Khamis, 3 Oktober 2013

Opera ‘Impian Sarawak’ DAP

 
Opera Cina DAP terus ditayangkan ke seluruh negara dengan skrip dan lakonan yang sama walaupun ia dihentam hebat sebagai tidak berkualiti. 
 
Dengan membawa cerita yang sama, DAP berharap akan dapat menipu rakyat Sarawak pula melalui tajuk baru iaitu 'Impian Sarawak'.   Kononnya, DAP bakal menjadi penyelamat, pemangkin perubahan dan pemimpin yang bakal membawa Sarawak ke arah kecemerlangan.  Kononnya, DAPlah yang akan menamatkan segala kemiskinan dan kesusahan rakyat terutama masyarakat bumiputera di sana. 
 
Namun, sepertimana namanya iaitu 'impian' maka rakyat Sarawak tidak harus mengharapkan sesuatu yang lebih dari sekadar 'mimpi' semata-mata.   
 
Inilah diingatkan bahawa rakyat Pulau Pinang juga kini hidup dalam mimpi ngeri di bawah pemerintahan DAP. 
 
DAP telah mendiskriminasi, meminggir dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang secara sistematik lagi halus.  Sejurus selepas parti itu mendapat kuasa, kita melihat bagaimana harga hartanah meningkat mendadak, tanah-tanah orang Melayu dan India yang berpotensi dirampas untuk dimajukan sekali gus menafikan hak ke atas penduduk asal.  Kaum Melayu dan India dihimpit perlahan-lahan ke pinggiran pulau dan ke tanah besar.
 
Peniaga Melayu dan India pula ditekan menggunakan alasan undang-undang tetapi peniaga Cina diberi kelonggaran dan bantuan bagi 'melepaskan' mereka dari tekanan undang-undang. 
 
Sarawak merupakan negeri yang memiliki sumber yang banyak.  Hutan-hutan Sarawak yang luas merupakan impian Cina-cina DAP untuk dibaham serakusnya.  Kita pasti, sekiranya DAP memerintah Sarawak maka hutan-hutan ini akan ditarah semahu-mahunya serta dikomersialkan di mana akhirnya akan menyebabkan penduduk asal negeri itu terpinggir lebih jauh ke dalam hutan. 
 
DAP juga sudah diketahui amat 'anti' dengan sebarang bentuk bantuan terhadap bumiputera. Dan bukan kita tidak tahu bahawa DAP menjadikan penghapusan hak istimewa bumiputera sebagai tonggak perjuangan mereka.  
 
Justeru, apakah ada yang benar-benar percaya yang DAP akan membantu masyarakat bumiputera Sarawak?  
 
DAP sebaliknya menganggap masyarakat bumiputera sebagai beban dan perlu dinyahkan sahaja dari gambaran perancangan mereka untuk Sarawak.  Ini bukanlah kenyataan yang tidak berasas tetapi bersandarkan prinsip perjuangan DAP yang jelas, yang menolak DEB dan sebarang polisi yang menyerupainya. 
 
Hakikatnya, 'Impian Sarawak' sebenarnya adalah impian DAP untuk meluaskan kuasa, sekali gus merampas tampuk pemerintahan negara.  Tidak lebih dari itu.  DAP tidak pernah prihatin dengan rakyat Sarawak, melainkan tauke-tauke Cina yang mampu mengkayakan lagi kaum mereka. 
 
Hari ini, Pulau Pinang telah pun memperlihatkan apa yang 'kuasa' itu telah lakukan terhadap rakyatnya, dan Sarawak tidak perlulah melakukan kesilapan yang sama. 
 
Ingatlah, sekali Sarawak jatuh ke tangan mereka yang tamak, penipu, rasis, khianat dan chauvinis itu, bermakna hancurlah segala impian masyarakat bumiputera di situ. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pemilihan CEC DAP:  Bukti DAP Perlekeh Cina Sabah

 
Walaupun BN sering dihentam kerana mengamalkan sistem 'perkauman' melalui parti-parti komponen, tetapi ternyata sistem itulah yang memastikan semua kaum tidak terpinggir kerana masing-masing punya suara yang sama lantang untuk bersuara. 
 
Sebaliknya, DAP yang sering mendabik dada sebagai parti berbagai kaum terbukti bukan sahaja meminggirkan, tetapi menindas kaum bukan Cina dengan berbagai cara halus mahupun terbuka  Pemilihan CEC yang penuh kontroversi adalah bukti segala-galanya. 
 
Di dalam DAP, bukan sahaja kaum lain tidak diberi peluang, tetapi kaum Cina dari Sabah juga turut dipinggirkan seolah-olah mereka merupakan Cina kelas kedua berbanding Cina Semenanjung.  Buktinya, tiada calon dari negeri itu yang bertanding dalam CEC yang lalu. 
 
Sedangkan, di masa yang sama, DAP sedang berusaha untuk menawan Sabah dan Sarawak sambil mengecam BN konon tidak membela rakyat kedua negeri itu dengan sebaiknya. Menurut Lim Kit Siang, parti itu akan memberi tumpuan khas ke atas Sabah bagi merampas negeri itu dari BN dalam PRU-14 nanti. 
 
Walaupun bercita-cita tinggi untuk menawan Sabah, tetapi pertandingan CEC DAP menyaksikan tiada calon dari Sabah.  Sebagai 'ganti', DAP melantik wakil dari negeri itu sebagai Ahli Jawatankuasa bagi menunjukkan seolah-olah parti itu berlaku adil.  Dr. Edwin Bosi kini merupakan satu-satunya wakil dari Sabah di dalam CEC DAP. 
 
Sebelum ini, DAP telah mengadakan program 'kawasan angkat' di kawasan-kawasan sasaran di Sabah di mana beberapa Ahli Parlimen dan ADUN dilantik sebagai 'pemantau' bagi memastikan kemenangan dalam PRU-14. 
 
Jelas sekali DAP begitu bersungguh-sungguh ingin merampas Sabah, namun atas sikap kuku besi yang kronik, kepimpinan DAP keberatan memberi kuasa kepada wakil dari Sabah. 
 
Sewajarnya rakyat Sabah mengambil iktibar dari apa yang berlaku ini dan belajar menilai DAP dengan minda dan hati yang terbuka.  DAP tidak segan silu berlaku tidak adil dan tidak segan silu menipu.  DAP juga tidak pernah merasa kesal atau bersalah serta tidak ingin berubah. Biarpun pemilihan CEC berlangsung dengan penuh manipulasi dan diskriminasi, DAP terus melakukan manipulasi dan diskriminasi yang sama dalam pemilihan semula. 
 
Lebih teruk dari itu, DAP juga sanggup mengumumkan seorang Cina sebagai wakil Melayu. 
 
Untuk rakyat Sabah, jangan sekali-kali lupa bahawa DAP telah menipu dan menindas kaum Melayu dan India di Pulau Pinang.  DAP telah mendiskriminasi dan memijak ahli-ahlinya sendiri yang berbangsa Melayu dan India dalam pemilihan jawatankuasa parti.  DAP turut memperlekeh kaum Cina dari Sabah.  Dan pastinya DAP tidak memandang sebelah mata pun terhadap pribumi Sabah. 
 
Sabah, bagi DAP, hanyalah platform untuk merebut kuasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.