Selasa, 20 November 2012

PAS Menzalimi Agama Islam & Rakyat

Sudah jadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang terutama dari PAS mengadu domba dan mempropagandakan tuduhan liar mengatakan Kerajaan BN adalah zalim, anti Islam, firaun dan sebagainya.

Tak cukup dengan propaganda persepsi buruk sedemikian, mereka guna pula agama sebagai modal politik termasuklah memperalatkan solat hajat, tazkirah dan doa untuk memainkan sentimen agama dikalangan penyokong dan orang ramai.

Solat hajat, tazkirah dan doa adalah perkara yang baik yang dituntut oleh Islam namun bila dipolitikkan kesannya keberkatan hilang dan rahmat Allah s.w.t tidak kesampaian, sebaliknya yang datang polemik tak berkesudahan dan kecaman khalayak ramai.

Inilah yang terjadi berikutan dari doa berunsur politik kepartian yang dibacakan oleh adik kandung kepada Mursyidul Am PAS, iaitu Nik Razi Nik Mat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV tempohari.

Isi kandungan doa yang mengecam UMNO dan BN yang kononnya menzalimi agama Islam dan menindas rakyat seumpama tingkah laku jahat firaun, Namrud dan Abu Lahab akhirnya mengundang polemik dan mudarat pula buat PAS.

Dah namanya doa politik, niatnya tentu sahaja demi untuk kepartian dan bukannya ikhlas mahukan keredhaan Allah s.w.t. Maka akibatnya terpaksalah PAS menanggung beban di atas sikapnya yang emosional tak bertempat dan tidak berhikmah itu.

Hakikat yang pahit untuk penyokong PAS terima sebenarnya, ialah PAS itu sendiri sejak sekian lama sebenarnya telah menzalimi agama Islam sehingga memudarkan sedikit sebanyak imej kesucian agama ini di mata penganut agama lain.

Suatu ketika dulu di awal tertubuhnya PAS, para pimpinannya sebulat suara menolak kerjasama dengan non-muslim sehingga pernah mengkafirkan orang Islam yang menyokong parti PERIKATAN (sekarang Barisan Nasional) yang terdiri dari UMNO, MCA dan MIC.

Lebihkurang satu dekad sebelum menjelangnya Abad Millenium barulah PAS kenal peri pentingnya kerjasama orang Islam dengan non muslim demi kebaikan bersama.

Tika ini barulah PAS teringat betapa di zaman Rasulullah s.a.w dulu, baginda juga pernah mengadakan kerjasama dengan orang bukan Islam termasuklah dengan kaum Yahudi.

Malangnya kerjasama yang PAS jalin dengan DAP dan PKR langsung tidak memberi manfaat pada ummah apatah lagi untuk kebaikan agama Islam.

PAS gagal menahan asakan pemimpin DAP sehingga akhirnya perarakan Maulidul Rasul kini tidak lagi dapat diadakan di Pulau Pinang yang dikuasai DAP. Berpuluh tahun ia tidak diganggu gugat, datang DAP abang besar PAS segalanya berubah atas nama demokrasi.

Juga berlaku di zaman PAS sebagai lembu tunggangan DAP, di mana kesucian Rumah Allah dinodai oleh pemimpin politik bukan Islam yang dibiarkan saja menyampaikan tazkirah di ruang utama surau dan masjid, manakala anak kariah dan jemaah yang hadir pula terpaku kelu bagaikan tekun mendengar kuliah agama dari ustaz dan tok imam.

PAS juga berdiam diri apabila tulisan jawi pada nama jalan dipertikaikan DAP, malah PAS juga malu untuk ke depan menegur kebiadapan DAP untuk menghapuskan hak keistimewaan agama Islam di sisi Perlembagaan Malaysia dengan berselindung disebalik tuntutan pemimpin DAP yang mahu negara ini diiktiraf sebagai sekular.

Akibat dari kerjasama PAS dengan DAP dan PKR dalam PR itu jugalah kalimah Allah s.w.t dengan mudahnya digadai tanpa rasa bersalah demi untuk menjaga hati penyokong DAP yang beragama Kristian.

Demikian juga bila kita bercakap soal akidah, sampai sekarang PAS tidak berani mengecam secara rasmi keceluparan anak Ketua Umum PKR, Nurul Izzah yang menyarankan orang Melayu Islam diberi hak bebas bertukar agama.

