Khamis, 21 November 2013

Kaki kelentong dan lidah bercabang

Dasar Penipu!!! Anwar Terpaksa  Buat Pusing 180 Darjah

 

Ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Anwar terbaru Anwar berhubung isu pengundi hantu seramai 40,000 orang yang diterbangkan khas dari Bangladesh bagi membantu parti Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

 

Setelah gagal memberikan bukti yang sahih terhadap dakwaan tersebut, Anwar akhirnya terpaksa 'pusing 180 darjah' dengan mengatakan ia adalah manipulasi penulis Umno.

 

Anwar juga dilaporkan berkata, bahawa pembangkang tidak pernah menuduh kerajaan membawa sebanyak 40,000 warga Bangladesh tersebut sebaliknya hanya menyentuh tentang dakwaan membawa pengundi dari luar pada hari membuang undi awal.


Sedangkan sekiranya kita teliti, ia adalah merupakan kenyataan Anwar yang kemudiannya dilaporkan dalam semua media rasmi pembangkang termasuk Keadilan Daily dan Malaysiakini. Tidak cukup dengan itu, laporan tersebut turut dimainkan dalam portal-portal antarabangsa seperti Straits Times Singapore, Telegraph, UK, dan sebagainya.

 

Berikut adalah link kepada semua laporan yang dinyatakan tadi.

 

Straits Times Singapore

http://www.stasiareport.com/the-big-story/asia-report/malaysia-elections/news/story/foreigners-flown-malaysia-vote-bn-anwar-2013
 
Telegraph, UK

http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/malaysia/10036283/Malaysias-opposition-leader-Anwar-Ibrahim-aims-to-seize-final-chance.html

Wall Street Journal

http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424127887323687604578468953798092968

China Post

http://www.chinapost.com.tw/asia/malaysia/2013/05/03/377577/Malaysia-coalition.htm

The Economist

http://www.economist.com/node/21577375/comments

Korean Press

http://e.koreanpress.net/detail.php?number=1341&thread=

 

Sedangkan menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof ketika diminta mengulas kenyataan Anwar itu mengatakan, pihaknya mempunyai segala rekod termasuk rakaman video tentang kenyataan Anwar berhubung kemasukan pengundi hantu dari luar menggunakan pesawat Malaysia Airlines System Bhd. (MAS) dan AirAsia Berhad (Air Asia).

 

"Saya cukup pelik apabila ada orang yang sanggup menafikan perkara yang pernah disebut apatah lagi perkara itu diulang-ulang walaupun telah dinafikan kami dan kerajaan.

 

Hakikatnya ini bukanlah kali pertama, dia berbohong kepada rakyat. Jika 16 September 2008 kita menyaksikan bagaimana Anwar berbohong kononnya pembangkang akan menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) terbongkar, kini selepas PRU-13 sekali lagi tembelang pembangkang terdedah.


Semalam media arus perdana melaporkan, Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menafikan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan pembangkang kononnya sebanyak 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.

 

Najib dalam pertemuannya dengan Sheikh Hasina ketika lawatan rasmi beliau ke negara itu memberitahu, pemimpin Bangladesh berkenaan turut menggeleng kepala tanda tidak percaya dengan dakwaan kononnya rakyatnya terbabit dalam proses pengundian di negara ini.

 

Malah sebelum ini tohmahan pembangkang itu telah mencetuskan kemarahan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia, A.K.M. Atiqur Rahman yang menyifatkan tuduhan pembangkang itu sebagai tidak berasas dan hanya dibuat oleh golongan yang tidak berakal.

 

Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan Malaysia membawa masuk seramai 40,000 rakyat Bangladesh yang didakwa menjadi pengundi hantu di negara ini dalam tempoh yang singkat.

 

"Bagi saya, pihak yang membuat tuduhan tersebut adalah 'gila' dan menggunakan hak bersuara mereka dengan cara yang salah serta tidak profesional," jelasnya.


Paling menarik, Pemikir Strategi DAP, Ong Kian Ming sebelum ini turut mengatakan bahawa dakwaan kononnya wujud pengundi hantu dalam kalangan warga Bangladesh dan berlaku gangguan bekalan elektrik adalah tidak benar dan turut diakui oleh Pas.

