Jumaat, 23 Ogos 2013

Belia Cina Wajar Tonton Tanda Putera

Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan. Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh. DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.

Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP. Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.

Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman. Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.

Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja. Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain. Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.

Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.

Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?

Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini. Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara. Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan. Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.

DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei. Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum. Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.

Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.

Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.

Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?

Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak? Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?

Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian. Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan. Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.

Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa. Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya. Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan. Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pegawai Dari PMO Cuba Singkirkan MB Perak Kerana Kecewa Tak Dapat Tanah

Berita yang baru Bebalian terima adalah berkenaan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Berita itu adalah mengenai sepasang tangan ghaib dari PMO yang cuba menjentik Zambry dari jawatannya sebagai Menteri Besar, Perak.

Cubaan mengguling dan menyingkirkan Zambry dari PMO adalah berpunca dari sebidang tanah di sebuah kawasan perumahan mewah di  Meru, Ipoh. Al kisah seorang pegawai dari PMO yang rapat dengan Perdana Menteri telah memohon tanah tersebut, kononnya untuk membangunkan sebuah rumah. Tentulah rumah yang bakal dibangunkan itu sebuah rumah mewah dan memakan keluasan yang agak besar.

Permintaan itu telah ditolak mentah-mentah oleh Zambry dan mendatangkan  kemarahan pegawai tersebut. Beberapa permintaan lain menyusul namun semua permintaannya tidak dilayan oleh Zambry. Ini menyebabkan pegawai itu marah dan cuba mengatur gerak, menyingkirkan Zambry dari jawatan Menteri Besar Perak dan UMNO Perak.


Pegawai yang marah dan menaruh dendam kepada MB Perak itu mula berusaha untuk cuba menjatuhkan Zambry untuk membalas dendam tetapi sehingga kini tidak berjaya. Nampaknya orang dari PMO ini cuba mengatasi kuasa rakyat yang telah memilih Zambry di PRU yang lalu. Kita nantikan siapa yang bakal membaham tanah. Pegawai bebal  itu ataupun kuasa rakyat. 
The Bebalians
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bekas Ketua Umno Bahagian Meninggal Dunia

Alfatihah.

Dato Sanad (Mantan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam) telah kembali ke Rhmatullh sebentar tadi.

Jenazahnya sekarang dalam perjalanan dari Johor dan dijangka tiba jam 6 petang ini di No 1 Jalan Istimewa Kampung Batu Belah Kelang selangor
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Masjid Jamek Kamunting Perlu Penilaian semula

Masjid Jamek Kamunting adalah salah sebuah masjid yang tertua di kawasan Parlimen Taiping. Masjid ini, ikut cerita orang lama diasaskan oleh pekerja islam syarikat perlombongan Kamunting Tin Dredging Mining Ltd.

Masjid ini sudah beberapa kali mengalami pengubah suaian, tahun 70an ia hanya binaan kayu, kini semuanya batu dan konkrit.

Penambahan dibuat secara beransur-ansur tanpa menutup fungsi masjid. Kini ada lagi projek pembaharuan yang akan dilakukan.

Antaranya ialah membina pusat pengurusan jenazah seperti yang terdapat di masjid-masjid lain.

Urusan pembinaan sedang dalam rundingan dengan pihak pembinaan dan masjid merayu kepada anak-anak kariah supaya dapat memberi sumbangan kepada projek tersebut.

Wang permulaan telah diambil dari sumbagan orang ramai dalam usaha membeli van jenazah, tetapi setelah mendapat sumbangan van daripada bank rakyat maka duit tersebut digunakan untuk projek lain.

Dr Zambry dalam lawatan ke masjid ini Mac lalu telah memperuntukkan RM 300 ribu untuk membaiki bumbung banguna lama dibahagian belakang yang bocor.

Selain itu masjid dalam proses menggantikan permaidani baru dan kosnya setakat ini mencecah RM 28 ribu

Masjid ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin keseluruhannya. Tetapi projek hawa dingin ini dianggap gagal kerana pihak masjid tidak mendapat rundingan pakar. Walaupun kesemua pengahawa dingin dipasang ia tidak membantu mengurangkan atau menurunkan suhu dalam ruang solat yang sangat besar itu. Difahamkan masjid ini mampu mengisi lebih 3 ribu jemaaah.

Apa yang perlu dilakukan ialah menambah tirai angin atau air curtain untuk menghalang udara luar masuk. Ini kerana jemaah hanya tahu membuka pintu tetapi tidak tahu menutup semula pintu, inilah yang menyebabkan udara panas dari luar masuk ke dalam masjid.

Seterusnya ialah tapak letak kereta yang dahulu makan ruang dan kurang sesuai kini dalam proseb penambahbaikan. TM mencadangkan agar ditambah pintu keluar masuk ke masjid, ini kerana terhadap satu pintu sahaja dan saiznya cukup-cukup untuk dua buah kereta berselisih.

Setiap kali solat Jumaat terdapat individu yang pentingkan diri meletakkan kereta dilaluan masuk dan menghalang laluan, tambahan lagi bila orang tersebut lambat keluar kerana wirid yang panjang.

Seterusnya ialah pintu masuk ke dalam ruang solat, setakat hari ini hanya terdapat 5 buah pintu jenis sliding standard rumah iaitu bersaiz 10kaki x 7 kaki.

Jika berlaku sesuatu kes kecemasan ia akan menyebabkan makmun akan pijak memijak untuk keluar menyelamatkan diri. Oleh itu pihak masjid perlu melantik seorang jurutera civil untuk melihat dan menilai semula keseluruhan bangunan masjid tersebut.

sekian.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuan Berahim marah kepada cadangan membawa masuk warga Bangladesh

Orang kanan Pas Tuan Berahim marah benar dengan cadangan kerajaan membawa masuk lebih setuja pekerja Bangladesh dan akan diberi kad pengenalan diri yang khas buat mereka.

Kenapa marah?

Pekerja Bangladesh merupakan pekerja yang rajin, cekap dan mahu belajar. Ini bagi menampung keperluan tenaga kerja yang semakin tinggi dalam negara.

Daripada membawa masuk warga cina atau India seratus kali lebih baik bawa masuk warga Bangla.

Lain-lain alasan ialah warga Bangla kurang mendatangkan masalah kepada keselamatan, politik dan sosio budaya kepada negara.

Selain itu mereka juga bergama Islam dan dari negara miskin. Sebagai sebuah negara yang boleh dianggap kaya dan maju elok lah Malaysia membantu rakyat mereka, sekurang-kurang wang yang mereka bawa balik atau hantar ke negara mereka dapat juga membantu sektor ekonomi negara tersebut.

Apakah Tuan Berahim tak nampak itu semua?

Umno dan kerajaan tidak perlu mendabik dada seperti Pas dengan slogan 'Negara Berkebajikan'.

Pas dengan slogan tersebut sepatutnya menyokong usaha kebajikan yang dilakukan oleh Umno terhadap rakyat miskin/Islam Bangladesh.

Sekian.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.