Jumaat, 15 Mac 2013
Update Anwar
Mesti Anwar tak berani nak menyanyi lagi Tanya Sama Najib sebab tembelang sudah pecah.
Kini Perkasa mendesak agar kerajaan menubuhkan RCI untuk menyiasat pembabitan orang dalam dalam isu serangan di Sabah.
Serangan di Lahad Datu dilakukan sebaik saja RCI sedang menyiasat Projek IC.
Anwar menuduh Tun Mahathir terlibat dalam projek IC, tetapi selepas Tun bersedia untuk dipanggil oleh RCI, tiba-tiba serangan berlaku. Apakah hubungkait serangan ke atas Sabah dengan RCI Projek IC?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar dah belah dah
Selamat jalan pengkhianat negara.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Anwar mula beredar dari Kpg Kurnia Jaya
Beberapa buah kereta hitam jenis mewah kelihatan mengawal ketat pergerakan Anwar Ibrahim.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Ops Daulat terkini
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Filipina suarakan komitmen bantu selesai pencerobohan Sabah
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komitmen itu disampaikan rakan sejawatannya Voltaire T. Gazmin pada pertemuan di Putrajaya semalam.
"Mereka akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan militan di Sabah, sama ada di pihak Filipina atau dalang di pihak Malaysia atau pihak ketiga yang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya Setiausaha Pertahanan Filipina itu juga menyatakan komitmen negaranya untuk bersama-sama pasukan keselamatan Malaysia menghapuskan saki-baki penceroboh militan yang berada di Lahad Datu serta kawasan lain di Sabah.
"Kerajaan Filipina juga telah berjanji untuk melakukan siasatan sepenuhnya terhadap mana-mana penceroboh militan yang telah dapat ditangkap dan mereka semua akan dikenakan tindakan mahkamah," katanya.
Menurut Ahmad Zahid, Malaysia percaya Filipina mempunyai bukti pembabitan pemimpin puak pengganas Sulu, Jamalul Kiram dalam insiden pencerobohan itu.
"Bukti sedang dikumpulkan termasuk anak perempuannya yang kita dapat tahu bergerak menggunakan pesawat peribadi. Saya diberitahu Setiausaha Pertahanan Filipina ada seorang tokoh pembangkang dari Filipina yang membiayai kos perjalanan itu," katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid yang ditemui selepas berjumpa warga tentera kawasan Taiping di Kem Rejimen ke-3 Artileri Diraja di Kamunting, turut memakaikan pangkat baharu kepada pegawai dan anggota tentera.
Sebanyak 203 pegawai dan anggota terlibat dalam kenaikan pangkat itu. - Bernama
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Terima Kasih Kerajaan Atas Ketegasan Berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua
Malah menurut sumber yang diperolehi dari rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini, berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan 'alhamdulillah' dan 'terima kasih PM'.
Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa, kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu, telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di sana. Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi, mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan 'sujud syukur' tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut.
Tian Chua, pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b), di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataannya pada 1 Mac yang mengatakan tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandiwara BN/Umno.
Ekoran kenyataan tersebut, ia telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang bangkit menyatakan bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Malah tragedi yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara itu juga juga dilihat sebagai percubaannya untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar sebagai dalang utama.
Lebih malang ada dikalangan pimpinan PKR yang di temui mengatakan, ia adalah merupakan permainan dan putar-belit media BN/Umno, sedangkan kenyataan tersebut adalah merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang juga merupakan media rasmi PKR.
Di sebalik pelbagai kata-kata cacian dan nista yang dilemparkan kepada mereka, menurut rakan media yang membuat laporan langsung dari 'Pusat Media, Ops Daulat' semangat perwira negara tetap tinggi dan bersemangat.
Malah menurutnya (rakan media yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azmi) ketika dimaklumkan mengenai korban terbaru yang menimpa anggota tentera tempoh hari, majoriti pasukan keselamatan yang ada telah menitiskan air mata. Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka itu, mereka tetap meminta kebenaran dari pegawai atasan agar segera memberikan kebenaran kepada mereka menyertai misi yang dijalankan.
