Selasa, 26 November 2013

Muktamar PAS:  Ulama Bakal Jadi Maskot Kristian?

 
Muktamar PAS baru saja berlalu dengan menyaksikan kemenangan kumpulan Anwarinas atau turut dikenali sebagai kumpulan Erdogan.  Ada juga yang merujuk kepada mereka sebagai kumpulan liberal dan professional.  Namun, rujukan 'professional' pastinya kurang tepat dengan Mat Sabu yang mengepalainya. 
 
Daripada 27 jawatan, hanya 10 sahaja yang mampu dimenangi oleh golongan Ulama termasuk jawatan Presiden.  Pun begitu, kita juga musykil sama ada Presiden PAS masih lagi berada di dalam kumpulan Ulama, berdasarkan pendekatannya yang lebih selesa dan mesra dengan keputusan dan kehendak kumpulan Erdogan. 
 
Secara dasarnya, akar umbi PAS menyambut keputusan Muktamar dengan perasaan yang berbaur.  Rata-rata mereka secara terbuka meluahkan rasa kecewa dan berputus asa.   Mereka tahu bahawa kemenangan kumpulan Erdogan turut membawa makna bahawa Majlis Syura mahupun Dewan Ulama itu sendiri, sudah tidak relevan lagi.  
 
'Ulama' akan menjadi maskot, sekadar untuk mengumpan sokongan orang-orang Melayu.  Selain itu, Ulama juga akan dipergunakan untuk menghalalkan atau meluluskan apa saja yang PAS bakal lakukan bersama PR yang mungkin menimbulkan kesangsian orang-orang Melayu.  Kumpulan Erdogan sedar, selagi ada Ulama di dalam PAS, selagi itulah ada orang Melayu yang sanggup mengikut mereka ke mana saja. 
 
Biarpun PAS di masa depan tidak lagi akan bercakap tentang hudud atau mempertahankan Islam, tetapi itu bukan masalah selagi maskot Ulama PAS terus berada di hadapan untuk mengaburi mata penyokong mereka. 
 
Sambutan pihak Kristian Evangelis dari DAP terhadap kemenangan kumpulan Erdogan adalah petunjuk jelas akan hala tuju PAS selepas ini.   
 
Sejurus Muktamar berlalu, laman-laman sosial pemimpin dan penyokong Kristian Evangelis DAP secara terbuka meraikan apa yang mereka lihat sebagai 'pembaharuan' di dalam PAS. 
 
Perlu diingatkan bahawa Kristian Evangelis inilah yang menjadi dalang kes murtad di Malaysia.  Mereka jugalah yang bermati-matian ingin 'berebut' untuk turut menggunakan nama 'Allah' dalam risalah agama mereka.  Kristian Evangelis jugalah yang memainkan peranan utama dalam COMANGO menuntut hak LGBT. 
 
Kegembiraan Kristian Evangelis meraikan kemenangan kumpulan Erdogan pastinya punya makna yang mendalam. 
 
Kita tidak tahu berapa ramai ahli-ahli PAS yang mampu memahami makna semua ini.  Berapa ramaikah dari orang-orang Melayu di dalam PAS yang mampu memahami bahawa apa yang berlaku di dalam PAS adalah jauh mengatasi politik PAS-UMNO, tetapi sudah mencapai tahap ancaman terhadap agama Islam? 
 
Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup bersekongkol, menjadi Pak Turut dan membantu perjuangan Kristian Evangelis untuk bertakhta di Malaysia?  Sanggupkah ahli-ahli PAS ini keluar parti demi berlaku jujur kepada Allah SWT? 
 
Hakikatnya PAS telah dirasuk sepenuhnya dan tidak lagi dapat diselamatkan.  Tidak ada jampi serapah yang boleh menghalau syaitan yang diundang dan dijemput sendiri.   Apatah lagi yang menjemputnya pula adalah para Ustaz dan Ulama yang menjadi pakar menghalau hantu syaitan itu. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isu 'kucing kurap': DAP Dakwa PKR Tokong, Kerana Gesa Minta Maaf

 

Mungkin kerana merasakan sudah terlalu kuat dan kebal, disebabkan berjaya menawan Pulau Pinang selama 2 penggal berturut-turut, seorang pemimpin DAP baru-baru ini dilaporkan telah mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan memanggil kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai kucing kurap.

 

Di dalam kejadian Sabtu lalu, ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan telah menghina kakitangan MPPP yang berpangkat rendah. Malah ketika ditanya mengenainya, Ooi seolah-olah bangga dengan perbuatannya itu apabila mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP.

 

Ia disebabkan kerana mereka dikatakan tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

 

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," katanya.

 

Disebabkan kenyataan itu, ia telah menimbulkan kemarahan orang ramai khusus mereka yang bertugas di MPPP. Media baru-baru ini melaporkan lawatan Ooi di Pasar Jelutong bertukar kecoh apabila seorang pekerja MPPP menggesanya menarik kembali label kucing kurap itu.

 

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi, bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP Mohd Rofi Osman mendekati Ooi, yang ketika itu sedang mengadakan sidang akhbar mengenai penjaja tidak berlesen, dan dengan suara yang kuat memintanya memohon maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

 

Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

 

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

 

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.

 

Rentetan dari itu, Pengerusi PKR negeri, Mansor Othman segera mengeluarkan kenyataan menggesa Ooi agar menarik kembali kenyataan itu sambil meminta maaf. Ia mungkin kerana, Mansor bimbang kejadian tersebut bakal menyebabkan PKR kehilangan sokongan orang Melayu kerana gagal membela isu MPPP ini.

 

"Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul. Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor yang juga merupakan ahli parlimen Nibong Tebal.

 

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

 

Namun, tetap dengan sikap keras kepalanya, Ooi kembali mempertahankan ucapannya sambil menyindir Mansor.

 

"Kita hampir terlupa beliau (Mansor) di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.