Ahad, 14 April 2013
Sumpah sumpah sumpah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
10 minit lagi untuk orang Guar Chempedak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Esok Nama Calon BN akan diketahui
#Menepati Janji, Membawa Harapan
#Sayangi *MY* Yakini Barisan Nasional
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tajuk: Selamatkan Aqidah Ummah Abad Ke-21
Penceramah: Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahya
Tarikh: 15.04.2013 (Isnin)
Masa: 9.00 Malam
Lokasi: PDM Pasir Gembor, Tg Bidara 78300 Masjid Tanah Melaka
Semua dijemput hadir dan sebar-sebarkan kepada sahabat yang lain..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sah Wujud Percakaran dalam Pakatan Haram
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sidek Baba: Anwar seorang yang bermasalah
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi "musuh"nya.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, menurut Tun, beliau juga mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk mempercayai segala dakwaan ke atas Anwar sebelum mengambil keputusan untuk memecatnya pada 2 September 1998. Jadi sebagai golongan intelektual, Dr Sidek telah dilatih untuk membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.
Bak kata pepatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa itulah keburukannya baru kita nampak. Menurut Dr Sidek, Anwar hanya pandai bercakap tapi takde tindakan. Malah ketika rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim singlehandedly mahu hancurkan negara.
Walaupun pernah ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu tidak pernah goyah. Namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun 2008, telah menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.
Akhirnya selepas tiga tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Anwar, beliau menbuat keputusan untuk menjarakkan diri dengan pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu. Kesimpulan yang ditemui oleh Dr Sidek ialah ada sesuatu yang tidak kena pada intergriti Anwar.
"Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor."
Malah Anwar sendiri pernah berpesan untuk menjadi pemimpin, sesorang itu mesti bersih dan kelihatan bersih. Maka adalah tidak salah Dr Sidek menjadikannya sebagai asas untuk mencari kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang pernha rapat dengan Ketua Umum PKR itu.
Berikut adalah senarai mereka yang telah meninggalkan Anwar :
1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
I. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
II. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
III. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
IV. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
V. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
VI. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
VII. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
VIII. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
IX. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
X. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
XI. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
XII. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
XIII. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
XIV. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
XV. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
XVI. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
XVII. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
XVIII. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
XIX. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?
Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.
BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.
Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.
Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurutnya, perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.
Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah.
"Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah.
"Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.
Jelasnya lagi, melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.
Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.
Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan.
"Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik."
Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.
Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.
Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.
Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.
Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.
Dalam hal ini, manifesto BN layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pemimpin DAP diarah tutup mulut wujud pertembungan DAP
Apa buktinya? Tiada Melayu dalam kepimpinan tertinggi DAP, sebaliknya calon Melayu, Zairil Khir Johari hanya "dilantik" sebelum Lim Guan Eng kata berlaku "silap kira undi." Apa lagi kata Kit Siang?
Perbalahan dalam DAP terus jelas dengan arahan Lim Kit Siang terkini, DAP juga bertelagah dengan PKR apabila Dr Boo Cheng Hau bergaduh berebut kerusi Gelang Patah dengan Datuk Seri Dr Chua Jui Meng. Malah apabila dikritik oleh Dr Boo, Kit Siang telah memberikan arahan kepada proksinya Naib Pengerusi DAP Johor, Ong Kow Meng agar mencabar pengerusi parti negeri itu untuk berundur daripada jawatan itu selepas pilihan raya umum ke-13.
Dengan alasan itu, Dr Boo perlu untuk menghormati pengumumannya mengenai pengunduran yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa parti negeri pada Ahad 7 April lalu di pusat khidmat Gelang Patah. Ini kerana dengan pengumuman tersebut dia tidak lagi sesuai untuk menerajui DAP di Johor yang disebabkan oleh cara kepimpinannya. Malah Kow Meng turut mengatakan, Dr Boo gagal menyatukan anggota-anggota parti sehingga menyebabkan perpecahan dalaman.
Ia ekoran dari kenyataan Dr Boo sebelum ini, yang dilaporkan mendakwa menghentam anak kesayangan Guang yang juga merupakan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng kerana memanipulasi keadaan dalam menamakan calon-calon di Johor. Dalam e-mel kepada pucuk kepimpinan parti baru-baru ini membidas Guan Eng kerana menggunakan perbincangan kasual di kedai kopi sebagai keputusan rasmi parti. Boo merujuk kepada pemilihan ketua pemuda negeri Tan Hong Pin sebagai calon untuk kerusi negeri Mengkibol.