 

"Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)," katanya sebelum ini.

 

Malah kenyataan itu turut disokong oleh salah seorang pemimpin yang meminta agar namanya tidak disiarkan.

 

"Terlalu sukar untuk menipu menggunakan pengundi warga asing atau gangguan bekalan elektrik, " katanya.

 

Kesimpulannya, SPR perlu segera mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim yang jelas merupakan BAPAK SEGALA PENIPU bagi mengelakkan perkara itu dari terus berulang.

 

SPR sebelum ini menegaskan, pihaknya tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pemimpin Pas dan DAP berikutan dakwaan mereka tentang wujudnya 40,000 pengundi hantu pada pilihan raya umum Mei lalu. SPR sebelum ini mengatakan tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap perkara tersebut.

 

Ini kerana menurut mereka masih banyak urusan lain yang perlu difikirkan dan tidak perlu melayan kerenah mereka yang tidak faham peraturan itu. SPR sebelum ini hanya membuat laporan polis pada 16 Mei lalu dan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuat keputusan bagi mendakwa Anwar.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PAS TERCICIR 60 TAHUN DI BELAKANG BN LAKSANA ISLAM

Isu pelaksanaan hukum syariah atau hudud nampaknya panas kembali pasca pilihan raya umum.

Selama lebih 20 tahun Pas telah menjadikan isu hukum hudud sebagai modal politik pada setiap pilihan raya, sama ada umum atau kecil.

Sekitar awal 1990an Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan enakmen rang undang-undang hukum hudud tetapi ia tidak dilaksanakan.

Alasan yang diberi sehingga kini ialah kuasa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam penggubalan undang-undang mengatasi kuasa negeri.

Mana-mana undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri terbatal dengan sendirinya jika ia bercanggah dengan kuasa kerajaan pusat.

Inilah yang dijadikan senjata ampuh Pas selama ini untuk menjustifikasikan kegagalannya melaksana serta menguatkuasakan enakmen rang undang-undang hudud.

Sekali gus hujah Pas menampakkan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional sebagai anti-Islam dan tidak punyai iltizam untuk menegakkan sebuah negara yang berlandaskan syariat.

Hujah Pas ini sebenar hanya retorik dan penuh dengan pembohongan.

Matlamat UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Perikatan/BN yang berterusan memerintah Malaysia sebelum dan selepas Merdeka adalah mempertahankan kedudukan dan kesucian Islam dan hak-hak bangsa Melayu yang berkait rapat dengan agama Islam.

Maka selama hampir 60 tahun kerajaan bukan sahaja telah mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Negara, tetapi juga memastikan syiar dan ketinggian status Islam menjadi keutamaan agenda kerajaan.

Pas menuduh kerajaan BN mengamalkan sistem sekular bilamana mereka sendiri tidak faham apa pengertian sekularisme sebenarnya.

Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad umpamanya pengupayaan Islam telah ditingkatkan lagi melalui pendekatan "Penerapan Nilai-nilai Islam" di dalam sistem pemerintahan negara.

Sistem pendidikan baru digubal bagi memastikan mata pelajaran Islam dimantapkan disamping pengajaran sejarah Islam.

Bank Islam diwujudkan pada 1983 dan sehingga kini banyak lagi bank-bank Islam telah ditubuhkan manakala kebanyakan bank-bank komersial juga telah membangunkan perbankan Islam mereka sendiri.

Malah Malaysia berbangga dengan pengiktirafan dunia sebagai antara negara Islam pertama yang memperkenalkan sistem perbankan Islam yang berjalan seiringan dengan sistem perbankan konvensional.

Kini bukan sahaja perbankan Islam di Malaysia menjadi jauh lebih maju tetapi ia telah menjadi destinasi rujukan bukan sahaja negara-negara Islam tetapi juga dunia Barat.

Begitulah hebatnya pentadbiran BN yang memperkenalkan keindahan dan keunikan sistem Islam itu sendiri daripada perlaksanaan hukum jinayat.

UMNO berkali-kali menegaskan ia tidak menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini tetapi apa yang ditolak ialah hukum hudud acuan Pas.