"Berdiri bulu roma dan semangat saya ketika ketika melihat peristiwa itu semalam, dengan linangan air mata, mereka terus meminta kebenaran agar diberikan kesempatan untuk menyertai misi menjejaki saki baki penceroboh"
"Berita mengenainya gugurnya rakan sepasukan, tidak langsung mematahkan semangat juang mereka, malah telah menjadikan mereka terus bersemangat untuk berdepan dengan para penceroboh" katanya.
Mengulas lanjut mengenai perkembangan di sana, Azmi turut menjelaskan ketika ditanya apakah tidak wujud sebarang perasan takut dikalangan anggota keselamatan yang kerap berdepan dengan situasi mencemaskan itu?
Mereka menjawab mereka yakin dan redha dengan ketentuan dari Allah serta doa rakyat Malaysia dan keprihatinan pemimpin kerajaan telah menyebabkan semangat mereka terus kuat dan membara
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Surat Terbuka Faekah pada Tun M: Faekah Perlu Jelas Kenapa PAS Pecat Hassan Ali Sebelum Tulis Surat Pada Tun M - Bahagian 1
Kata Faekah, kenyataan tersebut melampaui batas, celupar dan menunjukkan yang Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor.
Lebih menarik, Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN.
Faekah memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang menjadi pengawal kesucian agama Islam, sambil menekankan kedudukan Klang sebagai Bandar DiRaja, iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut, bagi menunjukkan sanjungan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja-raja Melayu. Katanya, PR menyerahkan semua urusan agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang campurtangan politik.
Faekah mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah agama, elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak meminggirkan kesucian agama Islam. Selain itu, Tun Mahathir juga dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama, memperlekehkan aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama.
Faekah juga tidak segan silu menghina perkataan 'mantan' sebagai membawa maksud tidak relevan lagi. Entah 'ulama' mana yang dirujuk Faekah yang mengajar perkara ini, kita tidak tahu tetapi benarlah bahawa 'hanya jauhari yang mengenal manikam' iaitu hanya yang bijaksana yang mampu mengenali dan menghargai kebijaksanaan.
Allah SWT telah mengingatkan kita bagaimana manusia sebelum kita menolak seruan Nabi agar belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang telah menafikan ajaran Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka, telah dihancurkan kerana keangkuhan dan kesesatan tersebut.
Manusia yang sesat dan kehilangan arah selalunya adalah manusia yang membelakangkan sejarah dan pandangan orang-orang yang berjasa dan berpengalaman. Mereka inilah manusia yang bodoh dan angkuh. Maka jelaslah sudah bahawa Faekah bukanlah 'jauhari'.
Dengan memperlekehkan Tun Mahathir, yang diiktiraf sebagai pemimpin agung bertaraf dunia maka maka tidak hairanlah Faekah kini sesat kerana kebodohannya.
Kita ingin bertanya Faekah, sejak bila PR menghormati Sultan, mahupun YDP Agong?
Bukankah ADUN PKR yang menempelak Sultan dengan mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan dengan biadapnya menyuruh baginda agar mengikut sahaja keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)?
Jika benar PR menjunjung Institusi Raja-raja, kenapakah kerajaan Selangor gagal menepati protokol apabila tiada seorang pun Pegawai Tinggi Kerajaan termasuk Menteri Besar sendiri hadir menyambut Permaisuri Agong ketika perasmian Festival Lagu-lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai 2010? Malah kerajaan Selangor langsung tidak menghebahkan majlis tersebut sehingga tidak mendapat hadirin yang mencukupi?
Pada bulan April 2010, Sultan Selangor telah menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menggunakan masjid untuk berpolitik. Tetapi titah tersebut telah disanggah oleh Nik Aziz dalam satu sidang media keesokannya, dengan berkata, "Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim. Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik."