Bekas anggota dewan undangan negeri Ng Lam Hua dilapor digugurkan untuk memberi laluan kepada Hong Pin, yang sebelum ini disebut-sebut bertanding kerusi negeri Pekan Nenas. Boo berkata pencalonan Hong Pin dibincangkan pada makan malam sambil minum bir, di sebuah kedai kopi pada 2 April. Namun tiada keputusan dibuat.
"Bagaimana perbincangan kasual di kedai kopi bersama hidangan bir dijadikan sebagai keputusan rasmi parti? Guan Eng tidak bertanggungjawab dalam menyakinkan (bekas pengerusi DAP) Dr Chen Man Hin dan jawatankuasa pemilih lain bahawa saya bersetuju dengan aturannya," katanya.
Apa jadi kepada Jui Meng? Dia diberi kerusi Segamat, sebaliknya Kit Siang memperolehi kerusi Gelang Patah. Kesian Jui Meng ... Bertahun bekerja di Johor tapi dicampak ke kerusi yang dia sendiri belum yakin menang, sedangkan Kit Siang pula terus-terusan berkempen untuk memenangi Gelang Patah.
Jelas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Kit Siang akan mencetuskan perbalahan kaum di Gelang Patah jika menang juga ada asasnya. Arahan kepada pemimpin DAP untuk menutup mulut jelas menunjukkan betapa sikap sebenar beliau yang menjadi "warlord" dalam DAP.
Semua orang kena dengar cakap dia, kalau tidak tiada harapan terselamat. Kemudian hari ini di Johor mereka berpura-pura krisis telah selesai, wayang kuat lah Pakatan Rakyat ni.
Konon Dr Boo bersalaman dengan Jui Meng, sedangkan kedua-duanya difahamkan masih lagi bertelagah. Kalau penyelesaian merebut kerusi pun tak boleh selesaikan, apatah lagi perbezaan pendapat dalam mentadbir negara.
Hancur Malaysia kalau mereka perintah, mangsanya rakyat. Pada masa itu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pun tak boleh buat apa, kecuali buat bodoh sahajalah. Sebab dia dah menyesal bekerjasama dengan dua parti yang kononnya memperjuangkan rakyat, tapi hanya nak jadikan Anwar sebagai perdana menteri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Awas Pekerja Industri : Otak anda akan di 'turned up' oleh manager Pro Dap, Pas dan Pkr
Human Resource Manager akan mengenal pasti pengundi atas pagar dan penyokong BN dan akan tune up otak mereka mulai sekarang hingga ke hari pembuangan undi.
Sekarang pekerja yang tidak menyokong pembangkang akan didampingi dan diajak ke program anjuran mereka, diberi risalah dan cd supaya meninggalkan kesan membenci kerajaan dan menyokong pembangkang.
Pada hari mengundi pada 5 Mei 2013, HRM akan memastikan semua pengundi akan mengundi Pas, Dap dan Pkr. Caranya ialah dengan meletakkan seorang pengundi pro kerajaan dan 3 pengundi pro pembangkang. Dalam perjalanan ke tempat mengundi, ke empat-empat Pro Pembangkang akan sekali lagi memburuk-buruk kerajaan supaya pengundi yang seorang itu akan menyokong penbangkang.
Awas, pekerja Industri, tektik 2008 akan diguna pakai sekali lagi.
Selain itu pekerja yang menyokong pembangkang akan diberi ganjaran lain seperti cuti, kenaikan gaji dan sebagainya sekiranya pembangkang menang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pap akan bantu Dap
2) Beliau telah mendedahkan (scara sengaja atau tidak) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.
3) Keistimewaan ini hanya diberikan kepada w/neg Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.
4) Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.
5) Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.
6) Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.
7) Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.
Sumber : suaralensa.blogsport.
Sebarkan pada rakan yang lain.
Bersedialah atas segala kemungkinan yang berlaku. Kita tak pasti lagi apa rancangan Singapura. Bersedialah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Manifesto Papa Gomo vs Papa Homo
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Pas Taiping Memberhalakan YDP mereka
" Lambang 1 Malaysia ada di dinding-dinding sekolah dan bangunan. Ada pada tiang-tiang elektrik dan telefon, sampai ke baju dan seluar pun diberhalakan dengan 1 Malaysia" kata ustaz yang makan gaji tetapi pro Pas.
