja kepada TM. Aku nak ajar sikit lagi budak-budak ini.

BODOH punya otak.

Menyirap darah TM bila budak hingus melabelkan kerajaan sebagai diktator.....kalau ikutkan hati mahu TM bubuh penampar sekor-sekor, tetapi kerana kebodohan mereka eloklah TM bagi kaunseling saja untuk beberapa sesi.

KEPUTUSAN ISU BERBANGKIT PROGRAM 6P









KENYATAAN MEDIA

YBHG. TAN SRI MAHMOOD ADAM
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI

mengenai


  1. Beberapa isu berbangkit sepanjang pelaksanaan Program 6P telah dikenal pasti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan senarai tersebut telah dipanjangkan kepada semua kementerian dan agensi kawal selia program ini sebelum keputusan terhadapnya diputuskan awal minggu hadapan.
  2. Senarai ini diperolehi hasil pertemuan antara KDN dengan semua pihak yang terbabit dalam pelaksanaan proses pemutihan, termasuklah majikan, syarikat pengurus dan pihak kedutaan pelbagai negara.
  3. Antara isu utama ialah rayuan untuk melonggarkan syarat serta prosedur mekanisme pelaksanaan proses pemutihan termasuklah membenarkan semua pekerja asing tanpa izin (PATI) yang telah mendaftar menerusi program ini untuk diputihkan tanpa tertakluk kepada sektor pekerjaan dan nisbah kelayakan yang ditetapkan Dasar Penggajian Pekerja Asing Semasa.
  4. Susulan itu, 12 Kementerian dan agensi berkaitan telah memberi ulasan masing-masing, manakala enam (6) lagi termasuk Kementerian Pertanian masih belum memberi maklum balas.
  5. Dalam perkembangan lain, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 2,721 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 46 majikan telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi 1,178 operasi penguatkuasaan Program 6P bermula 20 Oktober 2011.
  6. Jumlah yang ditahan itu adalah bilangan daripada keseluruhan 25,158 PATI serta 46 majikan yang diperiksa sepanjang operasi.
  7. Pada masa sama, sehingga semalam (16 Disember 2011), sejumlah 53,682 PATI yang terlibat dalam Proses Pengampunan di bawah pelaksanaan Program 6P telah keluar dari negara ini. Jumlah paling tinggi direkodkan Indonesia dengan 35,142 orang; diikuti India (4,039); Myanmar (2,467); Kemboja (1,901); Nepal (2,766); Bangladesh (2,108); Vietnam (1,289); Filipina (1,167); Pakistan (1,123); Sri Lanka (786); dan China (493).
  8. Daripada statistik yang sama, 41,422 PATI direkodkan keluar menggunakan pengangkutan udara; 12,110 memilih jalan laut dan 141 menggunakan laluan darat.
#####
Disediakan                    :           Bahagian Komunikasi Korporat
Kementerian Dalam Negeri
Aras 9, Blok D1, Kompleks D
Putrajaya
No. Telefon                   :           03 – 8886 8000

20111217 Anti AUKU Demo - Tidak disenangi peniaga