Pas hanya mementingkan rupa dan bentuk iaitu perundangan hukum hudud itu sendiri tetapi gagal memahami aspek manusiawi yang dianggap penting dalam usaha dakwah Islam.

Pas gagal mengambil kira unsur kemajmukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Sistem pentadbiran negara juga telah diterapkan dengan nilai-nilai kerja yang selari dengan ajaran Islam.

Ini hanyalah sekelumit daripada jasa dan sumbangan agung kerajaan BN terhadap Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

Ini tidak termasuk pembinaan ratusan sekolah-sekolah berasrama penuh, kolej serta universiti Islam.

Hakikatnya Malaysia telah lama menjadi sebuah negara Islam yang bersikap terbuka dan praktikal bahawa negara ini bukan sahaja kepunyaan orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain.

Sistem pentadbiran Islam di Malaysia sudah diiktiraf dan disanjung oleh dunia Islam dan Barat kerana ia bersikap rasional dan mempunyai elemen al wassatiyyah atau kesedehanaan yang jauh berbeza dengan kefanatikan Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wajib menangkan Mat Sabu (Utusan)

ANTARA penyandang Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah, siapakah yang bakal dipilih oleh para perwakilan Pas dalam pemilihan Muktamar Ke-59 pada 22 November ini?

Banyak pemerhati dari dalam dan luar Pas melihat sejak awal lagi 'gerakan' sebelum gelanggang persaingan Timbalan Presiden Pas dibuka, telah menampakkan bibit-bibit yang diragui. Ini boleh dilihat apabila Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba menarik diri ke persaingan jawatan nombor dua itu.

Persoalannya, mengapa perkara ini terjadi? Adakah bibit kekalahannya sudah dilihat oleh Tuan Ibrahim sendiri sebelum masuk ke gelanggang lagi?

Adakah juga mungkin Tuan Ibrahim gusar untuk 'bertemu buku dengan ruas' dengan Mat Sabu yang sudah bergelumang 30 tahun dalam Pas serta memiliki semangat waja.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden ini, ramai melihat Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu memiliki banyak kelebihan.

Kalau diperhatikan, dalam usaha Pas untuk mengukuhkan kedudukan parti dalam kalangan parti pembangkang, Mat Sabu dilihat mempunyai komitmen yang cukup tinggi kepada pakatan pembangkang. Ini sehinggakan beliau terbukti telah menunjukkan prestasi membanggakan sejak dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Air Pulau Pinang beberapa tahun lepas dengan elaun lima digit sebulan.

Perkara ini menjadi jawapan mengapa Mat Sabu amat menyanjungi Lim Guan Eng (LGE) atas sifat keterbukaan DAP menerima pemimpin Pas.

Ini sekali gus menafikan tuduhan bahawa Guan Eng, juga DAP umumnya, tidak memberi ruang kepada pemimpin Pas.

Oleh hal yang demikian, amat penting Mat Sabu dikekalkan sebagai Timbalan Presiden demi kesinambungan tugas beliau dan hubungan yang begitu akrab dengan LGE, yang turut direstui Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di sebalik konteks penyatuan UMNO-Pas, mereka yang menyanjung tinggi usaha penyatuan Melayu ini juga amat memerlukan Mat Sabu. Ini memandangkan Mat Sabu dilihat lebih liberal, terbuka dan mudah untuk dibawa berunding.

Khabarnya, Mat Sabu dan UMNO selalu berjumpa, berbincang dan bertukar-tukar fikiran. Cuma Mat Sabu 'kelihatan baik' dengan PKR/DAP untuk sekadar 'dilihat' mematuhi/mengikut rentak pengikut/pemimpin Pas demi populariti politik beliau. Sedangkan, hakikatnya Mat Sabu diakui penyokong kuat kerajaan perpaduan.

Siapa yang memulakan perkataan 'Al******' yang ditujukan kepada Anwar Ibrahim, kalau bukan Mat Sabu. Dia telah bermusuh dengan Anwar sejak dari era Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) lagi. Ini lebih-lebih lagi apabila Anwar menyertai UMNO pada 1981.