Allah maha kaya dan maha besar, malam ini Pas Taiping pula memberhalakan YDP Pas Fakharudin yang bakal menjadi calon Dun Kamunting.
Sebentar tadi kumpulan anak muda yang berjaya ditarbiahkan oleh Fakharudin bersusah payah memberhalakan calon mereka disebatang pokok yang menjadi tempat bergayut langsuyor tahun 60an dan 70an dahulu.
Sekarang ustaz Pas mungkin tidak akan melabelkan lagi Najib akan memberhalakan 1 Malaysia kerana malu sendiri.
Lebih signifiken lagi ialah dana membina berhala adalah hasil dari derma jihad dan derma Dap.
Kumpulan penyokong Fakharudin ialah golongan muda yang serabut kepala dan pro Syiah.
Dahulu Fakharudin menjadikan pejabat Hj Ismail kontraktor sampah MPT sebagai pusat utama atau bilik gerakan Pas Taiping.
Tetapi setelah menyedari kesilapan dan menerima ugutan bahawa golongan wasatiah Pas tidak suka dengan Hj Ismail kerana pro Syiah, menyebabkan Fakharudin menarik balik tauliah dan menurunkan semua lambang parti di pejabat Syiah itu dan beliau menjadikan rumah beliau di Lorong 3 kampung Jana sebagai markaz utama jentera pilihanraya beliau.
Namum golongan tua masih tidak menyokong beliau, ada yang menyatakan Fakharudin juga penyokong Syiah kerana mahukan undi golongan tersebut.
Tak cukup dengan itu Fakharudin juga cuba menempek di tanah kosong sebelah pusat tarbiah Ustaz Zaki. Dengar cerita Ustaz Zaki pun tak setuju dengan campur tangan Syiah dalam Pas.
Mat Sabu orang kuat Syiah juga pernah mengingatkan Pas Taiping supaya berwaspada dengan blogger Taipingmali kerana menurut Mat Sabu, penulisan Taipingmali boleh menggugat kemaraaan Pas untuk menawan Perak Utara.
Pas juga diarah mengawasi pergerakan Taipingmali dan bertindak sekiranya perlu.
Pas menggunakan beberapa orang blogger seperti Mat Desa dan Mad Zam serta facebooker Yaakub @ Mat Pau@Mat khemah dan beberapa fb yang lain dari sekolah Lil AlBanat untuk menyerah Taipingmali secara peribadi.
Mat Sabu, Akmal Kamarudin juga nampaknya marah kepada Taipingmali kerana pendedahan kubur palsu Mat Indera yang tersiar dalam berita TV3, RTM dan Astro.
Dato Fauzi calon MP Larut juga marah dengan TM kerana mendedahkan rumah agamanya yang bernilai RM 3 juta ketika itu. Akan tetapi maklumat terbaru dari Batu Kurau menyatakan rumah tersebut bukan RM 3 juta tetapi bernilai RM 5 juta.
Fauzi juga mempunyai 4 buah stesen minyak dilembah Klang sebelum pencen. Malah menurut orang kampung beliau juga memujuk saudara tersebut orang Siam Bangkok untuk membuka stesen di sana.
Berita terbaru tentang Dato Fauzi ialah beliau telah menyelamatkan Nazri Din calon Pas Kubu Gajah daripada muflis dengan membantu menyelesaikan hutang bernilai RM 1.2 juta. Kini Dato Fauzi memiliki tanah ladang kelapa sawit yang diperolehi oleh Nazri Din semasa menjadi ahli Umno dahulu.
Banyak betul duit Dato Fauzi, baru-baru ini beberapa trailer beras jati telah ditaburkan kepada pengundi Parlimen Larut. Beliau juga Chairman beras Jati dan menerima elaun bulanan RM 16 ribu, maklumat ini semuanya disampaikan oleh saudara maranya di Batu Kurau yang meluat dengan kesombongan beliau dan isteri beliau.
Menurut orang kampung, isteri sanggup duduk dalam kereta dan enggan masuk ke dalam rumah adik beradik kerana rumah mereka buruk.
Pernah juga saudara mara yang ke KL dan ingin menumpang tidur dirumahnya terpaksa tidur di garaj kereta dan tidak dibenarkan tidur dalam rumah.
Mungkin esok atau lusa kita boleh tengok pula gambar Akmal, Dato Fauzi dan Nazri Din akan diberhalakan di sana.