Amanah yang diberikan oleh segelintir rakyat kepada PAS untuk mempertahankan Islam akhirnya dikhianati. Jelas sekali semuanya itu satu kezaliman terhadap agama Islam, pengkhianatan terhadap ummah yang secara sengaja atau sebaliknya telah dilakukan oleh PAS
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik bersaudara dayus

Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz akan saman Utusan

Melucukan apabila mendapat maklumat Nik Aziz hendak menyaman Utusan Malaysia yang menyiarkan kenyataan Umno murtad.

Eloklah Nik Aziz menyaman Youtube kerana menyiarkan kenyataan tersebut.

Tindakan saman tak pernah dibuat di zaman baginda rasullullah. Nik Aziz menyatakan bahawa dia ingin jadi pemimpin seperti Nabi Muhammad tetapi suka ugut nak saman orang lain. Adakah itu contoh yang baik seperti Rasullullah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Selamatkan Penduduk Gaza

Assalamualaikum. Umat Islam Malaysia tanpa mengira fahaman politik dan menjulang makna kemanusiaan dijemput hadir ke "Solat Hajat GAZA pada 22 Nov 2012 (Khamis) jam 7 malam di PWTC. Pengisiannya Solat Maghrib, Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Solat Isyak. Semua dijemput. Pohon dihebahkan. Terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Crony and cronies

Pas dan. Anwar Ibrahim dalam ceramahnya sering menuduh Umno membela kroni, mengkayakan kroni dan mencuri duit rakyat.

Gua mau tanya sama Anwar, 1997 dalam Persidangan Agung Umno, Anwar telah membangkitkan isu kroni tetapi ternyata Anwar punya kroni lebih banyak. Kalau setiap kroni bagi sejuta sorang ratusan juta dapat Anwar kumpul ketika itu. Tak hairanlah Anwar dapat membina banglo besar mirip freemason yang berharga berpuluh juta. Untuk membina banglo di kawasan elite rumah hendaklah sekurang-kurang berharga RM 7 juta, lebih tak apa, kurang tak boleh.

Berbalik kepada Pas mengenai kroni, nak tanya satu sahaja. Di Taiping, Bukit Gantang, Kerian dan daerah lain terdapat banyak masjid dan surau yang mana semua ajaknya adalah terdiri daripada orang Pas. Ini adalah kejayaan usaha Pas pada ahkhir 90an mendesak ajk masjid mengadakan mesyuarat agung untuk melantik AJK baru. Usaha dan desakan mereka berjaya dengan sokongan kuat kroni mereka di pejabat agama daerah dan negeri.

Hari ini rata-rata surau dan masjid di bawah kawalan kroni Pas. Tidak ada seorang pun dari kalangan Umno dilantik sebagai AJK tambahan.

Bagaimana orang Umno diam saja dan tak pernah bising fasal kroni dan sebagaiman. So. Siapa yang lebih ber 'kroni', Pas atau Umno.

Pepatah Melayu menyatakan 'mengetuk dulang paku serpih, mengata oran Pas yang lebih" . Itu lah kemunafikan Pas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malaysia negara ke 8 sebagai 'the happiest nation'

KOTA KINABALU, Nov 19 (Bernama) -- Malaysia has clinched eighth spot in the 'happiest country' ranking list of a World Happiness Report published and released by The Earth Institute, Columbia University.

Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar said in the survey that involved 100 countries, Malaysia had overtaken developed countries like the United States, Canada and Japan.

"In contrast USA are in 23rd spot, Canada (24), Japan (34) and South Korea (38). I share this information because every action and its effectiveness reflects the well being of the community," he said when opening a congress of Auxiliary police agency heads and senior police officers at Wisma Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) here today.

He urged everyone involved in programmes involving the community to continue their good work to ensure that the country would continue to be recognised.

-- BERNAMA

Kenyataan media ini sekali gus menutup mulut parti pembangkang kononnya kerajaan bertindak zalim dan menindas rakyat.

Rakyat Malaysia bebas ke sana kemari siang dan malam tanpa rasa takut ancaman bom, keganasan dan sebagainya. Kalau ada keganasan dan cubaan rusuhan, pihak PDRM akan mencegahnya seawal mungkin.

Orang Pas bebas bersolat di markas mereka tanpa rasa takut ditembak dan dibunuh oleh kerajaan.