Justeru, beliau cuma kelihatan menyokong Anwar/PKR sebab tak mahu dianggap menongkah arus. Lihat saja apabila Presiden Pas, Almarhum Ustaz Fadzil Noor menghulur tangan untuk membantu Anwar pada 1998 sehingga tertubuhnya GERAK, Mat Sabulah orangnya yang paling lantang menentang pendekatan tersebut. Inilah sebenarnya wajah Mat Sabu. Ini memudahkan untuk Pas bersatu dengan UMNO.

Berbanding Mat Sabu, Mohd. Amar berlatarbelakangkan ulama yang taksub dan agak 'tertutup' (dari segi pemikiran). Beliau juga dilihat sangat 'kenegerian'. Di bawah Mohd. Amar, Kelantan yang diperintah Pas puluhan tahun pun tak ke mana. Sebaliknya Datuk Husam Musa lebih 'bermaharajalela'.

Dari sudut pegangan agama Mat Sabu juga amat kuat. Justeru, ini tidak memungkinkan beliau akan menyokong Anwar yang didakwa terpalit dengan pelbagai 'skandal'.

Suatu ketika kita pasti teringat bagaimana Mat Sabu telah difitnah kononnya dia ada hubungan dengan isteri orang sehingga ditangkap 'khalwat'. Ini adalah fitnah semata-mata, sedangkan sebenarnya pada waktu itu beliau dikatakan berbincang program/aktiviti parti. Malah, Mat Sabu telah difitnah menerusi audio perbualan telefon dengan seorang wanita dengan menggunakan bahasa lucah.

Di samping itu, dalam kalangan sekutu pembangkang, PKR lebih selesa menjadikan Mat Sabu sebagai 'ayam jantan' untuk berkokok' berbanding Mohd. Amar.

Bagi perebutan Naib Presiden pula, Tuan Ibrahim dijangka bakal berdepan cabaran sengit dengan kesemua penyandanganya, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Mereka turut disertai oleh seorang calon veteran, Datuk Abu Bakar Chik, 63 bagi merebut tiga posisi Naib Presiden parti itu.

Dalam kalangan pesaing ini, Tuan Ibrahim dilihat mempunyai potensi besar untuk menang selain Husam dan Mahfuz.

Salahuddin pula bakal menempuh laluan sukar berikutan kekalahannya dalam pilihan raya umum di Johor walaupun Pas menambah kekuatannya di negeri kubu kuat UMNO berkenaan.

Abu Bakar Chik atau ABC pula meskipun suatu ketika merupakan pemimpin yang disegani, namun orang Pas hampir sudah melupakannya berikutan pergerakannya cuma terbatas di peringkat negeri sahaja. Namun begitu, jangan juga sesekali lupa, ketika beliau menjadi Ketua Pemuda Pas, timbalannya adalah Mat Sabu. Ini masa terbaik untuk ABC membalas balik jasa Mat Sabu.

Bagi seramai 61 orang calon yang bakal berentap merebut 18 tempat Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, sekali imbas calon bukan ulama mendominasi pencalonan jawatan ini.

Ini termasuklah nama-nama besar seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Datuk Mujahid Yusof Rawa dan Dr. Dzulkefly Ahmad.

Pada peringkat Dewan Pas pula, hanya jawatan di Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang akan dipertandingkan apabila kesemua calon bagi Dewan Ulama menang tanpa bertanding.

Menyedari keperluan untuk memastikan Kerajaan Perpaduan diwujudkan, Mat Sabu mesti dimenangkan jawatan Timbalan Presiden. Laluan mudah mestilah disediakan kepada beliau.

Ini penting untuk membuktikan bahawa Mat Sabu masih relevan di samping membuktikan bahawa tuduhan Mat Sabu kalah di Parlimen Pendang, Kedah dalam PRU-13 baru-baru ini adalah disebabkan sabotaj oleh ahli-ahli Pas tidak benar!

Pas mesti berani berubah dan 'mampu' untuk mengabaikan 'arahan' Mursyidul Amnya yang tetap mahukan golongan agama menjadi Timbalan Presiden Pas.

