Lim Guan Eng mesti ingat, dalam isu penyokong pembangkang memijak dan menunjuk bontot kepada gambar pemimpin kerajaan jelas dan sah adalah satu kesalahan. Sekiranya Dap memerintah Malaysia mereka juga akan menghukum pesalah dan mungkin akan ditahan terus di bawah akta ISA tanpa bicara seperti mana negara Singapore.
Di Singapore sesiapa sahaja yang cuba menentang kerajaan akan disaman sehingga bankrap. Sudah ramai yang menderita akibat pentadbiran PAP yang bertindak betul berlandaskan undang-undang republik tersebut.
Apa yang dimanipulasikan oleh Lim Guan Eng seolah-olah gadis tersebut telah dibayar untuk mencetuskan satu sentimen perkauman agar gadis tersebut dihukum oleh undang-undang negara. Gadis tersebut bukan ditangkap tetapi dengan rela hati menyerah diri di balai polis.
Oleh Clara ChooiIngat! Negara akan huru hara sekiranya Pas, Dap dan Pkr memerintah. mereka lebih zalim dan kejam tanpa belas kasihan.
KUALA LUMPUR, 8 Sept – DAP hari ini berkata, layanan teruk Barisan Nasional (BN) terhadap mereka yang bertanggung jawab dengan sambutan ambang merdeka menunjukkan mereka sanggup ketepikan sokongan bukan Melayu hanya untuk melindungi ekstremis seperti Perkasa dan Umno.Setiausaha agung parti, Lim Guan Eng (gambar) berkata ini kerana kerajaan telah menunjukkan sikap berat sebelahnya dengan tidak menghukum puak berhaluan kanan ketuanan Melayu dalam Perkasa dan Umno.
Lim berkata, tidak seperti ahli politik ekstrem ini, remaja yang menunjuk punggung atau memijak gambar pemimpin negara, atau mengibar bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang merdeka, mereka tidak berniat jahat.
“Tetapi Perkasa, mereka ekstremis. Remaja ini cuma mahu berseronok, dan mereka tidak tahu apa yang mereka telah lakukan.
“Sebaliknya mereka telah lakukan beberapa kali tindakan jahat ini. Tidak hanya memijak dan membakar gambar, bahkan membuat upacara pengebumian Hindu untuk saya. Ini bukan sahaja penghinaan terhadap Hindu, tetapi kepada umat Islam juga,” katanya dalam sidang medianya di Pulau Pinang awal hari ini.
Ahli parlimen Bagan itu juga berkata, tidak seperti remaja tersebut, sebahagian daripadanya telah memohon maaf, tetapi Perkasa dan penyokong pro-Umno tidak melakukan perkara yang sama.
Lim berkata, walaupun remaja tersebut memohon maaf, tetapi pihak berkuasa terus untuk menjatuhkan mereka, hingga menggunakan Akta Hasutan yang dijanjikan kerajaan untuk dimansuhkan.
Beliau meminta kepada kerajaan untuk menerima maaf dengan hati terbuka ke atas dua remaja dalam insiden memijak gambar, dan berkata hukuman terhadap mereka berdua sangat keras.
Dalam kenyataan berasingan, penasihat DAP Lim Kit Siang turut dengan nada serupa, memohon agar kolej swasta tersebut mengenepikan hukuman untuk membuang salah seorang dari remaja terbabit, iaitu remaja berusia 19 tahun dari Batu Pahat.
“Insiden ini menunjukkan bahawa Perkasa itu Umno dan Umno itu Perkasa. Secara jelas mereka mengatakan mereka tidak perlu undi bukan Melayu.
“Dari tindakan mereka, jelas sekali BN tidak memerlukan undi bukan Melayu, mereka tidak mahu bukan Melayu dan mesej ini telah disampaikan ke seluruh Malaysia,” kata Guan Eng.
Banyak dari pemimpin pembangkang membantah pihak berkuasa mengambil tindakan yang cepat terhadap dua remaja ini dan tidak mengambil tindakan terhadap mereka yang pro-Umno, pro-Bn dan aktivis Perkasa dalam kesalahan yang sama.
Kumpulan berhaluan kanan Melayu, Perkasa pada Mei lalu telah menganjur kan upacara pengebumian ketua menteri Pulau Pinang dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.
Mereka dan aktivis pro-Umno telah melakukan beberapa protes di mana gambar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan aktivis seperti Datuk Ambiga Sreenavasan dipijak atau dibakar.
Sebaik sahaja demo Bersih 3.0 berakhir, sekumpulan pesara tentera melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.