Cuma Nik Aziz sahaja yang menuduh kerajaan zalim kerana membunuh Ibrahim Libya yang kononnya tidak bersalah. Nik Aziz guna menyamakan Umno sebagai Yahudi kerana membunuh Ibrahim Libya. Sememangnya Pas telah menyeleweng fakta Insiden Memali kepada pengikutnya.

Hari ini orang Pas bebas memandu kereta mercedes, bebas meminjam wang dari bank tanpa ada rasa penindasan oleh pihak bank yang memberi pinjaman.

Oleh yang demikian segala tohmahan, momokan dan pengbohongan Nik Aziz, Hadi Awang, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim tidak boleh diambil kira. Mereka adalah golongan gila yang otaknya penuh dengan perasaan hasad dengki khianat dengan kejayaan dan pencapaian negara.

Tahniah kepada kerajaan yang telah memerintah selama 55 tahun dengan jayanya.

Hanya mereka yang tidak tahu bersyukur sahaja yang rasa ditindas dan dizalimi.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar

http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar

Adam Azfar, the eldest son of Malaysiakini (Mkini) journalist Jimadie Shah Othman was diagnosed of brain tumor early November 2012.

This 6 year old is now in HKL, going through radio therapy treatment.

We are here to help.

Adam and all kids who are diagnosed with brain tumor.
We are here to help you along this path.
The support groups are a great place to start.

You are welcome to join in, at any time along the journey.

Support groups aren't for everyone but they do offer a chance for people to connect, especially those who are dealing with the same issues.

Everyone grieves differently and experiences things in different ways, but at some point, you will connect with someone who has gone or is going through many of the same phase and feelings as you.

The main thing we would say is that "we are here for you whenever you need..."

Let us all pray for Adam and the rest of our children with the same sickness.

Let's pray when things seem dark and god light up our way.

-Friends of Jimadie Shah-

PLEASE FOLLOW AND LIKE THIS LINK:-

http://www.facebook.com/WeLoveAdamAzfar 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pas memurtadkan Umno

Seantero dunia sudah tahu bahawa Umno telah murtad. Kenyataan itu adalah dari lidah Pas iaitu Nik Aziz.

Orang Umno yang terselamat dari murtad hanya beberapa kerat sahaja. Antaranya ialah Tambrin Ghaffar Baba, Dato Kamaruddin Suhaimi dan beberapa ekor lagi.

Bagaimana pula Anwar Ibrahim dan Kadir Syeikh Fadzir, walaupun mereka sudah terkeluar dari Umno tetapi belum masuk Pas.

Anwar dengan PKR dan Kadiaq dengan Parti Bow Tienya. Anwar dan Kadiaq macam orang putihlah semua boleh, sapu sana, sapu sini. So kita tunggu pula kenyataan atau fatwa baru dari Nik Aziz.

Pas kata dia lebih Islam dan Umno bukan Islam, tak pa lah, dia nak kata apa pun. Dunia tahu siapa Nik Aziz tu. Dia dah tua, nyanyuk dah pun, dah tak boleh pakai.

Kerja dia maki orang saja lah. Tunggu saja, kita tengok bagaimana Nik Aziz nak mati. Taipingmali pernah lihat bagaimana seorang ahli Pas mati meragan kerana suka kafirkan Umno dan Tunku Abddul Rahman (allahyarham).

Beliau orang kuat Pas sejak 50an. Sebelum mati pada awal 90an dia jadi gila, tak solat, tak puasa, pukul isteri sehingga lari ke rumah anak-anak dan tinggallah si tua berseorangan tanpa anak-anak dan isteri.

Mujurlah ada cucu lelaki yang sanggup memberi makan dan minum setiap hari sampai dia mati.

Sungguh menyedihkan jika dahulu ayat quran hafal dimulut, jika berdoa pula panjang-panjang ayatnya. Tetapi dipenghujung hidupnya tak bersolat walaupun sanggup berjalan berbatu-batu. Siapa tegur alamat kena maki, sedih sungguh tengok, tak ada sapa pun sanggup menumpangnya naik kereta atau motosikal, akhirnya mati sorang-sorang di beranda rumah dia.

Itu lah balasan Allah kepada orang yang suka mengkafirkan orang. Tunggu saja balasan Allah kepada Nik Aziz.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.