Buktikan demokrasi masih subur dalam Pas dan tidak mudah ditentukan oleh seorang pemimpin sahaja. Mat Sabu WAJIB dimenangkan kali ini!

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu semasa.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pekida Patut Saman Free Malaysia Today  

Portal pro-pembangkang, Free Malaysia Today (FMT) sejak kebelakangan ini begitu hebat 'menyerang' kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang disifatkan sebagai kumpulan gangster.

 

Malah melalui laporan yang dikeluarkan oleh portal tersebut, pelbagai soalan 'cepu emas' dibangkitkan seolah-olah ingin mewujudkan persepsi masyarakat kononnya pertubuhan itu kebal dari undang-undang dan terlibat dengan pelbagai siri jenayah seperti pau, kongsi gelap dan sebagainya.

 

Dari satu sudut, mereka dilihat kononnya ingin membersihkan nama Pekida, namun dari satu sudut pula mereka seakan-akan menyerang NGO tersebut tanpa disedari. Lihat sahaja komen-komen yang diberikan oleh pembaca artikel yang dikeluarkan, seolah-olah langsung tidak terkesan dengan penerangan yang diberikan oleh wakil-wakil pimpinan Pekida.

 

Nampaknya pembangkang telah mula melakukan satu serangan gerak saraf dengan menumpukan kepada mana-mana institusi, pertubuhan dan aktiviti yang melibatkan Islam, Melayu dan Raja. Malah untuk mewujudkan persepsi yang menyeluruh mereka turut dilihat menggunakan media an portal tertentu termasuk menggunakan warga asing yang berselindung atas nama kajian, laporan dan sebagainya

 

Contohnya, seorang warga Perancis, Sophire Lemiere baru-baru ini mendakwa hasil kajiannya yang dijalankan mendapati Pekida atau Tiga Line adalah merupakan satu rangkaian militan politik yang ditubuhkan bagi menghalalkan aktiviti tertentu. Malah dia turut menyifatkan simbol logo pertubuhan tersebut yang berwarna merah merujuk kepada darah, kuning bermaksud Raja-Raja Melayu dan hijau bagi melambangkan agama Islam.

 

Sophire juga turut mengatakan objektif utama penubuhan NGO itu adalah untuk mendapatkan kuasa, wang dan keuntungan.

 

Natijahnya, mereka yang tidak dapat melihat 'gerakan perang saraf' ini merasakan apa yang dilaporkan adalah benar. Sedangkan pada hakikatnya semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Pekida adalah merupakan persepsi, andaian dan sangkaan semata-mata.

 

Menurut Penasihat Pekida, Wilayah Persekutuan, Datuk Paduka Hamzah Daud Pekida adalah merupakan satu kumpulan berdaftar yang telah wujud sejak tahun 1967 lagi. Malah sebelum diiktiraf menjadi ahli Pekida, seseorang individu itu perlu melakukan sumpah bai'ah (ikrar taat setia) untuk menjaga adat, keturunan, budaya, agama, bangsa dan negara. Manakala gelaran 'Kumpulan 30′ itu sebenarnya diambil daripada jumlah 30 juzuk al-Quran, membawa maksud kami berjuang berlandaskan agama.

 

Selain melakukan kerja kebajikan termasuk membina rumah anak yatim di Bentong, Pahang, pertubuhan itu turut membantu menyelamatkan anak-anak Melayu daripada terus hanyut ke dalam kesesatan. Semua ahli digerakan secara sukarela tanpa menerima sebarang gaji atau elaun. Beliau turut menegaskan Pekida tidak mendapat bantuan kewangan daripada sesiapa.

 

Kesimpulannya, Pekida seharusnya memandang serius akan perkara ini, demi untuk membersihkan nama pertubuhan itu dari terus dikaitkan dengan kegiatan jenayah dan sebagainya. Pihak editorial FMT juga perlu dipertanggungjawabkan di atas tindakan mereka yang semakin mengeruh keadaan dengan mewujudkan persepsi buruk masyarakat.

 

Atau apakah ia sebenarnya merupakan satu gerakan terancang untuk menyerang dan melemahkan orang Melayu sekali gus institusi Raja-Raja? Hanya sekadar renungan, fikir-fikirkan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.