Sekian/.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Skandal Seks dan Pas yang munafik
Siapa mereka?
Mereka semua dikaitkan dengan skandal seks dan karier politik mereka berkubur kemudiannya.
Ya, ramai diantara kita tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, kerana kita mahu mereka disebat, direjam dan kemudian diseret telanjang bulat di khalayak ramai sebab mereka adalah pemimpin yang tidak bermoral, kata kita.
Kita desak pelbagai suruhanjaya. Kita desak pelbagai siasatan dan kita desak mereka dihukum.
Kes skandal rakaman video aksi seks DP Vijandran menjadi hangat pada tahun 1989. Vijandran yang merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan bekas Setiausaha Agung MIC kemudian melepaskan semua jawatannya sebelum dijatuh hukuman pada 1996. Vijandran merayu dan menang tetapi karier politiknya berakhir.
Tan Sri Rahim Thamby Chik pula disabitkan kesalahan kerana kononnya mengadakan hubungan seks dengan seorang gadis bawah umur. Gadis itu membuat laporan polis terhadap 25 orang lelaki dan 11 daripada mereka di dapati bersalah. Pada tahun 1994, Rahim disahkan bebas dari sebarang pertuduhan seperti yang dihebahkan tetapi karier politiknya berakhir.
Tan Sri Abu Hassan Omar ketika menjadi Menteri Besar Selangor telah berdepan dengan khabar angin yang mengatakan beliau mempunyai anak luar nikah dengan kakak iparnya. Berita itu tersebar menerusi satu artikel dari tabloid di Indonesia. Abu Hassan meletakkan jawatan atas alasan kesihatan dan karier politiknya berakhir.
Pada 2007, Menteri Kesihatan Chua Soi Lek meletakkan jawatannya dan mengakui dia adalah lelaki di dalam video skandal seks di Johor. Chua Soi Lek tidak bertanding pada pilihanraya 2008 dan juga tidak akan bertanding dalam PRU Mei'13.
Pada pertengahan 1990 an, pembangkang meniup kencang khabar angin mengenai moral Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri. Pemimpin pembangkang dari PAS menggelarkan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai 'al juburi' dan menggesa siasatan dibuat. Timbalan Perdana Menteri itu ialah Anwar Ibrahim. Beliau dipecat dari menjadi Perdana Menteri dan kemudian dibuang dari UMNO.
Apa jadi kepada Anwar selepas itu? Anwar dipikul dan dijunjung oleh pembangkang sehingga ke hari ini.
Sejak Anwar menjadi ketua pembangkang, sahabat Anwar sendiri telah mengeluarkan rakaman video yang didakwa menunjukkan Anwar sedang mengadakan hubungan seksual dengan seorang perempuan cina. Selepas itu keluar juga beberapa foto dan video mendakwa Anwar dengan beberapa lelaki dalam keadaan intim.
Anwar terus terselamat kerana kita kata bahawa video dan foto itu tidak perlu disiasat dan ia hanyalah untuk menjatuhkan Anwar.
Kemudian keluar pula foto-foto intim orang kanan Anwar dengan seorang perempuan di ruang tamu dan di dalam bilik air. Kita kata tak perlu siasat. Itu semua palsu.
Semalam, kita digegarkan pula video hubungan seks seorang lelaki yang sebijik menyerupai setiausaha agung Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Segera kita kata tak perlu siasat. Tak ada apa hendak diceritakan dan itu semua palsu.
Ini semua politik longkang. Ini semua salah UMNO. Bagaimana dengan Vijandran, Rahim Tamby Chik, Abu Hassan Omar dan Chua Soi Lek? Itu salah siapa? Kenapa kita kena siasat mereka itu?
Kita sebenarnya hipokrit paling besar dan paling layak dimasukan ke dalam neraka jahanam kerana sifat bermuka-muka kita.
Tetapi kalau kita mahu memilih syurga, maka kita perlu beri keadilan kepada diri kita sendiri. Hentikan kepura-puraan kita. Allah beri kita mata untuk melihat, telinga untuk mendengar dan akal untuk berfikir. Kita tidak perlu menjatuh hukum tetapi kita perlu berlaku adil.
Sumber:kickdefella
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Cikgu Non Aghani di Taiping
Tempat Ceramah ialah di Padang Permainan Taman Jana Permai, Kamunting Taiping Perak.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.