Ini adalah antara bukti penderhakaan PR terhadap Sultan, maka masihkan Faekah ingin menipu kononnya parti itu sentiasa taat setia kepada Sultan dan mempertahankan Raja-raja Melayu? Apa Faekah ingat rakyat tidak tahu bahawa antara perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu? Atau Faekah sahaja yang tidak tahu?
Maka salahkah jika Tun Mahathir memberi amaran tentang bahayanya parti PR kepada nasib orang-orang Melayu dan agama Islam?
Tun Mahathir bukan graduan bidang agama, begitu juga Faekah. Namun, Tun Mahathir layak diberi gelaran 'ulama' yang bermaksud 'orang yang berilmu', manakala Faekah adalah jauh panggang dari api untuk gelaran itu. Ini kerana jasa dan kebijaksanaan Tun Mahathir telah terbukti terbentang di hadapan mata, di seluruh pelusuk negara. Pemikiran Tun Mahathir pula dijadikan rujukan oleh pemimpin dan cendekiawan seluruh dunia. Sedangkan Faekah nampaknya langsung tidak mampu berfikir.
Segala apa yang difahami oleh Faekah tentang kritikan Tun Mahathir mengenai pembelajaran agama menunjukkan kedangkalan dan kejahilan Faekah dalam memahami isu agama dan pemikiran Tun Mahathir secara mendalam. Faekah harus faham bahawa bukan semua yang memakai nama agama itu tidak boleh dikritik dan bukan semua yang bersalut 'logo' agama itu benar dan baik.
Sekolah-sekolah agama sejak di era pemerintahan Tun Mahathir telah terbukti menjadi kilang mengeluarkan produk ekstrem dan bingung yang akhirnya tidak membawa kebaikan kepada manusia mahupun negara. Sauk dan Memali adalah antara bukti jelas yang boleh dijadikan rujukan.
Lebih buruk, produk sekolah ini menjadi pengacau atau pemusnah kepada segala kebaikan yang ada. Ini kerana sebahagian besar dari sekolah-sekolah ini tidak mengajar agama Islam yang sebenar-benarnya, tetapi cenderung membasuh pemikiran kanak-kanak dengan fahaman politik parti sekutu PR, iaitu PAS, yang ternyata sempit dan menyesatkan.
Asas agama Islam iaitu kasih sayang dan nilai-nilai murni peradaban, serta kepentingan mempelajari ilmu dunia bagi melengkapkan diri untuk menjadi Khalifah, telah diabaikan hampir secara sepenuhnya di sekolah-sekolah agama ini. Justeru, walaupun mereka ini semua mampu menghafal segala macam doa dan juga Al-Quran, kita perlu mengakui pahitnya kebenaran bahawa bukan lagi sesuatu yang asing hari ini apabila mendengar berita berkenaan produk dari sekolah-sekolah ini terlibat dalam aktiviti samseng, zina, buang bayi malah aktiviti songsang.
Inilah yang ditegur oleh Tun Mahathir iaitu belajar agama dengan mengutamakan hukum-hakam, tanpa terlebih dahulu menghayati asasnya seperti mengenal dan mencintai Allah SWT bagi membentuk hati yang ikhlas, jujur yang menjamin hubungan yang baik antara sesama manusia demi kebaikan seluruh alam.
Kewujudan sekolah-sekolah agama sebegini tentulah harus dikekang sebelum negara dipenuhi dengan manusia-manusia yang celaru, keliru dan buntu dalam mencari arah hidup mereka sementara menunggu ajal menjelma. Mana tidaknya, apabila sebahagian besar dari mereka didapati tidak mampu mencapai keputusan yang cukup baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi. Antara segelintir yang mampu pula, sebahagian besarnya terkandas separuh jalan.
Sebahagian yang lain pula memilih untuk meneruskan pengajian di negara-negara yang turut mengalami kekeliruan yang sama, sambil mencampur-adukkan pula antara budaya dengan ajaran agama.
Apabila kesemua mereka pulang ke Malaysia, mereka tidak punya kelayakan untuk bekerja di dalam mana-mana sektor pun. Satu-satunya bidang mereka ialah agama-politik. Akhirnya, walaupun kurang kelayakan, mereka terpaksa menjadi guru agama, atau membuka sekolah agama sendiri yang dan mengajar agama mengikut kefahaman mereka sepertimana yang diajar oleh sekolah-sekolah agama politik mereka dahulu.
Lalu kekeliruan mengenai agama pun berkembang biak apabila semakin ramai ibubapa yang inginkan anak mereka mendekatkan diri dengan agama memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah milik produk-produk ini. Selama itu juga, tiada siapa yang berani mempersoal atau mengkritik ajaran mereka ini dan segala apa yang diajar, ditelan sebagai benar hanya kerana mereka menggunapakai nama 'agama'.
Kerana itulah kita tidak hairan apabila masalah moral turut meningkat sejajar dengan meningkatnya jumlah sekolah-sekolah agama ini sepertimana yang dibanggakan oleh Faekah.
Dan sekiranya Faekah mampu berfikir lebih dalam sedikit, maka beliau mungkin faham bahawa masalah MURTAD yang semakin parah di Selangor juga sedikit sebanyak berpunca dari kekeliruan yang dibawa oleh produk-produk sekolah agama-politik ini.
Sikap 'orang agama' yang lahir dari sekolah tadi, jarang sangat menepati ciri-ciri Islam dan inilah yang menjadi antara punca Islam diragui. Sikap mereka yang gemar menghukum, menyindir dan menghina orang yang dianggap jahil menyebabkan golongan yang sedang 'mencari' agama menjadi cuak sehingga memilih untuk lari dari Islam dalam mencari ketenangan atau kebenaran. Selain itu, amalan agama yang berkisar soal hukum hakam sahaja, tanpa ditanam asas yang kuat, menyebabkan ramai anak muda walaupun cukup arif tentang hukum-hakam dalam Islam, turut mudah dipesongkan akidahnya sehingga menjadi murtad.
Tun Mahathir jelas telah menganalisis dan mengkaji perkara ini secara mendalam dan dari segi jangka masa panjang, yang mana otak Faekah tidak mungkin mampu melakukannya.
Walaupun tidak mampu berfikir sejauh itu, tidak perlulah Faekah pura-pura tidak tahu bagaimana bossnya, Khalid Ibrahim telah tanpa berfikir dua kali memilih untuk menempelak Jabatan Agama Islam dan membela gereja apabila kes MURTAD didedahkan. Dan tidak perlulah Faekah pura-pura lupa bahawa Datuk Dr. Hasan Ali yang merupakan antara yang paling lantang mempertahankan akidah umat Islam, telah ditekan dari berbagai sudut sehingga akhirnya terpelanting keluar dari PAS dan kepimpinan PR Selangor, semata-mata ingin mempertahankan Islam.
Isu Kalimah Allah juga menunjukkan betapa PR tidak mampu mengekang ancaman terhadap Islam oleh DAP. PKR secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah di dalam kitab Injil walaupun tahu bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan puak Kristian memurtadkan umat Islam. Manakala PAS pula tidak mampu bersuara tegas dan masih berdolak dalih mengenainya dengan bercakap berlainan rentak di hadapan DAP, di hadapan pengikutnya dan di dalam media perdana.
Entah apa keputusan PAS sehingga kini kita masih tidak mendapat jawapan yang pasti, kerana jika mengikut Majlis Syura, larangan hanya termaktub ke atas ahli PAS sahaja di mana DAP atau siapa sahaja yang bukan ahli PAS, tentulah boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab Injil dan apa jua kitab agama. Namun, bila diajukan dengan kenyataan tersebut kepada PAS, mereka menafikannya pula.
Oleh itu, tidak usahlah Faekah bersusah payah memetik angka untuk menunjukkan PR turut mempertahankan agama Islam, tetapi lebih baik Faekah menjelaskan bagaimana peningkatan peruntukan dan jumlah sekolah agama itu turut seiring dengan peningkatan kes murtad, dan pertumbuhan pusat hiburan dan maksiat di Selangor?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lahad Datu: Iktibar Dari Sejarah Timor Timur
Bagaimana wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah? Untuk menjawab persoalan itu, elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah adalah guru kita, ia boleh dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan berguna.
Sebahagian punca yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia disebabkan wujudnya sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2 (APCET II) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 November 1996. Sebelumnya, Sidang APCET I pernah diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.
Tujuan penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur tangan antarabangsa. Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda UMNO dan salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang ketika itu adalah Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.
Berikutan tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu, PAS pula bangkit sebagai pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah Sidang APCET II, seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha memerdekakan Timor Timur dari Indonesia.
Salah satu NGO yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan Malaysia khususnya dalam isu Kapal Selam Scorpeane.
Watak lain yang turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan R.Sivarasa. Kebetulan yang amat menarik, kedua-dua pemimpin PKR ini telah ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013 yang lalu, dua tiga hari sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, Sabah.
Kira-kira dua tahun selepas Sidang APCET II, Indonesia dilanda ribut reformasi yang sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu Amien Rais yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia menggantikan Suharto.
Setahun kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie akhirnya satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang memihak kepada gerakan pemisah. Selepas itu diikuti dengan berlakunya rusuhan besar-besaran melibatkan pertempuran antara orang Islam dan Kristian.
3 tahun kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana ia juga kini merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau Nusantara.
Ringkasan sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh berulang semula, yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula sementelah lagi salah seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah di tahan di bawah ISA berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.
Malah beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin kepercayaan Anwar di Sabah itu pernah menemui waris 'Kesultanan Sulu', manakala Anwar pula pernah beberapa kali menemui rakan akrabnya yang pernah memimpin MNLF iaitu Nur Misuari yang diketahui umum begitu bercita-cita untuk menakluki Sabah.
Kebetulan juga Nur Misuari mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan merupakan penyokong kuat kepada tuntutan ke atas Sabah, dan kebetulan juga sebahagian besar pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III merupakan anggota MNLF yang setia kepada Nur Misuari.
Dalam pada itu, laporan oleh Reuters baru-baru ini yang memetik kenyataan sumber risikan tentera Filipina mengesahkan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu ada kaitan dengan jemputan dari Ketua Pembangkang Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.
Tambah menarik lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Anwar kelihatannya cukup bergembira menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" seakan satu bayangan akan ada sesuatu yang besar seperti Timor Timur bakal berlaku. Mungkin ya, mungkin tidak.
Apa pun sejarah hitam Indonesia kehilangan Timor Timur sewajarnya dijadikan iktibar dan diambil pengajarannya. Kita tidak mahu Sabah mengulangi sejarah tersebut dan tentu sahaja majoriti rakyat Sabah langsung tidak terdetik untuk berada di bawah kekuasaan Jamalul Kiram III yang sudah terbukti kekejamannya itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Khutbah Jumaat Masjid Kg Expo Hari ini
Semasa khutbah pertama beliau membaca teks yang disediakan hampir 99% mengikut apa yang disediakan, cuma menokok sedikit penanda wacana. Tetapi beliau menukarkan perkataan assobiyah dengan perkataan KEBANGSAAN dan ianya secara halus merujuk kepada Umno.
Pada khutbah kedua, pada teks menceritakan tentang pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu Sabah dan meminta agar makmum menghulurkan bantuan kepada tentera yang bertugas dan yang terkorban, langsung tidak dibaca oleh Osman Noh.
Cuma doa pada akhir khutbah beliau tidak menyimpang dan beliau mengikut teks.
Laporan seterusnya akan menyusul kemudian...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pecat kerana gali kubur!
Mereka di pecat dgn alasan tidak di maklumkan kepada JK masjid setelah terima sedekah PDRM berjumlah RM600.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.